Friday, June 24, 2011

Pullman, Putrajaya

Hari ni aku, Emy, Ja & Saly pergi survey Pullman Putrajaya untuk annual dinner TMC.
Sampai kat Presint 2, terjumpa si Adi yang tengah blur-blur mencari jalan untuk ke sana.
*masih terbayang-bayang muka Adi yang blurr tu*

Sampai sana, Fazia, Aida & Afifah dah tengah discuss dengan sales person.
*sales person sangat la tidak membantu, okeh!*

Malas nak cerita banyak.
Just upload pic je ok.
Nak cerita tunggu hari kejadian baru boleh cerita.


Ok, jom tengok galeri!

Kak Ja
*bakal pengantin*



Kak Emy
*bakal pengantin jugak, tapi tak tahu bila tarikhnya*



Ni nak survey tempat atau nak gosip ni?



Adi & Saly



Otw ke ballroom.
Ada partition apa pulak ni?



Pintu masuk ballroom



Ballroom Seri Warisan
Tanjung Wing



Luar ballroom



Luar bangunan Tanjung Wing



Another side



Lakeside view



Norliza Binti Ismail



Salywana Binti Mohd Kamat



luar lobby



map to Seri Warisan Ballroom



You are here!




luar lobby



menara


Nantikan kemunculannya pada 30 Sept 2011~

Monday, June 20, 2011

Gunung Berapi Aktif

Masih ingat lagi tak kat ofismet aku yang konon-konon ayu gitu?

Yang tajuk entry "Rasa nak lempang laju-laju tu"?

Haaa..
Jumaat lepas dia memang sengaja nak buat aku mengamuk!

Pointnya adalah AKU TAK ADA DEGREE!
Sial la kau ni!
Ntah apa la masalah kau dengan aku, eh?

Ke, kau dengki kat aku sebab dapat kawin dengan En Zul.
Ha, kan dah tak pasal-pasal ada motif!

Plis la..
Aku malas nak gaduh dengan kau.
Cukup la kau dah banyak buang masa aku selama ni.
Hidup kau hanya tau menyusahkan hidup aku je!

Aku pun dah penat nak taip entry pasal kau.
Tak pasal-pasal bil elektrik aku melambung tinggi!


Ni adalah last warning aku.
Lepas ni kalau kau masih nak cari pasal dengan aku, baik kau sediakan tisu banyak-banyak!
Aku akan pastikan air mata kau takkan kering menangis dengar mulut puaka aku ni!
Kompem gunung berapi yang dah lama terpendam ni akan meletus bila-bila masa aje.

Aku dah mengantuk.
En Zul & anak-anak dah tidur.
Aku baru lepas chit-chat dengan Ziha bercerita pasal gadis ayu tu.
Hahaha... Betul-betul aktiviti membuang masa aku!

Sunday, June 19, 2011

Jakun!

Sape dah tengok cite Pirates yang baru?
Pirates of the Carribean - On Stranger Tides

Semalam lepas sesi merisik, aku & En Zul pergi Jusco Cheras Selatan.
Nak tengok movie, paling awal mengikut masa pada waktu itu, hanya cerita pirate yang paling available.

Ok, beli tiket.
Seat penuh.
Yang ada cuma single seat yang berterabur kat tengah-tengah line.

Selain tu, seat dari line A - D masih kosong.
Maknanya mesti kami pilih seat line D.
Takkan nak amik paling bawah. Jenuh tengkuk mak nak dongak nyah!

Ok, staff kaunter cadangkan kami beli tiket untuk couple seat.
Paling atas sekali.


Staff : Akak, amik couple seat la, yang lain penuh. Kalau single seat, line D sampai A yang kosong.


Aku : Berapa harga couple seat?


Staff : RM28 untuk dua-dua seat.


Aku : So 1 seat harge RM14 la? (saje nak tunjuk pandai kira matematik walaupun tak ada degree!)


Staff : Aah! So, boleh couple seat?


En Zul : Tak payah la. Tinggi sangat la. Amik je la Seat D tu.


Aku : Ok, berapa harga seat 9/10D tu?


Staff : RM26.


Aku : La.. Beza RM2 je? Tak pe la. Saya amik couple seat. Sakit tengkuk je tengok melangut duk kat seat D tu!


Pas bayar tiket, kami pergi jalan-jalan sekejap.
Makan eskrem McD, hotdog.
Terjumpa Talib dengan makwe dia.
Hihihi...

Ok, movie time!

Sebelah En Zul, lelaki cina dengan kawan dia.
Sebelah aku, awek melayu dengan balak dia.

Ok.
Movie dah start, sila tumpukan perhatian.

Sepanjang movie tu on, selama tu la awek sebelah aku ni berceloteh! Siap cakap kuat-kuat mengalahkan sound speaker tu!


Eh, ada duyung! 
Euuwww.. Dia minum air kat kaki dia!
Abg, kapten Jack tu tipu kan?
Eh, hidup lagi pakwe duyung tu!
Telaga tu kat atas kepala ke?
Ala, kenapa bapak dia yang minum?
Ni mesti cawan tu terbalik. Mesti anak dia yang minum!




