Gila lama aku tak hadpet blog kan?
Sampai ramai yang tanya kenapa dah lama sepiiiii je.
Jawapan cliche aku biasa la... "Exam".
Padahal aku malas!
Last week aku dan En Zul balik kampung dia kat Kedah.
Saja jalan-jalan sebelum masuk bulan puasa.
Lagi pun dah lama kitorang tak balik Kedah.
Last balik pun masa aku tamat intensif 2011/2012 masa bulan Feb lepas.
Hari kedua kami kat Kedah, kami ke Sungai Petani.
Saja melawat saudara En Zul kat sana.
Lepas makan, makcik En Zul keluarkan satu kotak.
Agak-agak apa la yang dia nak tunjuk kat aku?
Sekali dia keluarkan semua gambar-gambar lama.
Termasuk la gambar kawin En Zul dengan bekas isteri dia.
Nah, tengok puas-puas.
Pastu sila la kenduri ramai-ramai kutuk gambar ni.
Muahahahaa!!!
(motif diorang nak menjeleskan aku tak menjadi. Sila cuba lagi)
Selepas akad nikah.
Apsal muka laki aku macam type 'askar' je?
Gambar kakak tu tak jelas??
Tengok kat bawah untuk wajah yang lebih cerah dan jelita :)
Zoom in.
Ni gambar candid ke hape ni? Stim semacam je mata kakak ni. Muahaha..
Gelap sungguh kulit laki aku.
Macam negro.
Bila adik En Zul (kami panggil gelaran dia Makteh) tengok gambar ni,
dia cakap En Zul ni kawin dengan Hetty Kos Endang.
Hahahaha!!!
Hensem jugak laki aku, walaupun ke'negro'an terserlah.
Pengapit En Zul tu nama dia Azman. Member jamming kitorang.
Komen aku bila tengok gambar ni --> Dua-dua katik.
Gambar ni Makteh cakap muka dan gaya kakak tu macam Rosmah Mansor.
Setuju.
Walaupun aku tak jeles, tapi aku ni memang hasad dengki sikit.
Sibuk upload gambar kawin aku jugakkkkk..
Tadi dah puas kenduri kutuk gambar kat atas tu kan?
Nah, sekarang kenduri puji gambar aku pulak.
Adil la kan? Hahaha...
Kat pic ni kurang gelap pulak kulit En Zul.
Tapi tang hidung aku pulak yang menyerlah.
*Pasrah*
Upacara potong pulut kuning.
Masa aku kawin tak de potong kek.
Aku ganti pulut kuning dengan rendang daging.
Fav aku tu.
Semuanya tumpang hepi untuk kami.
Kan?
Aku yang sporting,
No comments :
Post a Comment