It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 9, 2019

March 2018

Untuk entry 2018 aku terus jump ke bulan Mac ye.
Bulan kelahiran aku.
So cerita pasal besday aku lah.
Dan jugak cerita pasal anniversary aku & En Zul.

Anniversary = 5 Mac
Besday = 17 Mac

Kira combine dua cerita la ye.
Tu pun mana yang aku ingat je la.
Yang aku terlepas pandang, kira halal lahhhhh...

Tahun ni sambutan biasa-biasa je.
Dengan kawan-kawan, family..
Dengan scandal je tak de. Sebab tak de scandal.
Kalau ada, boleh sambut jugak. Hahahhaah

Besday tahun ni aku request nak makan kat tempat ala-ala nature.
Nak kawin tema garden wedding dah tak sompekkk.
So aku request nak makan kat hutan belantara.
Aku dah lama rikki tempat ni. Tapi rikki kat Google je la.
So aku ajak En Zul & anak-anak pegi ke situ.

Aku tak ingat exactly nama tempat ni.
Tapi tempat ni kat Kemensah, belakang Zoo Negara.
Masuk dalam sikit kat kampung-kampung Kemensah tu.
Sampai anak aku tanya, "mamy kalau nak makan memang kena cari tempat-tempat hutan ke? Hari tu makan bihun sup kat Kedah pun masuk hutan jugak"

Adoiiii anak..
Ni la namanya thrill. Kau balik-balik makan mcD kat IOI tu je.
Apa kau tahu erti pancaroba nak mencari tempat makan yang best-best.

Masa aku sampai, tempat ni agak penuh laa..
Tapi alhamdulillah ada meja untuk kitorang.

Depan aku tu bukan sampah sarap ye.
Tu lamb grilled aku.
Aku snap pic ni untuk tunjuk lubang hidung aku. Silakan fokus.

Aku ambil set ni untuk 4 orang. Harga aku lupaaaa..
Ampunnn..
Ada lamb grilled, chicken grilled, nasi with soup, salad coslow, air oren bottomless.

Ni aku bukan gerga ye.
Tapi En Zul tu yang katek hahahah

Ni sambil-sambil makan, kau tabur sikit nasi nanti datang ikan gigit-gigit kaki kau.
Boleh buat fish spa sambil makan lamb grilled.

Majlis sambutan hari lahir si gemok ni tak habis di sungai tu je ye.
Kita sambung celebrate masuk mall pulak.

Lepas kita sejukkan kaki dalam sungai, kita sejukkan tekak pulak.
Sambung celeb kat Pavillion makan Kakigori.

Getikkkk aku nengok muka laki sendiri.
Kemain kau mengernyihhh bang!


Masa aku kat office, Ewa text tanya aku free ke tak?
Katanya nak jumpa kejap.
Then aku keluar tengok anak-anak dia datang hulur teddy bear!
Yuhuuuuu... Bestnya! Aunty Yati tak pernah dapat hadiah teddy bear.
Im touched.. YY


Thanks Lili and Mia. Aunty loves both of u.

So cuteeee

Ni hadiah dari Dr H (faculty of Law)
Dia bagi apron & white chocolate.
Eh balik-balik baju ni je aku pakai. Takde baju lain ker??!!!

Lepas dapat hadiah dari Dr H, aku pegi IOI sambut besday dengan kawan-kawan.

Makan kat Johnny Rockets. Thanks korang...

Hadiah dari Sir A yang baju biru.
Thanks awakkkkk...


Patutnya aku cerita pasal anniversary dulu. Sebab tarikh dia lagi awal.
Tapi sebab aku selfish, kena la cerita hal aku dulu kan?
Pastu baru cerita hal aku & En Zul. Hahhaha..

Tahun ni kitorang bawak anak-anak bercuti kat Pangkor.
Bertahun-tahun En Zul ajak aku pegi Pangkor. Tapi aku taknak.
Aku pernah pegi tahun 2001 dengan kawan-kawan sekolah.
Tu first and last aku pegi. Aku rasa tak best pun Pangkor ni.
Sebab tu bila En Zul ajak, aku tolak mentah-mentah.

Tapi sebab aku nak bercuti tempat yang dekat dan tak ambil masa perjalanan yang lama, so aku sendiri yang ajak En Zul pegi Pangkor.
Dia siap tanya, "eh bukan mamy tak suka Pangkor ke?"
Diam la bang. Daripada balik-balik pegi PD, meh la kita pegi Pangkor.

Kitorang gerak lepas tengah malam, sampai Lumut sebelum subuh.
Then kitorang naik feri yang paling awal.
Rupanya Pangkor ni dekat je dengan Lumut.
Naik feri 10-15min je dah sampai.
Aku ingat jauh mcm Langkawi tu.

