Hujung Syawal hari tu aku ada travel dengan kawan-kawan baru.
Kira ni first time aku travel dengan budak-budak ni.
Aku pegi dengan officemate, dan jugak kawan kepada officemate aku.
Kitorang berlima. Aku, Syida & Ima dari PCU.
Nazwa (Wa) dan Fazlin (Lin) dari CRIM. Diorang ni kawan Ima, sebab sebelum Ima pindah PCU, dia kerja kat CRIM.
Mulanya kitorang plan nak bertiga je, then Ima cakap nak ajak Wa & Lin.
So kitorang ok je la.
Kitorang survey hotel budget, kira kos minyak, tol dan jajan, so setiap orang kena bayar dalam RM130. Ima kitorang lantik jadi bendahari travel gitu. Dah dia yang rajin nak collect duit, so automatik terus jadi bendahari.
Aku of cos la jadi Pengerusi.
Lantik diri sendiri gituhh! Hahaha.
Feeling-feeling travel over the world kekdahnya
Ehsan : Google
Kitorang gerak petang lepas office hour. Lebih kurang pukul 5pm dari UKM.
Aku drive nak keluar KL sangat la hazab jammed.
Tapi sebab bila ramai-ramai dalam kereta, so tak terasa mengantuk sangat.
Duk gelak-gelak, bahan membahan, sharing stories. Seronok!
Naik kereta ayah Ima, besar sikit boleh sumbat macam-macam.
Oh lupa nak cakap.
Kitorang plan nak ke Ipoh, konon-konon nak cari tempat makan best-best.
So sebelum gerak kitorang survey dulu kat google tempat makan yang best, yang direcommend oleh netizen.
Kitorang sampai Ipoh, terus cari Chariton Hotel.
Harga sebilik dalam RM90 semalam.
Bilik kitorang book online terus dengan pihak hotel.
Mula-mula cari guna trivago, booking.com semua tu. Tapi bila dapat contact hotel terus, so kitorang booking dengan hotel je.
Ehsan : Google - Chariton Hotel
Hotel ni betul-betul belakang Ipoh Square.
Susun atur bilik kitorang macam ni. Nampak tak langsir putih tu. Kat situ ada cermin besar, boleh tengok langit. Ima, Wa & Lin bentang toto kat situ. Malam-malam tidur siap tengok langit.
Aku & Syida special sikit, tidur atas katil. Maklum la size gerga macam aku kena special sikit. Hehe.. Nasib baik harga yuran bayar sama macam yang size kancil macam Ima tu.
Kahkahkah!
Kitorang check in dalam pukul 9pm lebih. Lepas angkut semua barang, then kitorang keluar dinner.
Kitorang cari tempat makan dekat-dekat dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Sebab tak tahu mana tempat yang best, kitorang makan je dulu kat gerai-gerai situ.
Happening jugak la. Siap ada live band nyanyi kat situ. So aku request lagu Hakiem Rusli dengan bayaran RM1.
Laksa sarang
Malam tu aku makan laksa sarang. RM6 kot harga dia.
To be honest, laksa ni tak sedap. Maksud aku kuah dia tak sedap. Bukan sarang tu yang tak sedap.
Sarang tu telur dadar yang dia deep fried je pun. Tak ada la pelik pun.
Tapi kuah dia memang fail. Cair, kurang ikan, rasa pun so-so je.
Aku bagi 2/5 untuk laksa sarang ni.
Lepas makan, kitorang balik hotel, mandi-mandi dan tidur.
Penat seharian dari KL. Lagipun sebelum gerak kitorang buat persiapan Jamuan Hari Raya ofis.
So memang banyak kerja seharian tu.
Pagi Sabtu. Ni tempat tidur budak-budak tu.
Memang best tidur tengok langit. Jangan tengah-tengah feeling tengok langit, sekali kakak pontianak buat lintas hormat terbang depan korang. Heeee~
Belanja selfie sikit.
Untuk hari kedua, kitorang plan nak pegi 3-4 tempat area Ipoh.
Tengok kesempatan masa jugak la. Mana yang sempat, kitorang pegi.
Kalau cari-cari tempat tu tak jumpa, so skip dan cari tempat lain pulak.
