It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 14, 2013

Retreat TMC 2013

Alhamdulillah, selesai pun Retreat The Malaysian Cohort 2013.
Kali ni kami sambut kat Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka.
Bertolak dari hari Rabu (8/5/13) dan pulang pada hari Jumaat.
3 hari je duduk sana. Tu pun masih tak cukup masa untuk slot aktiviti.

Tujuan retreat ni adalah satu satu persediaan cohort untuk fasa susulan nanti.
Sepatutnya susulan akan bermula pada 15/5/13, tapi sebab ada masalah sistem, so terpaksa tangguh.
Walaupun susulan tangguh, tapi retreat tetappppp jalan.
Hehehehehe....

Kali ni aku jadi AJK aktiviti. Macam biasa la, kalau bab game ke, indoor activities mesti bagi kat mak.
Ntah la, mungkin mak ni kuat tengok tv & kuat main game konda kondi kot.
Tu yang diorang lantik mak jadi AJK.
Kali ni mak tolong Kak Maya, Kak Saly & ramai lagi yang join AJK ni.

Kalau ikutkan kepala otak mak ni dah kering kontang nak bagi idea untuk game.
Asal retreat je, mak kena perah otak.
Asal jamuan raya je, kepala mak jugak kena kasi pecah nak keluarkan idea game.
Sebab tu la rambut mak banyak gugur gitu..
Padahal memang rambut tebal bulu hidung je. Wakaka!




Ni bos mak tengah berucap, tapi mak sempat jugak nak posing hokeh.




Ni la kumpulan mak. Kumpulan No 9.
Nama kumpulan mak Bintang Senyum.
Mungkin inspirasi dari tugasan Bintang Kejora, tu yang dapat nama Bintang Senyum tu.

Cer perhatikan gambar ni betul-betul.
Apa yang special kat gambar kumpulan mak ni??
Cer tengok... Cer tengok...




Dapat teka tak?
Tuuuuuuuu... Ayam jagoan mak ada kat situ!!
Lelaki yang paling katik sekali tu... Tetiba ayam jagoan mak bertukar jadi ayam serama pulak.
Hahahaha!! Comel kan??
Sape sangka mak satu kumpulan dengan dia?? Haaa... Merempan la kak Emy bila tengok mak bercengkerama dengan ayam jagoan mak ni. Dah lama mak tak nyakat dia.
Hahahahaa...




Ni dia Che We. Dia pengerusi untuk program retreat tahun ni.
Ada gaya calon raih undi tak? Hahaha!!




Haaaa... Kalau dah mak yang incharge game, mesti la banyak denda kan?
Ni adalah denda yang pertama mak kasi untuk staff yang lewat masuk dewan.
Mak lantik Zul untuk jadi kepala untuk diorang follow.
Nasib korang la kannnnn...




Yang ni staff perempuan yang masuk dewan lewat.
Kalau dah Zul yang lead, memang hazab la korang nak ikut.
Hahahaa...




Ni dia group mak.
Eh, apesal ayam jagoan mak tu? Terkangkang macam tu?
Hishhhh... Malu larrrr...

Time grouping mak jarang join.
Ye lar, mak kan orang kuat untuk aktiviti, mana boleh mak join.
Kang nanti orang kata bias pulak.
Kompem la markah kumpulan mak paling banyak kan...
Mak cuma join aktiviti amazing raze & malam persembahan je.
Aktiviti lain mak cuma pegang microphone je. Dasar gila mic!!




Haaa.. Yang lelaki pandang camera ni nama dia Dien.
Dia ketua group mak. Mak yang lantik dia. Kalau ada orang yang terasa kecik hati, lantak larrrr...
Dien ni budak Sabah. Hari tu dia balik kampung, dia belikan mak bunga.
Wahhhh... Bagusnya budak ni. En Zul laki mak tu pun tak pernah bagi bunga.
Budak ni bagi bunga. Sebab tu kot mak lantik dia jadi ketua.
Cissss... Sungguh bias mak ni kan??





Hehehee... Ni kumpulan 3 yang kena denda buat Gwiyomi.
Sebab diorang tak kejar bola dalam game Bola-bola Api.
Nasib korang laaaa...

Tapi serius comel diorang ni. Hihiiii...

Nak tengok video diorang?
Tapi jangan muntah pulak terkejuk dengar suara mak kat hujung-hujung video ni.

Tengok sini. Lambat lak nak upload video ni.



