It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 18, 2011

Pelik

Baru-baru ni aku nak service & calibrate mesin Omron.
Ada 23 unit semua.
19 unit untuk bahagian Biofizikal, 4 unit untuk bahagian Publisiti.





Sape-sape yang nak check darah tinggi boleh cari aku.






Untuk bahagian Biofizikal ada 3 pasukan.
Pusat, Merah dan Biru.
Memandangkan tiap-tiap hari ada rekrutmen, maka aku terpaksa service dulu yang publisiti punya dahulu.
Bila Omron Publisiti dah calibrate, aku akan rotatekan dengan Omron pasukan lain.

So aku pun cari la beberapa company yang menyediakan servis untuk calibrate Omron ni.
Senang aku nak compare quotations.
Aku ada jumpa beberapa company, antaranya Pyrom****.

Ok, to be honest memang aku sangat hangin dengan company ni.
Dari hari pertama aku deal dengan this company sampai la hari ni.

Masa mula-mula email company tu untuk hantar quotation, seorang perempuan Melayu ada called aku sebagai wakil company untuk discuss pasal servis.
Lepas PO dah keluar, this girl called balik untuk set appointment berapa unit aku nak hantar ke diorang.
But aku kena deal dulu dengan bahagian publisiti supaya tiada gangguan kalau-kalau diorang pun guna jugak Omron ni.
So aku cakap kat this girl yang aku akan call dia semula.

Pada hari Isnin lepas aku dah setel dengan bahagian Publisiti, aku call la this company untuk bercakap dengan that Malay girl. Tapi the girl cuti pada hari tu. Yang layan call aku adalah Kelly, Chinese girl.




Kelly : Ok miss, u nak set appointment untuk kita collect ur Omron?


Aku : Yup. Bila u boleh datang ambil? Lusa boleh?


Kelly : Boleh tak kita set hari Jumaat?


Aku : Why?


Kelly : Oh, kita punya transportation ke Cheras pada hari Jumaat.   <---- PELIK #1


Aku : So, kalau i nak u datang lusa tak boleh ke?


Kelly : Errr... I kena check balik la.


Aku : Kalau dah sah-sah la u cuma boleh datang hari Jumaat je, kenapa u nak bersusah-susah confirmkan dengan client bila u boleh pick up the unit? Why not u just datang je terus hari Jumaat? Whether unit i dah ready ke belum, u still akan datang je Cheras every Friday right?


Kelly : Yes.


Aku : So, kalau macam tu perlu ke i call untuk set appointment hari apa yang i available? Hmmm.. What ever la. So jangan lupa datang pick up hari Jumaat ni. After lunch.


Kelly : Ok, tak apa. Nanti bila staff yang incharge dah masuk kerja, i akan double confirm dengan dia. Since miss dah deal dengan dia sebelum ni..





Itu perbualan pada hari Isnin.
Masa hari Rabu, si Kelly ni call lagi.
Masa tu aku agak busy sepanjang minggu.





Kelly : Hello Miss. I Kelly from Pyrom****. So i nak confirmkan semula dengan u, hari Jumaat ni kita datang ambil Omron ye?


Aku : Err.. Sori Miss. Boleh tak u datang Jumaat depan. Sebab minggu ni i busy la. <-- terus set JUMAAT DEPAN! Macam dah tau je kan?


Kelly : Ok, kalau macam tu kita datang ambil Jumaat depan. Nanti saya call balik untuk set masa pulak ye.

Aku : Ok. Nanti bila nak datang tu u bawak sekali Job Sheet ye.


Kelly : Job Sheet? Apa Job Sheet?  <---- Takkan tak tahu? Kau run biz apa ni? Pelik #2


Aku : Job sheet sebagai rekod untuk u bawa keluar aset kami. Sebagai bukti yang kami dah benarkan u bawa keluar dari PPUKM. Kalau security tahan u, u ada bukti mengatakan i dah benarkan u bawa balik barang i. Selalunya Job sheet ni sama macam report masa u pulangkan unit pada i. So kalau terjadi apa-apa pada unit i tu, i ada bukti mengatakan u yang ambil.


Kelly : Ohh.. PO kan?  <--- Hadoiii la!! Ape ke bangang perempuan ni?? PELIK #3


Aku : Bukannnn! Dia macam report or bukti pengesahan u datang ambil barang kita.


Kelly : So, nanti job sheet tu u yang prepare kan?


Aku : Eh, apa pulak. U yang kena buat. Ada 2 copy, 1 untuk i, satu lagi untuk u. Nanti i cop sign je...


Kelly : Ok-ok.





Ok, itu panggilan hari Rabu.
Esoknya hari Khamis aku EL.
Dalam tengahari tu aku dapat call lagi.





Wan : Hello, cik. Saya dari Pyrom****. Hari tu cik ada call saya ye? Untuk set appointment? Maaf la, saya cuti hari tu. Ok, so bila cik nak hantar ye? Nanti saya setkan.  <--- Pelik #4


Aku : Eh, kenapa nak set balik? Saya dah confirm kan dengan Kelly yang u all akan collect hari Jumaat depan?


Wan : Oh yeke? Saya tak tahu pulak.


Aku : Kelly cakap nak bagitahu awak. Dia tak ada cakap ke?


Wan : Oh, tak ada pulak. Tak apa cik. Nanti saya confirmkan balik ye.





Haiii..
Takkan si Kelly tu nak rampas customer Wan pulak?
Ke diorang ni ada masalah komunikasi?
Lantak korang la.
Janji Jumaat depan korang datang ambil Omron aku.