Ok, sila diam!
Aku bayar tiket ni untuk tengok movie, bukan nak dengar kau jadi pengkritik filem!
Bangang!

Kalau kau nak komen pun, bisik slow-slow kat telinga balak kau sudah la.
Bukan semua orang nak dengar apa yang kau cakap pun!

Dah dapat duduk kat couple seat!
Dah dapat peluk balak kau!
Dah dapat romen-romen dengan balak kau!

So, kau nak apa lagi?
Duduk diam-diam & tengok movie sudah la!
Tu belum aku rakam suara kau gelak!
Sound pun boleh tenggelam dek suara kau.

Serius aku tak faham manusia macam ni.
Langsung tak ada sensitivity untuk orang lain!
Macam kau sorang bayar tiket movie.

Yes, kau berhak bercakap.
Tapiiiiiiiiiii.... Slow la sikit, kawan!
Jangan sampai aku curah air kat kepala kau, baru kau reti nak senyap!
Bangang!!


Ni la awek bangang yang sangat bangang!
Jalan mengengkang selepas mulut penat membebel!
Mulut & kaki.
Apa kaitannya?


Peace, yo!

Telur? Telor? Telir?

Mood : Masih terasa TUA selepas pergi meminang anak dara orang semalam!


Pagi tadi aku nak masak roti telur.
En Zul pas Subuh dah keluar dengan partner dia gi tengok tapak projek.
Fasa I projek Juaseh Entreprise dah mula.

So, sebab duduk sorang-sorang, aku masak roti telur je untuk pecahcepat (breakfast).

Keluarkan 2 biji telur ayam.
5 keping roti putih.
Garam secukupnya.

Eh, macam nak buat rekod makanan 2 hari pulak!

Ok, pecahkan telur.



2 biji telur
3 kuning telur
Status : Ayam cacat!


Ni adalah kali kedua aku terjumpa telur ayam macam ni.

2 Jun yang lepas, aku nak goreng telur, pertama kali aku terjumpa telur yang cacat macam ni.



1 biji telur
2 kuning telur.

Pernah ada yang cakap, kalau kita makan telur yang ada kuning telur berkembar, nanti dapat anak kembar.

Ye ke?

Hahahahahaha...
Kelakar siot!

Habis, kalau ada yang dapat anak kembar 3, maknanya dia makan telur ayam yang ada kuning telur berkembar 3 ke?

Hahahahaahaha....

Mungkin jugak perkembangan telur ni terencat disebabkan dek telur ni @ ibu ayam tu terkena radioaktif?

Eh?

Walau apa pun, rasa telur ni tetap sama. Tetap rasa telur ayam.
Cuma kandungan kalori yang mungkin berbeza!


Merisik & Meminang

Tajuk entry kali ni memang terang, nyata dan tidak berdengung.

Merisik & meminang.
Bukan kerisik dan buah pinang ye..

Semalam En Zul ajak aku pergi rumah sepupu dia kat Sungai Besi.
Katanya anak sepupu tu nak bertunang. Sepupu En Zul nama Zaitun. Tapi nama mesranya Kak Ensun.

Kak Ensun ni ada 7 orang anak. Yang sulung nama Bad. Umur sebaya dengan En Zul.
Maknanya En Zul ni dah ada anak buah yang sebaya dengan dia.
Diorang panggil En Zul dengan panggilan Pak Ndak. So, aku jadi Mak Ndak la..

Macam aku jugak. Anak buah aku yang paling tua adalah muda setahun dari umur aku. Tapi diorang jarang bebenor nak panggil aku Maksu, kerana maksu nya ini adalah manusia yang tak sedar diri dah tua!

Hahaharrrammm...

Ok, back to the story.

Anak Kak Ensun yang nak bertunang ni adalah anak nombor 5. Kamal namanya. Umurnya aku tak tahu.
Yang aku tahu, bawah Kamal yang nama Sabariah tu muda setahun dari aku. Dah bertunang pun, insya Allah bulan 10 ni melangsungkan majlisnya.

Ok, kami sampai ke rumah Kak Ensun pada jam 11.00 pagi.
Kata Kak Ensun majlis start lepas Zohor.

Lepas Zohor, eh?
Sah majlis akan lajak sampai ke pukul 3.00pm!

Ye la, sekarang Zohor masuk pukul 1.10pm.
Nak tunggu solat lagi, mana-mana perempuan jelita macam aku ni, sah-sah nak bermake-up balik kan?
Takkan la nak pergi meminang anak dara orang, muka aku ni comot serba serbih pulak!

Eh, nak meminang siapa ni?
Aku ke?
Alkisahnya, aku pulak yang lelebih!

Lepas sampai kat rumah Kak Ensun tu, kami pun menuju ke rumah Bad dulu sementara menunggu Zohor tiba.
Kebetulan rumah Bad pun kat Sungai Buloh. Dekat je dengan rumah pihak perempuan.


