Hari ni dah 29 Syawal. Tinggal esok last day Syawal. Agak-agak ada lagi tak jemputan open house untuk aku pegi? Ke, sekarang orang buat open house sampai Zulkaedah? So ada masa sebulan lagi boleh aku lajak makan free. Hahaha..
Eh, sebok nak gi open house rumah orang. Rumah sendiri bila nak buat open house?
*krik..krik....krikk...krikkkkk...*
Memandangkan aku letih nak cerita pasal semua jemputan open house, maka untuk hari-hari terakhir di bulan Syawal ni aku put all together la dalam satu entri. All in one gitu... Sebelum tu, aku nak thanks to all my frens yang jemput aku datang makan jamuan raya ni. Insya Allah jika ada rezeki, jamuan rumah aku akan menyusul.. Tapi tahun bila aku tak pasti lah! Harap korang jangan keji aku. Sebab niat aku tu dah ada. Cuma tak tahu bila nak buat jamuannya. Haa.. Maka aku amik pahala niat je la dulu ye.... Hahahaha..
Jamuan Raya
Ok, nak cerita pasal jamuan raya UKM yang diadakan pada 21 Ogos 2014 yang lepas. Sebab aku belum pernah pergi jamuan raya UKM (meskipun dah 8 tahun aku menjadi kakitangan UKM), so kawan-kawan aku ajak aku ke DECTAR untuk menjamu selera. Pagi tu memang tak isi perut sebab nak ke jamuan makan tu dalam pukul 10am. So sila bertahan wahai perut gajah ku...
Sebab kitorang takut tak ada parking kat DECTAR, so kitorang pakat jalan kaki sama-sama ke sana. Hmmm.. Mau berkepam gak ketiak aku nak menapak dari Pusat Citra Universiti ke DECTAR tu. Alang-alang tengah berkawad kaki dengan kakak-kakak ni, sambil-sambil aku usha bas UKM kot-kot ada yang lalu. Boleh aku tumpang sampai ke DECTAR sana tu. Penat ooooo jalan kaki. Dah la tengah lapar, perut asyik berkeroncong mintak diisi. Hishhh.. Hoi perut, boleh sabar tak?? Jap lagi aku sumbat macam-macam makanan untuk kau!
Jalan pelan-pelan menikmati permandangan UKM.
Bersungguh semua orang tengok buah fav kak pah ni.
Selepas berlendir satu badan, akhirnya sampai jua kitorang ke DECTAR.
Bau makanan dah menusuk lubang hidung ni.
Jom serbu!!
Assalamualaikummmmm... Kami nak rayaaaa!!!
Kawasan untuk jamuan agak luas. Ni kat luar dewan.
Geng-geng Citra UKM je yang ramai ni.
Kitorang beratur kat lemang & rendang.
Dah sini je yang que pendek.
Sebab dah lapar tahap neraka, so beratur je kat que yang pendek.
Janji dapat makan!
Nah, tu dia barisan untuk kambing golek.
Mau tergolek aku nak beratur kat situ.
Lepas mentekedarah nasi impit & lemang berulang kali, kitorang akhirnya dapat seat. Sebelum ni kena makan berdiri uolsss!! Hilang keayuan aku semasa majlis jamuan (ahhh.. aku tak kira la. Janji perut aku kenyang). Aku tengok barisan kambing tu macam tak kurang-kurang je orang yang beratur. Abang Fizi beratur sikit punya lama kat buffet kambing. Tapi hujung-hujung dapat salad je. Ek eleehhh.. Setakat salad sayur mentah tu, buat penat beratur je weh! Tu aku boleh petik je daun-daun kat luar nun. Hahaha..
Masing-masing ushaaaa je kambing golek dari jauh.
Amik bau sorang sikit.
