It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 27, 2022

Lain Hati Cafe

Minggu lepas aku dapat jemputan hi-tea dari sekolah Leen.
So pagi Sabtu tu aku, Memey & Leen pegi breakfast dulu kat Setapak.
Cafe ni dah masuk list aku sebab aku suka dengan nama cafe ni.

Lain Hati.

Cafe ni asalnya dari Indonesia, dan baru buka di Malaysia.
Lokasi di Setapak, dalam 5 minit dari Menate' Steak hub tu.
Cafe buka jam 9 pagi dan kitorang gerak dari Gombak jam 9 pagi lebih masih tak ramai orang di cafe.
Tapi lepas 10 minit kitorang kat situ, cafe dah mula ramai dengan customers.




Order untuk 3 orang makan.
Ye, memang banyak sebab masing-masing bawa saka 😂






Kat sini ada pastries, lasagne, bomboloni and of course coffee.
Aku tak ingat ada pasta spaghetti or tak. Sebab masa tu memang nak makan pastries je.
Ye la lepas mentekedarah kat sini kitorang nak pegi makan hi-tea pulak. 
Malas la nak makan beriya.

Aku ordered beef streak sandwich, 4 pieces bomboloni (mixed flavors) dan coffee Asmara.
Leen ordered egg sando, nasi lemak sandwich dan kopi Pak Muh.
Memey ordered nutella croissants dan hot latte.

Harga seperti di bawah (kalau tak silap laa) :

Egg Sando RM14.00
Nasi Lemak Sandwich RM14.00
Beef Streak Sandwich RM14.00
4 pieces Bomboloni (mixed flavors) RM14.00
Kopi Pak Muh RM16.00
Kopi Asmara RM16.00
Total harga termasuk tax RM90.00

Harga nutella croissant (2 pieces) RM14 kalau tak silap aku. 
Latte pulak kalau tak silap RM11. All in RM25 termasuk tax.
Memey ada order beef streak, tapi dia cakap maybe tak masuk dalam order sebab harga RM25 macam murah pulak kalau campur sandwich tu.

Personally aku rasa harga makanan dan minuman kat ini agak pricey.
Especially bomboloni yang 4 ketul kecik tu harga RM14.

Untuk sandwich, semua yang kitorang ordered tu sedap.
Boleh bagi 4/5.
Kopi Pak Muh sedap 5/5
Kopi Asmara ada cheese tapi rasa cheese tu tak kick. So aku bagi 3/5.
Latte aku tak rasa so tak boleh nak bagi rate.

Dan sebelum balik aku ada ordered iced lemonade.
Harga tak sure sebab Memey yang bayarkan.
Thanks Memey belanja air lemonade sebab dia makan beef streak aku fefeling mcm dia punya.

Dia order beef streak tapi staff tak key in dalam order.
So bila beef streak aku sampai, dia makan bagaikan tiada hari esok.
"wehh sedap ni.. sedapp.. rasa la ni"
Kemain dia offer kawan-kawan merasa.
WALHAL TU SANDWICH AKU HANATTTTT!

Aku perati je dia makan. Malas nak cakap apa-apa sebab sharing is caring gitu.
Then aku amik pisau & garpu, aku potong & makan.
Sekali Memey sound aku, "Weh kak, apesal kau makan sandwich aku?"

Aku dengan tenang, berhemah lagi gojes menepis "ni sandwich aku"
Pastu Leen bekap aku, "aah ni sandwich Yati"

Terus Memey jerit, "LAAAAA SO MEMANG BETUL LA SANDWICH AKU TAK KEY IN!!!"
Masalahnya tadi kau beriya pelawa aku rasa kan?
Elok aku nak rasa kau sound pulak cakap tu sandwich kau.
Habis tu tadi yang kau beriya pelawa kawan-kawan merasa tu ajak-ajak ayam je ke???

Lepas tu, dia makan pulak bomboloni.
Dengan rakus dia cakap kat Leen, "Leen, aku amik bomboloni kau niiii" sambil kunyah-kunyah.
Sekali Leen jawab, "Eh, bukan aku punya"

Aku sekali lagi dengan tenang, cantik dan bergaya tanpa memandang wajah Memey, "Tu pun aku punya."

Ok Memey, sila la menyorok bawah meja.
Hari tu perangai kau memang pelik-pelik ye..
Sebab dia rasa bersalah tibai makanan, maka dia belanja aku air iced lemonade.
Nama air tu Sakit Hati.
Macam sesuai untuk aku lepas dia hijack makanan aku kan?
Hahahaha



Sakit Hati 😆



 

1 comment :

Memey said...

Kenapa ambik aku punya!? 🤔 tapi dok ajakkkk makan