Perbentangan Bola-bola Api.
Kump mak dapat bahagian Soal Selidik.




Mak incharge bahagian Biofizikal.
Kumpulan yang bentangkan bahagian mak ni, terima kasih la banyak-banyak ye..




Ni la orang kuat team mak. Diorang ni jadi juri untuk perbentangan kumpulan.
Mak tak jadi juri, sebab nanti mak bias. So mak jadi pengacara majlis je la.
Kan mak suka pegang mic. Hehehe..









Lepas perbentangan, ada ujian pemahaman pulak.
Ni Hafizah yang incharge. Mak dapat markah 82 kot. Tak ingat la markah mak.
Sebab markah tak bombastik kan. So untuk apa dikenang-kenang??




Petang pulak buat aktiviti indoor.
Bintang Kejora nama aktiviti tu. Haaa... Kat sini la wujudnya nama kumpulan mak - Bintang Senyum.
Sebab semua orang suka senyum, terutama Faridzul.
Memandangkan dia susah nak bercakap, maka sila la senyum sahaja.
Tu pun kadang-kadang je dia buat.




Sementara staff main aktiviti, juri sedang menanda kertas jawapan ujian pemahaman.




Ok, kumpulan ni kena denda sebab markah diorang paling sedikit hari tu.
Sebenarnya ada 3 kumpulan yang markah paling sedikit, termasuk la kumpulan mak.
Tapi kan mak dah cakap awal-awal tadi. Mak ni bias...
So mak buat pengecualian untuk kumpulan mak.

Kumpulan ni kena nyanyi lagu Sayang - Shae, tapi dalam versi Kelantan.
Haaa.. Hok guano tuh??? Memey lawok la demo..




Ni aktiviti pagi keesokkannya. Senamrobik.
Eeeeee... Mak paling tak suka aktiviti ni. Mak lebih suka tido je.
Ni pun kena paksa dek Kak Saly. Nyampah gila kena exercise pepagi ni.

Eh, Kak Emy (baju merah pakai key) duduk dekat dengan Faridzul?
Wahhh.. Nak caras mak la tu. Kahhhh.....




Ni budak-budak sewel seangkatan dengan mak.
Orang ke kiri, kami ke kanan.
Orang lompat, kami guling-guling. Lantak!
Janji aku buat senamrobik ni. Tahun depan jangan ajak mak buat dah. Letih hokehhhhh!








Lepas lunch, kita buat game Musang Berjanggut.
Korang asingkan la rempah ratus tu.
Kita tengok sapa yang boleh dijadikan calon isteri. Hihihiiii...
Nampak tak kesungguhan kumpulan mak ni?
Tak caya? Tengok gambar seterusnya.



Seeeeeeeee... FARIDZUL.
Haaaaaa, Kak Emy jangan jeles eh?!





Now, tiba masa untuk amazing race.
Ada 10 checkpoint (10?? mampus aku!) dan kena lalu kesemua checkpoint.
Ni team 1, 2 & 3 mula dulu. Team mak kena tunggu buat game tali.
Untuk game tali tu, mak berjaya setelkan dan dapat tempat pertama. Terror tak mak? Hehehe...




Anak-anak berkeliaran tak tentu hala.




Ni checkpoint 1 - crossword puzzle.
Senang je ni. Petik jari je semua jawapan dapat cari. Cheeewaah!!





Nah, hambik kau! Sampai masuk longkang nak menjawab haa...
Ntah dapat ke tidak jawapannya tak tahu la kan.




Checkpoint 2 - Obstacle.
Mintak maap la anak-anak. Gambar kump mak tak ada. Semua gambar kumpulan orang lain.
Hampas punya fotografer.




Checkpoint 3 - Terompah gajah.
Bab-bab gajah ni sesuai untuk mak. Mak main game ni. Sakit kaki mak nak angkat terompah ni.




Cak! Ni baru jumpa kumpulan mak.
Masa ni kat checkpoint 2. Eh, Faridzul buat apa kat sebelah mak?
Awak jaga keselamatan mak yeeeee?? Halah...Halah... Halahhhhh!!!




Ini pulak main archery. Checkpoint 4.
Kat sini sorang kena jadi sultan untuk memanah. Yang lain-lain tu jadi hulubalang kena angkat sultan la.
Memandangkan saiz mak yang menggajah ni, maka mak kena angkat sultan mak (Dien & Afzan).
Ni kumpulan Kak Saly. Mak rasa fotografer ni memang ikut kumpulan ni la.
Memanjanggggg je ambik gambar kumpulan 1 ni. Bukannya best pun. Cissss!




