It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 6, 2013

Sungai oh sungai!

Rentetan dari mandi sungai kat Lubuk Sembilang Langkawi hari tu, anak-anak aku mula buat perangai. Lebih-lebih lagi si Ika. Masa kitorang kat rumah mertua aku, orang semua tengah sibuk mengemas barang nak balik KL, dia pulak buat hal merengek tak nak balik! Haaaa.. Kau!! Dah setahun lebih kau tak balik kampung, bila dapat balik jumpa sepupu sepapat kau, mula la rasa seronok main sama-sama. Hujung-hujung aku yang pening kepala nak melayan perangai kau tu.

"Mummy, kakak tak nak balikkkkkk... Kita balik la esokkkkk... Kakak nak main badminton lagi!!!"

"Kalau kakak tak nak balik, kakak duduk la sini dulu. Mummy, ayah, adik semua nak balik hari ni. Kakak duduk je sini, nanti tok wan hantar kakak balik, tok wan pos guna keretapi. Boleh?"

"Tak nakkkk!! Kalau nak balik hari ni jugak, kena ada 1 syarat."


Ehhhhh.. Kau pulak buat syarat? Kenapa pulak nak bersyarat-syarat dengan aku? Kalau kau tak nak balik, sudah! Malas Mummy nak layan.

"Hah, apa dia?"

"Mummy kena bawak kakak pergi mandi sungai kat rumah tok wan Mummy. Kakak nak cari ikan."


See?
Dah la main syarat-syarat dengan aku. Pastu nak suruh aku bawa dia mandi sungai hari keesokkannya. Sampai KL tak payah basuh baju, tak payah kemas bag, tak payah kemas rumah. Pagi-pagi kena pegi bawa dia mandi sungai. Semua orang kena turut cakap kau. Bagus punya anak dara!

Memandangkan kitorang memang suka mandi sungai, maka En Zul turutkan sahaja syarat Ika. Asalkan dia tak mengamuk kat rumah tok wan En Zul tu.

Kitorang sampai KL dalam pukul 12tghmalam. Esoknya kitorang breakfast kat Taman Tenaga Cheras. Lepas makan En Zul singgah kedai akuarium. Rupanya nak membeli tangkul untuk mudah tangkap ikan. Siap beli akuarium kura-kura yang kecik tu. Amboiiii bang.. Kemain lagi menurut minat anak-anak... Mummy minat kereta BMW X6 agak-agak abang turutkan tak? Muahaha!





Kerana sayang, En Zul turutkan...



Lepas membeli barang-barang, kitorang singgah Tesco Selayang nak beli roti untuk buat umpan. Selain tu membeli jugak la keropok dan minuman untuk berkelah tu. Lepas beli barang, kitorang singgah rumah Maklang nak hantar buah tangan dari Langkawi.

Dalam pukul 11am lebih kitorang gerak ke Ulu Yam. Yeayyy!! Aku suka mandi kat Ulu Yam, sebab air dia dalam & deras. Tak macam kat sungai lain yang cetek paras buku lali aku tu. Sekali aku terjun, habis melimpah semua air sungai tu keluar. Hahaha! Sejukkk je mandi kat Ulu Yam ni. Masa kitorang sampai, tak ramai sangat orang datang. Maklum la, hari tu hari Khamis, kan hari bekerja..



Princess dah siap tukar baju. Aleeya tu pakai boyshorts aku masa aku kurus dulu.
Aku suka beli macam-macam jenis. Bila dah badan makin menggajah ni, memang banyak yang aku
dah tak muat. Tapi siapa sangka Aleeya ni boleh muat? Dulu aku ni kecik sangat ke, atau
sekarang ni Aleeya yang gemuk sangat? Even sekarang dia pakai panties saiz L dewasa.
Hish... Hish... Hishhhh.... 

Eh, apasal En Zul tu macam sotong?


Mula-mula kitorang mandi kat bahagian atas. Tapi sebab ikan tak ada, pastu ditambah pulak sogokkan Ika pada En Zul, maka kami pun terpaksa berpindah tapak berkelah ke sebelah bawah pulak. Angkut semua barang dengan badan basah-basah terus cari tapak lain.




Kemain lagi Ika & En Zul jalan laju-laju nak cari tapak baru.
Ini semua poyo!




Lebih kurang 2 jam kitorang mandi & cari ikan, tapi sekor ikan pun tak dapat. Bukan je tak dapat tangkap, nak tengok bayang ikan pun tak de. Pupus ke semua ikan kat Ulu Yam ni? Masa ni Ika dah mula datang sawan gedik dia. Dia ajak En Zul pergi ke Sg Congkak pulak. Hamboiiii.. Hari Selasa dah mandi sungai kat Langkawi, pastu hari Khamis mandi sungai Ulu Yam, siap ajak pergi Sg Congkak pulak? Sepatutnya hari Khamis ni Mummy dah kena start study untuk final exam Isnin depan tahu tak?




Siap mandi & mahu bergerak pulang.





Elok je nak balik dari Ulu Yam, sekali ternampak ikan dalam longkang! Terus kami anak beranak
berkampung menangkap ikan kat longkang tu. Hahahaa...
Memang dasar anak beranak jakun! Siap dapat tangkap udang seekor.