Lepas Zohor,
Kami bersiap-siap nak bertandang ke rumah pihak perempuan.
Pihak lelaki warna hijau putih.
Pihak perempuan warna merah putih.

Masa kat rumah Bad, aku bertanya pada En Zul..

Aku : Abang, sapa yang jadi 'tukang cakap'? Suami Kak Ensun dah meninggal. Wakil yang tua pun cuma Kak Ensun dengan jiran-jiran dia. Jiran pulak semua perempuan. Abang ke yang wakilkan?


En Zul : Entah. Bad yang wakilkan kot. Abang tak reti nak wakil-wakil ni.



Sampai di rumah pihak perempuan, Kak Ensun dah mula bicara & memperkenalkan wakil-wakil yang ada.


Kak Ensun : Saya ni wakil anak lelaki saya, Kamal. Rasanya semua yang ada dah tahu tujuan kami bertandang ni. Jadi, ni adalah cincin sebagai tanda. Yang belah rotan tu merisik, yang cincin batu tu untuk tunang.


Bapa Ain : Sebelum tu, saya nak tanya la. Ni berapa lama nak ikat? Bertunang lama-lama pun tak elok. Banyak dugaan la katakan.


Kak Ensun : Berapa wang belanjanya? Rasanya Kamal dah bincang dengan Ain, katanya nak bagi RM10k. Itupun kalau pihak Ain setuju la. Kalau rasa terlampau sikit ke, terlalu banyak ke, mungkin kita boleh bincang balik.


Bapa Ain : Saya rasa jumlah tu cukup kot. Kita buat majlis ala kadar ikut kemampuan je la. Jadi, macam mana perancangan nak ikat tu?


Kak Ensun : Macam ni la. Pihak kami pun tak berani nak tetapkan sangat. Kalau boleh, kami ikut kemampuan Kamal. Kalau dia boleh kumpul duit cepat, cepat jugak la majlisnya. Saya bukan apa. Takut kalau tetapkan tarikh, tapi duit tak cukup lagi, dua-dua pihak yang susah. Paling tak pun kami mintak masa dalam setahun. Kalau duit dah cukup lagi awal dari setahun, kita langsungkan majlis terus.


Bapa Ain : Boleh. Tapi pihak kami nak duit tu diserahkan semua dalam masa 6 bulan boleh?


En Zul : (mula bersuara seperti dapat tangkap ketidakfahaman dari pihak perempuan) Err.. 6 bulan? Rasanya berat tu. Kalau kami bagi duit tu separuh-separuh dulu boleh? Yela, kalau Kamal bagi duit tu dalam masa 6 bulan sekali gus, itu maknanya kita dah tetapkan masa bertunang adalah 6 bulan. Kalau masa tu duit masih tak cukup, macamana? Sebab tu kami mintak selewat-lewatnya setahun.


*diam*....


En Zul : Macam ni la. Kami akan hantar dulu duit tu separuh. Lepas tu, baru kami setelkan duit lagi separuh tu. Insya Allah semuanya dalam masa setahun. Itu pun bergantung pada rezeki Kamal. Kalau dalam masa 3 bulan dia dah boleh kumpul semua duit tu, maknanya ikatan pertunangan ni cuma 3 bulan je. Kalau lagi cepat, lagi bagus. Tapi kami tak boleh la nak hantar duit tu sekali gus. Sebab tu kami mintak hantar separuh dulu.


Bapa Ain : Baik lah. Kami pun tak nak la memaksa sangat. Harap-harap Tuhan permudahkan la. Cuma kami minta jodoh ni berpanjangan. Ibu pihak lelaki boleh la menyarung cincin kepada anak saya.



Lepas bacaan doa, sesi menyarung cincin & bergambar.


Kak Ensun : Ok, semua dah amik gambar. Eh, Mak Ndak mana? Nak amik gambar ni.


Pakcik Ain : Haa... Mana Mak Ndak? Amboi... Mudanya Mak Ndak Kamal.


(Terima kasih, Pakcik! Saya memang muda belia remaja! Hahaha...)

Aku terus ke pelamin, salam Ain & duduk bergambar.

Setel!

Kami dipelawa untuk menjamu selera.
(Mestila kan? Dah penat-penat datang, takkan tak pelawa makan?!)
Kelihatan tuan rumah semua dah terlantar kekenyangan.

Yela, kami sampai pukul 2pm.
Bincang itu, bincang ini...
Dah pukul 3pm!

Sah-sah la muka aku & En Zul ni yang paling awal mencedok dulu makanan yang terhidang di luar rumah tu.

Lapar beb!

Lauk memang best!

Sambal udang & petai, gulai daging, ayam goreng tepung, ikan masin, sambal belacan, sayur kacang panjang & hati ayam, buah tembikai & air sirap.

Semua aku rembat!

Cuma sambal udang terlalu pedas, tepung yang digoreng dengan ayam terlalu keras.
Nak buat macam ayam kepsi kot.
Tapi tersalah bancuh tepung.
Huhuhu....

Walaupun macam tu, sebab lapar punya pasal, memang licin pinggan kami.
Mana yang masih lapar tu, boleh makan bubur kacang & kuih muih.

