It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 19, 2014

Jamuan Perpisahan & Selamat Hari Guru 2014

Masuk minggu ke dua aku kat PPU. So far masih dalam proses pembelajaran. Seronok jugak la bekerja kat sini. Kawan-kawan sporting, pihak atasan pun baik-baik je semua (kau nak mamposs cakap diorang zalim? Hahaha). Tak..tak.. Diorang tak zalim.. Diorang semua baik..... SEYESSSSS.... Sekarang masih relaks kat ofis ni. Tak de la nak rushing belajar buat financial ni.

Jumaat lepas aku dapat jemputan ke Jamuan Perpisahan dari pihak Cohort. Alhamdulillah.. Terima kasih atas jemputan dan penghargaan yang diberikan. Mungkin rezeki aku dengan Cohort masih belum terputus lagi. Syukur... Dapat tahu pasal jemputan ni sebelum aku lapor diri dengan UKM. Tapi secara officialnya aku dapat surat masa hari kejadian. Surat tu untuk makluman admin kat PPU.






Aku saja keluar awal, dalam pukul 10.30am aku gerak dari UKM.
Maklum la, orang eksaited nak makan free... Hahahaa..
Sampai Cohort dalam pukul 11.00am, then terus naik ke ofis nak jumpa kawan-kawan.
Melopehkan rindhu la katakan.. Puiiiii!!



Oh maiiiiiiii.. Muka booolatttt!!
Gemok macam mengandung gajah. Hehehe...



Mendengar kata-kata aluan dari ex-boss.
Huhuuu... Rindunya nak kena marah dalam bilik meeting... Y_Y




Prof Datuk share tips-tips untuk berjaya di organisasi baru.




Kami diminta untuk memberi ucapan.
Adehhhh.. Bab beri ucapan ni aku failed la!
Tapi kalau suh aku nyanyi, laju je aku sambar mic tu.
Ni masing-masing gabra nak buat speech. Sampai jadi speechless...




Mendengar saja suara aku bergetar sedang memberi ucapan, semua yang hadir tertunduk sedih.
Ceewaahhh! Padahal semua menyampah dengar ucapan aku.
Sikit sikit nak sebak.. Sikit sikit nak nangis.
Poyo la kau!




Bergambar ramai-ramai.








Cenderahati dari Prof Datuk Dr A.R.A.J
Terima kasih banyak-banyak... =)




Nurmaya Mustafa (last Feb 2014)




Dapat pen Shaeffer.
*touched*




Balik dari Cohort, ada jamuan makan kat PPU.
Blurpp.. Alhamdulillah, dapat makan lagi. Makin gemuk la aku....

Ada Halaqah Cinta Citra sempena sambutan hari Guru kat PPU.
So diorang bagi hadiah kat semua kakitangan PPU.
Eh, terbalik pulak. Patutnya kami yang kena bagi hadiah kat guru-guru bahasa kat sini.
Ni dah terbalik pulak.
Guru bahasa yang bagi hadiah kat kitorang.
Ada macam-macam jenis hadiah.



.......dan aku pilih pashmina sebagai hadiah Hari Guru 2014 anjuran PPU.




Anyway, Selamat Hari Guru 2014 ^_^








2 comments :

Unknown said...

Lama x komen kat sini.. hehe.. semoga berjaya kat tempat baru..

Chempaka Merah said...

tq @zamzuri

insya Allah ada rezeki jumpa lagi.. sy doakan yg terbaik utk awk, kwn2 & juga utk cohort...

mohon maaf klu ada salah & silap spjng kita bekerja bersama.