It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 29, 2014

From My Kitchen : Daging Goreng Kunyit




Haaaa.. Dah lama tak buat entry pasal masak-masak kan?
Banyak jugak menu yang aku dah buat tapi malas nak update dalam blog. Huhuu..
Tu pun kira ok jugak la aku masih ada kerajinan nak masak.
Boleh la En Zul meneruskan projek membesarkan perut dengan jayanya.
Tapi nak menghapdet belog tu memang la berzaman!

Kali ni nak update menu daging pulak.
Nama menu ni adalah daging masak malas.
Eh, tak laaa... Malas-malas aku pun takde la sampai malas nak bagi nama kat menu kan.
Nama menu adalah Daging Goreng Kunyit.
Tapi sebab aku suka sayur-sayur yang aku guna, maka aku ubah pulak nama dia jadi Daging Goreng Kunyit Pelbagai Sayur Diiringi Dengan Perasaan Sedikit Malas Memasak Tapi Lapar So Kena Masak La Yang Simple-simple Je.

Amacam?
Mengancam tak nama menu?
Mau kena penampor Tok Moh 1 Malaysia kalau aku sebut nama menu ni depan En Zul.

Bahan-bahan :


  • Daging (hiris nipis - perap dengan garam & serbuk kunyit)
  • Carrot
  • Brocolli
  • Kobis Bunga
  • Capsicum (merah/kuning/hijau)
  • Daun bawang
  • Cili Merah (hiris)
  • Bawang Merah / Bawang Putih / Halia (Hiris semua nipis)
P/s : Sayur tu terpulang nak guna sayur apa. Kadang-kadang aku guna carrot/kobis bunga/kacang panjang je.


Cara penyediaan :
  • Goreng daging yang dah diperap sampai empuk (guna minyak sederhana banyak)
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, halia & cili merah. Tumis sampai naik bau.
  • Masukkan sayur & garam secukupnya (jangan banyak sebab daging dah diperap dengan garam)
  • Siap & hidang


Simple kan?
Sebab dah ada menu simple, so lepas ni dah tak boleh guna alasan malas nak masak la.
Tapi takkan hari-hari nak masak lauk simple je kan?

Nak buat macamana...
Sebab dah hari-hari aku malas masak.



No comments :