It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 22, 2013

Iron Girl

Jumaat lepas masa En Zul tolong aku masak juadah berbuka puasa, dia tanya something kat aku.


Mummy, Ika cakap kat abang dia nak pegi camping dengan sekolah. Boleh ker?

*Diam*

Sekolah dia buat camping kat Kepong. Agaknya kat FRIM la kot. Boleh ker?

Kenapa tanya mummy? Abang ketua keluarga, abang la buat keputusan.

Tak de la, nak tanya mummy la jugak. Kot-kot mummy tak nak bagi pegi.

Alaa.. Selama ni dia ikut Aunty Leen dia pegi jalan-jalan, pernah ke Mummy halang? Pergi je la. Dah masanya dia ikut program dengan kawan-kawan dia. Ni asyik dengan family je. Dah besar pun budak tu, mesti dia pun teringin nak hang out dengan kawan-kawan dia pulak. Hmmm.. Dah besar dia kan, bang?


*sebak*


Ok, memang sebak sikit aku masa tu. Seyes macam tak caya dia dah besar. Sepatutnya dah pandai uruskan diri dengan lebih baik. Walaupun Ika tu manja (malah dah mula terbit aksi gedik-gedik tu sikit), ada masa dia memang jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang kakak.

Dia la yang uruskan baju & kasut sekolah Aleeya, dia yang tunggu Aleeya balik dari sekolah. Tambah pulak bulan puasa ni, Ika balik sekolah agama pukul 4.30pm & Aleeya habis sekolah kebangsaan pukul 5.30pm. So dia kena tunggu sejam kat luar pagar sekolah dalam keadaan panas, lapar dan dahaga. Tapi dia buat jugak tiap-tiap hari. Dia jugak yang kemas katil lepas tidur, dia yang uruskan keperluan sekolah adik dia yang sorang tu.

Selama anak-anak hadir dalam hidup aku, aku perhatikan Ika memang banyak mengalah dengan Aleeya. Masa diorang belum sekolah, Aleeya yang banyak mengalah dengan Ika. Mungkin sebab faktor manja Ika yang melampau. Dan Aleeya pulak yang kasar tu, memang nampak dia sayangkan kakak dia dengan mengalah atas apa jua permintaan Ika. Lagipun Aleeya tu budak kecik, kalau aku pujuk dia dengan janji nak bagi coklat, laju je dia mengalah dengan Ika. Senang kan?

Tapi bila masing-masing dah mula sekolah, situasi bertukar. Aleeya yang brutal tu makin susah nak berlembut. Nak mengalah lagi la hazab. Mungkin Ika dah mula rasa bertanggungjawab, so dalam keadaan terpaksa dia mengalah jugak, asalkan mummy dia tak naik hantu! Aku ni pantang sikit dengar bunyi bising-bising bergaduh tak tentu pasal. Asal diorang gaduh je, mula la aku bertempik sekali. Kalau En Zul dia jenis penyabar, setakat anak-anak gaduh ni dia tutup telinga je. So demi tak nak dengar bunyi ngauman naga tasik chini mummy diorang, better Ika mengalah je laaaa...

Sekarang ni, cuma satu benda je yang anak-anak masih belum pandai nak uruskan.





Gosok baju.







Semalam aku panggil Ika & Aleeya belajar gosok baju. Selama ni memang diorang tak pernah iron baju sendiri. So bila Ika kata nak pergi camping dengan sekolah, aku mula risau. Tu baru camping, sah-sah la pakai t-shirt je kan? Macamana kalau dia masuk boarding school? Tak ke mati aku last minute nak ajar diorang iron baju?

So semalam dalam bilik menggosok, aku duduk dengan diorang, ajar satu-persatu cara nak iron baju. Untuk permulaan aku suruh diorang gosok kat bawah je. Tak payah guna iron board. Dah la iron board tu sama tinggi dengan kau. Kang iron board terbalik ada pulak yang tersentil kat bawah iron board tu. Mulanya diorang agak kekok, lebih-lebih lagi diorang takut nak pegang iron yang panas tu. Tapi bila aku guna heat yang paling rendah, diorang berani sikit nak iron baju. Untuk permulaan aku suruh diorang iron 2 pasang baju setiap seorang. Alhamdulillah diorang boleh buat. Tu pun lepas naga tasik chini ni melepaskan api dari mulutnya. Hik..hik..hikk.. Biasa la, kalau tak marah memang bukan aku la kan?








Alhamdulillah..
Kemas rumah dah pandai.
Basuh kasut sekolah dah bersih.
Sidai dan lipat baju dah reti.
Iron baju pun dah boleh harap.

Cuma nak ajar memasak je lagi.
Harap dipermudahkan. Amin... :)



No comments :