17 Mac 2022 - Happy birthday to me!
So tahun ni aku plan nak pegi staycation je.
Tengok tajuk entry kemain birthday staycation 1.
Satu. One. Onru. Yi.
Haa maksudnya akan ada sequel la.
Kerlas kau staycation nak bersequel-sequel.
Entry kali ni agak lambat publish.
Banyak keje nak setelkan.
Selain dari malas nak buh watermark kat gambar, aku malas nak karang ayat.
Sebab tu terlambat sikit nak share story.
Ala, bukan ada peminat pun blog ni.
Tak update pun takde sape kesah. Gituuu 😌
Lepas aku melantak kat Canning Dim Sum yang sedap kat Ipoh tu, aku terus check in.
Aku dah lama teringin nak staycation kat The Haven All Suite Resort ni.
Tapi harga semua RM450-RM690 per night ikut season.
Back 2010 dulu aku penah berangan nak beli 1 unit kat sini.
Resort ni ada jual residence unit.
Harga masa tu bawah RM200k kalau tak silap aku.
Tapi berangan aje laa.. Benda percuma kan hahaha.
Masa sampai lobby, staff welcome kitorang mesra.
Turun je dari kereta staff minta IC setiap adults.
So aku bagi IC aku & En Zul.
Kenapa dia minta IC setiap adults, nanti aku ceritainnn.
Lobby at Banyan Tower (Tower B)
Aku booking thru Agoda.
Kebetulan masa aku search tu nampak ada murah, so aku terus booking.
Masa tu tak tanya En Zul lagi.
Kalau dia taknak bayar, lantak. Aku tak kira.
Aku nak jugak pegi hahahah.
Proses check in agak smooth.
Aku booking bilik 1 room suite with lakeside view and breakfast for 2.
So masa kat reception aku confirmkan balik betul ke aku dapat bilik lakeside view tu.
Takut karang dapat view dinding blok sebelah pulak.
Mau meraung aku tepi katil.
Lepas dapat access card (untuk lift, unit, main entrance kat post guard), terus naik ke unit tingkat 9.
Aku dapat unit kat Banyan Tower.
Tower ni sahaja yang semua unit mengadap lake, kecuali corner unit dapat both views - lake & city.
Tower ni sahaja yang semua unit mengadap lake, kecuali corner unit dapat both views - lake & city.
Unit aku kedua dari tengah tower.
So dapat lake view tu cantik jugak la.
Kat sini ada 3 tower - Acacia, Banyan dan Cycas.
Senang panggil Blok A, Blok B dan Blok C je.
Rooms tour.
Unit ni agak luas. Maybe sebab barang rumah tak banyak.
Aku dapat upgrade kepada Central Deluxe Suite.
Ada 3 bilik tidur, 3 bilik air.
Ada 3 bilik tidur, 3 bilik air.
Muat untuk 5 orang.
Aku book 1 room untuk 2 orang, sepatutnya lagi dua bilik tu locked.
Tapi pihak hotel biar terbuka. Lupa nak kunci kot.
Tapi pihak hotel biar terbuka. Lupa nak kunci kot.
Living room
Dining hall
Master bedroom - bedroom 1
Katil super king with bathroom attached.
Bedroom 1
Bathroom 1
Aku suka shower separated dari bathtub.
Senang nak mandi.
Wardrobe 2 pintu.
Bathrobe ada 2 helai.
Iron, ironboard & safety box ada jugak dalam wardrobe ni.
Bedroom 2
Katil King with bathroom attached.
Ada wardrobe juga tepi tu.
Tapi tak sure ada bathrobe, safety box and iron.
Malas nak check.
Bathroom 2
Bedroom 3
Katil single with no wardrobe.
Ada meja & kerusi study.
Bilik air kat luar, tapi locked.
Toiletries.
Siap dapat pouch bag comel.
Dalam tu ada toothbrush, toothpaste, showercap.
Mandian pun bau herbs gitu.
Ala-ala kat spa.
5/5★
Complete kitchen.
Pinggan, mangkuk segala cutlery set semua dalam drawer.
Tapi limited untuk 4 orang kot.
Siap ada Nescafe Dolce Gusto.
Ada 4 capsules tapi 2 perisa je.
Latte and americano.
5/5★
Tea & coffee manual set pun ada.
Pakat rajin la bancuh sendiri.
Macam la tak biasa kannnn 😆
Macam la tak biasa kannnn 😆
Mentang-mentang ada Nescafe Dolce Gusto, terus bebal tak reti nak bancuh sendiri coffee.
Siap ada tidbits. Jarang-jarang hotel sediakan tidbits kan?
So boleh rate tinggi sikit untuk servis ni.
5/5★
Dalam peti ais ada 4 tin carbonate drink.
Perisa lemon & sakura.
Both sedap.
5/5★
Juga ada water filter brand Coway.
5/5★
Laundry area. Quite spacious.
5/5★
Anjung lepak with lakeside view.
