It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 31, 2011

From My Kitchen : Bergedil Sayur

Malam ni rasa lapar pulak.
Nak masak nasi, malas.
Nak masak megi, smlm dah makan. Kang terlebih makan kang botak pulak kepala aku.

So aku bukak My Resipi, cari mana-mana menu yang mudah dan cepat untuk dimasak.
Yang penting mesti sedap. Kalau setakat mudah dan cepat, goreng telur je pun cepat jugak kan?
Tak jumpa resipi yang best. Off lappy.

Pergi dapur dan bukak esbok tengok ada carrot, kentang, capsicum, kailan, tomato, cauliflower, crabstick dan udang.
So fikir-fikir, aku nak masak bergedil sayur je.
Aku belum pernah cuba, tapi cara memasaknya sama je macam nak masak bergedil daging tu.

Aku keluarkan bahan-bahan :


  • Kentang
  • Carrot
  • Capsicum
  • Telur
*udang tak masuk sebab malas nak kopek kulit dia. Crabstick tak sedap, tak minat. So tiada unsur binatang dalam masakan ini kecuali telur.


So start masak!


Kentang.
Potong la ikut suka.




Lepas potong, cuci dan goreng.
Nak rebus pun boleh, tapi Maklang cakap kalau goreng lagi mudah nak kepal.
Kalau rebus dia lembik. So, terpulang.



Hirisan carrot



Hirisan capsicum



Serbuk perisa ayam



Lepas lenyekkan kentang, masukkan carrot, capsicum, serbuk ayam dan blackpepper.
Kalau ada daun sup or daun ketumbar, pun boleh masuk. Lagi sedap.
Kalau serbuk ayam banyak, tak perlu masukkan garam.



Kepalkan dan buat bentuk bulat-bulat.



Pukul telur.
Aku campurkan je telur kuning dan putih telur sekali.
Celup bergedil ke dalam telur dan goreng hingga garing.


Siap!
Tapi terhangus sikit sebab leka tengok Maharaja Lawak Mega - Akhir.



Makan dengan mayonis & sos cili sambil layan MLM





Yes, Boboi tak menang!
Tahniah OSBON... =)

No comments :