It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya 2013

Insya Allah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Itu pun kalau anak bulan tak menyorok la. Alhamdulillah persiapan raya dah siap 80%. Kelengkapan anak-anak & En Zul dah siap. Kelengkapan aku cuma nak beli tudung je. Kalau tudung tak sempat nak beli, pakai je la tudung yang mana ada dalam lemari tu. Semalam En Zul ajak aku turun KL malam ni. Nak beli baju untuk aku & anak-anak lagi sepasang. Wahhh.. Baik nya hati Mr Babyboop aku ni. Hahaha...

Kelmarin aku dah siapkan kuih cornflakes madu, dapat dalam 2 balang. Tu pun separuh balang Keera dah mentekedarah. Nasib baik Ilaika & Keera nak menolong buat kuih tu. Oh ya.. Lupa nak bagitau. Sekarang ni aku panggil anak-anak aku nama baru. Ngehngehngehhhh... Ika aku panggil Ilaika. Aleeya pulak aku panggil Keera. Saja nak buat kelainan. Budak-budak tu pun ok je dengan nama tu. Sebab memang nama diorang pun, cuma sebelum ni tak pernah panggil nama tu je.

Malam tadi aku buat chocolate chip. Dapat la dalam 2 balang jugak. Keera dah melantak cookies ni dalam 20 keping. Hadoiiiii anak aku. Kuat makan betul. Pagi tadi masa anak-anak & En Zul sahur, aku sempat buat kek kurma dengan topping cream cheese. Alhamdulillah menjadi kek aku tu. First trial kek tu. Hehehe.. Thanks la pada Salsabila yang sudi share resepi. Nanti aku share resepi tu kat blog eh?

Hari ni aku masih bekerja. Kat ofis ni ada la dalam 10 orang yang masih bekerja. Bekerja ke? Memang tak, la kan? Hehehe.. Guest what? Prof Datuk bagi kitorang balik awal! Pukul 1pm dah boleh cabut! Yeayyyy!!!! Bestnya!!! So pukul 1pm nanti aku nak ke Tesco membeli barang sikit. Cadang nak buat Nesty Fruity Cheese. Dessert tu nak bawa balik ke rumah Maklang. Selain dari Cornflakes Madu, Choc Chip & kek kurma tu, aku bawa sekali Nesty Fruity Cheese. Temanya raya tahun ni rumah aku tak ada kuih. Sebab semua kuih yang aku buat aku angkut pergi rumah Maklang dan rumah mentua aku. Siapa-siapa nak datang raya rumah aku, sila maklumkan awal-awal. Boleh aku masak apa-apa yang patut. Nak harapkan kuih raya atas meja memang tak ada la. Kalau datang tak maklum awal, aku hidang air je ye. Jangan marah kalau tak ada juadah atas meja. Muahaha!

Plan kitorang esok pagi beraya kat rumah Maklang. Wahhh.. Rindunya nak beraya kat rumah Maklang! Malam esok baru kitorang bergerak balik kampung En Zul kat Kedah. Teringat masa bujang dulu, sehari sebelum raya mesti sibuk nak buat persiapan raya. Masak rendang, nasi impit, ketupat palas, sayur lodeh & laksa. Masa dulu aku rasa letih nak buat semua tu. Tapi bila dah berkeluarga & berjauhan dengan Maklang, rasa rindu sangat waktu-waktu tu *sebak* Aku tak dapat bayangkan kalau sampai masa, andai kata Maklang 'pergi' dulu dari aku, mungkin aku akan rindu gila-gila kat Maklang dan saat-saat aku bersama dengan dia. Sebab tu aku selalu cakap kat Maklang & En Zul, kalau boleh kita tentukan takdir sendiri, aku nak biar aku yang 'pergi' dulu dari diorang. Bukan sebab aku banyak amalan baik yang boleh 'selamatkan' aku kat 'sana' nanti. Amalan aku tersangat la kurang... Tapi sebabkan aku takut aku tak mampu nak teruskan hidup ni tanpa diorang. Mungkin diorang boleh hidup seperti biasa tanpa aku, tapi tidak bagi aku. Jadi biar la aku yang pergi dulu *double sebak*

Pernah satu tahun tu, sehari sebelum raya, lepas sahur Maklang pesan kat aku jangan tidur lepas subuh sebab dia nak ajak aku pergi ke Pasar Selayang beli barang basah. Tapi aku degil, aku tidur jugak. Banyak kali Maklang kejutkan aku, tapi aku tetap tidur jugak. Tetiba Maklang naik hangin terus keluar dari rumah! Dia keluar sehelai sepinggang & tunggu kat bus stop nak tunggu bas untuk balik ke kampung melawat kubur arwah nenek aku!! Masa tu aku terus bangun dari tidur, cuci muka terus start enjin keta & cari Maklang. Nasib baik jumpa. Masa tu aku nampak dia duduk sorang-sorang kat bus stop sambil menangis. Ya Allah.. Kejamnya aku sebagai anak... Tergamak buat mak aku menangis sehari sebelum raya. Masa tu aku tak dapat gambarkan perasaan aku. Terus aku keluar dari kereta & jumpa Maklang. Bila dia nampak aku, dia terus tolehkan muka dia dari aku. Langsung dia tak nak pandang wajah aku. Terhiris hati aku. Ya, hati Maklang lagi terluka atas perbuatan aku. Aku memang zalim! Aku kejam!!! Aku jumpa Maklang, aku minta maaf & ajak Maklang balik. Mulanya dia tak nak balik, tapi bila aku mula menangis tepi dia, dia mengalah. Dia cakap dia nak ke kubur mak dia. Dia rasa sunyi.. Dia rasa tak ada siapa yang sayangkan dia. Dia rasa hanya pada arwah nenek tempat untuk Maklang mengadu. Ya Allah... Tergamaknya aku... Berkali-kali aku sakitkan hati dia. Malah ini bukan kali pertama aku buat dia menangis. Paling aku kesal bila mak nak cari arwah nenek yang dah lama tiada untuk dia mengadu. Masa tu aku terfikir, macamana keadaan aku kalau Maklang dah tiada? Kat siapa aku nak mengadu? Selagi dia masih ada, aku cuba untuk jaga dia, jaga hati dia. Cukup la aku buat dia menangis selama hidup dia. Cukup laaa.... *nangis.. Huwaaa!!*

Aku harapkan syawal kali ini memberikan seribu makna buat aku. Malah aku mengharapkan lebaran kali ini aku dapat membahagiakan semua orang. Terutamanya pada En Zul & mak ayah aku. Kepada semua kenalan aku, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin. Halalkan makan & minum, maafkan salah silap aku. Semoga korang semua bergembira di hari lebaran yang bakal menjelang tiba. Apa-apapun, kalau makan juadah hari raya, jangan makan lebih-lebih. Kurangkan makanan yang manis, elakkan diabetes. Khidmat nasihat bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Hahaha...



XOXO   =)


Love,

No comments :