It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 2, 2014

The Malaysian Cohort In Memories (2007 - 2014)

Bismillahirahmanirahim.....

Hari ni adalah hari terakhir aku di Cohort. Hari terakhir aku buka pc aku. Segala gambar-gambar peribadi, doc-doc peribadi semua aku dah cut masuk hard disc aku. Plan nak buat medical check up. Tapi urine drug amik masa 2 minggu sebab urine kena hantar ke HKL dulu untuk process. So nampak gayanya lagi 2 minggu aku akan datang PPUKM ni untuk buat med check up.

Hari ni aku kemas-kemas semua barang aku. Sebelum ni aku dah kena warning dengan Kak Saly. Dia tak bagi aku kemas barang depan mata dia. Sedih la kekdahnya... Ok la, memandangkan hari ni ramai yang amik cuti, so aku datang kemas barang aku arini. Bantal, kipas, selipar oren, alat tulis aku, semua aku angkut. Cuma aku tinggalkan telekung, cermin ajaib untuk Kak Saly kelihatan gojessss macam aku dan sekeping gambar pasport yang aku lekatkan di tepi cpu pc aku. Errr.. Motif taruk gambar pasport adalah untuk mengenang kejelitaan dan kegojesssan aku di Cohort ni. Cewahhhhh!



Mampuu?
Menjunjung anak gajah kau dik non....




2007/2008

Aku bermula dengan jawatan Pembantu Makmal di sini. Aku diletakkan di bahagian Pengukuran Biofizikal di bawah penyeliaan Cik Junaida. Selain aku buat ECG & Spirometry, aku join team Publisiti untuk rekrut peserta utk projek Cohort. Tempat rekrutmen yang pertama aku pergi adalah MTDC UKM, Bangi. Lepas MTDC, aku ke PLPP Bangi, Penjara Kajang dan berpindah ke lokasi terakhir di Sg Chua, Kajang. Untuk semua lokasi rekrutmen ni aku stayed kat Kolej Zaaba yang dikatakan berhantu tu. Yes, aku sendiri ada pengalaman mistik kat kolej tu. Dan kesemua pengalaman tu terjadi pada hari terakhir aku kat kolej tu. So 3 kali aku menginap kat situ, cuma 2 kali yang aku kena ganggu. Ok, tak nak cite pasal hal-hal mistik tu. Seram. Sebab aku sorang-sorang kat bilik ofis aku ni. Huhuhuuu.. Y_Y




Di PLPP Bangi.
Walaupun penat tapi kitorang masih happy..




Team kamceng (sama batch)
Lepak di Times Square. Masa ni semua bujang.
Che Wan pun masih kurus. Aku macam biasa la.
Gemok! Hahaha..




Gadis-gadis suci gitewww!





Ni kat Pangsun. First time Cohort buat retreat.
Masa ni aku dah kurus. Posing harus la gangster.




Ni ketua aku - Cik Junaida.
Comel je orangnya. Nak-nak bila bergambar dengan aku. Lagiiiii nampak comel kan?





Kat gambar ni aku mula sedar...
Yang aku ni selalu duduk kat tengah-tengah. Fefeling macam retis!
Padahal berusaha gigih nak tutup segala lemak kat badan aku.
Tu yang memanjang je duduk kat tengah-tengah. Hahaha..




2008/2009

Lepas 11 bulan rezeki aku naik jawatan jadi Penolong Pegawai Sains. Pada awalnya kerja aku macam biasa. Tapi selepas Cik Jun berpindah tugas ke UMBI, so aku kena take over semua tugas-tugas pegawai C41. Menangis hokeyyyy!! Bermula la episod aku kena belajar dari ZERO. Tapi alhamdulillah kawan-kawan (which is pegawai-pegawai lain) semua membantu aku. Diorang ajar aku dari hal-hal pembelian, mana yang kena compare quotation, mana yang kena bukak sebut harga or tender. Even nak buat presentation dalam meeting pun diorang banyak beri tunjuk ajar. Paling penting cara nak handle bos pun diorang tolong ajarkan newbie macam aku.



