Hari Sabtu lepas aku keluar dengan Wazli & Nadia.
Nadia ada bagi aku shawl yang dia jual.
Cantik... Warna biru. Lupa nak snap pic.
Nanti lain kali aku ambil gambar, aku upload kan kat sini.
Sesapa nak beli tribal shawl Nadia, sila kunjungi SINI...
Eh, tetiba promote page Nadia.
Hihiiiiii... I saja nak tolong u my dear.. Jangan maraaaaa yeeeeee :)
Alhamdulillah, semalam selamat sudah rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Pertama kali aku rasa berdebar-debar untuk GE kali ni.
Ntah la, bukan sebab aku bertanding pun. Malah tak ada sedara mara aku yang bertanding dalam GE 13.
Cuma perasaan berdebar nak tahu menifesto mana yang bakal dijulang untuk dikotakan.
Haaa.. Akhirnya dapat tahu BN menang..
Aku tak nak komen lebih-lebih pasal keputusan GE ni.
Apa yang aku boleh cakap, aku cukup menyampah dengan sesetengah penyokong-penyokong TEGAR BN, PR dan Pas.
Ulang suara.
Penyokong TEGAR BN, PR & Pas.
Bukan apa.. Diorang ni cukup kurang hajar pada pandangan mata aku.
Maaf cakap ye.. Aku tengok masing-masing ego, lupa diri, malah paling teruk suka membodohkan diri sendiri.
Yang BN nya cukup suka provok orang dengan video-video lucahnya.
Yang PR & Pas pulak cukup suka memacaikan orang lain dengan selamba badak nya.
What the ^*^%($&*!!!!
Serius weh.. Aku tahu bukan semua orang macam tu.
Sebab tu aku cakap sesetengah penyokong tegar.
Apa yang korang dapat dengan membuka aib or menyebar video lucah tu?
Aku tak tahu la video tu benar atau palsu, malah aku sikit pun tak nak ambik tahu.
Yang mengaku menegakkan Islam ni pulak, eeeiiii... Macam orang tak ada agama.
Memanggil orang lain dengan gelaran MACAI.
Islam kah begitu??? Memegang panji-panji Islam kah itu??
Memang benar semua orang ada hak atas pilihan dan apa sahaja yang mereka ingin luahkan.
Tapi biar la berpada-pada.
Kalau orang tu suka BN, biar kan dia sokong.
Bukan kita yang tentukan dia akan masuk syurga or neraka.
Pastu jangan la suka sebarkan benda-benda palsu yang boleh mendatangkan fitnah.
Kan fitnah itu perkara yang memecah-belahkan ummat Islam....
Yang sokong PR & Pas tu pulak, jangan la korang nak jadi Tuhan.
Sesuka hati nak menjatuhkan hukum pada orang lain.
Parti apa pun yang korang sokong, sila kan sokong.
Tak ada sesapa nak bantah.
Tapi jangan pulak korang nak berasa tak senang hati dengan orang lain yang pilih BN.
Lantak dia la. Jangan pulak dimacaikan orang tu, hanya sebab berbeza fahaman.
Kalau orang BN macaikan pulak orang PR & Pas, so korang semua sama je levelnya!
Seriesly aku memang tak sabar sangattttttttt nak tunggu habis GE.
Sebab aku tak perlu lagi nak sakit mata or sakit hati tengok drama GE kat FB ni.
Semua nampak macam kebudak-budakkan.
Nampak bodoh pun ada.
Lelaki perempuan sama je.
Kalau orang bangsa lain aku tak terasa sangat.
Ni memang bangsa melayu & beragama Islam yang bergaduh sesama sendiri.
Serius macam orang tak ada agama.
Kat FB post sana sini.
Macam hebat! Tapi sebenarnya keyboard warrior.
Orang-orang macam ni patut campak ke Sungai Amazon.
Biar piranha makan sampai kenyang.
Bodoh tak bertempat.
Bodoh menyusahkan orang.
Last-last bodoh la sampai 7 keturunan.
It's me.. Juz me... Only me!
If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.
A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!
No comments :
Post a Comment