It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 1, 2012

Kuih Gandus

Balik dari Penang, aku dan En Zul ke pejabat lawyer yang incharge pembelian rumah kitorang tu. Ada payment yang kami kena buat.
Lepas setel dengan lawyer, kitorang cadang nak makan ikan bakar kat Ampang, tapi kedai tu tutup lak.
So kitorang ke Keramat untuk try ikan bakar kat sana.

Aku tak tahu la yang mana 1 kedai yang sedap. Kitorang pergi je mana-mana kedai yang ada jual ikan bakar.
Janji perut kenyang.

Lepas makan, aku singgah kedai buah kat sebelah kedai makan tu.
Sambar la buah mangga Water Lily 2.5 kg.
Masa kat kampung tak nak beli buah, dah sampai KL baru nak cari.
Mahal harganya kalau nak dibandingkan dengan harga kat kampung.
Tak pe la, sebab tekak sendiri yang nak makan... Bayorrrrr je la~

Sebelum balik, En Zul tunjuk gerai kuih Gandus.
Dia kata kuih ni agak popular kat sekitar KL.
Baru aku teringat, kuih ni pernah masuk Majalah 3 kot.
Punya la ramai orang beratur beli kuih tu.

Tapiiiii..
Masa aku sampai tu, tak ada orang beratur pun. Yang ada cuma makcik dan pakcik gerai je.
Kuih agak banyak jugak yang tengah masak.
Elehhh.. Cakap kuih popular. Sekarang dah tak glamer kottttt...

So aku pun pergi la order. Beli dalam 10 biji.

Sekaliiiiiiiiii makcik tu cakap : Dik, lambat lagi ye.. Semua ni dah ada orang tempah. Kalau nak jugak, kena tunggu dalam masa 15min. Boleh?

Erkk!
Patut la tak ada orang, rupanya semua dah tinggalkan order siap-siap. Tinggal datang ambil je lagi.
Aku kena tunggu 2 round lagi baru turn kuih aku masak.

Takpe la, sebab aku nak rasa jugak kesedapan kuih ni (sedap kerrrr??), so aku gagahkan jugak berdiri jadi tugu depan kedai makcik ni.

Dah dapat kuih, aku & En Zul balik la. Tak larat nak jalan-jalan ke tempat lain.
Dalam kereta kitorang rasa kuih tu.

Laaaa.. Rasanya macam lempeng je.
Dia guna santan, tepung gandum, kelapa parut, garam (tapi tak rasa sangat garamnya. Santan pun dah kurang lemak. Agaknya dia guna balik kelapa yang dah diperah santan tu)
Dalam kuih dia letak jem nenas. Yang macam tart nenas tu.
Bila kuih tu tawar & kurang berlemak, dia di kongsi rasa dengan jem yang manis tu.
So tak de la tasteless sangat rasanya.
Siap ada pelanggan yang mintak extra jem (tapi kena tambah harga) semata-mata nak jadikan kuih tu sedap.

Serius tawar dan kurang lemak.
Harap kan banyak kelapa parut je, tapi lemaknya kurang.

Bagi aku, tak de la sedap sangat.
Setakat rasa macam lempeng kelapa tu, tekak aku ni dah lali sangat. Maklang dah ajar aku makan lempeng tu sejak aku dari kecik lagi. Cuma bezanya kuih gandus ni bentuk bulat dan dimasak dalam loyang aluminium. Rasa tak ada beza pun dengan lempeng kelapa, kecuali rasa manis jem nenas tu.

Mungkin orang yang minat sangat kuih tu adalah orang yang tak pernah makan lempeng kelapa kot.
Hahahaha...




Pakcik ni sedang masak kuih gandus. Bini dia pulak amik part bungkus-bungkus.


1 keping RM0.40
Standard harga kuih kat KL.

Ni la rupa kuih gandus yang menjadi rebutan orang ramai kat KL ni.





No comments :