Sebab aku malas nak beratur panjang, tapi nanti dapat daging sorang satu slice (mana cukup kan?? Beratu bagai nak rak!) so aku kena jadi bijak sana sini sikit. Tak payah susah-susah beratur depan kaunter, so kita pegi beratur belakang kaunter. Tapi tak dapat daging la, kita rembat tulang kambing. Hahahaa.. Sedap weh tulang kambing buat sup. Sejak boifren aku bawak balik tulang kambing baki jamuan raya ofis dia, sejak tu jugak la aku jadi ketagih sup tulang kambing (ceh, konon nak cakap sup sendiri sedap la tuuuuu.. Motip sangat tauuu!!)
Tadaaaa!!
Dengan kebijaksana-sini-situ aku, dengan menggunakan plastik foam cup tu,
maka boleh rembat tulang dengan riang ria.
Yeayyyyy... *muka tak tahu malu*
Semua orang tenungggg je aku dengan Kak Pah usung plastik ni sorang satu.
Dalam hati mesti diorang keji kitorang.
"Majlis belum habis, dah ada yang tapau..."
Hellooo, i tapau tulang ye. Cer tengok dalam handbag korang.
Ntah-ntah sate & rendang pun ada ditapau masuk handbag.
Siap ada yang bisik-bisik, "Eh, kat mana ada roti john???"
Roti john la sangatttttt....
Hahahaha~
Tengah belek-belek amik bau kambing tu, sekali VC datang tegur Kak Nap.
Haaa.. Jangan main-main dengan Kak Nap ni.
Nampak je muka Kak Nap ni ayu lemah gemalai bak Fareeda Nyata Jelita.
Tapi boleh tahan gempak gak kawan-kawan dia.
Kak Nap bff dengan VC hokeh!
VC datang kat kitorang siap cakap, "Kak Nap dah makan? Boleh saya bergambar dengan Kak Nap?"
Wahhh.. Kerlas kau Kak Nap! VC siap request tuuuu...
......tapi sayangnya gambar berdua Kak Nap & VC telah dicemari oleh mereka-mereka tersebut.
Maafkan mereka ye Kak Nap.....
Kak Pah sengaja bukak plastik biar bau satu ofis.
Cissss!!
Petang tu, siap sup tulang kambing.
Yummy!
Ok, next!
Ni nak cerita pasal open house UMBI. Jumaat lepas aku kena amik anak-anak balik sekolah. En Zul outstation ke Ipoh, so aku mengambil alih tugas-tugas En Zul untuk hari tu. Plan nak ke Gombak atas urusan peribadi. Jadi sekali jalan la aku amik budak-budak tu kat ofis En Zul. Sebab aku keluar ofis dalam pukul 12.15pm, anak-anak pun keluar kelas waktu yang sama, jadi En Zul minta Zulkarnain amik anak-anak & bawak ke ofis dia dulu. So aku sampai PPUKM dalam pukul 12.50pm, terus amik budak-budak kat ofis En Zul.
Dan rezeki aku & anak-anak pada hari tu, Umbi buat jamuan raya di bangunan baru. Tak sempat aku nak jadi AJK tuan rumah. So aku jadi sebagai tetamu je laa.. Syukur...
Huishhhh... Anak sape la yang comot sangat ni?
Hahahaha... Tak pe la anak-anak.. Biar comot, janji kenyang.
Ni antara gambar makanan yang sempat aku snap.
Ye laa.. Datang pun dah separuh hari. Banyak makanan dah susut.
Orang lelaki pun ramai dah beransur ke masjid untuk solat Jumaat.
Maka aku boleh bersenang-senang untuk makan sampai kenyang.
Antara juadah yang ada:
Kambing golek 5 ekor, sate, rendang, soto ayam, aiskrim baskin robin, cendol, buah, set nasi beriyani,
kek, jelly kelapa, rojak buah, roti jalan, ketupat, lemang, rendang, sayur lodeh, dan macam-macam lagi.
Sedap gila makanan diorang!
Aku memang makan sampai terbelahak berpuluh kali.
Hahahaha.. Gila tak senonoh.
Ni antara geng-geng Cohort aku yang palinggggg best!
Rindu gila dengan diorang. Thanks ye sudi ajak iols datang mentekedarah kat sini.
Sebelum gerak ke Gombak, harus la amik gambar kat entrance.