Patut la ikan-ikan kat sungai Ulu Yam tu dah tak de.
Rupanya semua dah pakat lari duk dalam longkang ni.




Tengah elok-elok aku nak tangkap ikan haruan besar, sekali terdengar bunyi pelocak air.
Sekali toleh tengok ular duk perati kat aku!
Uwaaaa... Tak tunggu lama dah, terus aku lompat naik tebing tinggi tu.
Anak panah merah tu kepala ular. Bulatan merah badan keseluruhan ular tu.
Eeee... Ngeri hokeh!




Merasa jugak la dapat tangkap ikan kecik & sekor udang.


Perkelahan di Ulu Yam bersambung pula di Sungai Kemensah, Ulu Kelang.
Memandangkan kami otw ke Sg Congkak, tapi jalan dah mulai jammed, so kitorang melencong ke
Sungai Kemensah belakang Zoo Negara tu.




Tempat ni best, air paras dada aku. Tapi ramai orang.
En Zul cakap mungkin  kena bayar nak masuk sini.
So kitorang cari tempat lain - tempat yang tak ramai orang & free.
Aku kan kedekut. Haha!




Dah jumpa port! Ikan pun besar-besar!! Yeayyyy..
Terus tukar baju basah balik, pastu terus terjun sungai! Besttttt....
Tapi ikan susah nak tangkap. Walaupun banyak dan besar, tapi ikan tu tak nak datang dekat dengan kitorang. Tak macam kat Langkawi, ikan tu datang berenang-renang kat badan kitorang.


Again, kat Sungai Kemensah kitorang kecewa tak dapat ikan.
Dalam satu hari pergi dua sungai, tapi tak dapat ikan. Sedeyyyy!




Kasih ayah dibawa ke mati...


Lepas Ulu Yam & Kemensah, esoknya kitorang ke Sg Congkak pulak.
Haaaa.. Gila tak family kitorang ni? Hahaha...
Isnin depan tu aku dah start paper exam, minggu ni duk pulun mandi sungai.
Nampak sangat orang bandar jadi batak bila nampak sungai. Hahah!




Sungai Congkak, Hulu Langat.
Alang-alang dah hari-hari mandi sungai, baju basahan ni pakai la direct 2 hari tu.
Kat Sg Congkak ikan tak banyak. Kecik-kecik pulak tu.
Kitorang salah pilih tempat kot... Huhuu..


Tapi Allah Maha Adil. Dia bagi rezeki tu pada kami.
Tak dapat ikan? Tak apa.....

Sebab kitorang dapat UDANG!
Yeayyyy!!!!



Nah, tengok hasil tangkapan kami anak beranak. Dapat udang 8 ekor.
Tu pun setengah jam sebelum balik baru jumpa port udang.
Udang tu ada kat celah-celah batu tapak kelah kitorang. Banyak gila udang.
Cuma kena sabar sebab nak kena alihkan batu-batu sungai perlahan-lahan.

Kira nya ni first time dalam hidup aku dapat tangkap udang :)





Balik dari Sg Congkak, En Zul berhenti membeli kulat sisir.
Pastu aku ambil pucuk paku nak buat lauk masak lemak cili api dengan kulat sisir.
Alhamdulillah, berselera En Zul makan :)


Sebelum balik rumah, kitorang singgah kedai akuarium lagi.
Sebab nak beli alat bekalan oksigen untuk udang-udang kitorang tu.
Sebelum ni, ikan-ikan kat Langkawi kitorang buang kat Underwater World.
Ikan yang kitorang tangkap kat longkang Ulu Yam, kitorang lepaskan kat kolam ofis En Zul.

Dan udang yang kitorang tangkap kat Sungai Congkak, kitorang sendiri bela.
^_^




En Zul bercadang nak beli akuarium yang lebih besar.
Sukati kau la bangggg.. Aku malas nak cuci akuarium. Kalau kau nak akuarium besar, sila la beli.
Pastu kau sendiri tukar air, kau jugak la yang kena cuci akuarium tu.
Aku malas.





Now, akuarium Ika & Aleeya dan ada alat bekalan oksigen :)



Update hari 1 :
Udang paling tua dah menetaskan telurnya pada malam tu jugak.
Banyak anak udang dalam akuarium tu. Tapi kecikkkkk sangat.
Dah jadi santapan udang-udang lain. Huhuuuu...

Update hari 3 :
Sekor udang kecik dah mati.

Update hari 4 :
sekor udang kecik yang kedua pulak mati.
Pastu ada sekor udang yang salin kulit.

Update hari 7 :
Semua udang masih hidup. Tapi demand jual mahal tak nak makan makanan yang aku bagi.
Lantak kau la, kalau kau mati senang aku nak buat rencah sayur goreng. Haha!



P/s : En Zul suka gila tangkap ikan & udang ni. Siap ajak aku pergi ulang tangkap udang, walaupun tanpa anak-anak. Nak pergi berdua katanya! Eeee.. Kau tak malu ke bang? Orang tengok kau yang tua tu lebih beriya-iya dari anak-anak. Hahaha!!




No comments :