Lepas lunch tengahari tadi (read : lepas aku berpoya-poya sesorang diri) aku terus balik ke Gombak. Dah janji dengan Maklang nak pegi NSK sama-sama. Kiranya ala-ala Girl's hang out la konon.. Padahal kau memang tak de kawan nak ajak gi teman shopping kan? Nasib baik ada Maklang. Kalau tak, kompem balik rumah sambung balik tidur la jawabnya.
Tadi malas nak ikut MRR2, so aku ikut jalan Loke Yew. Perghhh! Jammed tak ingat dowh! Dari pukul 2.45pm aku kat Loke Yew, aku sampai rumah Maklang pukul 4.10pm. Gila hazab nak meredah jammed. Padahal esok Deepavali, bukan Thaipusam pun nak jammed kat Batu Caves tu. Dah la hujan, jalan plak licin. Kompem tak boleh nak speed sangat, dengan keadaan sesak lagi. Nak tak nak menyiput jugak la aku kat tengah-tengah jalan tu. Ikutkan hati nak patah balik ikut MRR2, tapi sebab malas nak cari simpang buat U-turn, so teruskan je la menyiput dalam jammed yang hazab itu.
Lepas sampai rumah, aku pakai kereta Leen nak ke NSK. Malas nak drive kereta manual. Lenguh kaki aku masa jammed sebelum sampai rumah Maklang. Nasib baik Leen dah sampai rumah, so korbankan la kereta auto dia. Muahaha...
Elok dalam kereta dengan Maklang, dia pun bukak cerita pasal tab yang Leen belikan untuk dia tempoh hari.
Gila la Maklang dah reti main google bagai ni. Tapi feeling-feeling main facebook, kononnya nak up to date la ada facebook.. Puiiiiiii... Siap nak ajar aku access You Tube, kauuu!! Maklang ni ada group Marhaban dengan geng-geng dia. Selalu la diorang pegi pertandingan marhaban kat merata tempat. So dalam ramai-ramai geng dia tu, ada la yang cakap, "Maklang beli la tab, boleh cari lagu-lagu baru.. Boleh rakam lagu baru yang Maklang cipta tu.."
Wahhh, kemain korang menyucuk mak aku eh? So hujung-hujung Maklang cucuk la si Leen pulak. Tanya macamana nak rakam lagu yang dia cipta tu (Maklang sekarang dah pegang title Komposer, hokeh!) So Leen belikan la tab untuk Maklang. Setakat nak online internet tu memang tak ada masalah la. Lagipun Leen dah pasang wifi kat rumah, senang la Maklang nak online. 24jam sentiasa available wifi Maklang tu. Leen pulak dah ajar basic access kat Maklang, mudah la orang tua tu nak cari lagu kat You Tube dan mengompos lagu baru untuk geng Marhaban dia tu.
Tadi lepas dinner, aku saja masuk kat bilik kerja Maklang. Aku tengok kat tepi mesin jahit Maklang ada tab dia tu. So aku bukak la tengok kat home screen tu. Tak ada apa Apps pun, selain dari Google (yang memanjang dikatakan FB tu), MP3 Quran, You Tube dan Sound Recorder. Tu je.... Kat folder Apps ada la beberapa applications yang memang ada kat tab tu. Tu pun dia jarang guna kot.
Red colour. It's nice, isn't it? =)
Ni je la basic Apps kat tab Maklang. Ni pun dah cukup hebat dah untuk orang macam Maklang.
Then aku bukak la You Tube, konon-konon nak tengok la video marhaban apa yang dia tengok? Mana la tau kot-kot Maklang ni terlebih advanced siap upload video dalam YT... Glamer la mak aku, khennn?! Dalam kereta tadi dia cakap, "senang sangat nak guna YT ni, semua benda ada. Leen tak ajar pun mak boleh tahu. Tekan-tekan je, semua keluar. Sampaikan video Anwar Ibrahim pun ada..."
Hah, kau?!!! Hebat tak Maklang? Semua benda dia tau.. Sampaikan dia khatam baca semua komen-komen kat video Anwar Ibrahim tu. So bila aku bukak pada Search, automatic keluar semua history yang Maklang access...
1. Berzanji
2. P Ramlee
3. Berzanji Melayu
4. Saloma Selamat Hari Raya
5. A Ramlie
6. Jefridin
7. Siti Nurhaliza
8. Facebook
Facebook?? Mak aku cari facebook kat YT? Gila ahhhh!!!
Siap ada jefridin, a ramlee, siti nurhaliza bagaiiiiii..
Marhaban apakah ini???
Tetiba Maklang masuk bilik tu. Nampak aku relakssss je terbongkang dalam bilik kerja dia, so dia pun join sekali. Ambil bantal, parking kat sebelah aku.
Maklang : Tengok apa?
Aku : Video apa yang mak tengok ni? Marhaban ke?
Maklang : Haaa laaaa. Marhaban la tu.. Senang nak cari kat situ. Macam-macam lagu ada.
Aku : Dah tu, ni kenapa ada video Jefridin, Siti Nurhaliza ni?? Marhaban jugak yeeee? Hahaha...
Maklang : Ah, itu aku saja nak tengok! Aku kan suka Jefridin... Aku nak nyanyi la lagu dia. Kau apa tahu? Meh bak sini aku nak tengok (rampas balik tab dia)
Siap sedia dengan video klip Jefridin.
Senyummmmmmm...
Are you readyyyyy???
Let's singing!!!
Wah, kemain feeling nyanyi lagu Jefridin.
Hujung-hujung kantoi dengan aku. Kahhhh!
P/s : Maklang juga bercita-cita buat parody video klip Jefridin & Siti Nurhaliza.
Sila subscribe di YT. Link akan diberikan kemudian =P
Tetiba teringat cerita Keluarga Iskandar.
(mak aku sebijik macam Mak Jah dalam cerita tu)
No comments :
Post a Comment