Sumpah cantikkkkk 😍
5/5★
The lakeside view
Haa, nampak pool dia kat bawah tu kan?
Pool tu depan Acacia Tower (Blok A).
So kena berjalan sikit la dari Banyan ke Acacia.
Lepas Asar kitorang turun ke pool.
Orang tak ramai. Walaupun school break tapi mungkin weekdays so masih belum ramai orang.
Muka tak sabar nak terjun pool.
Kosong je pool.
Tapi lepas pukul 6.30pm macam dah mula nak ramai.
Cuma pool tak crowded sebab pool besar.
Kat pool disediakan towel ikut pax unit.
Sini wajib pakai swim attire.
En Zul pakai tshirt cotton so kena shirtless la mandi berkubang dalam tu.
Kalau baju jersey boleh kot.
Infinity pool with lake.
Masa ni En Zul belum kena paksa buka shirt.
Spacious pool 5/5★
Memang puas kau nak berenang kuak lentang, kuak rama-rama, kuak gajah kee..
Ada jacuzzi. Best! 5/5★
Duduk sini sampai rasa taknak bangun.
Bangun la Yati oiii.. Kesian kat orang lain nak merasa jacuzzi tu jugak 😂
Sebelum pukul 7pm kitorang naik ke unit.
Dah penat nak berendam.
See, masih nampak kosong pool tu kan?
Padahal sebelum naik tu ramai orang jugak.
Sambil layan kopi ambil mood tengok keindahan alam.
Cheewahhh.
Kopi pulak hasil tekan button kat Nespresso Dolce Gusto.
Harus la fefeling gitu.
Night view 😍
Masa ni hujan so tak berapa nak indah scenery.
Lampu taman pun tak buka sepenuhnya.
Morning view.
Sambil jalan-jalan pegi breakfast.
Cuisines Restaurant.
Untuk breakfast ada dua restaurant.
Kat Cuisines ni depan Acacia Tower, sebelah bawah.
Main dishes ada kat restaurant atas (laluannya sebelah bar counter tu).
Kat Cuisines cuma ada fruits, salad, pastries, drinks.
Yang lain-lain semua kat atas.
So better pegi duduk makan kat restaurant atas tu je.
Fruits
Pastries
Ni restaurant kat atas.
Ada khemah besar ala-ala kenduri kawin.
Food stalls ada kat tepi khemah.
Main dishes ada kat ruangan berhawa dingin kat dalam.
Main dishes.
Spagetti aglio, baked potato, mee goreng, nasi lemak, porridge, lauk-lauk.
Bermacam-macam la menu dia.
9/10 ★
First round.
Spagetti aglio & cream cauliflowers tu sedappp! 5/5★
Nasi lemak rendang ayam biasa-biasa aje.
Ulang lagi cream cauliflower tu.
Ya ampun, sis tak boleh move on kesedapan dia.
Stall telur.
Sis order omelette.
Ada dua stall telur. Rasanya dua-dua stall tu provide jenis telur yang sama.
Omelette ni sis nak bagi 5/5★
Sebab tak kedekut bahan.
Kau tengok la mushrooms dia potong besar-besar.
Puas kunyah la. Takde la kecik lekat celah gigi aje.
Jarang betul aku jumpa bahan telur yang size besar gini.
Selalunya cook akan potong diced hancur je.
Punya la nak jimat.
Noodle Soup Stall
Ada bihun, mee dan kueteow.
Kau pilih je nak jenis mee ape.
Sedih aje rupa bihun sup ni.
Rasa pun biasa je.
2/5★
Lepas kenyang melantak kat atas, aku turun ke Cuisines balik.
Melantak buah, salad dan pastries.
5/5★
Lepas kenyang melantak macam-macam, kitorang brisk walk sekitar resort.
Ada path untuk keliling tasik.
Dulu-dulu ada aktiviti outdoor mcm flying fox kat luar tu. Sekarang dah tak ada rasanya.
Sambil jalan-jalan boleh beromantik dengan laki sendiri.
Bukan beromen dalam semak ye.
Haruslah berootd.
Datang jauh-jauh bayar beratus takkan tak bergambar kannn..
Sayang tasik warna hijau.
Kalau warna biru aku rasa ramai dah terjun mandi dalam tu.
Termasuk la aku 😁
Ada mini waterfall kat batu ni.
View pun cantik kat sini.
Ada pet corner.
Boleh rabbit feeding.
Kitorang dapat welcoming drinks, tapi masa check in tu En Zul malas nak ke Cuisines.
So kitorang redeem sebelum check out.
So kitorang redeem sebelum check out.
Haven's All Natural Drink.
Ohemjiiiii sedap gila air herbal ni.
Ada serai, halia, kayu manis, limau kasturi, kunyit, madu dan ape benda tah bunga kuning tu.
Sumpah sedappppppppp..
Mostly hotel akan bagi juice or cordial.
