It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 20, 2016

Persediaan Hari Raya 2016

Alhamdulillah hari ni dah masuk 15 Ramadhan. Lagi 15 hari nak sambut Syawal. Tahun ni kitorang akan balik ke kampung En Zul. Memandangkan dah 2 tahun tak balik beraya kat Kedah, so tahun ni agak sedikit excited nak beraya kat kg En Zul.

Sebelum bulan puasa lagi kitorang dah plan untuk siapkan persediaan raya awal-awal. Kalau boleh bulan puasa ni nak rehat je. Malas nak ke hulu ke hilir cari baju la, cari spender bra la, cari mascara laa.. Tapi sebab sebelum puasa aku busy nak siapkan thesis aku, so terpaksa jugak setelkan persediaan dalam bulan puasa.

Tahun ni awal-awal lagi En Zul dah bagi duit untuk persediaan raya. Alhamdulillah, tahun ni En Zul ada side income. So boleh la nak berbelanja untuk anak-anak. Sebelum ni keadaan ekonomi kitorang agak ketat sikit. Nak beraya pun macam malas je. Tapi kesian kat anak-anak terpaksa beli jugak baju raya ikut kemampuan.

Dari awal Ramadhan sampai ke minggu lepas, kitorang dah start membeli barang keperluan raya. Of course baju dan kasut baru untuk anak-anak dan kitorang laki bini. Syukur tahun ni boleh membeli tanpa ada sekatan atau limit. Untuk anak-anak aku dah beli sorang 4 pasang. Kira paling banyak tahun ni la baju diorang. Even masa kecik-kecik dulu pun paling banyak dalam 2-3 pasang je. Tahun ni En Zul bagi membeli banyak sikit memandangkan sebelum ni kitorang dah banyak menyekat nafsu setan sebab masalah ekonomi kitorang. Dia pun faham anak-anak nak gembira membeli baju baru. Lagipun dia nak hilangkan rasa bersalah kat aku & anak-anak sebab 2-3 tahun kebelakangan ni kitorang banyak mengalah sebab tahu keadaan ekonomi En Zul macamana.. So this is the time kitorang nak pulun shopping la kan?! Nafsu setan pun kembali semula.. Hahaha..

Sebelum puasa masa cuti sekolah aritu aku dah beli sikit-sikit barang untuk Aleeya. So Sabtu lepas kitorang ke Sogo nak shopping baju anak-anak. Dah lama giler aku tak jejak kaki ke Sogo. Last aku shopping kat Sogo masa 4 tahun yang lepas. Nak beli tshirt En Zul dan kasut raya untuk anak-anak. Jadi tahun ni kitorang tabah masuk KL sebab nak shopping kat Sogo. Kat Sogo gila punya sesak ramai orang! So kena beli cepat-cepat dan keluar dari situ. Dah ler parking kat depan Campbell tu maheiii nak mampppp! RM5 per hour! Mulanya aku nak naik LRT je ke KL tu. Tapi kesian kat anak-anak takut penat nak berjalan. So hadapkan je la jammed kat KL tu yang dengan penutupan jalan, construction jalan, macam-macam la!

Kat Sogo setel beli baju untuk anak-anak sorang 3 pasang. Untuk En Zul dapat sepasang. En Zul malas nak beli baju untuk dia. Minggu pertama puasa dah beli sepasang, kat Sogo sepasang. Tu pun dia dah malas nak beli baju melayu. Cukup baju tshirt & kemeja je. Baju melayu nak pakai baju raya yang lepas katanya. Sukati ko la banggggg..



Menunggu Aleeya fitting baju. Susah nauuu nak cari size budak ni.


Lepas ke Sogo, kitorang saja masuk ke Odeon Mall. Sebelah Odeon Cinema tu je. Ada 12 juta baju yang nak di jual kat situ. Murah-murah gile! Tapi kualiti kain tu paham-paham je la yeeee.. Aku naik ke tingkat atas. Sekali terjumpa dress hijau hitam. Saiz pulak match untuk badan anak-anak. Harga?? RM70 untuk 2 pasang! Murah kan?? Dan kira nasib aku baik sebab kain tu kualiti dia ok. Kain tebal dan sejuk bila pakai. Pastu aku beli 2 pasang long skirt untuk aku. Dapat kaler purple dan green.

