Dia bukan jiran Kak Limah, tapi dia sejenis siput.
Hari ni aku & En Zul ikut Maklang balik kampung dia kat Sekinchan.
Tempat ni makin glamer bila ada orang yang bukak cawangan Ikan Bakar Sekinchan di area KL.
Kalau dulu bila aku sebut je Sekinchan depan kawan-kawan, semua buat muka bangsat.
Macam hulu sangat kampung mak aku tu.
Hah, apa?
Sekinchan? Apa tu?
Hm? Sin Chan?
Sin Chan, wak lu!
Sekarang ni semua pakat berlumba-lumba nak makan kat Ikan Bakar Sekinchan.
Biar la mahal sekali pun harga makanan kat situ, tapi kalau dah dapat ikan fresh, ada kau kesah mahal ke tak?
Sampaikan ada yang bersemangat nak makan ikan bakar yang betul-betul kat Sekinchan!
Eh, ada ke restoren tu kat Sekinchan?
Ke hasil laut je yang datang dari Sekinchan, tapi restoren nya semua di KL?
Ntah, aku tak tahu!
Hm, aku tak pernah la makan kat Ikan Bakar Sekinchan.
So aku tak tahu macamana freshnya ikan dia.
Dan aku tak tahu macamana sedapnya kuah ikan tu.
Yang aku tahu, kedai tu berlambak kat sekitar rumah aku area Cheras dan Gombak.
Cop-cop!
Aku bukan nak cerita pasal Ikan Bakar Sekinchan.
Hish!!! Lari topik pulak.
Ni ha...
Tadi kan aku cakap aku & En Zul pergi ikut Maklang balik kampung dia.
Otw balik, kami beli siput mentarang.
Dah lama tak makan siput ni.
Dulu aku & Maklang siap turun ke laut semata-mata nak cari siput ni.
Sekarang orang cakap dah susah nak cari.
Air laut tak surut, jadi nak cari siput ni sampai kena menyelam.
Padahal dulu just korek-korek pasir tanah pantai tu, mesti jumpa.
Dulu kalau sekilo murah je.
Dalam RM4-RM5 sekilo.
Sekarang ni paling murah RM8.
Paling mahal yang Maklang pernah jumpa orang jual RM16 sekilo!
Gila!
Mahal nak mampus!
Harga mencanak naik macam la kulit mentarang tu bersadur emas!
Dulu mentarang ni tak la glamer.
Sejak Nurul Shuhada Nurul Ain pengacara Majalah 3 tu datang buat wawancara tentang mentarang ni, esoknya selepas disiarkan segmen ni di tv, terus harga siput naik harga!
Cilanat!
Semuanya salah Nurul Shuhada!
Hishhhhh..
Ok-ok.
Jom cerita pasal masak mentarang.
En Zul tak pernah makan siput ni.
Jadi aku terpaksa masak mentarang ni dengan penuh kasih sayang.
Supaya lidah dan tekak En Zul tidak 'menolak' rasa siput ni.
Aku masak cara yang paling mudah je la.
Jom masak!
Hiris bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Tumis bahan-bahan ni sehingga naik bau. Masukkan mentarang yang sudah dikopek. Masukkan black pepper, air asam jawa dan garam secukup rasa. |
Dah siap! Makan dengan nasi panas, memang terangkat! |
Lepas aku hidang untuk En Zul, muka dia memang ada terpancar sedikit pelik.
Mukanya makin pelik bila dia makan.
Mungkin dia cuba untuk adapt rasa siput ni.
Alaaa.. Kau je yang over bang!
Rasanya sama je dengan siput kupang tu.
Lepas dia makan, hampir habis nasi di pinggan, tetiba En Zul tanya :
"Ada nasi lagi tak?"
Wah, dah pandai dia makan siput ni.
Sedap ye bang...??
Tu la... Lain kali jangan buat muka tengik depan aku.
Bila dah rasa sedap, reti pulak cari nasi tambah!
Hahahahahahaaaa...
Tapi yang tak syok nya, bila En Zul dah pandai makan, nanti dia balik kampung Maklang, nanti dia suruh aku masak lagi siput ni.
Alahai... Letih la nak masak mentarang ni.
Dah la jenuh nak bersihkan kulit dia.
Pastu nak kopek pulak.
Tapi bila makan, sekali ngapppp je terus habis.
Tak berbaloi langsung!
Hishhhhhhh...
No comments :
Post a Comment