It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 3, 2013

Persiapan Raya 2013

Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari kita akan meyambut raya. Aku tak buat apa-apa persediaan uolls. Mati laaa... Baru-baru ni aku beli baju raya anak-anak. Ika pilih baju warna merah. Aleeya pulak warna biru. Tahun ni tak plan pun nak guna tema warna apa. Main sauk je apa yang diorang berkenan.

Selasa lepas kitorang pergi Mines. Niat nak beli henfon untuk buat hadiah cabutan bertuah dinner lepas raya nanti. Aku beli Samsung Galaxy S Plus kaler hitam. Mulanya nak beli Samsung Grand. Tapi lebih budget pulak. So beli je la Samsung Galaxy S Plus. Tak de la cokia sangat kan? Still updated lagi. Nak amik Samsung S3 Mini macam tak best sebab kecik sangat. Tapi harga lebih kurang je. Mungkin apps dia kot yang ada beza.

Lepas beli henfon aku pergi ke Peace Collection. Almaklum laa.. Aku kan saiz gajah. Kena la pergi butik yang besar-besar. Tapi problem jugak nak cari saiz kat situ. Ikut saiz lebar dah ok dah, tapi saiz panjang pulak masalah. Sebab baju yang muat bahu aku, mesti senteng. Kalau ambil yang panjang/labuh, bahu pulak besar gedabak. Meleret je jatuh bahu tu. Cisss.. Susah benorrr nak cari saiz badak ni. Geram tau!!

Cadang nak beli jubah, tapi terpaksa ambil baju kurung moden sebab jubah senteng sangat. Aku ni tinggi 170cm. Tu belum pakai kasut. Kalau pakai heel makin senteng la baju aku. So aku rembat baju kurung moden kaler coklat. Gila lari tema baju dengan anak-anak. Hahaha!!

Lepas beli baju, kitorang nak cari kasut anak-anak. Dah la masa tu Mines dah nak tutup. Berkejar-kejar kitorang nak cari kasut. Untuk Ika senang je nak cari saiz. Cuma pattern & design yang aku suka macam kurang je. Tapi saiz untuk Aleeya agak susah nak cari. Sampaikan kena test saiz orang dewasa (saiz paling kecil). Nak buat macamana, dah kaki macam kaki gajah kan??? Macam aku jugak laaa.. Hahahaa...

Malam tu kitorang cuma beli kasut Ika je. Kasut Aleeya tak ada saiz. Lagipun nak survey semua kedai dah tak sempat dah. Mines dah nak tutup. So esoknya aku bawa diorang ke Jusco Cheras Selatan. Kitorang pergi bertiga je sebab En Zul kerja. Alamak, kat Jusco ada kasut yang cantik laaa.. Menyesal beli kasut Ika kat Mines. Mungkin ada yang cantik kat Mines, cuma masa dah suntuk. Kat Jusco aku beli kasut Aleeya warna biru. Itu pun selepas try kasut saiz dewasa, tapi Aleeya tak berkenan, maka aku beli jugak kasut biru tu untuk Aleeya. Kasut tu mahal laaaa.. Mengalahkan harga kasut orang dewasa!!! Huwaaaa... Mati la nak membayar!! Kasut Aleeya tu 2x ganda mahal dari kasut Ika. Hampir beratus harga dia!! Kau memang sengaja nak rabakkan poket Mummy, nakk....

So malam tu kansel beli kasut aku. Huhuu...

Alhamdulillah, kelengkapan raya untuk anak-anak dah siap. Tinggal nak cari kasut & tudung aku je. Pagi tadi aku blogwalking nak cari kedai kasut yang jual saiz besar. Sebelum ni aku beli kat kedai Princess kat jalan TAR. Memang ada saiz besar. Design pun not bad. Tapi harga pun 'besar' jugak la. Memandangkan kitorang tak nak masuk KL, so aku menghala ke Shah Alam.

Alang-alang aku nak pergi ambil VIP Kad Peace kat Shah Alam, aku singgah kedai kasut saiz besar tu. Kedai tu sebelah Peace Collection kat Plaza Alam Shah je. Lepas ambil VIP Kad & beli baju melayu En Zul, kitorang ke kedai kasut NIP. Nasib baik ada saiz besar. Design pun updated la. Saiz paling besar sampai saiz 13 kalau tak silap aku. Mulanya nak ambil 2 pasang (untuk raya & kerja). Tapi harga kasut raya pun dah makan beratus, so kasut kerja hold dulu. Mencik betul la kaki gajah ni, banyak pakai duit betul! Setakat sandal memang la harga RM10-15 je. Tapi kekadang nak jugak pakai kasut cantik sikit. Cuma harga dia buat aku sesak nafas nak membayorrr nya!!

Lepas bayar kasut, baru perasan cawangan NIP ni ada kat Wangsa Walk! Cis, jauh aku berjalan sampai ke Shah Alam. Dengan tol & jammed lagi. Dah la masa nak pergi tu kena speed trap! Sial. Kalau tahu ada kat WW je, tak payah susah-susah nak ke Shah Alam tu. Dah la kat WW pun ada Peace Collection. Tapi sebab nak ambil VIP Kad tu, terpaksa jugak laa..

So sekarang semua dah ada. Tinggal cari tudung je lagi. Tudung tak de masalah sebab baju aku coklat plain. So cari tudung corak-corak je. Cadang aku nak cari tudung bawal. Cuma belum jumpa yang berkenan je lagi. Kuih raya dah beli 7 balang semua dah habis kitorang makan time puasa! Gila mentekedarah anak-beranak! Hahaha.. Tadi ingat nak beli kuih, tapi sebab dah tak larat nak jalan, so kitorang balik la dulu. Esok-esok pulak la berjalan.

Tahun ni raya pertama kitorang raya kat Gombak je. Malam tu baru pecut balik ke Kedah. So malam raya tu boleh la aku jalan-jalan ke Jalan TAR cari kuih raya. Mana tau kot-kot jumpa baru lain, boleh kelebet duit En Zul beli baju baru! Hehehe..

XOXO


No comments :