Yang aku & En Zul pulak, dah terlantar kekenyangan.

Lepas sesi menukar hantaran, kami terus pulang.
Hantar Kak Ensun balik rumah, tak sempat nak menjamah sikit manisan daripada hantaran, aku & En Zul terus menuju ke Jusco Cheras Selatan.

Movie time!
Siap berbaju kurung beb!
Hahaha... Lantak la! Asalkan aku release tension. =)

Thursday, June 16, 2011

Apakah perkataan yang paling sesuai untuk manusia macam ini?

Kes ni terjadi petang tadi.
Aku terserempak dengan Junaida kat depan ofis UMBI.
Then dia ajak aku jalan sekali.

Sedang seronok kami berbual, aku rasa macam nak berbual lebih lama lagi.
(biasa la, dah lama tak chit-chat bersama la katakan)

So aku ikut Jun ke kereta dia, then dia perlu hantar aku ke kereta aku pulak.
Ni temanya aku bangsa pemalas nak jalan kaki ke parking.
Sebagai balasan, aku jadi tukang bercerita kepada Jun.
Hahaha..
(Padahal kereta kami sama je dekat & jauhnya!)

Sampai je kat parking area D, ternampak Kak Ifah nak keluar dari parking.



Kak Ifah : Hai, jom balik!


Aku : Hai... Jom!


Kak Ifah : Eh, korang. Ada kete block kete Ziha la. Yang kancil kuning tu. Kesian Ziha tak boleh keluarkan kete dia.


Aku : Aah la. Kesian pulak kat mak buyong tu nak tolak kete tu.


Jun : Eh, mana boleh nak tolak kete ni. Dah kena block depan belakang!


Ok, pemilik kereta kancil tu mungkin ada anak kecil memandangkan ada baby car seat dalam kereta dia.
Tapi itu bukan bermakna dia boleh park kereta dia ikut sukati mak bapak dia je!

Takkan la Ziha nak tampal gambar perut dia yang dah sarat tu kat depan kereta, so jangan ada mana-mana kereta akan park & mem'block kereta dia?

Gambar-gambar ni adalah bukti *sila pilih perkataan yang sesuai* pemilik kereta kancil tersebut :
p/s : kereta mak buyong tu adalah kereta yang Kelisa warna kelabu.



Pandangan depan : kalau tolak kedepan, kompem bergesel!



Pandangan belakang : kalau tolak ke belakang, sah-sah akan terjadinya adegan cium mencium punggung!



Jun dah memainkan peranannya.
Call security! Kita kasi clamp itu kancil! BEV 9401 yerrrr...
Depan kereta Ziha ada bonggol. So memang tak boleh lepas.



Jun sedang memeriksa no lot parking.
D 107, yer incikkkk....




Tetiba ada 3 orang staff nurse datang menegur aku yang tengah syok ambil gambar.
Salah seorang daripada mereka adalah supervisor staff nurse berpangkat Puan.


Puan : Eh, kenapa ni ye? (sambil memandang pada aku yang tengah jakun ambil gambar. Muka kawan-kawan dia memang dah tengikkkk je tengok aku!)


Jun : Ni kereta Puan ke? Kete Puan dah block kete ni. So kete ni dah tak boleh keluar.


Puan : Oh, yeke? Tadi masa saya parking, kete ni belum ada lagi (merujuk kepada kete Alza warna putih sebelah kereta Ziha)


Jun : Tapi Puan parking kete Puan dalam sangat. Dah termakan space parking diorang ni. Rapat sangat Puan parking. Memang tak boleh nak tolak ke depan atau belakang.


Puan : Tapi tadi saya parking, kete ni tak ada lagi. (masih lagi merujuk kepada kereta Alza tersebut!)


Jun : Tak apa lah!





Memang palat Puan ni kan?
Tak kesah la tepi kete Ziha tu kosong ke tak.
Tapi kenapa kau nak parking rapat sangat dengan kereta orang?
Takut kereta MEWAH kau tu calar terlanggar dek orang ke?


Aku tak tahu la apa perkataan yang patut diberi kepada dia ni?



Bangang?
Banganger?
Bangangest?





Oh, Puan punya kereta ke?
Puan, akai ada ka??

Wednesday, June 15, 2011

From My Kitchen : Biarpun lauk ni senang, tapi aku nak update jadi entry jugak!

Kelmarin Emy bawak lauk Ayam Masak Lemak Cili Api.
Sedap sangat dia masak.
Biasalah, orang nogori la katakan!

So, malam ni aku nak masak lauk ni.
Bukan ikut cara mak aku.
Tapi ikut cara Emy.

Ntah apa rasanya, lantak!

Ok, mula-mula kita pergi ke bahan-bahannya :

- Ayam
- cili api
- kunyit hidup
- serai
- santan
- garam & perasa





* Cili * Kunyit Hidup * Serai *
Apa jenis cili pun boleh, asalkan pedas.




* Ayam *
Nak guna itik ke, puyuh ke, ayam belanda pun boleh!




