It's me.. Juz me... Only me!
If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.
A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!
Thursday, April 25, 2013
Penjara Pudu
Lately aku tengok kat FB ramai yang duk share cerita pasal Penjara Pudu.
Kononnya berhantu la, seram la...
Rupanya hujung-hujung cerita ada lawak. Mengong.
Aku teringat masa aku darjah 5 masa tahun 1997.
Masa tu Badan Pengawas buat lawatan sambil belajar di sekitar KL.
Dalam banyak-banyak tempat kenapa mesti KL?
Antara tempat lawatan yang Badan Pengawas anjurkan adalah Penjara Pudu.
Temanya nak relate kan hukuman bagi pesalah dengan denda yang dikenakan untuk pelajar.
Nak buka mata pengawas tentang disiplin.
Poyo je kan???
Aku pun pegi la ikut rombongan tu.
Masa tu Penjara Pudu baru dibuka kepada umum.
Aku tak ingat samada dikenakan bayaran atau tak?
Sebab aku dah bayar siap-siap yuran kat cikgu, so aku tak pasti pulak pasal bayaran tiket masuk penjara ni.
Dalam cerita yang orang duk share kat FB tu, ada diceritakan pasal Bilik Terakhir.
Orang cakap bilik tu adalah bilik yang menempatkan pesalah untuk menanti hari hukuman gantung.
Kiranya macam esok nak hadapi hukuman gantung, pesalah akan ditempatkan di bilik tu hari ini.
Kat situ akan dengar pesalah tu menangis, meraung dan ada yang berdoa tak putus-putus.
Gila tak meraung? Esok kau dah tau nak ke tali gantung. Mesti la takut kan?
Kalau aku, mesti rasa nak pitam. Kalau boleh biar la gantung aku masa aku tengah pitam tu.
Sedor-sedor je dah 'selamat' ke alam lain.
Huhuhuuuuu....
Masa lawatan tu, aku berjalan-jalan ke bilik-bilik pesalah.
Kira macam sel-sel penjara la.
Bila masuk dalam bilik tu memang rasa seram.
Sebelum masuk ke dalam penjara, staff yang bertugas kat situ memberi amaran keras pada kitorang.
Jangan sesekali main pintu pagar sel penjara. Maksud nya jangan tutup pintu tu.
Sebab penjara ni dah beratus tahun umur nya. Takut-takut pintu yang berkarat tu kalau tertutup terus tak boleh nak bukak. Kang ada yang meraung sorang-sorang dalam sel penjara tu.
So aku pun berjalan-jalan melawat sel-sel tu.
Apa yang aku nampak banyak sel-sel yang mempunyai lukisan di dinding.
Ada lukisan masjid, muka perempuan, gambar muka anak.. Even gambar perempuan bogel pun ada.
Hish...hish..hishhhhhhh.... Tak sesuai untuk tontonan anak kecil macam aku. Ceewah!
Banyak gambar-gambar yang dipamerkan kat situ.
Gambar hukuman sebat sampai terkeluar isi-isi punggung pun ada.
Jenis-jenis kategori penjenayah pun ada.
Untuk mudah dikenalpasti, kategori ni di klasifikasi kan mengikut warna kolar baju.
Ada warna biru dan putih.
Kat situ pun ada cerita-cerita tentang penjenyah terkenal. Antaranya Botak Chin.
Tengok kat gambar dia, tak la botak pun orang nya.
Botak tu adalah singkatan bagi "Bantu Orang Tak Ada Kerja". Dan Chin tu memang nama asal dia.
Dia juga dikenali sebagai Robin Hood Malaysia. Dia ni kategori penjenayah kolar biru kot.
Sori, tak berapa ingat..
Kitorang juga dibawa ke kawasan mandi untuk banduan.
Kat situ diorang akan mandi beramai-ramai secara terbuka.
Kat tengah-tengah tu ada kolam. Banduan akan mandi di tepi kolam tu beramai-ramai.
Bukan berendam kat dalam kolam ye.
Sebelum kitorang balik, kitorang di bawa ke Bilik Terakhir.
Ye, Bilik Terakhir.
Adakah aku orang yang bertuah sebab dapat melihat bilik tu?
Oh, tidak.. Tak bertuah pun. Ngeri hokeh kat bilik tu.
Sejukkkk je rasa kat situ. Gelap...
Kat situ ada beberapa bilik di sebelah kiri dan kanan.
Bilik-bilik tu yang menjadi tempat menunggu hukuman gantung.
Di hujung bilik-bilik tu ada satu bilik untuk menjalankan hukuman gantung.
Bilik tu boleh di lihat dari luar sebab ada cermin kaca.
Dalam bilik tu ada tali gantung kat tengah-tengah. Besar sangat saiz tali tu.
Kalau leher terjerut kompem mati la jawabnya.
Sumpah seram tengok bilik tu. Meremang bulu roma.
Kitorang semua duduk kat tangga depan bilik-bilik kecik tu.
Kemudian lampu ditutup.
Gelap. Sunyi. Sejuk.
Gelap sangat-sangat sampaikan tak boleh nak nampak kawan yang duduk kat sebelah.
Tiba-tiba dengar satu audio yang kuat (guna microphone).
Terdengar bunyi besi pagar sel kat belakang kitorang tu di buka.
Then dengar pulak tapak kaki yang perlahan, dan semakin lama semakin kuat.
Bunyi tapak kaki tu seolah-olah orang tu lalu di depan kitorang.
Masa tu kawan aku dah mula pegang tangan aku kuat-kuat.
Then bunyi tapak kaki tu berhenti.
Terdengar pulak suara lelaki yang membaca satu teks.
Teks tu mengandungi nama banduan, kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang dijatuhkan keatasmya.
Seingat aku banduan tu lelaki (nama dia tak ingat).
Dan dia dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh tanpa niat.
Terdengar bunyi suara banduan tu mengucap.
Masa tu aku rasa nak menangis dah.
Memang rasa nak keluar dari bilik tu.
Lepas banduan tu mengucap 2 kalimah syahadah, suasana sunyi je.
Then terdengar bunyi nafas seseorang.
Perlahan-lahan... Dan semakin kuat.
Bunyi nafas banduan tu di tali gantung!
Tiba-tiba...
*bunyi sesuatu*
Banduan telah meninggal di tali gantung pada jam ****.
Dan tiba-tiba suasana menjadi terang.
Kitorang semua pandang ke hujung bilik, iaitu bilik yang ada cermin kaca - bilik penggantungan!
Kosong.
Tiada siapa-siapa.
Fuhhhhhh.. Berpeluh-peluh kitorang.
Sekali pandang kat kawan-kawan, ramai gila yang menangis!
Mahu tak menangis kitorang?? Ye la, memang seram duduk kat situ dengar rakaman audio tu.
Macam real weh!!!
Pastu semua bangun terus jadi senyap je.
Terus keluar, naik bas dan masing-masing jadi patung dalam bas.
Terkejut dengan audio tu kot.
Terus jadi insaf dan baikkkkkk je.
Hahahahha!! Bagus jugak lawatan tu. Kalau tak semua asyik nak jadi setan je.
Pengawas pun jahat jugak. Hahahaha...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 comment :
saying sgt bila penjara ni dah roboh.. dh xde bangunan bersejarah..
Post a Comment