Kalau ada bagi air herbal ni selalunya spa hotel kot.
Ya Allah aku tak cukup minum 1 gelas tu.
5/5★
(nak bagi 100star aci takk?)
Aku siap order tapau!
Aku ingatkan satu botol harga belas-belas ni.
Sekali yang sampai bekas plastik ni je.
Hahahah jadi lahhh.. Dah kau teringin sangat kan.
Macam aku cakap kat atas tadi, aku booking kat Agoda.
Harga 1 bedroom lakeview suite with breakfast for 2 pax harga RM353.07.
Jaranggggggg sangat aku survey The Haven ni dapat harga bawah RM400.
So bila dapat harga tu, and on my birthday pulak, terus aku book.
Tak fikir kiri kanan dah.
Cuma aku berdoa harap-harap kitorang laki bini tak positif Covid la time tu.
Kang burn booking aku.
Ok nak cerita pasal suite ni.
Masa mula-mula sampai kat lobby, staff terus minta semua IC adults.
Tujuannya nak filter berapa guest yang akan check in.
Sebabnya kalau resort nak upgrade bilik tapi kalau kita bawak lebih manusia dari sepatutnya, resort akan charge.
Aku book 1 bedroom.
Sepatutnya aku dapat unit yang satu bilik je la.
Tapi resort upgrade aku ke Central Deluxe.
Tapi resort upgrade aku ke Central Deluxe.
Which is kat Banyan Tower.
Unit ni ada 3 bilik, dan cuma 1 bilik master je yang akan dibuka.
Tapi rezeki aku dapat tiga-tiga bilik dibuka.
Cumanya kalau nak seludup masuk manusia tak boleh la sebab staff kat bawah dah filter siap-siap.
Cumanya kalau nak seludup masuk manusia tak boleh la sebab staff kat bawah dah filter siap-siap.
Kalau seludup masuk time malam kurang kena filter kot hahahhaa.
Layout dalam unit aku.
Semua unit di Banyan Tower adalah lakeside view.
Kecuali corner dapat both view - lake and city.
Dan semuanya Central Deluxe.
Kalau nak unit dengan 1 @ 2 bedrooms ada jugak.
Tapi di Acacia Tower & Cycas Tower.
Kat Banyan Tower tak ada 1 @ 2 bedrooms.
Macam aku book 1 bilik + 2 breafast = RM353.07
Kalau nak tambah pax untuk bilik kedua dan ketiga, harga add on RM100 ikut harga pertambahan level jenis bilik. Dan bilik aku ni akan dikenakan charge RM600 kalau tak silap (sbb unit muat 6pax)
Pertambahan bukan level (tingkat) unit ya..
Macam aku tingkat 9, maka kena tambah RM900.
BUKAN BEGITU.
Maksudnya macam ni.
Aku book bilik paling murah. Paling cikai.
So harga RM353 kan?
So kalau nak tambah pax, dia kira RM100 per pax include breakfast.
Tapi asalnya bilik aku kan 1 bilik je. So pax tambahan kena tidur kat ruang tamu la.
Tapi sekarang bilik aku upgrade ke Central Deluxe.
Ada 3 bedrooms. So nak tambah orang utk cukupkan lagi 2 bilik kosong tu.
Maka aku kena tambah dalam RM600+ sebab bilik aku dah upgrade ke higher level.
Haa faham tak?
Kalau tak paham, lantak kome la.Cuma dari segi kiraan matematiknya, adalah lebih baik kau booking terus kat Agoda tu siap-siap untuk semua orang.
Kalau ada 4 orang, book siap-siap 2 bedrooms.
Or 2 units terus. Kira rumah berasingan.
Sebab kalau kau add on masa kat reception harga mahal sekali ganda.
Contohnya..
Hmm nak bagi contoh lagi tuuu..
Hahahah takut nau orang tak paham bila baca blog kau.
1 bedroom with 2pax breakfast = RM353
Add on RM600.00
Total = RM953.00 (untuk 5-6 pax)
Kalau kau ambil 2 units, RM353x2 = RM706 (4-5pax)
Beza banyak kan?
Staf reception pun tak suggest nak add on.
Dia pun cakap baik kau booking siap-siap kat Agoda sebab jauh lebih murah.
Dia pun cakap baik kau booking siap-siap kat Agoda sebab jauh lebih murah.
Personally aku happy dapat check in sini.
Selain hajat dah kesampaian (bertahun oii aku ngidam nak duduk sini), aku puas hati dengan servis The Haven ni.
Dan selain En Zul bayar balik duit booking aku, so bertambah happy la.
Aku ingat nak pegi spa, tapi nafsu nak berendam dalam pool lebih bermaharajalela.
Maka aku pendamkan saja niat nak berurut tu.
Harga spa dia boleh tahan jugak la.
Anyway, thank you hubby.
Melayankan nafsu birthday girl.
I love you 💝
...... sambung sequel 2 pulak 😁
No comments :
Post a Comment