It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 8, 2011

Jalan Kebun, Shah Alam

hari Jumaat lepas En Zul ke Kelantan. outstation again!
so aku duduk je kat rumah sorang-sorang.

hari ni Leen & Maklang ajak aku gi kenduri rumah sedara Maklang kat Jalan Kebun.
sedang aku menunggu siaran Melodi, tetibe Cik Leen sms.


Leen : Nk g knduri sdara mak.. Nk ikt x? Kalo xjmpa g mkn sefud kt Klang.

aku : Knduri 2 kt mane?

Leen : Jln Kebun... Area S.Alam/Klang. Kad kawin hilang, mak call dia bg map ikt jln Kesas (kad hilang, boleh? nak suruh aku gamble tunjuk jalan la tu!)

lepas Leen & Maklang sampai umah aku, kami naik keta aku & kete Leen park kat umah aku.
maka, kami bertiga pun gamble la menuju ke Jalan Kebun.
kepala otak aku dah mula berpinar sebab cuaca yang agak panas, ditambah aku belum makan apa-apa lagi sepanjang hari. rasa nak pitam!


Maklang : sedara mak cakap lepas tol RM2.20 terus masuk kiri.

Aku : mak, kat highway kesas ni ada 2 kali tol RM2.20. so, tol yang mana 1 nih?


rupa-rupanya ada 3 tol RM2.20! hampehhhh...

yang buat aku geram, sedara tu bercakap dengan aku, lepas tol terus keluar highway & masuk ke kanan.
tapi dia cakap kat Maklang, lepas tol terus keluar highway & masuk ke kiri!
yang mana 1 ni? sekejap kiri, sekejap kanan!

celaka!

kau tak reti bagi direction betul-betul ke?
kau memang tak nak tetamu datang kenduri anak kau ke?

mula-mula kami masuk ke kiri. ada kenduri. yessss.. sampai jugak akhirnya!
tapi kami tengok bunting dia tulis nama pengantin lelaki "Zarul".
sedangkan pengantin sedara Maklang ni nama "Yazid"
ah, sudah~!!! salah majlis ke kami ni??

tanpa membuang masa, aku & Leen terus patah balik tanpa menoleh semula ke belakang.
malu siottttt...!!!
tapi, kan elok kalau kami makan je nasi kenduri sambil buat tak tahu.. bukan nya orang tahu pun!
wakakaka..

kami pun meneruskan perjalanan sehingga kami sampai di persimpangan ke kampung orang asli!
erkk..!! sejak bila pulak Maklang ni bersedarakan orang asli ni?

terus kami patah balik ke highway & masuk ke kanan pulak!
sedara Maklang pesan, "bila dah masuk kanan, terusssss je... nanti jumpa kenduri betul-betul tepi jalan."
(pakcik, ada ke orang buat kenduri kat tengah-tengah jalan?)

alkisahnya, kami terlajak sehingga 5km!
kena patah balik!
sedara Maklang bagi direction mengikut arah bertentangan pulak.
"dari situ, jumpa je roundabout kecik, terusss je. jumpa jambatan yang pertama, terussss je lagi. lepas jumpa jambatan kedua, terus masuk kiri"

ok, pakcik.
kami dah jumpa roundabout!
tapi kami tak jumpa & lalu kat jambatan pun.

rupa-rupanya....

itu bukan jambatan kat tengah-tengah jalan raya yang kami lalu.
tapi....
kena masuk kiri dulu, baru jumpa jambatan kecik untuk melintas longkang tepi rumah dia!

CELAKAAAAAAAAA!!!!!!!

kau boleh tak bagi direction betul-betul???
dah la dengan Maklang, kau cakap ikut Jalan Kebun.
dengan aku, kau cakap ikut Jalan Kg Raja pulak!
5x kami telefon,
5x jugak la kau membelit kata-kata!

SIALPALISSSSSSSS...!!!!!!!!!!

bila sampai je kat kenduri tu, boleh pulak sedara Maklang ni cakap "eh, kenapa boleh terlajak pulak? kan dekat je simpang ni dari highway. ni mesti laju sangat bawak kete ni.."