Gambar hari raya 2008
Aku dah jadi PPS. Ni team Biofizikal. Semua perempuan.
Semua dah berhenti Cohort kecuali assistant aku - Teh Maria
Tak de plak gambar dak Teh ni. Mungkin dia yang tolong snap kan pic ni kot..




Ni gambar admin.
Aku dengan kak Fatini tu sama tinggi. Dah macam KLCC plak.




....sambungan gambar raya 2008.
Owh, aku macam retis. Tu yang Che Wan dengki dengan aku.




Ni gambar kat Sungai Pandan, Gambang.
Kitorang stayed kat Homestay Mak Mah. Memang sedap makanan kat situ.
Turun 2 kg je diet aku yang sepatutnya turun 4kg.
Hancurrrrr!


2009/2010

Banyak kenangan aku dengan The Malaysian Cohort. Sedih rasa nak pindah. Dulu aku dapat tawaran kerja sebagai Guru Sandaran Pendidikan Khas, Pegawai Khidmat Pelanggan (PPUKM) & The Malaysian Cohort (UMBI). Kesemua ketiga-tiga tawaran ni aku dapat hari yang sama. Memang serba salah aku nak pilih. Minat aku semestinya pada jawatan perguruan. Tapi sebab hati aku nak berjalan-jalan pusing Malaysia, maka aku pilih Cohort sebagai tempat permulaan karier aku.

Kenangan yang paling aku tak sangka bila terpilih (last minute) untuk buka booth untuk event Misti Mosti Regatta di Sarawak. Semua staff pelik bila aku, Laili, Amy & Ain kena pergi ke Sarawak. Padahal masa tu projek untuk ke Sabah Sarawak belum ada planning lagi. Sampaikan ada staff lain ingat kitorang ke sana untuk program sukan. Errr, sukan? Acara apa yg sesuai untuk aku? Acara renang tak timbul-timbul??




Rentung kulit aku kat sini.
Seronok bukak booth kat sini. Booth kami paling meriah.
Sentiasa ada orang melawat =)



Sebelum take off ke KL, harus la berjalan-jalan sekitar Kuching.
Rindu nak ke sana :(




Aku dan Kak Ain masuk pertandingan melukis.
Mulanya nak temankan Kak Ain je. Sekali terbabit sekali melukis gambar Saladin.
Menang saguhati je. Yang grand prize dapat kat kanak-kanak.




Kami stayed kat Merdeka Palace.
Kebetulan minggu tu ada Mesyuarat Majlis Raja-raja.
So sehotel dengan raja la aku.. Lalu kapet merah kauuu.. Hahaha..




Sebelum balik ke KL.
Sempat shopping terubuk masin & kek lapis.



2010/2011

Tahun 2010 aku mula mengorak langkah baru. Aku mula mendaftar di USM untuk pengajian jarak jauh. Aku amik course sains fizik. Di sini aku mula kenal Adah, Nadia, Wazli, Zulfadzli, Liza, Kak Lin, Su, Fakhrul dan lain-lain (sorry kalau ada nama yg tertinggal). Aku bertunang dengan En Zul pada 10/10/10. Alhamdulillah pertunangan sampai ke hari penyatuan pada 05/03/2011.. Syukur. Aku masih bekerja di Cohort. Cabaran makin kuat. Pengalaman makin banyak aku dapat bersama Cohort. Persahabatan juga makin ukuh.



Kak Aida bersama family di resepi Aku & En Zul.
Thank you kak.. Sudi hadir memeriahkan majlis saya.




Kak Amy amik berkat =)
Thank u kak.. I miss u!




Ehem.. Ehem..
En Arman juga amik berkat  =)




Terima kasih pada semua yang hadir.
Terima kasih atas ucapan dan doa kalian untuk saya & En Zul.



