It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 5, 2014

Ni baru betul-betul fefeling tourist kokesen!

Intensif tahun ni macam tak berapa best nak berjalan-jalan. Sebabnya kereta yang dah keluar dar RST, tak boleh masuk ke kawasan asrama dah. So kau parking je la kat luar RST sana. Masalah kat luar RST pulak adalah kekurangan lot parking. Tambah-tambah bila lepas CNY separuh dari kawasan parking digunakan untuk Palapes buat latihan kawad kaki. Kalau kau dah ambil separuh dari lot parking untuk student, kau bagi la pelepasan untuk naik ke kawasan RST tu. Ni suruh student pergi parking kat belakang library Hamzah Sendut 2. Lagi jauhhhhh.. Mana nak student-student yang duduk kat RST ni pergi parking kat hujung banat tu.

Masa cuti CNY aritu dia bagi la pelepasan sekejap untuk keluar masuk ke RST. So time tu la aku pergi jalan-jalan dengan Wazli & Nadia. Nasib baik sempat aku balik awal, so boleh masuk ke RST dan parking kat dalam. Tapi kesian jugak kat student-student yang tak ada parking. Malam tadi aku balik dari kelas, tengok sikit punya la ramai kadet palapes yang bertugas kat padang kawad tu. Diorang takut student PJJ pergi alihkan cones diorang untuk berlatih kawad kaki kat situ. Merata-rata kadet bertugas macam nak halang rempuhan perhimpunan haram! Sampai aku tengok kat tengah-tengah pada kawad tu ada orang berkumpul ramai-ramai nak bergaduh kot.

Hari tu masa aku keluar ke Queensbay Mall, kak Faziatun ada minta aku buat review beberapa tempat yang best sekitar Penang. Well, ikutkan hati memang nak berjalan-jalan dan buat review tu. Tapi atas faktor masalah parking di Penang dan masalah ke-tidak-mudah-akses-kenderaan di sekitar USM, so aku prefer untuk mengurangkan aktiviti hoyeh-hoyeh aku.



Gambar di dinding-dinding sekitar Penang?
Awat cheq tak tauuuu??


Cuti CNY aku plan nak pusing town dari pagi sampai ke malam. Nak park kete kat mall, then jalan-jalan naik bas atau jalan kaki pun takpe. Tapi masa hari kejadian kitorang keluar USM pun dah lewat. Lepas Zohor baru nak keluar lunch. So berapa ela sangat jalan yang boleh kitorang ukur hari tu? Hujung-hujung kitorang decide nak tengok wayang je. Aku keluar dari USM dengan Wazli. Konon-konon nak makan kat Awet Muda. Tapi kedai tutup. So kitorang call Nadia (yang otw balik dari kampung ke USM) ajak makan sekali. Dia terus ke Padang Kota Lama (PKL) dengan kawan dia, Ima. So jumpa kat sana je la.

How to get there - Padang Kota Lama? Please use WAZE. Hahaha!

Sampai PKL, tengok ramai orang tengah riadah kat tepi laut. Kitorang parking kat sekitar PKL, sekali ada seorang lelaki minta bayaran ikhlas untuk dia jaga kereta kat situ. Eh, kalau ada bayaran dikenakan mengikut kadar masa yang digunakan untuk parking, aku lebih ikhlas nak bayar kadar parking macam tu. Sebab kalau orang awam yang-ntah-sapa-sapa ni datang offer nak jaga kereta, sorry to say.. Memang aku susah nak percaya. Takkan kalau ada orang pecah tingkap kereta aku, dia boleh halang perbuatan khianat tu? Ntah-ntah dia join sekali kot. Sebab Wazli malas nak cerita panjang, dia bagi RM2 kat lelaki tu. Dengan harapan tak jadi apa-apa kat kereta aku. Lagipun aku parking kat area yang mudah dilihat oleh orang awam, siap parking dalam kotak yang betul, apa nak takut sangat?

"Tak apa la.. Janji jangan lelaki tu yang buat khianat kat kereta kau Yati..." seraya Wazli berkata-kata untuk menenangkan hati aku yang bergelodak memikirkan keselamatan kereta aku.