KEPALA HOTAKKKKK!!

dah le signboard pengantin pun kau tak letak.
landmark pun kau salah bagitahu.
yang kelakar nak mampusnya, bila Leen tanya kat sedara Maklang tu, "er, sapa nama pengantin ye? kami nak cari signboard."
sedara tu jawab, "Zaini"

eh, td kan cakap pengantin lelaki Yazid.
macamana pula boleh tukar jadi Zaini ni???
macamana nak cari ni??

rupa-rupanya bila dah sampai sana...
"ha, yang ni la menantu sulung si Zaini tu"

Zaini tu sebenarnya bapak pengantin!

siaaaalllllllllll........!!!!!!!!

aku memang serik la kalau pegi kenduri macam ni.
yang Maklang pun satu hal pulak.
saja-saja sorok kad kawin tu sebab takut Leen kemas-kemas rumah & buang kad tu.
last-last terus hilang!

pas kenduri kami ke GM Klang. konon-konon banyak barang murah-murah.
kepala aku makin sakit. perlukan air yang masam-masam.
aku beli air ice lemon tea, terus lepak dalam keta.

10min kemudian, Leen & Maklang datang tanpa sebarang barang yang dibeli.
just window shopping.

terus ke Klang untuk makan seafood.
tapi tak tahu jalan & gamble lagi.
huhuhuu...

sampai kat Tanjung Harapan, tengok restoren tak buka lagi.
jalan-jalan ambil angin, then kami park kat restoren tu.

pekerja restoren tengah bentang alas meja.
mentang-mentang kami sampai awal, boleh pula dia letak je alas tu kat kerusi. dengan harapan kami pula yang kena bentang sendiri. Maklang yang malas-malas nak gaduh, lalu dia membentangkan alas meja tu..

kami ambil :
-udang saiz besar (10ekor- masak 3rasa)
-sotong saiz besar (2 ekor-goreng tepung)
-kembung (2ekor-sweet sour)
-pari (bakar)

tambahan :
-nasi (3)
-air limau ais, air teh o ais limau, air kelapa muda
-aiskrim (ntah apa-apa nama ntah)

jumlah: RM70.35

murah jugak!
seafood fresh!
service sekejap je!
boleh la nak datang makan lagi.
cuma masakan dia "average"
sedap lagi ikan bakar jalan bellamy & ikan bakar sekinchan!
hahaahaha


Maklang sedang menemuramah penjual kerepek sebelum masuk ke dalam restoren.

 
kedai masih kosong.
see... alas meja pembantu restoren just sangkut kat kerusi je.
dengan harapan kami tolong alaskan!


meja lain yang masih belum beralas.
nak tunggu pelanggan datang & alas sendiri kot...


Leen : "abg, syg dah smpai. nak tggu order je lagi ni.."
uwekkk!!!!


maklang bersama rupanya yang 'cute'.
konon-kononnya...!!!!


Mr Paul. kami mintak ia digorengkan!


udang yang besar-besar


orang ramai mula memilih seafood


Mr Crab.
tapi kami tak amik.
malas nak keluarkan isi!


siakap


hasil 'tangkapan' kami.
muehehehe..


macam biasa.
nasi & air yang sampai dulu.


kuah asam, kacang, sambal ikan bilis, timun



air wajib aku.
limau ais.
lagi masam lagi sedappppp..!!!


minah sengal ni happy bila dah dapat air kelapa mudanya.


Maklang bersama teh o ais limau nya.


lauk dah sampai.
yeayyyy!!!
eh, mana ikan pari bakar?? dia lupa nak hantar..
nak kena maki?


ikan pari bakar dah sampai.
sedap, sebab tak hanyir.
tapi tak sesedap ikan bakar bellamy & sekinchan


Maklang sedang berusaha mengorek isi kelapa muda.



yesss, usaha lagi...!!!!


selesai...
ikan kembong & ikan pari bungkus bawak balik untuk Paklang.


orang dah mula ramai.
gambar ada cahaya.
tak clear!


total : RM 70.35
murah kan??
=)


aiskrim. tak sempat nak snap sebelum makan.
snap pic pinggan je la ye..


sebelum balik





No comments :