Haaaaaa.. Ni Kak Emy ni mesti tengah nak lepaskan geram kat mak ni.
Ye la, sejak mak dapat sekumpulan dengan ayam jagoan mak tu, dia ni macam bengis je dengan mak.
Sentap la tu. Hahahaa....




Checkpoint 5 - Target shooting.
Kena lastik 5 tin kosong. Kumpulan mak spent masa lama gila kat sini.
4 tin Dien yang lastik, lagi 1 tin Faridzul yang lastik.
Biasa la, kumpulan mak semua anak orang bandar. Mana reti nak main lastik-lastik ni.
Kalau main teng-teng kitorang reti la kan Faridzul kan??? Hohoooo...




Lepas selesai lastik-melastik, kena turun ikut hutan ni.
Eeeee.. Mencik betul la lalu kat sini. Dulu masa budak-budak sekolah menengah mak suka la.
Sebab mak ikut geng Bomba & Penyelamat masuk hutan. Sekarang ni mak dah tua, mana larat nak lalu kat sini masuk redah hutan bagai. Eeeee... Mencikkkk!!!




Then sampai la kat bahagian Pitstop.
Ada 2 tasks. Satu kopek buah kelapa dan parut isinya.
Kedua cari cacing dan pancing ikan kat kolam. So kumpulan mak pilih memancing.

Dah pilih task, terus ke check point 6.
Kopek kelapa / memancing.




Ni dia kumpulan yang penggeli cacing.
Sebenarnya diorang tak nak memancing sebab aktiviti tu bergantung pada luck. Kalau luck tak ada, berkampung la korang kat tepi tasik tu ramai-ramai sampai subuh esok.
So diorang prefer kopek kelapa & kukur isi kelapa tu. Punya la hazab nak kopek sebab dia cuma guna besi panjang sejengkal je pun. Bukan lembing cacak yang macam orang selalu guna tu.
Nasib korang la kan.....
Kalau ikutkan mak nak kukur kelapa, sebab mak boleh tunjuk teror depan ayam jagoan mak tu.
Walaupun sepanjang aktiviti ni memang terserlah segala keterroran mak.




Kau tengok si Nazihah tu. Sampai terkangkang depan Am semata-mata nak kopek kulit kelapa tu.
Jaga-jaga sikit Nazihah, kang keluar bau hapak dari celah kangkang tu karanggggggg....





Berbeza dengan mak-mak orang tadi kan??
Anak-anak dara ni semua duduk sopan. Yang mak dara tu sampai terkangkang-kangkang.
Nauzubillahhhhhh....




Tadaaaaa!!!
Sampai sudah ke group mak. Kami memancing kat kolam biawak ni.




Sebelum diorang mancing, mak suruh diorang baca dulu doa makan.
Sebab mak & Nadia pernah amalkan doa makan kat USM aritu.
Mencurah-curah rezeki mak nak cari parking kat Saujana tu.

So Afzan pun menadah tangan sambil membaca doa makan.
Dengan harapan ada la rezeki kami kat kolam ni.

"Bismillahirahmanirahim... Allahumma barik la na fima rozaqana waqina azabanna..."




Alhamdulillah... Tak sampai seminit joran diturunkan ke dalam kolam, ini hasilnya!!!!




Muka mak paling eksaited kan????
Ini semua POYO!!!!!! Tahniah Syafiq...




Harus la PEACE YAW dengan ayam jagoan mak kan???
Comel kan kami berdua... Kak Emy, silakan jelesssssss!!!
Wakakakakakaka....




Wahhhhh.. Kemain lagi senyum si Faridzul ni.
Mesti dia suka bergambar dengan mak. Dalam hati mesti berkata-kata...
"Akhirnya aku dapat juga bergambar dengan Miss Kenya ni...Cantiknya beliauuuuu"
Muahahahahahaha....




Dalam sedang kami bergembira, masih ada lagi insan yang berduka lara..
Si Dien tu sedang kusyuk memancing ikan ke dua. Tugas kami kena tangkap 2 ekor ikan.
Sebab terlalu gembira, maka kami semua lupa daratan sekejap tentang tugas seterusnya.




Tengok, dah banyak keping gambar kami posing, dia tetappppppp kat belakang tu penuh kusyuk.
Kesiannnnnn....




