It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 4, 2013

Holiday - Langkawi Island Day 2

28.05.2013

Hari ni tekad aku nak cari jugak sungai untuk mandi-manda. Tapi cuaca agak mendung, itu bukan penghalang untuk aku mencari air sungai. Alhamdulillah, Allah permudahkan kami. Sekejap je kami dah jumpa tempat mandi-manda. Walaupun air sungai tak dalam dan deras seperti Ulu Yam, (actually, it's more like Sg Congkak) tapi aku belasah je terjun ke dalam sungai. Habis melimpah air sungai ke luar. Hahahaha...





Lubuk Sembilang. Tempat ni cantik.
Tapi sebab pelancong lebih gemar mandi laut, instead of mandi sungai,
so tempat ni macam sunyi dan tiada maintenance dibuat.



Air sungai tu sejuk sangat. Kalau sesiapa nak pergi, sila ikut Ulu Melaka, menghala ke Makam Mahsuri tu. Nanti ada signboard ke Lubuk Sembilang. Tempat ni kena masuk ikut Kampung Buku hape ntah nama dia. Memandangkan hari ni cuaca tak berapa panas, so kami terpaksa menerima kehadiran hujan sambil mandi dalam sungai. Uwaaaa... Bersabar la wahai hati...

En Zul risau kalau ada kepala air sungai. So bila hujan kitorang kena naik atas dulu. Bila hujan reda, kitorang turun balik. Elok je nak berendam, sekali hujan turun balik. Kitorang naikkkkk balik.. Pastu hujan reda balik. Kitorang duk ulang turun naik sungai 4-5 kali dah. Macam sengaja je tak nak bagi kami mandi kat situ.

Yang bestnya mandi kat situ sebab ada banyak ikan. Alaaa, ikan macam yang makan kaki tu.. Kat Tesco belambak ikan tu. Orang panggil ikan spa ke hape ntah. Bila aku pegang roti, banyak ikan datang kerumun kat aku. Siap gigit-gigit kaki dan tangan aku. Best weh!!! Anak-anak aku pun jakun macam aku jugak. Tu yang tak kira hujan turun pun kitorang belasah masuk sungai tu jugak.




Menanti hujan reda. En Zul dah landing dah...




Hasil tangkapan kami :)




Yeayyyy!! Kakak dapat tangkap ikan & udang.













Kitorang tak naik sampai atas. Tak naik pun tangga Helang ni.
So bergambar je kat signboard sudah...




Lepas mandi sungai, kitorang ke Undewater World. Almaklum la, kat Langkawi ni tempat ni je yang tak payah naik bot segala bagai tu. Nak gi Island Hopping, kena book bot awal pagi. Kau hengat aku ni rajin ke nak naik bot pagi-pagi buta pegi melawat dayang bunting tu, bagi helang makan? Ohhhh.. Penat hokeh!! Tu belum lagi cerita pasal beratur panjang nak naik cable car. Eeee.. Tak sanggup aku. So, temanya kalau tak nak penat or beratur panjang, sila la ke Underwater World.

Bagi kakitangan kerajaan, dapat diskaun nak masuk UW. Bagi dewasa tiket berharga RM18, dan kanak-kanak berharga RM13. Nak dapat diskaun, kena tunjuk kad pekerja. Jangan tunjuk kat Tesco or Jusco pulak ye. (eh, macam pernah buat je?? Hahaha)





Untuk pertama kali aku suka dengan pencahayaan gambar yang aku ambil.
(tapi masih belum capai level yang aku suka)









Harus la ada muka kami, khennn!!!












Susah sungguh nak tunggu dia pandang ke sebelah sini. Jual mahal!




No flash, pleaseeee!
Tapi mak kan degil, harus la ON FLASH! Hahahahaha...
Kalau tak degil, macamana nak dapat gambar penguin tu dengan jelas?




Sebab mak suka tengok kartun Pingu, dan gambar animasi online bank mak adalah penguin,
so mak wajib amik gambar dengan penguin kat sini!





Aku paling ngeri bila ada gerai-gerai ni kalau pergi mana-mana.
Ada jual keychain la, survenier la, makanana & minuman laa...

Tengah elok-elok jalan tengok ikan, tengok burung, tengok penguin...
Sekali ada gerai-gerai kat dalam ni.




Seeeee...??
Anak-anak aku dah mula hilang pedoman bila nampak gerai ni semua.
Ni mesti diorang dah bersedia nak keluarkan pisau cukur masing-masing,
nak kasi cukur semua bulu aku & bulu En Zul.

Saja nak kasi Mummy & Ayah bangkrap kan?!!!








Spotted Eagle Rays.




Sharks




Ni satu-satunya gambar cantik yang Ika & Aleeya ambil guna kamera.
Gambar lain semua rosak!!
Goyang, blurr, tak sharp.. Semua ada!




Landak laut.




Eels.




Carp Fish








Ikan batu




Hello, I'm Mr Ugly.
But i'm cute. Harharharrr!!!




Nemooo!!!!!! It's soooo cute!!!
My fav fishes!




This eel is soooo long!
Can u find where are its head & tail??

Can u?

Hehehe.. The tail is at the right side.
And its head is at left side, which is at the next alphabet C of my watermark.
And its body is in the hole of the stone!!!
Whoaaaa... Very unique!




Shark - jellyfish - penguin - seahorse - starfish




Lepas selesai melawat Underwater World, kitorang makan laksa lagi. Kat tempat semalam, tepi pantai.
Kali ni kitorang makan Laksa Ikan Sekoq. Sorry to say, laksa dia tak sedap. Aku rasa better lagi makan Laksa Power. Boleh tahan laaa.. Cuma belum sampai tahap sedap tekak aku la. Tapi kalau korang nak try, aku recommend laksa power la.



Dari jauh Ika tanya....

Apa benda tu Mummy?

Itu hujan.

Kenapa hujan macam tu?

Kita pandang hujan dari jauh. Macam tu la hari hujan. Tadi kita duduk dalam hujan kat sungai.
Kali ni kita tengok hujan dari jauh. Tu hujan tengah lebat..

Tapi sebelah kiri tak hujan pun?

Sebab kat sana ada awan lain-lain. Kalau awan tu berat kat gunung sana, kat area tu je yang akan hujan.

Oh.. Tadi masa mandi sungai kita duduk kat awan berat la ye? Ni first time kakak tengok hujan dari jauh, Mummy. Eee... Takutnya kakak tengok hujan tu. Lepas ni kakak tak nak mandi hujan dah.



Next entry :

Holiday - Langkawi Island 3




No comments :