Lepas Khamis, diorang buat aku hangin di hari Jumaat pulak.
Dah la Jumaat tu aku EL lagi.
Ada sorang lelaki call aku cakap nak collect Omron.

Sial apakah ini?!
Kan aku dah re-set appointment cakap Jumaat minggu ni tak jadi nak suruh diorang datang ambil. Tapi dah di ubah ke hari Jumaat minggu depan.
Apesal bengap sangat orang-orang kat company ni?






Faizal : Hello, saya Faizal dari Pyrom****. Saya datang nak collect unit.   <--- aik, kan dah cancel? PELIK #5


Aku : Eh, hari ni tak jadi appointment la.


Faizal : Tapi rekod ada tulis suruh saya collect. Address kat HUKM ni.


Aku : Ye, memang patutnya hari ni. Tapi kelmarin saya dah cancel appointment tu. Ni sapa yang suruh awak datang ambil? Kelly or Wan Anis?


Faizal : Saya tak sure la Cik.


Aku : Saya tak faham la dengan company korang ni. Saya sepatutnya deal dengan orang lain, tapi sebab dia cuti, saya kena deal dengan orang lain. Tapi orang lain tu tak maklumkan semula pada orang asal. Tak pasal-pasal orang asal call saya untuk deal balik. Bila saya dah cancel appointment, awak cakap dah datang nak collect unit pulak. Sebenarnya saya ni deal dengan siapa ni? Susah la kalau saya nak deal kalau ramai sangat yang incharge.


Faizal : Saya tak tahu cik. Saya cuma collect unit je!   <--- dah berani nak tinggi suara dengan aku!


Aku : Ye, saya tahu awak collect unit. So boleh tak awak confirmkan betul-betul bila tarikh yang sepatutnya awak datang? Dan boleh tak awak confirmkan semula siapa yang sepatutnya deal dengan saya? Mesti awak ada details kat rekod penghantaran unit tu.


Faizal : Ok-ok. Nanti saya confirmkan dan call cik balik.




Lepas 5 minit.....





Faizal : Ok cik. Saya akan datang pada hari Jumaat depan. Yang sepatutnya bagitahu dah cancel Kelly. Nanti cik call dia kalau ada apa-apa. Sori ya cik..


Aku : Ok, thanks.






Haaaa..
Kan senang macam tu.
Ni kau main terjah je nak datang ofis aku!
Nasib baik kau belum sampai lagi ofis aku. Kalau kau dah sampai, pastu tengok aku tak ada (EL), then rupa-rupanya appointment pulak cancel, padan muka dengan kau!

Ok, dah setel hal seminggu.
Now dah masuk minggu yang baru.
Last Monday si Kelly tu called aku untuk set masa pengambilan unit untuk hari Jumaat ni.
Tapi sampai hari ni dia tak call aku.
Ok, tak pe.

Hari ni Jumaat.
Dari pagi sampai ke petang aku tunggu dia call. Haram tak ada!
So tengahari tu aku ajak kawan-kawan keluar makan kat Kerinchi.

Dah pukul 2.30pm, masa tu aku tengah drive balik PPUKM.
Sampai depan entrance PPUKM, aku dapat call dari Faizal cakap dah sampai.






Faizal : Cik, saya dah sampai nak collect unit.


Aku : Ok-ok. Saya kat luar ni, lagi 15minit saya sampai.


Faizal : Saya nak tunggu kat mana?  <--- Bongok ke hape ni? Ofis aku laaa.. PELIK #6


Aku : Hmmm.. Tunggu kat ofis saya la.


Faizal : Kena ambil kat ofis ke?  <--- So, what do u expect? Kau nak aku turun hantar untuk kau ke? PELIK #7


Aku : Ye la, takkan saya nak turun hantar pulak?


Faizal : Ofis kat mana ye?  <---- Laa.. Nak collect, tapi takkan tak tahu kat mana? PELIK #8


Aku : Eh, takkan tak tahu?


Faizal : Memang tak tahu. Saya tak pernah datang lagi ofis cik.


Aku : Memang la tak pernah datang. Takkan tak ada address ofis saya?


Faizal : Tak ada.  <---- macamana staff kau buat kerja, bingaiiiiii? PELIK #9


Aku : Ok la. Ofis saya tingkat 7, bla..bla..blaaa...


Faizal : Ok, nanti saya naik.





Damn!
Apesal bengap sangat ni?
Serius aku tak tahu macamana company ni boleh survive dengan cara kerja yang sungguh bengap ni!

Kerja serius tak ada komunikasi berkesan langsung.
Mungkin korang ada masalah dalaman antara korang sama-sama staf.
Tapi jangan la tunjuk sangat masalah tu pada client.
Kau menunjukkan gambaran yang negatif pada aku sebagai customer kau.
Sampaikan aku sendiri tak yakin nak hantar servis lepas ni kat company kau tu.

Hm, ntah la.
Aku rasa dah mula malas nak deal dengan company macam ni.
Rasa macam nak batalkan PO dan cari company lain.

Biar diorang belajar cara-cara nak handle company dengan baik dan belajar komunikasi berkesan, baru aku berani nak deal dengan korang.

Tapi kalau cakap putar belit, pastu sistem pengurusan macam hampagas, aku rasa korang boleh tutup company tu dan masing-masing pergi cari kerja lain dan belajar semula cara nak berniaga.

Ingat la sikit.
Company kau tu sediakan service untuk orang ramai.
Tapi kalau ramai orang yang komplen dengan service kau, memang tak selamat la jawabnya!


No comments :