Setel kat KL kitorang nak balik berbuka kat umah Maklang. On the way tu kitorang singgah ke AEON AU2 Keramat. Beli blouse aku 2 pasang, anak tudung untuk anak-anak, barang daiso untuk En Zul, solat dan terus chow ke Gombak. Nasib baik sampai Gombak dalam pukul 6.00 lebih. Sempat la nak ke bazar beli juadah berbuka.

Malam tu pulak, otw balik ke umah, singgah cari kasut untuk Ika. Tapi tak ada size untuk design yang dia suka. So hold dulu sebab kedai pun dah nak tutup. Esoknya En Zul keje, so aku keluar shopping dengan anak-anak je.

Kitorang ke Bangi Gateway nak beli tudung raya. Anak-anak aku dah sound awal-awal nak instant shawl. Taknak derr bawal-bawal or tudung awning. Eh, kemain ko eh?!! Nak melawa mengalahkan aku. So tengahari ke CK Rahim kat Bangi Gateway. Mak aihhhh ramainya ummah! Kat situ banyak stall baju yang dibuka. Tapi harga mahal jugak.



Kat CK Rahim aku beli tudung aku yang palingggg murah!
Aku mana reti nak beli tudung mahal-mahal ni. Sebab aku tau, aku pakai tudung murah pun
muka aku tetap gojesss gituh!

Kahkahkahkahkahh!!

Tapi tudung anak-anak kemain lagi mahal dari tudung aku.
Motippp sangat nak lawan tokehhh!
Tapi sebab aku beli tudung untuk Maklang, mak mertua dan adik ipar aku harga sama macam tudung diorang, so aku halalkan je laaa..
Yang penting aku lagi gojess ayu menawan di hari raya.
Muahahahaaa!

Kat CK Rahim berjaya mengaut 6 helai instant shawl untuk anak-anak, 3 shawl untuk aku, 1 instant shawl untuk adik ipar aku, 2 helai tudung awning flip untuk Maklang & mak mertua aku, 3 set anak tudung, 4 set brooch untuk aku, anak-anak & adik ipar aku.

Minggu ni nak datang lagi beli tudung untuk kakak aku.
Sorry Leen, aku terlupa bahagian kau. Sebab kau dah kaya raya dengan bermacam jenis tudung.
So terlupa nak masukkan list kau. Haha...




Dapat angpau dari Sogo.
Tapi bukan untuk raya. Tapi untuk duit hulur-hulur masa pegi makan kenduri.



Dalam masa 2 minggu ni, hampir 80% persiapan baju nak siap. Cuma nak beli baju melayu, samping, songkok, brooch dan stocking En Zul. Then last sekali kasut raya untuk Ika. Yang lain-lain semua setel from top to toe! Even spender bra dan anak tudung pun setel. Alhamdulillah dipermudahkan.

Now En Zul nak fokus untuk side income untuk belanja balik kampung raya ni. Target RM2k untuk beli baju raya dah tercapai. Harap-harap target RM2k untuk balik kampung turut tercapai.. Insya Allah...

This week plan nak pegi beli perfume kat Pavilion. Then nak start baking cookies. Dah janji dengan anak-anak nak buat 3-4 jenis macam cookies. Yang sorang request cookies ni, yang sorang lagi request nak cookies tu.. Yang mati nak menunaikan janji, haaaa mak kau ni ha!! Nasib baik kerepek-kerepek dah setel beli siap-siap minggu lepas. Untuk umah Maklang, umah mertua dan umah aku dapat 3 jenis kerepek. Sapo-sapo yang dah rayo kek umah Maklang, jangan ditanyo kenapo kerepek umah den samo dengan kerepek umah Maklang. Kangg den cepukk mulut ekauuu.



No comments :