Huhuuu.. Dia mungkin tak buat khianat, tapi dia pakat panggil banyak-banyak kereta yang datang PKL dan parking sepadat-padatnya kat situ. Sampai aku susah nak keluarkan kereta masa nak balik. Cissss!




Kitorang parking betul-betul di sebelah bangunan lama ni.
Kalau tak silap ni Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.




Pandangan sudut depan. Wazli agak teruja nak masuk bangunan ni. Tapi macam tak boleh nak masuk sebab under renovation.


Kitorang makan kat food court PKL. Kat sini majoriti kedai menjual pasembor. Ikutkan perut saiz gajah aku ni nak makan nasi, tak teruja aku nak makan pasembor tengahari buta ni. Tapi cuma ada 2 kedai je yang jual nasi. Kedai jual nasi ayam dan kedai bufet masakan goreng. Kedai nasi campur nan-hado! Sedihhh!






So aku dan Wazli pergi order kat kedai goreng-goreng. Tapi malapetaka sangat bila pembantu kedai tu cakap menu yang available cuma nasi goreng yang berasaskan rencah isi ayam je. Sebagai contoh, nasi goreng biasa, nasi gorang kampung, nasi goreng tomyam. Sebab hanya daging ayam je tinggal. Itu pun tinggal sikit je, so sila order yang menu cuma ada rencah ayam yang sikit-sikit je. Malah nak order Nasi Goreng Ayam pun tak boleh! Berani kau bagi arahan macam tu kat customer? So aku patah hati terus pilih pasembor. Keji betul la kedai tu! (Note : Kedai Tomyam sebelah surau hujung blok)

Wazli masih nak makan nasi, so dia order nasi goreng tomyam. So aku terus cari kedai pasembor. Sedih... Sambil usap-usap perut yang lapar bak naga tasik Chini ni, aku pilih kedai Gani Famous Pasembor. Punya la cuak nak ambil bahan-bahan pasembor dia. Tinggi kemain. Kalau roboh la bahan-bahan pasembor ni, menangis aku sambil menyembah bumi.. Hahaha...



Masa aku blogwalking survey tempat makanan best di Penang, ramai blogger buat review Gani Famous Pasembor antara yang sedap. Well, pandangan peribadi aku mengatakan, YES memang rojak ni lebih sedap dari Pasembor Famous Menari kat Gurney Hawks tu. Merujuk nama kedai 'Famous', aku tak tahu la dua-dua kedai ni ada kaitan antara satu sama lain ke tak (selain jual menu yang sama), tapi aku rasa kuah rojak Gani ni lebih pekat dan sedap.




Nah, tu dia rojak aku. Selalu aku ambil bahan rojak dalam 5-6keping. Mesti menggunung macam ni lepas ditambah timun, sengkuang dan kuah. Ni harga RM18. Sedapppp! Kongsi dengan Wazli. Nadia kena charge RM19, padahal dia amik jenis yang kecik-kecik macam fish ball tu. Dia kongsi dengan Ima. Kalau amik jenis sotong, udang, ketam, sila sediakan note RM100 sebanyak 3-4 keping ye.. Mahal noksss!




.......dan Wazli belanja aku ABC Special.
Harga RM6. Dapat 2 scoops vanilla ice cream. Sedap gak.
Sebagai identically of Penang, harus la dia taruk buah pala kering dalam ABC ni. Ala-ala laici kang.




Well, ni dia Nasi Goreng Tomyam Wazli. Mamat Kpop tu bermati-matian cakap nasi goreng ni sedap ya hamat! Padahal aku tengok simple mimple nak mampos! Yang pembantu kedai tadi kecoh-kecoh suruh order menu yang ada rencah ayam bagai tu, tang celah mana dia taruk ayam kat nasi ni? Aku tak nampak seketul isi ayam pun! Kemain lagi Wazli memuji-muji sedap sampai tahap langit ke tujuh gitu!
Hahahaaa... Harga RM5 untuk Nasi Goreng Tomyam Kosonggggg~


Lepas sendawa kekenyangan seperti ular sawa menelan seekor kambing bunting, maka
bermula perjalanan pengembaraan kami......


Jalan kaki je la noksss.. Baru boleh feeling-feeling tourist kokesennnnn!



Motor oren yang hujung sekali ni paling rare....





