It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 2, 2013

Berjimba-jimba

Selalunya kalau aku datang Penang, aku akan makan kat Restoran Denai Tropika. Sekarang ni restoran tu dah tukar nama. Dah tak ada dah nama Denai. Now it is PELANGI TROPIKA. Pada aku, kau tukar la nama apa pun, janji masakan kau kena sedap. Kalau nama je gah sampai ke langit ke 7 pun, tapi rasa makanan macam nak mintak di kahak, baik kau tutup je kedai.

Kali ni aku datang ke Pelangi Tropika dengan Nadia & Wazli. Kawan-kawan lain semua busy. Hokeh, i tak kesah. Tapi kalau ada sesape meleleh air liur sebab mengidam makanan selepas tengok gambar aku, lantak korang la.

Sampai Pelangi Tropika tengok suasana masih sama =)

Pilih seafood. Kitorang amik pari untuk bakar, sotong buat gorneg tepung, kailan ikan masin & tomyam seafood. Kali ni Pelangi Tropika sedikit hambar. Tak ramai orang datang. Ntah la, mungkin orang lebih suka makan kat rumah kot.



Nadia pilih carrot susu (setiap tahun pun sama), aku yang tengah pilih mocha blended. Si Wazli Wassini ni pilih jus tomato. Nak jaga kulit kasi mulussss katanya!!! Kau ado?




Ni lauk kitorang. Kali ni aku rasa lauk kat sini macam tak sedap. Ikan tu bahagian dia hangus.
So daun pisang tu tak boleh nak asingkan dari isi ikan. Pahittt!!
(sesapa boleh spot sesuatu yang pelik?)




Ni tomyam kitorang. Kenapa presentation diorang ni eh? Apesal buruk benar?
Kot la nak feeling-feeling ala Kuali ke, hotplate ke, sizzling ke.. Sukati la.
Tapi sampai bawak periuk keluar ni dah ape hal? Lain dari yang lain la kononnya?




Wazli Wassini ni sentiasa ada dengan kitorang. Sebab tu nama dia Wassini. Sentiasa ada di SINI.
Um, sebenarnya bukan la hari-hari pun. Saje je nak nyakat si Bobo ni.



Esoknya pulak kitorang ke Restoran Pak Husin (depan je dengan Pelangi Tropika. Kira-kira macam pesaing utama la ni). Sampai je kat situ tengok ramai nya orang..... Rasa macam tergugat pulak iman kat hati ni. Eh? Apa kaitannya? Setakat nak makan je pun.... Tak perlu tepuk-tepuk dada tanya iman.




Aku tak tahu apa isu diorang berdua ni. Rasa nak hantar je diorang berdua ni pergi kaunseling dengan Kak Pah Zohra Listen...Listen...Listen...













Pilih menu. Kat sini dah siap-siap ada menu untuk set mengikut bilangan pelanggan.
So kitorang ambik set E untuk 6 orang. Kenapa 6, bukan 5? Hmm.. Jangan tanya.




Gambar ni ada kat kulit belakang buku menu.
Staff kat sini very well trained. Kalau nak hantar makanan/minuman tu, siap menari-nari lagi.
Kalah pelayan hotel. Agaknya diorang ni sebelum start keje dah kena trained hantar makanan sambil menari kot. Selagi tak lulus, tak boleh keje on field (turun restoran).




Aku tengok suwit je budak berdua tu. Gosip panassss!!!!




Zul ni serba serbi boleh.
Jadi pak supir, body guard, runner beli ice, tukang amik gambar, jadi GPS, jadi bibik, jadi pelayan restoran.
Pakej lengkap. Tapi satu je mamat ni tak boleh buat. MARAH.
Tak pernah tengok dia marah. Eh, Zul... Kau ni normal ke tidak?




Air epal asam boi. Sedapppp... Sangat fresh!





Rojak kangkung & sotong. Sedap jugak la.
Aku yang habiskan. Aku kan ada perut DBKL. Sapu licin beb!




Ni dia set E. Tapi telur bistik aku add on.