First kitorang pegi tempat yang kitorang dah tau.
Kebetulan malam tadi tu nak cari tempat dinner, kitorang pusing-pusing terjumpa Wing@Zone.
So lepas check out hotel, kitorang terus ke sana.
Wing@Zone. Clear tak?
Nah zoom sikit. Bukan clear kayu tu, tapi muka aku.
Clear kannnn? Hahaha.
Kat situ ada banyak flavor ikut level kepedasan.
Kitorang order Tokyo Dragon, Smokin'Q, Honey Q. Level kepedasan tahap kanak-kanak tadika.
Sebab aku & Ima tekak tak tahan pedas.
Harga dalam RM50.00 untuk semua tu.
So sorang bayar RM10 je laa. Share-share je cukup untuk alas perut pagi tu.
Lepas tu kan nak makan tempat lain pulak.
Air softdrink freeflow. So kitorang amik air 2 gelas softdrink.
Syida order air Milo. Tu tak boleh refilled.
Aku bagi 3/5 stars untuk Wing@Zone ni.
Untuk makanan hipster macam ni, sedap je rasa dia.
Tapi aku rasa macam tak berbaloi setakat chicken wing 4 ketul dengan harga firaun macam tu.
Oh lupa. Yang Honey Q tu harga lain ye. Bukan termasuk dalam RM50 tu.
Tu aku bayar asing. Yang RM50 tu dalam dulang sebelah kiri. Fries tu free kononnya.
So memang mahal kan? RM50 untuk 10 ketul chicken wing.
Sebab tu aku bagi 3 stars je. Tapi dah sebab makanan hipster kan, hadap je laa..
Janji dah try so lepas ni kalau kau nak ulang lagi, terpulang.
Bagi chance kat adik-adik nak bergambar.
Lepas makan kat Wing@Zone, kitorang terus ke PlanB.
Aku bila teringat kat PlanB ni, memang aku gelak pecah perut laa.
Masa kitorang on the way nak ke PlanB, kitorang cakap nak pegi PlanB jugak.
So tempat lain kalau tak sempat pun takpe. Sebab PlanB ada tempat best-best.
Pastu Lin tanya "Apa plan A korang sebenarnya?"
Ya Rabbi... Dia ingat PlanB tu memang sejenis perancangan ke hape?
Siap tanya apa plan A kitorang. Ya ampunnnn.. Jangan blur sangat boleh tak Lin?
Hahahah!!
Sampai PlanB, tak ada parking.
Pastu ada sorang pakcik Indian ni cakap boleh parking betul-betul depan landmark PlanB ni.
Dia tolong jagakan parking. Just bayar je beberapa RM sebagai upah dia.
Aku cuak gak sebab takut kena saman. Situ tak ada kotak parking.
Tapi sebab dia janji nak tolong jagakan, dan dia dah biasa kat area situ, so kitorang percaya la.
Sekali kitorang kena saman!
Hantu punya pakcik. Menyesal percaya cakap dia.
Kena saman RM40. Tak memasal je.
Kitorang terus bayar kat UTC sebab mengenangkan kereta tu kereta ayah Ima.
So duit saman tu bayar guna duit yuran.
Sekitar area PlanB.
Makan ice kepal. Thanks Syida belanja.
Sedap ice kepal ni. Tapi melekit sikit sebab manis air gula tu.
Gambar uncle ni macam Uncle Albert (translator Cohort)
Kunci ala-ala kat Namsan Tower, Korea tu
Then kitorang terus cari location Nasi Ganja.
Lin cakap nasi ganja kat Ipoh ni banyak version.
Dan tempat yang kitorang pegi tu memang yang viral.
Sampai situ terus beli kupon parking. Tak nak kena saman lagi dahhh!
Aku lupa apa nama kedai nasi ganja tu.
Tapi beratur ramai gila kat situ.
Yang beratur tu untuk bungkus. Kalau makan situ terus duduk je kat meja.
Kira kalau makan kat kedai diorang terus amik order & serve.
Jimat masa.
Nasi ganja (kambing dan ayam)
Aku order lauk kambing. Tak ingat berapa harga dia.
