It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 15, 2013

Langkawi Day 3

Day 3.
Nothing special, sebab kena keluar dari pulau.
Warghhh... Nak jalan-jalan lagi.

Sebelum gerak ke jeti, kitorang makan kat pekan kuah.
Then kitorang ke Haji Ismail Group (HIG) nak beli periuk untuk Maklang.
Lepas beli 1 biji, kitorang ke Idaman Suri pulak.
Perghhhh.. Lagi best pinggan mangkuk kat sini.
Cantik-cantik beb!
So aku rembat periuk 1 biji & set sudu.
Sebelum aku beratur kat kaunter, En Zul tanya, "tak nak beli pemanggang ajaib tu ke?"

Hm.. Masa kat HIG, aku duk ke hulu ke hilir sambil belek-belek pemanggang ajaib tu.
Aku bukan tak nak beli, tapi aku tak tahu nak guna masa bila?
Aku ni jarang guna pemanggang 'open air' ni.
Selalu aku campak je makanan yang nak di bakar tu dalam oven.
Set masa, set temperature, setel.

Tapi sebab En Zul dah hints-hints, aku rembat la satu pemanggang ajaib tu.
Tapi bila sampai rumah mertua aku, aku bagi pemanggang tu kat mak mertua aku.
Nampak sangat aku memang tak nak guna pemanggang ajaib tu kan?
Hahahah..
Takpe, nanti aku beli yang lain. Yang beli kat Langkawi tu, hadiahkan je la kat Mak Mertua aku.


Tiket balik pukul 1.45pm.
So sementara tunggu owner kereta sewa datang ambil kereta, aku jadi tukang jaga barang.
En Zul tunggu owner kat luar jeti.




Barang banyak ni pun rasa tak cukup lagi. Bila nak beli pinggan mangkuk, En Zul akan cakap, "siapa nak tolong bawak? Abang tak larat nak bawak banyak-banyak..."

Memang keji la aku kalau terus menzalimi suami sendiri.
Maka terpaksa tahan nafsu shopping aku. Huhuuu..



Sementara menunggu En Zul pulangkan kereta sewa, harus la lepak di Starbuck.
Bila lagi nak merasa minum coffea tanpa cukai ni?
Hahahahhaha...


Lepas setel hal kereta sewa, aku ajak En Zul ke kedai jam dalam terminal feri tu.
Sementara nak tunggu berlayar, harus la shopping kannn..


Selepas selesai memilih, maka aku decide nak hadiahkan En Zul jam ni.
Dia tetap dengan pilihan hati nya --> CASIO.

Bila aku pilih kaler biru, tak nak. Sama kaler dengan jam sekarang.
Bila aku pilih kaler hitam, tak nak. Hampir sama dengan kaler jam sekarang.
Bila aku pilih putih, tak nak. Sebab kaler tak menarik.
Bila aku pilih bentuk petak, tak nak. Sebab nampak pelik.

So aku pilih yang ini :


Kat Zon Duty Free Pantai Cenang, harga jam ni RM899.00.
Kat sini tak sampai pun harga tu. Padahal jenama yang sama. Nasib baik aku tak beli kat situ.
Dasar cekik darah!


Takkan beli untuk En Zul je? Walaupun hadiah besday En Zul, tapi untuk aku harus la ada jugak....


Pink is a must.
Sebenarnya aku nak kaler merah. Tapi untuk ladies tak ada kaler merah.
Kalau ada pun, design tak cantik. So aku amik pasangan jam En Zul.
Dia merah, aku pink.

Besday aku nanti harus la mintak hadiah mahal-mahal kan?
Hahaha...



Two :)



Masa nak naik jeti, tetiba tali handbag aku putus dan bag aku terus jatuh.
Kedebuk!
Nasib baik tak jatuh ke dalam laut. Huhuuu..

Petanda nak kena beli handbag baru.
Tak pasal je bag aku kena pin guna bobby pin. Huhuu..




Dalam feri tetiba rasa panas. Ekon rosak ke?
Ooo.. Makcik-makcik, pakcik-pakcik semua pakat berdiri kat depan ekon nak kasi anak depa sejuk..

Dasar pentingkan diri sendiri!
Kalau aku maki, korang cakap, "kamu tak ada baby, senang la kamu cakap.."

Hoiii.. Kalau aku angkut baby sekali pun, aku tak ada la batak macam korang sampai nak konker semua ekon masuk dalam ketiak masing-masing!
Kalau dah tahu bawa anak kecik, tak reti nak standby kipas tangan ke?
Anak kau setakat sorang tu je pun, bukan sebatolian nak kena kipas!

Sanggup berdiri depan kipas dari jeti Langkawi ke jeti Kuala Perlis.
Nasib baik Kuala Perlis, kalau Kuala Kedah, kompem rebah.




Nama budak ni Nurul Natasha Zulaikha.
Eh, sama pulak nama dengan anak aunty. Hehehe..
Dia ni duduk sebelah aku. Banyak mulut budak ni. Mesra.




Sampai jeti Kuala Perlis, tengok orang punya ramai.
Semua nak bercuti ke Langkawi sempena CNY.
Sampai feri nak berlabuh pun tak boleh.




Perlabuhan penuh. So kami kena tunggu feri keluar, baru boleh masuk berlabuh.
Hampir sejam kami tunggu di tepi perlabuhan.




Ni manusia-manusia yang tidak penyabar.
Feri lambat nak berlabuh, diorang dah ramai-ramai serbu pintu feri.




Mamat ni dah bengang sebab aku ambil gambar penyangak-penyangak yang tak sabar ni.
Muka macam nak mintak kaki je. Hahah!




Muka orang yang paling hepi sebab tak perlu bersesak-sesak beratur nak keluar feri.
(muka perempuan belakang En Zul tu dah bertukar menjadi pontianak!)




Bersesak-sesak.




Happy Holiday!
Kami dah selesai holiday. Yeayyyy!!




Sampai ada yang tidur di kaki lima untuk menunggu giliran naik feri.






Lepas selesai loading barang ke dalam kereta, kitorang ke kedai Kak Su Laksa.
Thanks Kak Diana Ishak, sudi layan message dengan saya..
Walaupun akak tengah busy nak packing barang menunaikan Umrah, masih sudi layan saya.
Saya ni nama je baca blog akak. Tapi direction ke kedai Kak Su pun tak tahu.
Maafkan saya!




Muka penat






Banyak sijil penghargaan. Siap ada gambar Herman Tino lagi :)




Laksa Beras Kak Su.
Kuah sangat pekat... Yummy!



Lepas makan, terus pecut ke kampung En Zul.
Coklat dah mula cair.. Huhuuu..



No comments :