Berjalan kaki lebih kurang 5 min (tapi kami amik masa 20 min sebab banyak berhenti ambil gambar), so sampai ke Fort Cornwallis.




Antara meriam yang masih menjadi peninggalan sejarah di FC.




Lepas ni Astro boleh buat penggambaran Betul Ke Bohong kat sini. Sape yang jawab salah, sila melekat kat dinding tembok ni.




Pintu masuk ke FC. Punya la lama aku nak tunggu awek-awek Pinoy ni bergambar kat pintu masuk. Dah selesai bergambar, diorang buat chit-chat party pulak. Hoiiiii... Move aside! Aku nak bergambar pulak. Korang ingat korang je tourist kat sini? Aku pun tourist gak. Hehehe...




Ni dia pakwe Kpop berdiri tegak bak patung cendana sedang membaca sejarah FC. Body mantap siotttt! Ni Che Ta tengok kompem meroyan!




Pantang kena puji sikit, terus melompat macam kera kena belacan!




Sila baca. Macam-macam version ada. Pilih je mana kau nak.




Ni harga masuk. Rasa-rasa diri tu dah tua bangka, maka sila keluarkan note RM2.
Tak payah nak feling-feling sweet-sweet baby hokeyy!




Next time korang datang sini, hanya tugu patung sebelah kiri je yang masih ada.
Patung sebelah kanan dah dimusnahkan atas faktor ke-tidakhensem-an nya yang mengundang
kecelakaan dan malapetaka sekitar FC. Hahahaaaaa...




Ntah apa yang happy sangat tak tahu la..
Ni gambar dari kamera Nadia.
Nak tahu ape yang dia buat sampai happy macam ni?
Sila rujuk bawah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

Ni pandangan kamera aku. Dia menjerit sebab daun-daun yang dia lempar tu terbang ke arah aku.
So... Motif yang nak gelak beriya sangat ni kenapa?


*tak paham... geleng kepala.....*




Ima ---> Nadia ---> errkk... Wazli?




Ni pun aku tak paham gak.
Punya la cantik orang sedia kan prop untuk bergambar, kat celah-celah dinding berkulat tu jugak yang diorang nak pulun bergambar....

Well, this is so called ART.




Tourist from London.
Emma, husband and their lovely daughters.




Emma's first daughter.




No caption




Erkk.. Hoi Wazli, ape kes kau ni??

*Astagfirullahalazim.....*
Terus aku bukak surah Yaasin.. Insaf sekejap.




Beskal ni ada disediakan kat luar FC.
Aku tak pasti berapa harga nak naik beskal ni.
Tak berminat nak amik tau sebab aku tak lepas nak naik. Takut beskal patah 5 kalau aku naik.
Wahahahaa!


Lepas pusing-pusing FC, kitorang ke Queensbay Mall nak tengok wayang.
Saja nak cari cinema yang dekat-dekat USM untuk elak jalan jammed.




Masa on the way balik dari PKL, ternampak mural ni.
Wahhhhh... Akhirnya jumpa jugak 1 mural. Ni berdekatan dengan Chowrasta.
Tapi sorry aku tak ingat nama lorong ni.
Nampak sangat teruja khennnn! *Sorry...*




Buat kenangan *_^


Sampai QBM, tengok movie agak lewat. Yang awal-awal semua tiket dah sold out.
So pusing-pusing QB je laaaaa....




Selepas bertahun-tahun kita bersahabat... Melihat gambar ni membuatkan aku terfikir...
"dengan bontot gajah pun kau menjadik ye Wazli..?"

Kawan-kawan aku ni memang pelik ke.... atau aku sendiri kah yang problem?
Seolah-olah life diorang ---> PELIK ITU NORMAL.




....and you don't have to act like a NORMAL human being, because it will makes you feel really WEIRD!











3 comments :

Unknown said...

assalamualaikum,,,boleh tak,,nak tahu...apa maksud kokesen,,,

Unknown said...

apa maksud kokesen...

Chempaka Merah said...

Wslm..

Kokesen tu sebenarnya perkataan dari bahasa rempit. bahasa asal nya adalah Caucasion yg membawa maksud orang-orang berbangsa Europe. Ala-ala mat saleh la gitu...

Konon berjalan-jalan sekitar Penang ala-ala tourist Caucasion :p