Nice decoration ^_^
....tapi sayang selipar anak-anak aku bergelimpangan macam kena bom dek Israel.
Tahun ni first time buat jamuan di bangunan baru.
Buat jamuan kat luar cafe UMBI.
Suasana yang best.... Syukur aku masih dapat merasa keseronokan di UMBI.
Sempat gak aku sembang-sembang dengan Prof. Datuk.
Paling penting, sempat gak aku mintak izin nak rembat tulang kambing golek.
Againnnn??
RE-JE-KI!
Hahaha...
Tulang kambing golek dapat banyak gila!
So aku bagi 3 bahagian. Satu bahagian aku amik, dua bahagian lagi aku bagi kat Maklang & makteh aku.
Gambar ni adalah satu bahagian aku. Banyak kan?
So kalau 3 bahagian? Tak ke banyak aku dapat?
Abang potong kambing tu saje nak perli aku kotttttt...
Malu aku menjinjit beg plastik tulang ni. Berat weh!
So semalam En Zul dah balik dari Ipoh, maka malam ni boleh masak sup tulang lagi.
Mana tau malam ni lepas makan sup tulang kambing, badan jadi panas kan..
So aku boleh buat aktiviti senggang dengan En Zul untuk isi masa lapang.
Maklum laaaa.. Musim hujan kan. Tambah lak panas badan dek penangan kambing.
Apa lagiiiiiii...... Kita enjoyyyy!!
Hahahahahah...
*jangan keji aku!*
Last.
Semalam aku dan anak-anak ke open house ofismet aku - Najemuddin.
Aku plan dengan Kak Sal & Kak Nap nak gerak sekali. Sebab aku bukan reti sangat jalan-jalan kat Putrajaya tu. Kang sesat-sesat barat sampai ke Johor tak ke naya. Kitorang tunggu kat Petronas BBB Seksyen 15 pukul 1pm. Dalam pukul 2.20pm kitorang sampai rumah Naje. Gila sesat cari rumah dia.
Abang Naje dah bagi coordinate rumah dia kat group wasap. Tapi bila aku on gps tu, navigation tu bawak aku ntah ke mana-mana. Last-last sampai ke kawasan kosong. First suami Kak Sal bawak, sampai kat situ. Then aku on waze, pun sampai kat situ. Macam tempat jin bertendang. Eh, takkan abang Naje check in rumah dia kat tempat jin bertendang kot?? Yang Kak Nap satu kereta anak beranak follow je la aku & Kak Sal sesat barat ntah ke mana-mana. Aku call Abang Naje, tanya rumah dia yang mana satu? Then baru jumpa.
Elok sampai rumah Abang Naje memang aku tala terus ke meja makan. Lapar weh... Dah lepas waktu lunch aku. Nasib baik masa tu tak ramai sangat orang. Boleh la aku lalukan makanan kat tekak ni dengan aman. Aku bawak cheese tart untuk Abang Naje. Sekali anak-anak aku yang perabihkan cheese tart tu. Hadoiiii.. Malunya. Mintak mahap la Abang Naje, atas kekhilafan anak-anak saya. Maklumlaa.. Ikut perangai saya kan? Hahahaha...
Kau tengok anak aku.
Tak cukup makan macam-macam, dia serbu dapur pulak.
Dia gi toilet, sementara tunggu Aleeya kat dalam tandas, Ika duk ushar-ushar dapur orang.
Alahaiiiiii anak...
Hah, ni suami sape sampai tertido kat rumah orang ni?
Kesian kat Dr Zul.. Menunggu anak aku siap berak sebab nak gerak balik sekali dengan aku.
Sampai tertido-tido Dr Zul menunggu anak aku.
Sambil-sambil Dr Zul tido, bini nya amik peluang buat party chit-chat dengan bestie.
Hahahaha...
*Ampun Kak Sal~*
P/s : Pada mana-mana open house yang aku tak sempat nak cover dalam entry, minta ampun ye... Terima kasih pada semua kerana sudi undang saya sekeluarga. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Love,