Yesss.. Ni la dia pavlova. Sebelum ni aku tak pernah tahu pun pasal pavlova ni. Hari tu aku tengok ada orang duk cerita-cerita pasal pavlova ni. So aku dengan segera search Mr Google untuk cari apa kebenda pavlova ni. Seperti biasa, aku search kat Google Image dulu. Agak-agak nampak macam sedap, baru aku search resepi pulak. Kalau aku tengok caranya mudah, bahan-bahan pun mudah nak cari dan cost effective, aku akan try buat. Tapi kalau caranya leceh, bahan pulak susah nak cari, baik aku beli je yang dah siap. Setel.
So apa dia pavlova ni? Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat menggunakan main ingredient nya cuma putih telur dan gula ising je. Teksture sangat halus, garing di luar dan lembut kat dalam. Ada yang kata rasanya macam marshmallow, ada yang kata macam gula kapas. Ye, memang benar tanggapan tu.
Biasanya pavlova ni dihidang dengan whipped cream dan buah-buahan segar seperti strawberry, kiwi, manggo, blueberry, raspberry, anggur dan sebagainya. Seeloknya buah yang digunakan mestilah rasa masam, sebab ia akan mengimbangkan rasa manis meringue tu.
Kalau berdasarkan cerita penglipur lara di zaman dahulu kala, terdapat perbalahan di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula-mula mencipta pavlova ni. Takpe la. Biarkan diorang gaduh. Yang penting aku dah buat dan rasa dessert yang sedap ni. Sebenarnya nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.
Anna Pavlova Apsal muka makcik ni macam stimmmm je? |
Bahan-bahan :
- 4 biji putih telur
- 1 cawan gula ising (aku guna 3/4 cawan je)
- 1/2 sudu esen vanila
- 1/2 tepung jagung
- 1 sudu cuka (ok, ni derhaka pada resepi. Sepatutnya guna tartar cream. Tapi aku tak ada tartar cream, so aku ganti dengan cuka. Guna yogurt pun boleh, tapi aku malas nak keluarkan yogurt)
Topping / Hiasan :
- 1 cawan (240ml) whipping cream
- 1 1/2 sudu gula ising
- 1 esen vanila
***Aku guna instant whipping cream dalam tin je. Goncang-goncang dan tekan. Setel.
Tips sebelum membakar :
- Pastikan (baca dengan nada yang garang!) tiada langsung kuning telur yang bercampur dengan putih telur. Untuk memudahkan pengasingan putih dan kuning telur, gunakan telur yang disimpan dalam esbok. Tapi bila nak guna, pastikan putih telur di dalam suhu bilik.
- Pastikan tiada air, minyak atau kekotoran pada peralatan yang hendak digunakan. Kang tak menjadi pulak tanduk meringue tu.
Cara-cara :
- Pukul telur menggunakan mixer menggunakan kelajuan sederhana. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu nya?
- Tukar kelajuan mixer kepada kelajuan yang tinggi. Masukkan gula sudu demi sudu. Mix lagi sehingga sebati dan warna nya bertukar menjadi putih berkilat. Pastika gula betul-betul dah hancur dan sebati dalam adunan.
- Masukkan esen vanila. Pukul sehingga meringue menjadi tanduk apabila diangkat. Kalau belum menjadi tanduk, pukul lagi sehingga 4-5minit. Untuk memastikan meringue dah menjadi tanduk yang mantap, angkat bekas meringue dan telangkupkan ke atas kepala. Kalau tak jatuh, maknanya dah menjadi la meringue tu. Haaaa.. Ada brannnn?
- Masukkan cuka dan tepung jagung. Gaul guna spatula atau senduk kayu sehingga sebati.
- Buat garisan bulat atas parchment paper. Aku guna tapak spring form saiz 7 inci untuk lukis bentuk bulat tu. Zasssss! Siap bentuk bulat =)
- Letakkan meringue atas parchment paper yang dilukis bulat tadi. Pastikan tepi meringue lebih tinggi dari bahagian tengah. (tang ni aku main belasah je, tak ikut petua pun. Hihihiii)
- Panaskan oven terlebih dahulu kira-kira 15 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Bila oven dah panas, masukkan meringue ke dalam oven. Selepas 15 min, turunkan suhu menjadi 140 darjah celcius. Bila api terlalu panas, luar meringue akan cepat garing tetapi isi kat dalam masih mentah. Tapi kalau api terlalu perlahan, takkan aku nak berkampung kat depan oven tu pulak sampai 2-3jam?
- Lepas meringue dah masak, tutup api oven dan buka sedikit pintu oven. Biarkan meringue sejuk.
Cara-cara menghias :
- Pukul whipping cream dalam bekas. Untuk memudahkan kerja, masukkan bekas meringue ke dalam esbok selama 2-3jam sebelum memukul whipping cream.
- Lepas whipping cream dah kental, masukkan gula dan esen vanila. Simpan whipped cream di plastik dan masukkan ke dalam esbok sebelum digunakan.
- Picit whipped cream ke atas meringue, dan hias dengan buah-buahan segar yang sudah dipotong. Jangan hias semasa meringue masih panas. Nanti jatuh berderai pavlova tu.
Yessss, sedia dimakan!!
Bagi sesiapa yang malas nak baca karangan aku kat atas tu, meh tengok gambar kat bawah ni :
Pukul putih telur. Masukkan gula, esen vanila, tepung jagung dan cuka. |
Lukis bentuk bulat kat atas parchment paper. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius. |
Letakkan meringue di atas parchment paper tadi. |
Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 15minit. Turunkan suhu pada 140 darjah celcius. Sila kontrol api oven. Jangan terlalu panas atau kurang panas. |
Dah masak, biarkan sejuk. Hias dengan whipped cream dan buah-buahan segar. Boleh makan. Sedappppp! |
Love,
No comments :
Post a Comment