It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 19, 2015

Amukan

Hari ni genap seminggu Aleeya kena HSP.
Bengkak dan bintik kat kaki dah surut. Tapi rashes naik pulak kat tangan dan badan.
Malam-malam suhu badan panas.
Dah bagi minum air kelapa, air asam jawa, air teh kundur, air 100plus, air anugerah, semua tak jalan.
Tidur malam terpaksa letak towel lembap kat leher dan dahi untuk kurangkan panas badan.
Punnn tak jalan gak....

Apa la penyakit kau ni nakkkk?
Jangan la sampai memudaratkan hidup kau.





I got fever, peeps!
-cedok dari Mr. Gugel-




Jumaat lepas aku ambil cuti pulak sampai ke Rabu ni.
Gilir-gilir ambil cuti sebab En Zul akan outstation ke Kedah pagi Jumaat.
Pagi Jumaat tu lepas Subuh mata Aleeya bengkak sebelah kanan.
Gelabah jugak kitorang pagi tu nak siap-siap ke emergency.
Tapi En Zul kata biar dulu, mana la tahu mata bengkak tu kot-kot Aleeya garu masa tidur.



Ni bukan mata je bengkak. Aku rasa bibir pun bengkak gak macam Kilaperi tu.


Esoknya, lepas bangun tidur tengok mata kiri pulak bengkak.
Mata kanan dah surut sikit. Dah kenapa pulak kau ni dikkk?
Dia cakap tak gatal or pedih.
Cuma tiba-tiba naik bengkak je...

Sepanjang Jumaat sampai ke Isnin bengkak dan rashes kat kaki dah susut.
Tapi hari Jumaat tu pulak demam aku makin menjadi-jadi. Pening sampai muntah-muntah aku.
Aku ni ambil cuti sebab nak jaga budak sakit, end up aku pun join sakit sekali.
Sama-sama la kita sakit ye nakkkk..

Sebab Isnin dah nampak positive progress pada Aleeya, so Selasa aku boleh cancel cuti.
Aku ke office angkut sekali budak Aleeya siap dengan note, lappy dan segala movie korea bawak sekali sebagai pelunas cukai jalan budak ni.
Janji kau jangan kacau mummy mengejarkan kerja-kerja pending ni.



Curi-curi snap pic.
Bahagia betul tak ada sesapa nak kacau dia.
Bilik ni jenis joint room.
So dari dalam bilik ni senang aku nak pantau budak ni kat bilik sebelah tu.


Aku cuti cuma Jumaat dan Isnin.
Tapi lambakan kerja macam aku cuti sebulan ke Intensif USM.
Gila banyak pending!
Mana nak setelkan surat jemputan penceramah untuk bengkel, surat pembayaran saguhati, buat proforma penawaran kursus baru untuk Keusahawanan, key in data SPSS untuk entry & exit survey dan macam-macam lah!
Memang nak muntah bila semua kerja calling for due date.
Kalau tak siap sebelum due date, sila bunuh diri!


Aku masuk kerja 7.30 am tengok kerja semua dah ready atas meja.
Tinggal pilih je mana nak start dulu.

Selalu nya start dengan plastik merah tu dulu.
Tapi tadi plastik merah pun aku dah tak nampak bayang!


Nasib anak aku tak meragam.
Lepas dia makan ubat, dia tidur je aman-aman kat sofa dalam bilik ni.



After lunch hour--
Ada beza tak? Ada kan......

Bukan makin clear meja aku. Tapi makin sepah!
Amende la yang aku busy kan sangat ni??
Lepas setel satu tugas, datang tugas lain.
So pandai-pandai la kau kan!




Late lunch. Lebih kurang pukul 3 pm lebih baru dapat lunch.
Tu pun makan saki baki nasi lemak pagi tadi.


En Zul sampai di ofis aku lebih kurang jam 12 tengahari.
Masa tu bos aku dari FTSM datang untuk discuss dengan aku kat bilik.
Aleeya masih sedap membuta kat sofa tu.
Nasib baik dapat bos yang memahami dan penyayang gituuu.. (tenkiu bos!)

Lepas kejutkan Aleeya, En Zul terus bawak dia buat follow up kat Hospital Premier kat BTS.
Dari emergency hari tu Dr memang buat reference letter ke Premier.
So tengahari tadi terus bawak dia ke sana.
Sampai sana kena ambil darah dan urine untuk buat test.
Masuk jumpa Dr, tengok result masih tak nampak apa-apa yang abnormal pada bacaan.
Masa ni bengkak dan rashes pada kaki Aleeya jadi balik!
Terus Dr buat reference letter ke emergency semula untuk jumpa dengan Dr pakar.

