It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan Al Mubarak 1437H

Assalamualaikum wbt.

Salam Ramadhan untuk semua yang beragama Islam. Syukur dapat bertemu Ramadhan yang penuh dengan barakah. Aku pun dah semakin jarangggggg update blog. Ntah la, jangan kan nak tulis blog, nak pegi skodeng blog orang lain pun dah malas. Tak tahu la kenapa vitamin M tu berleluasa sangat. Macam perlukan booster untuk kurangkan vitamin tu la.

Alhamdulillah, minggu lepas dah selesai aktiviti pelajar tahun 1. So lepas ni boleh compile markah untuk wrap up semester 2 ni. Tahun ni tugas terlalu banyak compared tahun lepas. Well, nak buat macam mana, aku ni makan gaji je. Hehehe... Gaji aku pulak dibayar oleh pembayar cukai kat sini. Maka, kena la ikhlas buat keje kan.... InshaAllah....

Dan... Yang paling best tahun ni InshaAllah aku dah boleh habiskan study aku. Tinggal nak final paper Optics minggu depan (15 June) dan hantar final year report before 22 June ni. Alhamdulillah... Syukur semua dipermudahkan Allah.. 16 May lepas aku dah viva. Tak sangka dah 6 tahun aku study. Tu pun 2 tahun aku extend. Maklumla, aku kan pelajar tak cemerlang, harus la bawa credit hour sikit-sikit. Kena la sedar diri sikit. Hahaha..

Aku doa sangat harap aku tak perlu nak extend tahun lagi.. Harap convo aku dipermudahkan. Dah ler lappy aku ni dah sangat uzur.. Skrin terkopak, keyboard font mula sewel. Nak-nak bila taip huruf M.. Kena hempas kuat-kuat baru dia keluar M nya. Tu belum nak tekan huruf I.. Kena tekan lemah lembut, sopan santun gitu. Kalau tak berlambak-lambak I yang keluar. Hauk betul la! Kalau kena extend atau plan nak further study lagi, memang kena beli lappy baru laa.. Sian aku, pakai lappy lama. Ni pun tak banyak program aku installed atau downloaded. Semua yang basic je. Janji lepas untuk aku siapkan assignment dan layan Running Man aku. Yang lain-lain aku guna pc ofis je. Lajuuuuu!

Untuk next plan, aku nak rehat dulu. Then baru fikir untuk further study. Tu pun aku nak cari U yang dekat-dekat.. Of kos la kat tempat aku cari rezeki ni kan? Ada peluang untuk staff sambung study, boleh dapat pengecualian yuran. Dan plan aku tak nak amik fizik dah. Ingat nak amik course lain. Janji bukan sains dah. Letih laaa.. Jammed dah otak aku ni dengan sains. Rambut pun dah makin kurang. Eh, rambut tu memang dari azali dah kurang pun. Bukan sebab study. Haha!

Untuk puasa kali ni, En Zul dah bagi duit siap-siap untuk belanja persiapan raya. Alhamdulillah.. Ingat nak beli baju raya sebelum puasa. Tapi asyik busy memanjang, so tunggu la puasa ni baru mengigih cari baju dan kasut. Tahun ni makin bertambah perbelanjaan, sebab anak-anak dah mula berhijab. Alhamdulillah. Tapi diorang nak instant shawl je, yang 2 loop ke hape ntah.. Tak nak shawl biasa. Aku pun tak tahu la fesyen tudung ni. Aku kan selalu ketinggalan ketapi sikit kalau bab fesyen. Pastu diorang nak pin yang hok comey-comey jah.. Hamboihhhh, nak melawa mengalahkan aku tak hagak-hagak! Tak pe la nakkkk... Mak kau ni tak boleh nak melawa pun. Hasilnya tetap macam nenek kebayan jugak. Bagi je la chance kat korang nak melawa kannn!

Last week sempat gak aku melepak dengan geng-geng bff PWKL.. Alkesahnya nak melantak makan puas-puas sebelum puasa. Alhamdulillah dapat gak spend masa dengan Nadia, Wazli dan Zul. Siap bawak Aleeya sebab dia ada kelas tambahan. En Zul outstation, si Ika plak dah balik kampung. So aku angkut la sekali si motek tu join geng aku. Aku dah pesan awal-awal kat dia, jangan pengsan tengok perangai kawan-kawan aku. Terutama perangai aku laa.. Kompem dia tak caya tu mummy dia. Perangai bertukar 360darjah! Tapi aku dah rasuah dia siap-siap.. Mummy belanja makan best-best, kau jangan nak pura-pura pengsan. Jenuh aku nak mengangkat.

Kali ni kitorang lepak kat Olive Garden, MidValley. Punya la ramai manusia kat situ, sampai aku rasa nak ajak tukar location pegi ke Paradigm Mall pulak. Tapi sebab Nadia dan Zul dah sampai, so gigih aku cari parking kat The Gardens. Dah ler perut lapar.. Huhuu!!

Plan tak nak makan korean food, sebab setiap kali jumpa, korean food must be on the top of the list! Seoul Garden, of courseeee.. So tukar!! Tukar!! Kita makan Italian food pulak. Mamamiaaaa!!




Gegirl yang cantik bak bidadari gitu..
Tapi bidadari dari kerajaan obessss.. Hahaha!



Ordered by Zul. The bolognese was a bit salty. Tapi cheese tetap menyerlah!




Menu Wazli. Memang sedap. Selalu cream tu lebih menyerlah. Tapi kat sini cheese dia yang overshadow rasa cream tu. So menepati selera aku.




Menu Wazli jugak. Sedap! Tak puas makan. Hehe!




Ni order Aleeya. Tapi tertukar dengan menu Nadia. Siannnn!




Menu Nadia, tapi anak aku belasah dulu. Tak memasal je budak tu bagi aku cili kering dan garlic. Dia kutip isi je. Huhu..




Mine! Sedapppppp.. Dip cheese dia memang terbaik! Kerak-kerak dia kat tepi bowl pun sedap.
Memang puas hati makan ni.





Dessert by set.. Kira-kira RM6/cup. So amik sorang satu. Share sorang sikit nak rasa semua.


Minuman semua sedap-sedap. Tapi malas nak masuk gambar.
The drinks, hm.. I dont have any expectation for them.
Yang penting makanan cenggini haaaa (thumbs upp!)



Terbaik!
Memang aku recommend tempat ni untuk korang kalau nak try Italian food.
Dont worry, halal kat sini ye.

Next time boleh repeat, tapi aku kena kumpul duit dulu 2-3 bulan.
Sebab nak try pasta & lamb dia memang kopak beg duit (insert crying face here!)




Lepas makan, pegi shopping kat Daiso.
Pastu lepak akan eskrem Magnum.
Aku punya ofkos yang tengah-tengah ada rose petals tu.


Hari ni mentekadarah tak hengat dunia.
Esok glucose & cholesterol naik. Padan muka.
Kahkahkah!!


Ok la, chow dulu. Letih aku menghempas keyboard ni.
Memanjang je typo dengan huruf-huruf kat keyboard ni.

I hate you, MMMM!!!!!









No comments :