* Kentang *
Nak taruk ubi kayu pun ok, asalkan bukan French Fries!



* Santan *
Lagi pure, lagi sedap!


 Cara penyediaan :



Tumbuk cili & kunyit. nak taruk garam siap-siap pun boleh.
Serai kasi titik je



Haaa.. ni adalah bangsa PEMALAS nak tumbuk cili.
Tumbuk sampai lumat, hokeh!



Bahan perasa
kena taruk tinggi supaya tidak dijadikan bahan permainan anak dara aku.




Dah siap tumbuk, masukkan bahan kedalam periuk
Santan, serai, garam.
Masak sampai masak.
Faham?



Ok, jangan lupa garam dan perasa
Kalau termasin, tambah je air.
Hahaha...



Sebelum terlupa, masukkan French Fries tadi
Eh, silap!
Masukkan kentang. Tunggu sampai kentang & ayam masak.



Tadaaa~
Dah siap.


Bila nak makan, pastikan baca Bismillah dulu.
Insya Allah lauk yang tak sedap tu akan jadi sedap......




p/s : perkara yang aku tak suka bila ada aktiviti tumbuk menumbuk ni adalah ..............







Tangan jadi pijar sebab tumbuk cili
Ni lengan aku ye, bukan PEHA!

Saturday, June 11, 2011

Plis, eh?!



Ni adalah status FB aku bertarikh 7 Jun yang lepas.
Ada 41 komen termasuk komen aku yang mengarut-ngarut tu.
Ramai jugak yang setuju dengan isu yang aku nak repekkan tu!

Apa yang aku nak highlight kat sini adalah, kenapa perlu nak berselindung bagai, sedangkan kau nak berkawan dengan orang ramai?

Aku masih ada beberapa friend request yang berbentuk 'request hantu' macam ni kat FB.
Itu pun setelah penat mendelete request beberapa orang yang lain.
Eh, bunyi macam aku ni awek glamer je ada banyak friend request yang terpaksa delete.

Ye la mek oiiii...
Kalau banyak request, tapi sorang umat pun kau tak kenal, tak ada makna nya jugak glamer kau tu!
(perli untuk diri sendiri)

Serius aku tak paham dengan manusia macam ni.
Nak berkawan dengan aku memang la boleh.
En Zul pun tak ada la marah tak tentu pasal.

Tapi yang menjadi bengkekkkk kat hati aku bila ada orang yang create fake account FB, then add aku macam ikhlassssss je nak berkawan dengan aku.

Pernah ada kes, dia taruk nama Faty Sham Faty.
Bila aku tengok mutual friend, ramai budak-budak ofis aku yang dia add.
So aku approved kan la.
(tak nak dicop sebagai staff sombong, tapi bila ada anugerah staff paling sporting, tak pernah jugak menang! hahahaha..)

Si budak Faty Sham Faty ni, dah la nak berkawan dengan orang.
Tapi kat info dia taruk semua detail yang sangat mengarut.
Bila ada yang tanya dia sapa?
Dia tak nak jawab.
Nampak sangat kau ni menipu kan?
So maafkan daku kerana terpaksa meremoved kau!
hahahaaha...

Ok, next!

Ni adalah antara manusia yang aku malas nak layan :


Nama  : Fadil Wira
Kerja : Pos Laju
School : Atas Pokok
Highschool : Bawah Tanah
Born : 15 June 1982 (En Adlan kah?? tahun 82, kan..)
Mutual Friend : 21 orang staf cohort (termasuk Nazeri Osman!)
Nama Nazeri tu saje kasi highlight. Dia kan Ketua Lapangan.
Mesti ramai orang kenal.
Bila tengok gambar, ada yang kat Tasik Sri permaisuri, kat Kota Kinabalu.
(eh, kau staf cohort ek? apasal aku tak kenal kau?)


Nama : Sekar Wangi (ada aku kesah ke kau wangi @ busuk?)
Mutual Friend : 1 je (kawan masa kat Texas dulu)
Info : haram aku tak tahu!
Status : AKU TAK KENAL!

Nama : Feffy Nurhafizah Moen (Nurhafizah Epiey Moen Ajin)
Info : aku tak tahu
Mutual friend : Jaket Hitam Tiada Jenama
(ntah bila masa mamat ni tukar nama macam ni, aku pun tak tahu. kau nak kena remove dek aku ke?)
Status : AKU TAK KENAL!



Plis, eh?!
Aku bukan sombong tak nak approve request korang.
tapi kalau macam ni la gayanya, sampai kiamat pun aku tak hingin nak approve!
Memang la orang cakap, kalau tak kenal boleh la berkenal-kenalan.
Tapi kalau kau je yang nak kenal aku,
then bila aku nak kenal kau, kau plak nak berahsia...
So....
Kau boleh blah!!

Aku tak nak berkawan dengan orang macam kau.
Aku rasa peribahasa "biar ramai kawan, jangan ramai musuh" dah tak boleh di implement pada masa kini.

Yela, dalam friend list memang ramai kawan.
tapi semuanya jenis KAWAN MAKAN KAWAN!
kategori MUSUH DALAM FACEBOOK!

eh?