2011 / 2012 / 2013 / 2014

Alhamdulillah. Hampir 8 tahun aku bersama Cohort. Pahit manis sepanjang perjuangan aku di sini telah banyak mengajar aku. Aku berterima kasih pada semua rakan-rakan yang sentiasa ada bersama aku. Aku minta maaf atas salah silap aku selama ni. Halalkan makan minum aku. Kelmarin (Rabu) sebelum aku balik, hujan turun dengan lebat. Seperti mengerti perasaan aku dan kawan-kawan. Sebak sangat pada saat aku menghulurkan salam terakhir sebagai rakan seperjuangan.






Bila aku masuk ke bilik En Arman, dia tunjukkan aku gambar-gambar lama aku sepanjang aku di sini. Tanpa ada perasaan segan silu, aku terus mengalirkan air mata yang telah sekian lama aku bendung. Berderai laju air mata melihat gambar-gambar lama, seolah-olah ia memutarkan bagaikan satu cerita. Terima kasih pada En Arman yang memujuk hati aku. Kami berkongsi cerita, berkongsi duka. Menceritakan perjalanan aku yang bakal berubah haluan. Bukan aku tak sudi bercerita pada teman-teman lain, tapi hati mereka seperti hati aku. Rapuh.

Aku berjumpa dengan Teh Maria. Belum sempat aku membuka kata, Teh terus memeluk aku diiring dengan air mata. Makin deras air mata aku. Berjujuran jatuh seolah tiada penghujung. Bila ku sebut namanya, "Teh.. Akak minta maaf..." Semakin kuat pelukannya. Semakin kuat esakkannya. Begitu lah persahabatan kita. Semakin matang meniti usia. Semakin sukar jua untuk kita melepaskannya.....




Zura + Aku + Teh Maria


Teh, akak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jika akak ada tersalah kata, terkasar bicara, mohon ampun untuk akak. Akak mohon halal segala yang Teh hulurkan pada akak. Ikhlas dari hati akak, Teh lah pembantu akak yang paling setia, paling baik, paling rajin, paling memahami dan paling ikhlas bekerja dengan akak. Akak bersyukur kerana mendapat peluang bekerja dengan Teh. Kasih sayang Teh pada akak amat bernilai. Teh bukan sahaja pekerja yang baik, malah seperti adik akak sendiri.

Akak doakan Teh berbahagia disamping suami dan anak tercinta.
Doakan mengiringi kejayaan dan kebahagiaan Teh.



Tahun ni aku berpindah ke pejabat baru. Alhamdulillah sempat merasa duduk di bangunan UMBI. Duduk semeja dengan Kak Saly membuatkan aku happy walaupun didesak dengan tugasan yang banyak. Aku happy bersembang dengan Kak Saly, Ziha & Kak Jaa. Mereka yang buat aku ceria, tabah meneruskan perjuangan di sini. Tak lupa Kak Ain, Kak Amy, Kak Ifah, Kak Saniah, Kak Rozie, Kak Maya dan lain-lain.. Setiap orang ada kenangan aku dengan mereka. Kami kongsi suka dan duka. Kami kongsi susah payah membangunkan projek Cohort. Jatuh bangun aku di Cohort adalah pendorong dari mereka semua. Mereka yang mengajar aku dari bawah, sehingga menjadi Ketua Bahagian pada hari ini. Terima kasih banyak-banyak. 


Terima kasih Nazihah.
Kau salah satu kenangan aku. Kau juga 'semangat' aku kat sini.
Terima kasih segalanya.....





Pagi ni dapat email dari En Arman.
Terima kasih banyak-banyak =)




Hadiah terakhir bersama Cohort.
Viva Forever....




Terima kasih semua.
Terima kasih atas segalanya........

- Sayang -






1 comment :

Terowong Informasi said...

teringat kenangan lama di Cohort...