Seafood tomyam (rate = 3/5)




Siakap radprik (rate = 4/5)




Telur bistik (rate = 3/5)




Taufu telur goreng cendawan (rate = 3/5)




Ayam mangga (rate = 4/5)


*Semua rating adalah berdasarkan tekak aku. Tekak orang lain aku tak peduli*




Sebab aku tak cukup air , so aku order fresh oren pulak.




Kami la wanita-wanita gojes!




Bersungguh mamat ni makan.
Terfikir jap aku. Dia ni makan ke, bersilat?




Tak cukup makan dalam pinggan, dia alih pulak makan dalam mangkuk.
Memang ada element oriental dalam jiwa mamat Kpop ni.




*maaf, MJ tiada kena mengena dengan ini cerita*


MJ = Mak Jemah / Miss Ju-on
(nama panggilan aku yang bebudak ni panggil)



Lepas kenyang, harus la pergi berjalan-jalan.
Kitorang terus ke town. Masa ni town dah mula hambar. Kurang orang kat sini. Zul bawak kitorang pusing-pusing sambil tunjuk port-port yang best. Hm, nanti aku nak datang town masa 3hb. Boleh pergi Chawrasta beli jeruk. Nak lepak dari pagi sampai ke malam. Agak-agak kalau dah tengah malam aku masih tak balik, kawan-kawan tolong la cari aku kat sekitar town. Mungkin aku dah lupa diri masa tu. Sila bawa aku balik ke pangkal jalan.




Gadis tiang. Tunggu masa lampu padam, kompem diorang menari.
Kahhh~




Kat sini je la satu-satunya tempat yang kitorang turun.
Yang lain sekadar tengok dari dalam kereta.









Maksud tulisan tu : RM30 for 1 hour.


Hahahaaa... Larikkkk!








Cuba tengok si Nadia tu. Cuba perhatikan gayanya.




Ok, gaya yang ini.




Last, yang ini.


Ok, agak-agak apa yang korang bayangkan?


















Sama tak macam gambar bawah ni?






























Sama kan? Alolololoooooooo... Kiut nya!








Lepas tu kitorang ke Feringhi pulak.
Singgah McD nak buang air ketuban kecil, pastu makan eskrem.
Then teruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe.



Itu pun MJ jugak, tapi Micheal Jackson.
Agak-agak aku letak batu serupa muka aku kat situ, ramai ke orang datang amik gambar?
Ntah-ntah diorang siap rejam aku baling dengan batu. Huhuuuuu...












 Ni kes gf merajuk dengan bf. Bersungguh merajuk ni, sampai ganggu orang nak amik gambar kat sini.

Ok, aku tipu.




Haaaa... Yang ini baru betul drama merajuk.

Bf : Yangggg.. Jangan la merajukkkkk...
Gf : kalau tak nak tengok i majuk, u kena beli hadiah.
Bf : hadiah pe? i cuma ada kura-kura je kat umah.
Gf : Owh, ye ke???? I pun ada kura-kura kat rumah jugak... Tak sangka kita serasi bersama...

Cheeewahh!!




Wah, ada ciri-ciri blogger sejati ni.
Tercabar aku ok!

Lepas selesai di HRC, kitorang balik kampus. On the balik tu banyak betul road block.
Liza siap buat drama dengan abang polis tu. Lambai-lambai manja konon.
Puiiiiiii!


Ok, lepas habis exam Thermo, kitorang lepak kat pantai Jerejak.
Cadangnya nak ke town makan pasembor menari. Tapi sebab malas nak redah jammed, kitorang tukar haluan ke Pantai Jerejak.




Heh, comelnya abang Nuji ni.





Adah : Eh, u... Tepi la sikit. Jangan la amik jalan i...
Liza : U la tepi sikit, ini jalan i la!! Ape tolak-tolak ni???


*diorang ni pun golongan kucing jugak, banyak sungguh masalah!*




Ni adalah dugong yang selama ni tak pernah jumpa air laut.
Melulu je nak terkam air laut tu. Hahaa!





Drama sendu



























Eh, Cik Pah.. Jangan bunuh diri semata-mata paper Thermo yang ke laut tu!!!
Ke, dia ni tengah kutip ibu kolagen tu??










No comments :