Hari tu teringin sangat nak makan butter cake.
Cake kosong pun tak pe.
Janji butter cake.
Pastu yang buat sendiri. Bukan beli kat kedai or tempah dari orang.
Ceh, punya la demand macam-macam.
Lantak kau la.
Sebab kau yang nak buat kan.
Sukati kau laaaaa...
Sukati kau laaaaa...
Aku amik resepi dari blog Namirah.
Kenal?
Tak kenal?
Kalau nameeroslan?
Kenal? Haaa.. Kenal kan....
Sila rujuk sini --> Kek butter paling senang
Moh ler kita start.
Bahan-bahan :
- 1 butter
- 1 cawan gula halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu esen vanila
- 1 sk garam (aku tambah)
- 4 biji telur
- chocolate bar untuk penambah perisa
*guna cawan yang sama untuk sukatan ye. Tak payah pening-pening nak tukar cawan or mangkuk. Korang pun bukan rajin sangat nak membasuh kan? Errr.. Sebenar aku yang malas nak basuh. Kahkahkahhh..
Mula-mula pukul butter dengan gula halus dan garam.
Pukul sampai kembang,
Saja nak guna hand whisk. Sebab hand whisk tu baru beli selepas hand whisk yang lama dah jahanam.
Nak pakai electric mixer pun boleh. Ikut sukati kau laaaa mana yang mudah..
Masukkan telur dan esen vanila.
Kalau ikut aku, tak payah masuk telur sebiji-sebiji.
Lemporkan je semua sekali harung.
Masukkan tepung gandum.
Kaup balik tepung sampai sebati.
Gris loyang dengan butter / minyak
Curah sedikit adunan sebagai tapak.
Susun chocolate bar ikut sesuka hati kau.
Kat rumah ada cadbury milk bar, so pakai je choc tu.
Jangan nak berangan pakai hazelnut ke hape, semua tu membazir amalan shaitoonnnnnn...
Pastu jangan lupa curah baki adunan.
Bakar guna api atas bawah, selama 45 minit guna suhu 160 darjah.
Kalau kau cucuk-cucuk, cubit-cubit, kuis-kuis kek tu, pastu tak de sisa yang melekat, tandanya kek kau dah ready untuk melompat masuk ke dalam mulut.
Dah siap kek aku.
Nampak chocolate tu masih cair?
Zoom in sikitttttttt...
Puas hati makan kek butter yang diidamkan.
Sendiri buat, lagi puas hati.
Thanks Namee, bagi share resepi mudah.
No comments :
Post a Comment