It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 1, 2012

Segalanya sudah berakhir....

Akhirnya semuanya dah selesai.
Selama berbulan-bulan aku sengsara, menahan kesakitan di jiwa...
Menangis seperti tak akan mungkin kering air mata..

Kini aku bebas.
Bebas melakukan apa sahaja berlandaskan hukum syariat.
Bebas untuk melepaskan diri dari segala duka dan lara...



Kini bahagia milik aku. Tiada apa yang dapat menghalang dari jiwa ku bergembira
AKU BEBAS!!
(kau mampu feeling-feeling model deodorant tayang ketiak macam ni?



Alhamdulillah, semua laporan amali aku dah siap.
Experiment cuma ada 6 je, tapi dalam setiap satu experiment tu ada lagi 'anak-anak' experiment lain yang menjadikan semuanya berbelas-belas!
Nasib baik aku ada kawan-kawan yang banyak membantu aku dalam mengumpulkan data amali tu.
Kepada kawan-kawan :
  • Kak Lin (selaku partner group Lab aku)
  • Liza
  • Naz
  • Fakhrul
  • Syuriani
Korang memang best! Tahun depan untuk lab kita bahagi-bahagi tugas lagi eh?

Kepada Kak Lin, terima kasih banyak-banyak sebab last minutes bantu saya menyiapkan laporan tu. Walaupun laporan saya serba serbi banyak kekurangan (saya siap sms kacau akak pukul 2-3 pagi. Hihihi..) saya harap semuanya dapat membantu akak menyiapkan laporan akak jugak.

Bila teringat balik saat-saat nak menyiapkan report ni (cewahhh, macam nak pergi berperang pulak :p), memang aku bersyukur sangat sebab aku dah berjaya melaluinya. Mungkin ada di antara kawan-kawan aku yang anggap perkara 'menyiapkan report' tu satu perkara yang remeh, tapi bagi aku itu la penentu masa depan aku. Semuanya bergantung pada hasil report ni.

Masa aku nak menyiapkan report ni, macam-macam dugaan yang aku lalui. Mungkin ada yang aku boleh share, mungkin selebihnya aku simpan dalam diari hati aku. Selama berbulan ni aku teramat stress. Stress yang menekan aku dari pelbagai sudut. Be it kerja kat ofis, kerja kat rumah, assignment dan hubungan kawan-kawan. Aku datang kerja dengan jiwa yang sangat rapuh, anytime je aku boleh patah semangat. Veeeerrryyy the fragile u know~~

Kadang-kadang aku menangis, tak tahu nak luahkan pada siapa. Nak upah budak-budak ofis ni yang buat report tu, kang lain hasilnya aku jugak yang mendapat! Nak upah diorang buat kerja ofis aku, diorang pun ada tugas diorang masing-masing. Kalau diorang boleh buat kerja aku pun, belum tentu diorang boleh buat dengan capacity 8jam bekerja. Mesti diorang buat pada masa senggang. So kerja aku tu takkan siap jugak la.

Kalau aku stress, aku pergi karok. Layan nyanyi sorang-sorang sampai 3 jam. Nasib baik harga karok tu murah. Pastu dengar ceramah agama Ustaz Kazeem. Kadang-kadang dia panggil budak umur 3-4 tahun baca hafazan Quran. Sejuk sikit hati aku. Kat PC ofis nasib baik ada mp3 ayat Yaasin. Agak-agak aku bosan dengar lagu, boleh la aku layan Surah Yaasin pulak.

Last Wednesday, aku hampir pitam kat dalam tandas ofis. Nasib baik ada Zuraidah dan untie cleaner dalam tandas tu. Sempat Zuraidah paut aku dan Untie tu cari kerusi untuk aku duduk. Serius aku dah stress tahap maksimum. Tiap-tiap hari aku sakit kepala dan muntah-muntah. Bacaan blood pressure aku toksah cite la. Mencanak naik setiap hari! Memang aku dah tak boleh nak manage stress aku. Bila dah sampai tahap pitam, aku decide untuk ambil cuti. So aku off hari Khamis dan Jumaat. Boleh direct cuti sampai Ahad.

Alhamdulillah kepala aku kurang sakit. Sepanjang 4 hari aku off, aku cuma siapkan laporan amali aku. Aku malas nak fikir pasal hal kerja. Dalam hati aku tekad, aku kena siapkan laporan amali ni dalam bulan Mac jugak! So by early April aku dah boleh submit ke USM.

Syukur, aku berjaya siapkan dalam bulan Mac. Malah assignment pun aku berjaya siapkan jugak. Terima kasih pada kawan-kawan yang tolong. Kak Lin, Husyaini dan Khairul Firdaus yang sudi tolong aku last minutes. Kepada Nadia, Saly, Amyra, Leen dan Liza yang sudi mendengar luahan hati aku. Tak lupa juga kepada suami tercinta yang sentiasa ada di sisi dan sangat memahami. Thanks again ^_^




Ni la hasilnya selepas aku compile satu-persatu 



Ada yang tebal (banyak 'anak-anak' experiment), malah ada yang nipis (sekadar 11 sheets je. Hehehe..)




Dah staple, kena la kasi cantik sikit. Salotape kuning je yang ada, kaler lain dah habis. Belasah je laaaa...




Dah ready untuk dihantar ke USM. Masa nak taruk setem, tetiba terasa nak hantar guna POSLAJU pulak.
So esok kena la merangkak pergi pejabat pos ;)




Love,




No comments :