Cak!!
Haaa.... Kali ni resepi mee lagi. Sejak dua menjak ni bibik suka masak aneka jenis mee. Bukan apa, masak mee ni senang je. Setakat celur mee dalam air mendidih seminit dua, then sediakan kuah pulak. Memang senang. Aritu bibik buat mee goreng, tapi tak update dalam blog pun. Sebab masa tu bibik dah lapar sangat. Tak tahan perut memulas-mulas mintak di isi. Jadi operasi mengambil gambar untuk masuk blog di tunda ke hari lain. Hehehe...
So semalam bibik masak mee kari. Mee kari ni antara salah satu makanan fevret bibik. Bibik suka sangat makan mee kari. Eh, macam la ada benda yang aku tak suka makan. Semuanya aku bedal. Kalau gigi aku ni kuat, batu dan kayu pun aku kunyah!
Mempersembahkan, MEE KARI...
Ni Diaaaaaaa!!!!!!
Mari kita start memasak!
Kena sediakan bahan tumis.
Bawang merah, bawang putih, halia, daun kari.
Daun kari tu dah berbulan duk dalam esbok aku. Tu yang kecut sikit. Takpe, janji kuar bau.
Ok, bawang merah, bawang putih dan halia harus ditumbuk
(Tumbuk ye puan-puan.. Walaupun rupa di dalam gambar seperti dihiris kasar..)
Sediakan rempah - kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Kuantiti agak-agak je la ye..
(ada sesetengah orang taruk buah keras untuk pekatkan dan melemakkan kuah. Tapi aku tak taruk)
Bahan penyedap tekak : Fish cake dan fish ball.
Aku taruk ayam, potong kecik-kecik. Tapi aku lupa snap gambar.
Bahan penyedap tekak :Kerang rebus. Lagi banyak lagiiiiiiiii sedap!
Kalau tak suka kerang, korang punya pasal. Aku suka makan kerang.
Tak lupa jugak rempah kari. Any brand should be ok.. Bancuh dengan air supaya tak berketul.
Jangan guna rempah kurma, nanti nama mee pun kena tukar jadi Mee Kurma.
Ada paham?
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk dan rempah ratus.
Tumis sampai naik bau.
Masukkan rempah kari dan tumis sampai pecah minyak. Kalau nak pedas, masukkan cili giling atau cili boh.
Masukkan ayam. Biar masak sekejap daging ayam tu. Nak masuk daging pun ok jerrrr..
Masukkan santan (sederhana pekat), fish cake dan fish ball.
Biar mendidih dan masak.
Masukkan garam.
Bahan tambahan : Tauhu goreng.
Kalau ada yang jenis tauhu kembang (goreng) tu, masukkan dalam kuah. Biar dia terapung-apung dalam kuah. Aku tak beli yang jenis tu sebab dah habis kat kedai. So ganti dengan tauhu ni.
Bahan tambahan : Taugeh dan sawi.
Rebus air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sayur ke dalam periuk. Biar seminit dua dan toskan.
Bahan tambahan : Telur rebus, limau nipis.
Kalau ada cili merah, daun sup dan bawang goreng, lagi sedap!
Aku tak taruk sebab lupa nak beli.
(Lupa lagi? Teruk benar dimensia aku ni! Huhuhu..)
Tadaaa! Dah siap.. Boleh makan.. =)
Masukkan mee dalam mangkuk, curah kuah bersama bahan penyedap tekak. Then taruk bahan tambahan.
Then slurpppp!!!!
Pekat kan kuah kari aku? Hmmm.. Sedap!
(Eh, puji makanan sendiri pulak! Lempang sedassss kang~)
*Motif masak mee : sebenarnya aku malas nak masak nasi & lauk-pauk. Sumpah aku malas!
Love,
No comments :
Post a Comment