Sejak semalam aku mencari resepi Nasi Daging.
Bukan Nasi Dagang, bukan juga Nasi Briyani Daging.
Cuma konsep dan cara memasak je yang sama.
Rasanya memang berbeza.
Seingat aku, first time makan Nasi Daging masa kat Alor Setar.
Itu pun masa kecik-kecik dulu.
Masa tu kami sekeluarga pergi melawat ex-neighbour yang dah pindah ke sana.
Cara memasaknya menggunakan pes nasi daging
(mana pulak aku nak cari pes ni? Jenama pun aku tak ingat)
Orang cakap Nasi Daging ni memang makanan orang Utara.
Tapi En Zul tak pernah pulak kalut cerita pasal Nasi Daging ni.
Ada pula yang cakap nasi daging adalah nama lain untuk nasi briyani & nasi bukhari.
Hish, mana pulak... Nasi daging tak la menggunakan rempah ratus yang heavy.
Rasa pun lain. Lauknya cuma daging & kuah asam jawa.
Kalau bukhari & briyani kan makan dengan ayam masak merah @ kurma.
Lain bebenorrrr tu....
So. setelah mencari resepi tu kat internet, malangnya tiada yang aku berkenan..
Ada juga kawan-kawan yang mencadangkan beberapa resepi dan pes yang sesuai.
Hm... Macam best je resepi tu. Yang bestnya sebab ada pes segala bagai.
Mungkin aku tak yakin nak masak nasi daging tanpa menggunakan pes. (read : nak masak yang senang je)
Last-last aku mix and match je mana-mana bahan yang aku rasa sesuai & mudah di dapati, then aku try masak menggunakan kaedah masak Nasi Ayam.
Tapi macam mana pulak dengan rasa nya?
Belasah!
Asal aku & suami tak mati keracunan, dah cukup baik.
So, operasi menggabungkan bahan-bahan dan merekacipta resepi bermula.........
Bahan-bahan :
- Beras (lagi best guna beras basmati)
- Daging
- Sup bunjut
- Serbuk kurma (bancuh dengan sedikit air)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Daun pandan
- Bunga lawang
- Buah pelaga
- Kulit kayu manis
- Minyak sapi
- Tomato
- Susu cair
- Garam
Cara-cara :
- Rebus daging dengan sup bunjut sampai empuk. Masukkan sedikit garam.(air rebusan jangan buang)
- Basuh beras dan toskan
- Panaskan sedikit minyak sapi. Tumis bawang merah, bawang puti, halia, daun pandan, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan serbuk kurma. Tumis sehingga naik bau.
- Potong tomato bentuk dadu. Masukkan ke dalam tumisan tadi dan masak sehingga tomato jadi separuh masak.
- Masukkan beras dan daging beserta air rebusan daging sekali. (kalau air rebusan tawar, boleh tambah garam lagi, bersesuaian dengan beras)
- Masak sehingga kembang. Masukkan sedikit susu cair. Masak nasi sehingga kering.
- Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar (optional)
Nasi daging ni boleh dimakan dengan kuah asam.
Tak perlu la aku nak taip cara-cara menyediakan kuah asam kan?
Senang sangat....
Kalau ada sesiapa yang nak jugak resepi kuah asam, sila pm aku.
(aku hempuk kepala aku dengan lesung..... huhu..)
Maka, siaplah Nasi Daging yang penuh dengan kasih sayang....
Over aku ni kan?
Muahahahahaa....
No comments :
Post a Comment