Ya Allah, betapa syukur nya aku tahun ni merasa jugak duduk kat dalam kampus sekali lagi.
Aku sampai jadi redha kalau nama aku tercampak kat kolej Restu-Saujana-Tekun.
Lagi bertambah redha (mungkin lebih tepat dah tahap pasrah) kalau nama aku tercampak kat Saujana!
Aku keluar rumah pukul 6am.
Kejadah betul keluar rumah sebelum Subuh.
Sampai PPUKM dalam 6.30am. Motif nya aku nak singgah Cohort.
Rinduuuuu gile kat member-member Cohort.
Lagipun ofis dah renovate sikit. Gile cantikk!!!
Aku gerak dari PPUKM pukul 10am.
Sebab nak ambil Wazli kat LRT Bandar Tun Razak.
Tahun ni aku gerak dengan Wazli - yes, kali pertama kami gerak berdua.
Tiap-tiap tahun aku offer Wazli join dengan aku & Nadia.
Tapi sebab dia suka gerak lagi awal dari kitorang, so aku gerak dengan Nadia berdua.
Tahun ni aku offer dia lagi, dan dia setuju nak join kitorang.
Malangnya Nadia tak dapat cuti hari ni so aku gerak berdua dengan Wazli.
Serius sepanjang perjalanan kereta aku kecoh macam naik berlima!
Wazli memang kecoh makcik-makcik!! Hahaha...
Ikutkan few years back aku gerak pukul 10am, dalam pukul 1pm aku sampai Penang.
Tapi tahun ni aku gerak pukul 10.30am, tapi pukul 1pm baru sampai kat RTC Perak.
So berhenti lunch & solat kat situ. Yes, again! Kali pertama aku jejak kaki kat RTC Perak.
Tempat dia selesa, parking banyak. Cuma kat Agro Park & tempat jual buah macam tak berapa meriah.
Mungkin sebab hari bekerja. Kalau hari cuti mungkin meriah.
Gerak dari RTC Perak pukul 3pm.
Gila lama kitorang lepak kat RTC. Siap shopping macam-macam kat Mydin dalam tu.
Thanks Wazli belanja makan, belikan jajan, belanja kasut & macam-macam lagi (mode = terharuuu!!)
Sampai Penang aku naik ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Hah, jangan buat-buat pelik tanya jambatan tu kat mana?
Tu nama rasmi bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang. Ni pun kira kali pertama aku naik ke jambatan ni.
Mak aihhhhh... Jauhnya jambatan ni!!!
Aku rasa jambatan pertama dekat sikit berbanding jambatan kedua.
Tapi bayaran tol cuma RM51++ dari Duta ke Jambatan. Kira murah sikit la kalau nak dibandingkan ikut Jambatan pertama.
Sampai USM terus naik ke pejabat desasiswa nak daftar bilik.
Masa tu staff dah balik, tapi nasib baik Penggawa masih ada & sudi layan aku untuk daftar bilik. Syukur Alhamdulillah.
Kali ni dapat bilik tingkat 2. Ni kalau tak slim jari kaki & betis aku turun naik tangga ni, tak tahu la cakap apa kan?! Dah la lif tak ada. Nak harap badan yang jadi kurus, tak mungkin laaaa...
So mari berdoa supaya kaki aku yang kurus! Mihmihmihhh...
Esok dah start kena daftar Kursus Intensif.
Sebab asrama aku sebelah dengan asrama Wazli, so dia akan jadi babysitter aku sepanjang 3 minggu kitorang kat sini. Daftar sama-sama, gi makan sama-sama, gi lepak sama-sama.
Senang cite, semua ongkos aku kat sini semua ditanggung beres oleh Wazli!
Mampu?!!!
Kahkahkahkahhh..
(terima kasih banyak-banyak wahai BFF ku, Wazli...)
Nampaknya banyak benda yang aku buat untuk kali pertama sepanjang perjalanan aku ke USM tahun ni.
Cuma aku je tak grad-grad. Masih la bertukun kat USM ni.
Hah, tu bukan kali pertama ye!
Uwaaaaa...
Ok, nak tidur.
Sebelum tu, layan kan dulu lagu dari Puteri Chempaka Merah Cenderawasih Ayu Sutera Qasih.
(jangan ada yang mengigau lepas dengar lagu ni yeeee... kahkahkah!!)
Sila bermimpi-mimpi ye....
No comments :
Post a Comment