MUSUH DALAM SELIMUT!

hehehe....

Tuesday, June 7, 2011

rasa nak lempang laju-laju

Pada suatu pagi yang hening, dening dan pening...

Kelihatan tiga orang gadis sedang menuju ke kafe dengan penuh ayu.

Gadis 1 : staff lama
Gadis 2 : staff baru
Gadis 3 : AKU!

(aku ni ayu ke? hahaharammmm...)

Sedang kami elok bergurau senda menuju ke kafe, kami berbual tentang temuduga yang sedang dijalankan di ofis kami.



Gadis 1 : Eh, hari ni interview apa yer?
Aku : Pen. Peg Akauntan. Hari ada Pen Pegawai Sains dah datang lapor diri. Faridah pun dapat gak. (merujuk kepada staff kami yang berjaya semasa sesi temuduga)
Gadis 2 : Wah, untung la staff dalam. Senang dapat naik pangkat.
Aku : Kalau jawatan lama macam Pembantu Makmal, tak perlu interview jadi PPS. Kira terus naik pangkat. Tapi sebab Faridah dari jawatan Pembantu Penyelidik, so dia kena interview la. Dulu i nak naik PPS tak ada interview pun.
Gadis 1 : A'ah. Dulu yati ni pembantu makmal. Pastu dia dapat naik PPS. Yati tak ada degree kan? (sambil menjeling pada aku)
Aku : Yup!
Gadis 2 : Ohhh, yati tak ada degree...?
Aku : A'ah!




Hokeh, kat sini dah mula timbul kepelikkan pada aku.
Kau adalah staff lama yang bekerja di TMC. Malah kalau nak dibandingkan dengan aku, kau lagi lama bekerja kat TMC tu.

Aku rasa hampir semua staff tahu yang aku baru sambung degree.
Siap bertungkus-lumus kumpul CTR untuk pergi kursus intensif kat USM.
Tapi, sangat la menimbulkan tanda tanya pada aku kalau tiba-tiba kau bertanya dan highlight tentang AKU TAK ADA DEGREE depan staff baru?

Kenapa bila kau berbual dengan staff baru tu, kau perlu tanya pada aku tentang itu?
Sedangkan kau sendiri dah sedia maklum kan?
Kenapa kau tak cakap je, "Yati cuma dapat naik PPS je. Dia baru sambung degree. Kalau dia dah ada degree, baru boleh naik jadi PS".

Kalau kau cakap macam tu, aku sikit pun tak kecik hati beb!
Yela, benda dah betul. Apasal aku nak marah, kan?

Helo, bai!
Kalau nak ikut situasi kita sekarang, memang aku belum ada degree dan kau dah menggenggam segulung ijazah. YES, AKU AKUI TERANG-TERANGAN PERKARA ITU!

Tapi, kau sedar tak perilaku dan pemikiran kau sebenarnya langsung tak menunjukkan bahawa kau adalah degree holder?

Okeh, aku cakap bukan ikut sedap mulut.
Kalau kau tak percaya kata-kata aku, kau boleh tanya pada pegawai-pegawai lain tentang isu ni.

Kat sini aku nak jelaskan apa yang menunjukkan perbezaan kau dengan pegawai lain.
(Tak payah la nak bandingkan dengan aku. Aku kan bukan degree holder. Kang kalau bandingkan kau dengan aku, ada pula yang kata aku perasan tak sedar diri!)

Satu : 
Semua pegawai ada kerja dan tugas masing-masing. Bukan macam kau yang berlakon macam terlampau banyak kerja, tapi hakikatnya kau sendiri tak tahu apa spesifikasi tugas kau! Kau cuma 'make-up' report yang anak buah kau sediakan dan tugas kau cuma present kat dalam meeting setiap minggu. Memang report slide kau tu cantik, tapi sayangnya cuma kau sorang je yang paham! Pegawai lain sepatah haram tak faham apa yang kau presentkan. Paling sedih bila Prof pun tak faham apa yang kau cuba sampaikan. Bila Prof suruh kau sediakan sesuatu report atau beri sesuatu kerja, haram kau tak faham arahan Prof. Sedih gila tengok situasi kau sebagai degree holder, kan?

Dua :
Kesian kami tengok anak buah kau. Secara zahir diorang mempunyai seorang pegawai untuk meluahkan permasalahan, mengadu kesulitan dalam bekerja. Tapi hakikatnya, staf kau sendiri dah muak nak layan kau! Bila diorang beri pendapat dan cadangan, mentah-mentah kau tolak! Alasan kau mudah je, "SUSAH!" Hello... Kalau kau tak cuba, mana kau tahu benda tu susah ke senang? Staf kau cuba macam-macam untuk majukan bahagian kau. Tapi apa pula respon pada pihak kau? Ada kau duduk berbincang dengan diorang? Ada kau selami permasalahan yang berlaku dalam unit kau? Ada kau minta pendapat pegawai lain untuk penambahbaikkan unit kau? Kau yang cipta sendiri sistem untuk unit kau, jadi kau rasa bahagian kau dah cukup perfect! Kau silap! Memang setiap orang ada cara mereka tersendiri dalam menjadi seorang pemimpin. Tapi pada diri kau, maaf! Aku rasa masih terlalu jauh lagi untuk kau pegang title seorang pemimpin.