Otw naik feri. Subuh-subuh gajah dah seret bag.


Romantik jugak laki aku ni.
Ajak bergambar dia layan je.

Hotel tak boleh check in lagi.
Sape suruh kau datang awal pagi?
So kitorang jalan-jalan tepi pantai ambil angin pagi.
Kitorang stay kat Teluk Nipah. Nama hotel tak ingat.
So bags boleh simpan kat kaunter hotel dulu.
Takkan aku nak seret semua bag jalan-jalan tepi pantai.
Tak feling-feling mat saleh laa gituh!

Empat-empat ketul ni tak mandi lagi.
Hahahahha!

Kitorang breakfast kat tepi jalan dekat-dekat hotel.
Jujur aku cakap makanan kat sini agak mahal.
Tapi, pilihan apa je yang aku ada? Dah kata vacay kan? Hadap je laa..

Disclaimer : Bukan kedai pakcik ni ye. Ni aku snap pic randomly je.

Kena disclaimer awal-awal. Kang ada yang saman aku.
Aku ni blogger sendu frozen. Mana ada duit nak bayar saman. LOL

Lepas breakfast, tak tahu nak buat apa so kita main pasir je la ye anak-anak.
Kat KL tak merasa nak main pasir macam ni.

Lepas check in hotel, kitorang pergi snorkel.
Kitorang ambil full pakej RM120 untuk 4 orang.
Tempat snorkel dekat je. Kalau ko pandai berenang, kau swim je terus ke tempat tu.
Jimat duit bayar bot.
Tapi tempat dia agak crowded. Ramai orang sampai keruh air dia.
Tak berapa nampak ikan-ikan.
Tapi ok je laa.. Kira 1st time bawa anak-anak snorkel.


Petang lepas puas membuta and rest, kitorang keluar jalan-jalan.
Nak sewa kereta macam tak berbaloi. Sebab pulau kecik je.
So kitorang sewa scooter 2 buah.
RM40 untuk satu hari. Kira esoknya sebelum balik kitorang pulangkan scooter tu.
Dapat diskaun RM10. Harga asal RM50, tapi sebab kitorang sewa selepas asar, so dapat less la.


Sis buat Grab Food yach!
Sebelum pegi cari makanan untuk late lunch and dinner, kita posing duluuu..

First time sis bawak scooter.
Agak hebat cara pemanduan sis kan?
Hahaha gigih aku puji diri sendiri.
Nak harap korang pujiiii... Mimpi laa! Hahaha


Mula-mula aku bawak adik.
Tapi sebab aku tak pandai sangat bawak moto, pastu jalan naik turun bukit,
aku minta tukar kakak naik dengan aku.
Ringan sikit. Baru boleh laju berdesup mamy pecut. Bhaha!

Kat Pangkor ni tak ada benda sangat nak buat.
Kedai makan pun tak banyak.
Kitorang makan kfc je.
Malam tu aku stay dalam bilik sambung membuta.
Si adik layan tv je.
En Zul & kakak pegi jalan-jalan tepi pantai sambil beli fridge magnet & key chain.



Hari kedua lepas breakfast kitorang singgah sini.
Anak-anak nak try main.
Diorang ajak aku. Tapi aku malas nak tukar baju basah.
So aku duduk tepi sambil snap pic je la.


Lepas keluar dari Pangkor kitorang beli barang-barang makan kering.
Beli sate ikan, sate sotong.. Murah-murah jugak.
Separuh pembelian terus habis makan dalam kereta je.
Aku tak ingat nama kedai tu, tapi rasanya nama perempuan kedai tu.
Geng-geng HUKM selalu la singgah situ.


Singgah Petronas nak buang air kecil, ternampak orang jual durian.
Dari jauh En Zul tanya aku kat dalam kereta, "satu cukup?"
Of course la takkkkkk!!


Maka En Zul mulakan aktiviti pencarian durian.
Siap panjat 4x4 orang ni. Gigihnya kau bangggg!
Demi bini mu. Cewahhh!
  
Makan tepi longkang je. Apa ada hal?
Aku level-level princess berjiwa rakyat gituhh.

Sedap oiiii...
Aku rasa ni durian segamat. Kalau tak silap laa..
  
Sebelum balik KL singgah Teluk Intan.
Aku 1sti time datang menara condong ni.

Abaikan perut aku tu. Memang sejenis Princess Fiona asetnya adalah perut.
Cuma kulit je tak berapa nak hijau.


TBH, aku rasa vacay ni paling seronok.
Sebab aku tak de marah-marah, anak-anak tak buat hal.
Kitorang enjoy sepanjang 2 hari kat sini.
Planning pun smooth je.
Syukur Alhamdulillah...







No comments :