Dessert petang ni aku masak Whipped Potato.
Rasanya macam tak rajin nak melecek kentang rebus, tapi blender kan ada.
Campak je dalam blender, tekan suis & siap.
Kalau ada food processor yang macam kat dapur Chef Wan @ Martha Steward lagi best :)
Eh, nak mintak En Zul belikan satu untuk aku la.
Hahahahaaa..
Untuk kentang, kupas kentang, bersihkan dan rebus.
Lepas dah empuk, keluarkan dan toskan kentang.
Lenyek kentang bersama garam dan susu segar (1/2 cawan).
Kalau malas, blend je kentang tu.
Setel.
Ok, sebab aku tak seberapa rajin nak taip panjang-panjang (read : Penerjun negara tengah mengacau aku), maka aku upload gambar & taip sikit-sikit dah la ye.
Masukkan mentega, tumis bawang sampai naik bau. |
Masukkan celeri. |
Masukkan serbuk pati ayam. Kalau ada stock ayam lagi best :) |
Masukkan air. |
Lupa nak snap.
- Tapis isi kuah (bawang & celeri). Tinggalkan kuah sahaja, masak di atas api yang perlahan.
- Masukkan tepung gandum 1 sudu (kalau suka pekat, masukkan lebih)
- Masukkan sos tiram & lada hitam.
- Masukkan kicap pekat setitik demi setitik, sehingga warna whipped potato KFC diperolehi.
Masukkan kentang dalam mangkuk, curah kuah ke atas kentang. |
Sedia di hidang =) |
No comments :
Post a Comment