Tiga :
Kau ego. Terlalu ego! Tak perlu aku ulas panjang-panjang point ni. Dari dua point di atas semua orang tau betapa tinggi nya ego kau tu. Di luar kau nampak lembut, tapi di dalam kau terlalu keras!

Tak apa la. mungkin itu peribadi kau, personaliti kau.
Lantak kau la nak buat apa!
Tapi memang aku jujur katakan, aku jengkel tengok jelingan kau bila memperlekehkan taraf pendidikan aku.

Relaks, kawan...
Perjuangan aku masih belum selesai. Jika diizinkan Tuhan, mungkin taraf pendidikan kita akan jadi sama. Jika tiba waktu itu, tak perlu la lagi kau nak 'menunduk' memandang pada aku.


Mungkin kata-kata ni boleh aku jadikan pegangan.

"manusia dinilai melalui ilmu pengetahuannya. tapi, jika ilmu itu tidak digunakan semaksimumnya, maka tiadalah nilai pada manusia itu..."


*biar ilmu aku sikit. Asalkan ilmu yang aku ada, aku gunakan sebaik yang mungkin!

Saturday, June 4, 2011

LOW CLASSSSSS!!!!!!!

Aku tak paham kenapa masih ada lagi lelaki kat muka dunia ni yang masih mengorat awek dengan menggunakan ayat-ayat yang sangattttttttt LOW CLASSSSSS???


Plis, eh?
Aku geli dohhhhh!!!
Rasa macam nak bunuh diri bila jumpa / chat dengan lelaki macam ni.


Ni adalah ayat bangang masa mula-mula nak 'panaskan' sesi chatting.


Ayat 1:
Hi, tengah buat ape tu? tak kuar dengan pakwe ke?
(alaaaa.. kalau kau nak tau perempuan tu dah ada pakwe ke blum, tanya direct je la! apesal la kau nak kona sana sini tanya pasal pakwe dia?)

Ayat 2 :
Ni saya chat dengan awak ni, tak ada sapa-sapa marah ke? Mana la tahu ada yang marah ke?
(ni lagi satu ayat yang nak tahu awek tu dah ada pakwe ke belum. oi, jantan! kalau kau takut kena marah, jangan la chat dengan perempuan tu, bodoh! baik kau tanya, ''ayah awak tak marah ke chat dengan saya?" yela, kalau kau nak mengorat dia, kompem bile kau nak ajak dia kawin mesti kena jumpa bapak dia dulu kan??)

Ayat 3 :
Ni tak keluar ke?
(walaweeeiiiiii... ape la bangang sangat?? kalau kau tengah chat dengan dia, kompem la dia tak keluar. kalau dia keluar & online guna wi-fi kat mana-mana, nak ke perempuan tu layan chatting dengan kau? susah-susah dia melawa pakai baju & make up cantik-cantik, ending nya melayan chatting lama-lama dengan kau! haprak gileee!! baik dia ajak kau jumpa kat mana-mana baiiii....)

Ayat 4 :
Ooo.. tak keluar... habis tu ni tengah buat apa ni?
(ni ayat paling bangang! sah-sah tengah chatting kan? lagi mau tanya! serius aku tak paham kenapa soalan bangang macam ni yang kau tanya kat awek tu?)

Ayat 5 :
Ye la, siapa la saya ni. rupa tak ada, keje pun biasa-biasa je... Lain la awak.. Cantik, keje pun bagus...
(so, kau tunggu apa lagi? Berambus la!)

Ayat 6 :
Saya ni ikhlas nak berkawan dengan awak. so baik awak cakap betul-betul. awak dah ada pakwe ke belum?
(Kau ni memang babi kan? Cakap ikhlas nak berkawan. Then apasal kau nak tau dia dah ada pakwe ke belum? Kalau ikhlas, lantak dia la dah ada pakwe ke tak! Nama pun KAWAN. Then, kau berkawan je la! lain kali kau cakap la, "saya ni ikhlas nak jadikan awak bini saya". Hah, ada berani?)


Nasib baik masa aku mula-mula kenal dengan En Zul, bukan dalam situasi berchatting.
kalau tak, kompem En Zul akan tergolong dalam kategori lelaki LOW CLASSSSS!
hahahahaaa....