Budak berempat tu order lauk ayam goreng. RM5 untuk 1 plate.
1 plate share 2 orang, so sorang bayar RM2.50 je.
Siap ada telur masin dan acar jelatah.
Murah! Portion nasi dia pun banyak.
Nasi ganja ni aku bagi 4/5 stars.
Lepas makan kitorang terus ke Cameron Highlands.
Ikut Simpang Pulai. Jalan nak ke atas tak banyak kereta.
Best time orang tak ada ni.
Tak sesak macam selalu. Maybe sebab dalam bulan Syawal.
Orang masih mood beraya nak attend open house.
Stop amik gambar tepi jalan. Sejuk!
Tempat wajib bergambar. Selama ni aku datang CH tak pernah bergambar kat sini.
So kali ni datang harus check in situ.
Untuk destinasi travel kedua, kitorang book Heritage Cameron Highlands Hotel.
Walaupun kata orang hotel ni berhantu, alhamdulillah tak ada pengalaman mistik kat situ.
Agaknya kitorang penat sangat kot. Hantu cuit-cuit kaki kitorang pun, kitorang tak sedar.
Tidur mati.
Heritage Hotel
Check in hotel, rehat-rehat sekejap, pastu kitorang keluar nak cari makanan.
Sambil-sambil shopping barang.
Hotel ni kitorang bayar RM180 je. Book kat booking.com.
Bilik tu ada 1 katil queen dan 1 katil single.
Sebab katil ada 2 lapis tilam, so tilam single tu kitorang turunkan satu untuk jadi 2 katil.
Budak-budak size kancil tu tidur kat katil single tu.
Tak perlu nak angkut toto dah.
Siap-siap nak keluar petang. Calit lipstik pink.
Macam pelik aku pakai kaler pink.
Sebab hari Sabtu, mesti pasar malam situ ada jual macam-macam.
Pasar malam Brinchang tu dah tukar tempat.
Dekat-dekat dengan Smurf Hotel.
Bukan kat Brinchang tu dah.
Sebab hari tak ramai orang, so senang sikit nak berjalan.
Memang tak ada jem lansung!
Seronok!
Ni baru kat pasar malam. Belum pegi tempat lain. Penuh tangan beb!
Lagi hebat budak-budak ni shopping. Tak menang tangan nak angkut semua barang.
Dinner malam tu beli makanan kat pasar je. Puas hati makan macam ni.
Macam kenduri!
Esoknya kitorang check out pukul 11am lebih kot.
Plan nak ke Abang Strawberry dan ke Kea Farm.
Tapi hari Ahad ni jalan dah jem sikit.
Tapi kitorang tak singgah Kea Farm sebab jem teruk.
So patah balik pegi pasar kat Brinchang je. Pas shopping terus balik ikut laluan Tapah.
Singgah tepi jalan beli petai. Best woo!!
Abaikan eyeliner aku yang tak rata tu.
Aku kan MUA yang tak bertauliah.
Travel girl.
Sebelum check out hotel harus shopping sakan dulu.
Kat Abang Strawberry ni payah sikit nak dapat parking.
Tapi rezeki kitorang sampai je situ dapat parking.
Order nasi lemak sambal strawberry. Aku order soto ayam.
Singgah Cameron Valley
Lepas bergambar kat ladang teh, kitorang rehat-rehat kat cafe Cameron Valley.
Untuk travel tahun depan dah kena kumpul duit dari sekarang.
Alhamdulillah yuran RM130 seorang tu boleh tampung untuk hotel, minyak, tol, saman parking, strawberries sorang sikit dan jajan untuk dalam perjalanan.
Balik dari CH, kitorang singgah rumah kakak aku untuk tengok strawberries takut ada yang busuk.
Yang lembik-lembik tu kitorang blend buat aiskrim Malaysia untuk jamuan raya ofis hari esoknya.
Let's start menabung for travel 2018
Sebelum terlupa, aku nak sedekahkan Alfatihah untuk arwah ayah Ima.
Ayah Ima meninggal seminggu selepas kitorang balik dari travel.
Semoga arwah dicucuri rahmat dari Allah. Aamiin..
No comments :
Post a Comment