Aku nak berjinak-jinak dengan benda ilmiah? Selain daripada modul Physics aku yang tebal-tebal tu, benda apa lagi yang ilmiah untuk aku baca? Itu pun modul Physics aku baca seminggu sebelum exam. Kalau tak sebab exam memang berbungkus dalam kotak la jawabnya semua modul tu.
Sebelum aku nak cerita pasal buku ilmiah ni, aku nak bagitahu la sikit pasal perasaan aku sekarang ni. Kalau korang bukak FB, kat Home korang tu sebelah kanan ada tak ruangan "People You May Know"? Haaa... Ada kan??? Tiap kali aku refresh Home aku tu, tiap kali tu jugak profile mamat tu ada kat situ. Jangan la tanya siapa orang nya.
Tekan HOME... Nampak profile dia.
Tekan icon lain, then tekan HOME lagi.. Nampak profile dia jugak.
Hish.. Apesal nih?? FB ni macam nak suruh aku add mamat tu je?
Jangan larrrr... Aku tak sedia lagi nak be fren dengan dia.
Walaupun aku tahu tiada apa-apa yang bakal berlaku, tapi untuk menekan "Add Friend" tu aku agak keberatan laaa...
Sejak dua tiga minggu ni aku rasa serabut sangat nampak profile dia kat tepi tu.
Pastu cursor ni macam sialan pulak, macam ditarik-tarik untuk klik kat profile dia.
Hish, benci la!!! Seboleh-boleh aku nak elak dari tengok profile dia.
Nak di "block" dia tu, rasa macam kejam la pulak (eh, bukan ke kau memang kejam Mak Ton oiiii??)
Aku tak de la benci kat dia. Cuma aku sedikit ego untuk add dia jadi kawan.
Tapi kalau nak add dia buat tambah kenalan (feeling-feeling aku ni gadis glamer bila ramai frenlist) mungkin boleh larr!!!
Hahaha!!!!
Ok-ok.. Sambung citer pasal buku ilmiah.
Last 2 weeks aku keluar dengan Nadia & Wazli (sehari sebelum GE13).
So kitorang singgah Popular. Aku perabih kan la voucher buku BB1M tu. So aku amik buku motivasi ni. Wahhhhhhhh... Kemain lagi aku kan? Baca buku motivasi kauuuuu!!! Haaaa, terkejut beruk En Zul tengok aku bawa balik buku ni.
Harus la aku beli buku yang melibatkan Facebook kan....
Tema nya aku baca buku ni sebab boss aku selalu tanya dalam meeting...
"ada sesapa baca buku or nak share apa-apa info dari buku yang you all baca??"
Krik..Krikk..Krikk.... (diam.. bunyi cengkerik je ada)
Kan dah malu sendiri... Patutnya kita kena tanamkan sikap suka membaca. Aku memang suka membaca. Tapi baca majalah Ujang & Gila-gila la.. Buku motivasi baru nak start. Dulu-dulu ada la baca buku HM Tuah tu. Alaaa... Motivator yang suka pakai blazer kaler striking-striking tu. Tapi banyak benda dah yang aku tak ingat info dia. So terpaksa la mula balik dengan membeli buku-buku motivasi ni.
Insya Allah nanti saya share info dari buku-buku ni ye, Datuk.... Hehehe :)
Mulanya aku nak beli buku motivasi Nick Vujicic. Dia seorang motivator yang mendapat bayaran paling mahal di dunia ($6000 per hour!). Tapi sebab Wazli yang baik hati dah janji nak belikan buku tu untuk aku, harus la aku beli buku lain kan.
Kenal tak sape Nick Vujicic tu??
Dan di bawah ni adalah buku beliau :
WAZLI, KAU HUTANG AKU BUKU-BUKU NI YE...
JANGAN NAK BUAT-BUAT LUPA PULAK.
*p/s : Duedate baucer BB1M dah nak habis ni. Sila la beli kan buku tu untuk aku.
No comments :
Post a Comment