It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 17, 2013

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 8 berpuasa.
Huk alohhhh.. Dah lebih seminggu puasa baru ingat nak wish.

Selamat menyambut Ramadhan semuaaaaa!! ^_^

Hahaha..
Lama tak update blog. Biasa la, blog sendu ni bukan ada permintaan pun orang nak baca.
Aku update ke, tak update ke.. Tak de sape pun yang peduli.
Aku ni je mengada-ngada nak cinetron sesangat pasal blog ni.
Very de bangang kan??

Ramadhan kali ni macam ramadhan yang lepas-lepas.
Sahur makan nasi membumbung 2-3 pinggan... Penat.. Lapar... Pastu berbuka macam bela hantu raya.
Sama je tiap-tiap tahun.
Cuma tahun ni ada peningkatan.. Bukan sikit, tapi banyakkkkk!

Peningkatan kemalasan aku!

Haaa... Kau hado?
Gila tahap tenuk pemalas aku ni. Beli barang-barang basah kat market macam nak bukak restoran.
Tapi hujung-hujung menyental beli makanan kat bazar.
Kalau hasil pembelian tak  sampai RM20, jangan mimpi boleh balik rumah dengan senang hati.
Silap hari bulan lepas satu bazar, satu bazar yang lain aku redah.
Dasar sakai.

Semalam je aku beli nasi berlauk, hati goreng 2 cucuk, air limau kasturi 1 bungkus.
Total spending aku sorang RM14.
Pastu En Zul beli bihun sup & roti goreng. Total En Zul RM7.
Maka semuanya RM21.
Tu untuk 2 orang makan je. Belum campur kalau anak-anak nak dessert.
Nak itu ini. So memang akan lebih dari RM20.

Mungkin orang lain boleh jimat.
Tapi aku terus terang cakap susah nak berjimat kalau dah jejak kaki kat bazar.
Tambah kalau dah berkeluarga ni.
Masa bujang boleh la nak catu-catu makan.
Fefeling nak ikat perut, diet tak tentu hala.
Tapi bila dah berkeluarga, mampu ke aku nak hadap anak-anak aku makan macam-macam.
Pastu yang aku just pandang dengan lelehan air liur?
Memang tak la kan?!!

So disebabkan aku penat (sebenarnya malas) nak masak, so aku beli je lauk kat bazar.
Setakat 4 perut je nak makan, beli la 2-3 jenis lauk. Anggaran harga semua lauk dalam RM10-RM12.
Pastu balik rumah masak nasi. Pastu bancuh air.
Kalau agak-agak air pun malas nak bancuh, beli je la air kat bazar.
Jimat la sikit kalau dibandingkan membeli makanan untuk sorang satu.

Sekarang ni kalau hari bekerja, aku akan beli lauk untuk berbuka.
Malam tu pulak aku masak lauk untuk sahur. Esok paginya baru masak nasi.
Nasi harus panas ok.. Kalau lauk sejuk aku boleh tutup sebelah mata lagi.
Tapi nasi tak boleh sejuk. Wajib panas. Kang ada yang menangis ala-ala telenovela filipina kang.
Kalau rajin, aku panaskan lauk sekali. Tapi memandangkan microwave aku dah berpindah ke rumah baru,
maka sila la panaskan lauk guna stove je.
Kalau hari cuti baru aku masak lauk untuk berbuka.
Tapi harus bijak sikit. Alang-alang dah masak lauk berbuka, kena la masak lebih sikit.
Boleh buat ulang makan time sahur. So malam tu tak payah masak 2-3kali dah!

Bijak kan mak tonnnn?
Hahaha...

Hari pertama berpuasa, malam tu aku masak lauk ikan bilis goreng.
Kena la ada 'booster' untuk memulakan perjalanan puasa tahun ni.
Lauk tu simple je, tapi nikmatnya ibarat sorgaaaaaa...
Waahahahaa!!




Makan dengan nasi panas memang lena tidur aku pas sahur tu.
Hahahaa..
(nampak sangat tak beribadah lepas sahur kan?)



Demi mengurangkan belanja untuk dessert di bazar Ramadhan,
maka harus la pasang strategi untuk dessert pulak.
Seharusnya kena la buat kuih sendiri kan?


Walaupun kelim nya sangat la mesin kan.. (bak kata Leen)
Tapi usaha menguli doh dan membuatnya sehingga menjadi kuih harus mendapat kredit jugak!
Lebih-lebih lagi anak-anak aku menolong dalam penghasilan karipap sardin ni.
So kena la puji-puji sikit anak-anak aku tu.
Kalau tak aku yang puji, siapa lagi kan?

Buat karipap banyak-banyak, pastu simpan dalam esbok.
Bila nak makan, kau lempor je dalam kuali.
Jimat duit aku beli kuih kat bazar tu.
Dah la mahal, tak sedap pulak tu.

Ni aku jujur ni.
Memanggggg tak sedap.



No comments :