Friday, June 3, 2011

sebulan sekali pun payah!

hari ni aku, Ain, Fazia, Sally & Laili pergi meronggeng ke Jusco Maluri.
so, setelah penat ke hulur & ke hilir, akhirnya kami memilih untuk lunch di restoran Nando's.

hahahaha...
apasal ketawa, eh?


ye la, tiap-tiap bulan gaji aku sedikit pun x pernah nak spend untuk makan kat sini!
ntah apa sebab, aku pun tak tahu?
nak kata mahal, tak la sangat.
kalau setakat makan berdua, biasa je la..
dalam RM50.


tadi setelah kami tercangak-cangak semasa memilih menu, akhirnya ni la santapan kami semua :



Sparkle Apple




menu Laili
sebab dia kurus je orangnya, maka ayam pun just amik yang slice-slice je.




menu Ain
dia ordered potato salad sebab dia elergik sayur!
kalau dia makan sayur, nanti kulit dia gatal-gatal, najis keras & kepala berkutu!
=P




menu Fazia
aku tak faham kenapa jagung tu separuh je?
apasal tak taruk je 1 bijik terus?





ni menu aku!
grill vegetables tu....
bugdet terror sangat makan sayur tanpa perasa ni.
last-last, hanya sayur & tulang je yang berbaki!



ni menu paling special.
menu Saly!
ayam dia paling besar sebab dia tak memilih part ayam macam kami.
memang licin Saly makan! tak padan dengan badan kecik!
bela saka kah kau, Saly????


apa-apa pun, kami pulang ke PPUKM dengan perut yang sangat kenyang dan hati yang sangat gembira!

(mahunya tak kenyang? lepas makan kitorang siap tapau kuih Tako Tao, roti, kek secret recipe, mangga & anggur! pelahap sungguhhhhh.... hati mesti gembira sebab minggu ni tak ada meeting hari Jumaat! yeeehaaaa....)

Thursday, June 2, 2011

Result Peperiksaan Sidang 2010 / 2011

akhirnya, keputusan peperiksaan aku untuk sidang 2010 / 2011 telah keluar.

Alhamdulillah....
aku lulus semua subjek :)

En Zul belanja aku makan Pizza Hut.
itu je yang kami teringin nak makan selepas penat shopping barang-barang dapur kat Tesco Ampang.

Thanks dear~!

melihat keputusan kali ni, membuatkan aku berasa makin teruja nak habiskan tahun pengajian secepat mungkin.

masalahnya, VITAMIN "M" aku masih bermaharajalela dalam badan aku ni
huhuhu.....

tak apa. aku cuba nak berubah jadi rajin study.
mungkin result aku akan datang lagi best dari sidang lepas.
mana lah tahu kan?


Alhamdulillah, lulus semua subjek dengan 27 mata kredit.
CGPA? tak tahu lagi. Insya Allah 6 Jun baru dapat tahu.
tapi itu mungkin aku rahsiakan la kot..
hehehe :)


*p/s : muka aku kat campusonline tu adalah muka penat pada hari pertama orientasi! berlengas, hokeh!

A New Address After 26 Years

Parents aku duduk kat Wira Damai.
area-area Gombak sana nun..
selama 26 tahun kami stay sana, belum pernah ada nama jalan.
eh, parents aku je yang dah stayed sana 26 tahun.
aku 21 tahun je duk sana.

sebelum ni, bapak gila susah nak cari rumah aku. sape-sape yang belum pernah datang rumah aku & sengaja nak test ke'terror'an korang mencari rumah aku, confirm mesti sesat punya!

kalau korang ada GPS yang BEST BRO macam si Nabil punya tu pun belum tentu boleh sampai rumah aku dengan selamat!

sekarang ni dah tak payah susah-susah nak tanya orang kampung mana satu jalan nak ke rumah aku.
sebab Majlis Perbandaran Selayang dah taruk signboard kat setiap lorong di Kampung Melayu Wira Damai tu.
*duduk kampung je, tapi nama jalan extravaganza betul!*

si Leen tu pulak beriya-iya upload gambar kat FB aku.
agak-agaknya dia mesti ingat aku ni akan terkinja-kinja keseronokkan melihat arus pembangunan yang berlaku di rumah tu kot.

plis, eh!

nak kata terkinja-kinja tu, tak ada la..

tapiiiii....

sedikit sebanyak rasa kagum jugak sebab sekurang-kurangnya kawan-kawan atau sedara mara yang jauh tak la sesat nak datang bertandang kat umah mak aku tu.


apa yang penting, nama jalan tu tidak la pelik sangat.
macam nama kampung aku tu la...




KAMPUNG MELAYU WIRA DAMAI


orang lain fikir :
penduduk kampung ni mesti semua melayu kan?
hakikatnya :
orang India pun ada. siap mabuk-mabuk lagi (tak semua la)
sekarang ni lagi best!
dah rasa macam kat Jakarta. ramai gila orang Indon!

orang lain fikir :
kenapa WIRA? semua penduduk kampung ni kuat-kuat belaka ke? ke sebab ada seorang wira yang menemukan kampung ni?
hakikatnya :
aku pun tak tahu!

orang lain fikir :
mesti kampung ni aman DAMAI kan??
hakikatnya :
mahu nya tak damai? bapak aku kan garang! sekali dia jerit, bergegar satu kampung.
jenayah pun kurang. hahahaha....



Jalan Baiduri
agak 'normal' kan??
instead of Kampung Melayu Wira Damai
:)

*p/s : tengok caption Leen tu, dah berangan-angan nak tempah kad kahwin! adakah????? =)