Hari tu kawan aku si Zulfadzli Teh tu ada cerita pasal kimchi, makanan orang Korea. Katanya dia buat sendiri benda tu. Wahhh, hebat! Siap bawak bekal ke ofis. Feeling K-Pop mamat muka cina ni. Hahaha.. Kalau nak tahu, kimchi ni antara 5 makanan yang sihat di dunia! Zul ni siap bagi link kat aku cara-cara nak buat kimchi ni. Tapi macam leceh je. Sebab kena sediakan bancuhan tepung beras la, masuk sotong la.. Leceh! Bukan konsep aku la kalau nak masak benda-benda leceh ni.
Anyway, thanks ye Zul sebab bagi link tu. Membantu jugak la walaupun aku tak ikut cara yang kau bagi tu.
Kalau nak tengok, boleh klik kat SINI.
So kali ni aku nak buat entry resepi dengan cara lain sikit. But still ada gambar dan ayat, cuma tang resepi tu aku gabungkan ayat 'di dalam' gambar. Haaaa.. Macamana erkkkk??
Jom tengok!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kasi intro dulu.....
.
.
.
.
.
.
.
Agak-agak aku nak buat apa la dengan pen ni erk? |
Tadaaaa.. Here the recipe! Haaa.. Lain kan persembahan mak kali ni? =) |
Huduh kan tulisan mak? Tak pe la nakkkk.. Biar tulisan buruk, asalkan muka mak cantikkkk!
Hahahahha!!! Sila kutuk aku ramai-ramai~~
So, itu la resepi nya. Sila klik pada gambar untuk pembesaran imej.
Sekian.
Panggggggggggggg!!!!!!!
Dapat pelempang sedas!
Macam tu je update blog? Sumpah dah makin terserlah kemalasan aku ni. Taip ayat tak seberapa kerat, upload pic pun beberapa keping je, tup-tup dah siap satu entry resepi. Hadoiiiiiiiii.. Teruk betul la aku ni.
Ok-ok.. Let's start from beginning.
Kimchi ni mudah je, tak payah nak masak bahan-bahan dia. Cuma menggunakan kaedah penapaian (eh, betul ke perkataan tu?) So tak payah la nak hidupkan api, nak kawal suhu api, nak berkampung depan periuk berjam-jam. Caranya amat simple, dan bahan pun mudah nak cari.
Potong bahagian bawah kobis. Bersihkan setiap helai daun kobis tu. |
Tapis air basuhan. Potong kecik-kecik (mudah nak gaul kemudian). Tabur garam. Garam tu agak-agak je la. Tak payah la tabur sampai sepeket garam. Kang tak pasal-pasal je dapat hipertension. |
Ok, sediakan bahan sos. Bawang besar, bawang putih, halia, udang kering (optional), gula perang, garam (sikit je. tak taruk pun tak pe) *udang kering tu tak payah banyak sangat, kang terlebih masin* |
Campurkan kobis yang dah di basuh air garam tadi ke dalam bahan yang sudah di blend. Gaul sampai rata menggunakan sarung tangan. Aku pakai penyepit je. Gaul... Gaul... Gaul......... |
Ok, ni la kimchi. Bila makan ni, terasa macam cerita Full House pulak. Han Ji Ean : Aja-aja fighting!! |
Kimchi ni boleh makan dengan nasi putih, mee segera or bubur nasi (pastikan bubur tu plain @ tawar). Sebab kimchi ni dah masin. Kimchi ni juga sangat sesuai untuk orang pemalas macam aku. So pasni tak payah susah-susah nak masak sayur. Bukak tupperware, hidang je terus. Hehehe...
Love,
No comments :
Post a Comment