bile tengok title entry, macam banyak sangat masa terluang aku. padahal banyak gila kerja yang perlu diselesaikan kat rumah ni.
sebenarnya, sekarang ni la aku punya masa yang boleh digunakan untuk update blog ni. sebelum ni nak sentuh mouse pun rasa pendek je tangan ni nak capai. huhu..
sebut pasal rumah, YESSSSSS.... PN CHEMPAKA DAH PINDAH KE RUMAH EN ZUL!
rumah kami terletak di Bandar Sri Permaisuri. Alhamdulillah, walaupun rumah ni kecil berbanding dengan rumah orang lain, tapi cukup la untuk menjadi tempat kami berdua berlindung dan melakukan aktiviti riadah menambah umat Nabi Muhammad.. kahkahkahkah....
motif : MULA NAK MENGGATAL!
mode : TERANGSANG!
kuang...kuang...kuang...
buat masa ni rumah kami memang la tidak lengkap sepenuhnya. set bilik tidur masih di gombak. insya Allah lepas balik dari honeymoon, kami angkut set bilik tidur balik ke cheras.
HONEYMOON @ HOLIDAY???
oleh sebab kami akan membawa kedua-dua puteri hati kami [Nur Natasha Zulaikha & Nur Aleeya Zaakirah ], jadi honeymoon ni bertukar menjadi holiday.. memandangkan kami berada di Kuching selama 4 hari pada waktu cuti sekolah.
En Zul cakap, insya Allah lepas balik dari Kuching, kami akan ke Pangkor & Cameron untuk berbulan madu untuk kali kedua. tak kesah la bang, janji kita berdua je ok..???? HANYA KITA BERDUA...
mode gatal makin menjadi-jadi!!
hahahahaha.....
semalam lepas En Zul balik kerja, dia ajak aku pegi beli mesin basuh. haaa.. kat sini aku nak highlight besar-besar.. harga mesin basuh aku beribu raban okeh!
aku bukannya nak menunjuk sangat, tapi alang-alang dah nak membuatkan si hidung penyet tu rase bengkek, tu yang aku highlight besar-besar. eh, dia baca ke blog aku ni?? wakakakakkaa...
aku ingat lagi si hidung penyet penah cite kat aku. mase tu agak lama jugak la dia nak beli mesin basuh baru. tak mampu katanya! ek elehhh.. merendah diri yang sememangnya dah rendang.... blah la kau!!!!
tapi yang sedihnya, tak kesah la kalau betul kau tak mampu. tapi tak perlu kan kau canang kat semua orang yang laki lurus bendul kau tu yang basuhkan baju kau secara manual. termasuk al-kesah anak beranak baju & seluar kecik kau???
budget kau hebat ke???????
aku tak rase pun...
rase kesiannnnnnnnn ada laaaaaaaaa....
ok, cukup pasal si hidung penyet.
insya Allah pas balik dari honeymoon, kami akan beli peti ais pulak. beli sikit-sikit je dulu. kesian kat En Zul kalau nak beli sekali lump sum.
kalau ikutkan macam-macam aku nak buat. nak beli langsir baru, nak beli tv baru (padahal tv yang ada tu pun ok lagi), nak neli kabinet dapur baru, nak besarkan bilik air.. tapi semua tu pakai banyak duit. aku ni gaji ciput je. nak hulur-hulur kat En Zul pun tak cukup rasanya.
tak apa la. En Zul cakap kena beli slow-slow. jangan ikutkan nafsu. kalau orang lain mampu, biarkan aje. kita yang kurang mampu ni, tunggu je la Bersamamu TV3 datang membantu...
erk?!
ayat Bersamamu tu aku yang saja gatal-gatal tambah. En Zul tak cakap pun cenggitu. kalau dia baca, mahunya dia bagi pelempang kat aku.. wawawawawa.......
It's me.. Juz me... Only me!
If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.
A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.
~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!
No comments :
Post a Comment