It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 12, 2015

Henoch-Schönlein Purpura, HSP - pronounce as (HEH-nok SHOON-line PURR-puh-ruh)

Hari ni ada sambutan raya kat ofis. Nanti-nanti la aku cerita.
Ni tengah pening memikirkan kesihatan anak aku.

Jumaat lepas Aleeya mengadu sakit tekak dan terasa panas badan.
So kitorang suruh dia makan ubat demam (syrup) yang beli kat farmasi tu.
Sabtu dan Ahad kitorang pegi open house, dia on-off demam.
Aku anggap mungkin sebab cuaca panas buat dia rasa sekejap ok, sekejap nak demam.

Isnin dia pegi sekolah macam biasa. Siap puasa lagi.
Sahur dia makan sikit je, sebab tak ada selera sangat.
Petang tu En Zul Kelmarin En Zul wasap aku tunjuk kaki Aleeya dah naik bintik.
Pastu Aleeya cakap kaki dia sakit tak boleh nak berjalan.
Kitorang syak mungkin denggi. So petang tu lepas sekolah agama terus ke klinik panel.
Doc cakap tu demam biasa je.

Ok fineeeee!



Bintik naik start pukul 3pm lebih di sekolah agama.



Malam tu masa nak tidur lebih kurang pukul 10pm, tengok dia memang dah tak boleh nak berjalan!
Pastu bintik-bintik makin banyak dan merah.

Terus tukar baju dan pecut ke emergency!



Membengkak macam kaki gajah.



Macam ni doc cakap demam biasa??

Kau nak aku saman kau, ke Doc?!


Lepas procedure ambil suhu badan, tekanan darah, ambil sampel darah, then tunggu doc panggil masuk untuk pemeriksaan lanjutan.
Masa kat luar tunggu sekejap je.
Untungnya En Zul kena ramai orang kat emergency tu, so tak payah tunggu lama-lama.
Hehehe...



Ambil no pukul 11.26pm.

Masuk bilik doc pukul 1.30am.

2jam menunggu yeeee.. Padahal waiting list cuma 6 orang!
Aku fikir positif je, mungkin nak process blood sampel tu ambil masa lama.
(padahal dulu pun penah je buat blood process. Tak de la lama sangat punnnn...)

Jadi, mari kita tidur berjemaah di cough ni sambil menunggu no giliran dipanggil.



Sementara menunggu, budak sakit ni sempat paw ayah dia minta makanan.
Tapi start Jumaat lepas masa dia demam tu dia macam lost appetite.
So masa ni dia mula lapar. Maklum la, selalunya waktu-waktu gini dia dah berdengkur dah.



Lepas sampai giliran dia, doc soal macam-macam.
Pastu masuk ke bilik pemeriksaan, kena buat physical examination.
Tengok bintik dah naik ke peha.

Doc tu pergi minta second opinion kat doc yang senior.
Then doc tu cakap, "Puan, penyakit ini berpunca dari diri dia sendiri. Bukan sebab orang lain."

I just like....... what...?? *insert muka blurr here--

Aku pandang Aleeya. Aku tenung dia dalam-dalam.
Bukan aku marah. Bukan jugak sedih.
Tapi aku blurr. Tak paham sekejap dengan explanation doc tu.

Anak aku ni dah pandai nak sesaja dapat penyakit ke?
Ke dia dah pandai nak sabotaj diri sendiri?

Terus doc yang awal-awal tadi (doc junior) tu explain.
Rupanya anak aku ada virus infection.
Then berlaku pendarahan bawah kulit yang mana dikenali sebagai HSP.
Penyakit ni memang mudah terjadi pada kanak-kanak.
Kalau dalam urine ada blood, then Aleeya kena admit ward sebab dikhuatiri bleeding dalam perut & kidney.
Rashes ni akan hilang sendiri dalam masa seminggu dua.
Tak perlu risau nak makan ubat apa-apa. Cuma ambil ubat tahan sakit untuk kaki dia je.

Terus bawak Aleeya buat urine test.
Alhamdulillah tak ada blood.
Cuma dalam seminggu ni kena pantau keadaan dia.
Kalau ada muntah atau kencing berdarah, cepat-cepat kena bawa dia ke emergency.




Lepas buat test. Tunggu result urine.




Pertama kali aku jumpa tulisan doc yang cantik.

Kalau boleh dibaca tu kira cantik ler tu.


Untuk info tambahan mengenai HSP.
(aku tahu korang malas nak gugel kan? Nadia je yang terus gugel lepas aku cakap penyakit ni..)
Nah, baca sini :

Tanda-tanda kebiasaan / simptom :
  • purpura, the raised, reddish purple rash.
  • joint pain and swelling.
  • stomach pain.
  • blood in the urine (pee) or other kidney problems.
  • fever.
  • headache.


Got mc for a week.
Next week kena buat follow up kat Hosp Premier Bandar Tasik Selatan.


Start semalam kitorang laki bini ambil cuti nak jaga Aleeya.
Penat gila balik dari emergency pukul 3.30am.
So sebelum balik rumah kitorang pegi ofis En Zul dan apply cuti masing-masing.

Aku akan bercuti start Jumaat ni sampai Rabu depan.
En Zul cuti hari ini dan esok.
Biar En Zul yang jaga dia awal-awal minggu ni.
Harap-harap Aleeya makin sembuh.
Sekarang ni Aleeya tidur dengan kitorang.
Dia tidur kat bawah dengan En Zul. Sekejap-sekejap aku dengar dia menangis,
Sekejap-sekejap aku dengar dia panggil "ayah..."

Rupanya mengigau.
Pastu time dia nak alih posisi tidur, dia akan rasa sakit bengkak kaki.
Sebab tu asyik memanggil nama ayah..
Kesian.... Sabar la nak... Kuatkan semangat.
Dah tiba masa kau kena diet.
Sebab bila sakit macam ni terjadi, agak seksa kau nak membawa badan kau ke hulur hilir.

Agak-agak kalau aku yang kena, kompem terlantar je kat katil sebab surrender nak bawak badan gajah ni.



No comments :