Sekali tak sampai seminit, Dien berjaya tangkap ikan kedua!
Yeayyyyyyy!!!! Berkat doa makan mak!!!!
Tahniah Dien....




So, dalam masa 2 minit kami berjaya menyelesaikan tugasan memancing 2 ekor ikan yang besar.
Kumpulan sebelum tu dapat ikan besar 2 jari mak je.. Ciputttttt je saiznya.
Ikan kami besar-besarrrrr... Macam saiz badan kami jugak. Hehehe!!!




Ikan oh ikan, kenapa kau senang ditangkap?
Macamana aku tak senang ditangkap, korang semua cantik-cantik & hensem-hensem...
















Ini la hasil tangkapan kami.
Nampak je kecik, sebab bekas ni besar. Kalau diukur dengan tapak tangan mak ni, memang besarrrrrr!!!






Checkpoint 7 : Pelampung hape ntah nama dia.
Best jugak main benda ni. Mak duduk kat dalam pelampung, Faridzul tolong bawak mak ke seberang.
Tak sangka pulak Kak Emy ada kat belakang Faridzul. Hahaha...
Terus mak buat aksi gedik-gedik dengan Faridzul. Nak kasi Emy jeles....
Motip sangattttt tauuuu!!!

"Farid... Farid... Sape nama makwe awak??"
Sambil dekatkan muka mak kat muka Faridzul..
Di belakang mak ada seekor naga betina sedang marah dengan mata merah menyala..
Kat hidung nya sudah keluar segala asap dan lava berapi....
Menunggu masa nak ngappppp mak!




Checkpoint 8 : Mortar.
Perghhhh..... Gila letih main benda ni.
Habis basah lencun badan gajah mak ni.
Belakang mak si Faridzul ayam jagoan mak tu. Sekali dia simbah dah macam tsunami melanda.
Kau memang saje je nak dengki dengan aku kan, Farid?!!!
Selama ni aku bahan kan kau, so kau amik peluang nak balas dendam kan!!!!

Siap kau!!! Siap!!!!
Mak gigit-gigittttttt telinga kau sampai putus. Harharharhrrrrrr!!!!


Checkpoint 9 : Baling gelung dalam tiang.
Tak ada gambar.




Checkpoint 10 : Susun puzzle bentuk T.

Game ni memang cilabanat.
Dia suruh buat bentuk T, tapi haram tak jadi bentuk T.
Bila staff yang jaga tu buat, kemain lagi berlagaknya.
Sekali bila dia buat haremmmmm tak jadi bentuk T.
Mak rasa nak kasi penumbuk je kat mamat tu.
Dah la aku penat, basah lencun.. Dia pulak buat lawak bangang kat situ.
Eeeeee... Rasa nak pijak-pijak je tauuuu!!!




Petang tu lepas rehat-rehat, masa untuk mendengar kata-kata dari Boss..
Ni la bos mak. Hensem kan???
Suwittttt je senyuman dia. Tapi dia garang woooo... Jangan main-main!!
Tapi dia bff dengan laki mak. Ntah nasi kangkang apa yang En Zul bagi kat dia ni,
sampai rapat diorang berdua tu..




Muka letih, tapi tetapppppppppp hensem..
Muka jawa ni. Jawa-jawa pun, muka ni jugak yang Kak Emy gilakan.
Hahahahahah!!!
(mati la mak kalau diorang berdua baca entri ni... muahaha!!)




Tiba la malam persembahan.
Ni si Shaiful Ramdhan berlakon dengan Yash tema percintaan.
Amboiiiiiii... Sampai lupa bini kat bawah tu.




Ni kumpulan Nazeri. Tema sukan.
Comel gila Nazeri buat gimnastik. Terbahak-bahak Datuk tengok diorang ni.
Memang terbaik la!!!


Malam tu tak banyak gambar yang ada.
Mak tak sempat nak collect gambar dari budak-budak ni.
Gambar mak jadi Izzah bercinta dengan Abg Haris (Dien) pun tak jumpa lagi.
Ombak Rindu la katakannnnn... Cheeewahh!!!




Sebelum pulang harus la bergambar ramai-ramai.
Gambar ni En Zul yang ambil.
Aku dah bagitau awal-awal... Jangan disuruh En Zul amik gambar ni. Diorang degil.
Last-last ada gambar blurr, senget, tak centre. Lantak!
Bukan aku tak bagitau kan.. Last-last gambar ni je la cantik.
Free style!




Kumpulan 9 : Bintang Senyum
Terbaik!




Love,

No comments :