Sampai emergency, kena ambil darah & urine - again!!
Aku tak tahu la apesal diorang tak guna je result yang tadi tu.
Tak sampai dua jam pun result tu.
Nasib la aku tak ada masa tu. Kalau tak kompem aku dah meroyan sana-sini.
En Zul je yang gigih melayan arahan doktor-doktor kat sini. Haha!

Lepas jumpa pakar, Aleeya admitted ward pead.
Lepas Maghrib baru aku dapat tau.
Tu pun selepas En Zul setelkan semua pendaftaran masuk Aleeya.
Dah pack semua barang, aku terus pecut ke PPUKM.


Lepas seminggu selera makan berkurang, malam ni habis sebungkus bihun singapore dia belasah.
Aku syak hantu raya dia dah sihat kot. Tu yang makan berselera tu.


Masa ni En Zul dah otw ke Perlis dengan ex-boss dia.
Alahai banggggg.. Time anak sakit, masa tu la dia outstation memanjang.
Betul-betul menguji aku la.

Dalam pukul 10pm tadi, nurse datang bagi ubat.
Aku suruh Aleeya makan sebelum dia tidur.
Then Aleeya tidur dan aku main laptop.

Lepas sejam lebih, nurse datang bagi ubat lagi.
So kena kejutkan budak ni.
Aku tengok dia macam makan ubat main-main.
Bila aku tanya mana ubat tu? Dia tunjuk dalam mulut dia.

Aku tak puas hati, aku tarik selimut dia.
Terus jumpa 2 biji ubat yang dia cakap konon-konon ada dalam mulut dia tu!

Masa ni aku terus jadi amukan ablasa!

Aku bebel dan terus keluar call En Zul yang tengah drive tu.
Budak Aleeya ni dah cuak sebab terkantoi dengan aku.
Patut la demam kau tak baik-baik! Minum air macam-macam pun suhu badan kau masih panas.
Rupanya selama ni kau tipu makan ubat!

Aku tanya dia macam-macam.
Aku soal bertubi-tubi macam peluru machine gun.
Tunggu masa soalan 'missile' je belum nak keluar lagi.

Dia dah mula nangis.
Aku tak puas hati.
Terus aku tanya, "kau memang suka nak masuk ward ye? Kau tahu tak dah berapa ramai orang mati atas katil ni? Tahu??!!!"

Masa ni Aleeya terus "uwahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!"

Haaaa kauuuu!
Jangan main-main dengan soalan aku.
Ni kalau aku yang soal pasal wang derma 2.6b tu kompem berjaya dapat maklumat benar ni.

Malam ni hilang keayuan aku kat wad pead ni.
Rasa nak melayang je segala tudung sebab terlalu marah sampai baran gunung berapi naik ke kepala.
Rasa nak bukak silat pangkah, silat gayung, silat cekak, silambam, tarian singa segala la.
Badan aku dah rasa naik sisik kasar, hidung dah mula keluar segala asap.
Tunggu masa nak bertukar jadi naga tasik chini je ni.

Aku masih tak puas hati.
Aku tanya mana ubat yang nurse bagi pukul 10pm tu?

Mummy jangan marah adikkkk...

Sekarang pun mummy dah marah! So tell me! Mana ubat tu? *jegil mata kat sini*

Ada bawah bantal....


Selak bantal jumpa ubat tu.


Kenapa tak makan ubat ni? Selama ni kenapa tipu tak makan ubat?

Adik tak boleh telan pill....

Kalau tak boleh telan, kenapa tak bagitahu??

Adik takut mummy marah....

Habis sekarang kau tak takut? Kau ingat kalau mummy tahu kau tipu, mummy suka happy tepuk tangan menari hoyeh-hoyeh???!!


.....nangis....

Aku sambung bebel...


Bla....blaa...blaaaa....blaaaa.........


Hai la ubat... Apa la nasib kau dibuang sebegitu sahaja.....


Okay, now aku lancar perang "tipu ubat".
Aku duduk kat seat tetamu, dengar dia nangis sayup-sayup panggil "mummy...mummy..."
Malas nak bercakap dengan dia. Geram!!
Orang susah hati takut efek organ dalaman kau, takut sel darah kau mati, takut penyakit lain ke yang datang..
Kau boleh pulak main-main makan ubat!

Biar dia insaf sendiri kesalahan dia.

Aku ugut cakap nak balik rumah & tinggalkan dia sorang-sorang kat wad.
Terus dia insaf dan sembah ratu kat aku.

Haha!




No comments :