It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 15, 2011

Emergency Order By Baman

Chakk!!
Selamat Pengantin Baru, Baman!!!
Wahhhh.. Seronok erk dah berumah tangga!

Tapi aku tak sempat nak pergi ke resepsi Baman. Serius rasa nak nangisssss.. Aku ku kan BFF Baman, wajib datang la ke resepsi tu. Tapi sebab ada hal yang sungguh menjengkelkan berlaku pada aku dan En Zul pada hari berkenaan, maka terpaksa la aku cancel ke majlis dia.

Takpe..Takpe..
Jangan sedih-sedih. Dia kawin je. Bukannya dia mati, sampai aku nak sedih-sedih segala bagai ni.
So sebagai nak feeling-feeling baru balik dari kenduri Baman, aku nak upload gambar kawin dia.



Selepas selesai Akad Nikah.
Alhamdulillah...



Ni resepsi sebelah Baman kat Puchong.
Tema warna : Putih Purple



Ni resepsi sebelah Kak Husna di Kuala Kangsar


Dah 2 minggu Baman bergelar suami.
Tup-tup tadi dia sms aku.
Sebelum ni pun ada sms gak. Cuma sms kali ni agak lain sikit.
Nak mintak tolong katanya!

Hah?
Berdebar dah... Nak tips yerrkkkkk...!!!
Hahahaha....

Ok, tak kelakar.

Dia sms aku nak minta tolong masakkan Puding Roti. Dia nak bawa sebagai buah tangan masa melawat sedara mara dia weekend ni.
Dia ni memang hantu puding roti aku.
Kalau dapat makan setupperware, pujinya melambung-lambung macam Gunung Everest.
Bukan sedap pun. Tapi ntah tekak dia ni memang dah ketagih kat puding roti aku tu.

Aku ada tertaruk ganja kot dalam puding tu?

Lantak.

So aku pun setuju nak tolong dia.
Sekali dia minta aku masak untuk 10 bekas!

Gulp!

Mampus aku.....
Banyak tuuuuuuu...
Hari ni dah Khamis. Dia nak bawa hari Sabtu. Aku cuma ada masa nak buat time malam je la pun.

Sekali dia minta 10 bekas tupperware biasa je. Yang orang duk guna untuk tapau nasi ayam tu.
Perghhhh... Lega aku!

So balik kerja tadi aku ajak Kak Saly temankan aku beli barang puding.
Dalam pukul 7pm aku balik, Baman dah tunggu aku kat parking rumah aku.
Dia baru balik dari kampung dengan wife dia.
Yeayyyy... Dapat jugak aku jumpa dengan wife Baman.
Kak Husna memang friendly orangnya. Baik dan sungguh sopan santun...
Macam aku.

Kahhh~

So malam ni aku bertungkus lumus menyiapkan puding roti dan sos kastard nya.
Tapi malam ni hanya dapat siapkan 6 bekas je. Itu pun sebab roti dah habis.
Lagi 4 bekas aku sambung malam besok.
Eh, boleh ye main sambung-sambung macam tu?
Belasah je la.





Puding roti yang siap dibancuh cuma 6 bekas.



Mari membakar..
Pastikan suhu oven cukup panas. Untuk memastikan suhu telah mencapai kepanasan maksimum, masukkan tangan anda ke dalam oven dan sentuh besi yang menyala merah di bahagian bawah oven. Jika anda mengalihkan tangan anda dengan pantas, maka oven telah menjadi panas dengan baik. Tetapi jika anda masih lagi memegang besi menyala itu, maka anda harus pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan nefro. Mungkin ada saraf anda yang tidak berfungsi dengan baik.



Sos kastard. Yang hitam tu bukan sos kastard yang hangus ye. Tetapi itu adalah coklat cair. Sos kastard dah habis, tapi tak cukup pulak untuk siapkan 20 bekas. So aku gantikan dengan coklat Hersheys. Bijak kan aku?



So sementara aku menunggu Baman datang rumah untuk pick up order, aku update dulu entri ni.
Semua bekas puding aku dah seal dengan aluminium foil. Agak cantik jugak hasil kreativiti aku tu.

(Hok alohhh.. Seal bekas je punnnnn.. Bukannya buat cetakan batik sampai nak puji diri sendiri melambung-lambung~)

Pukul 10.45pm Baman sampai rumah aku. Baman pun puji hasil kreativiti aku tu cantik.
(Hoi, setakat seal dengan aluminium foil tu, sesapa pun boleh buat la ngokk!)

Ok, cukup-cukup la bertelagah sesama sendiri, wahai Hati...
Baman pun dah selamat angkut semua barang.
So dah tiba masa untuk kemas dapur. Kang tak pasal-pasal bising pulak En Zul tengok dapur bersepah.

Eh, En Zul outstation ke Johor.
So tak jadi la nak kemas dapur.
Esok-esok je aku kemas. Aku malas nak kemas malam ni.
Sekarang nak layan movie.


Out.

No comments :