Semalam En Zul ajak aku ke Sungai Buloh nak survey rumput karpet.
Pagi-pagi buta aku dengar En Zul bising-bising pasal jiran sebelah rumah duk buat onar lagi.
Pakcik sebelah rumah menanam pokok kat belakang rumah aku pulak.
Segala daun-daun kering dia masukkan dalam tayar lori (ntah mana dia angkut aku tak sure), then dia biar je sampah tu kat belakang rumah aku.
Esok lusa kalau ada yang kena denggi, jangan nak tunding jari kat orang lain.
Pi salah kan pakcik tu. Dia yang sewel duk menanam segala macam pokok, tapi sampah biar je dalam tayar sekali dengan air bertakung.
Ok, malas nak cite panjang-panjang pasal pakcik sewel tu.
Kang tak pasal-pasal dengan aku sekali boleh jadi sawan.
Hishh!!
Sebelum ni memang aku dah blogwalking, area Sungai Buloh banyak jual rumput-rumput murah.
Area nilai pun ada, tapi jenis Cow Grass la.
So kitorang ke Sungai Buloh ikut PLUS highway.
Sampai je kat sana, memang boleh nampak tepi-tepi jalan orang menanam rumput untuk dijual.
Lepas exit ke Sungai Buloh, kitorang ikut Hosp Sg Buloh pergi ke nursery bunga.
Aku tak sure apa nama nursery tu.
Yang aku perasan kat nursery bunga agak kurang rumput yang dijual.
Mostly diorang banyak jual pokok bunga. Ye la, dah namanya pun nursery bunga kan...
Hehehe..
Depan Hosp Sungai Buloh ni ada banyak nursery bunga.
Ni antara nursery yang kami singgah.
Aku dah mula rambang mata nampak bunga-bunga ni.
Laki aku laju je menonong masuk ke dalam meninggalkan aku yang tengah jakun kat luar kedai.
Eh.. Eh.. Laki aku nampak smart pulak bergambar macam ni.
Ala-ala Tom Cruise pulak.
*muntah*
Yang aku noticed, nursery bunga ni selalunya taruk sampel rumput kat luar kedai.
Tepi-tepi jalan je diorang susun.
Kalau korang lalu tiap-tiap hari, boleh dapat 30 keping sebulan kalau korang rembat sekeping sehari.
Hahaha... Tapi jangan amalkan.
Harommm!!
Kat nursery bunga ni, harga rumput mengikut saiz 2x1 kaki (sekeping) :
Rumput Japan : RM6.00
Rumput Philipine / Pearl / Cow : RM2.00 (boleh dapat RM1.80)
Masa dia bagitau harga rumput ni, aku agak terkejut dengan harga dia.
Sebab kat internet aku survey harga lebih kurang RM1.30-RM1.50 sekeping untuk rumput Philipine.
Tak sangka harga dia naik mendadak!
So kitorang terus pergi tempat lain untuk survey harga rumput.
Aku rasa kat nursery bunga memang mahal compared kat nursery rumput itself.
Jom kita jalan-jalan.
Berdekatan dengan Klinik Kesihatan Sg Buloh ada banyak nursery rumput.
Even penduduk kat area situ pun dah buat bisness jual rumput ni.
Sekeliling rumah diorang ada banyak sampel rumput.
Tapi mungkin stock tak banyak kot. Sebab diorang pun simpan rumput kat sekeliling rumah je.
Kitorang tak sempat nak singgah rumah-rumah area situ untuk tanya harga.
Kitorang straight pergi ke nursery rumput (betul-betul tepi highway Plus).
Harap-harap kat sini murah la..
Kiri & kanan jalan ada orang jual rumput ni.
Kau pilih je mana yang korang suka.
Kat sini boleh pijak rumput tu.
Kiranya diorang tak berkira sangat la.
Rumput yang En Zul pijak tu adalah sampel / ibu rumput untuk di jadikan semai.
Tu jenis Japan Grass.
Pekerja tu bagitau dia dah semai rumput tu selama 8 bulan.
Tapi ketebalan dia memang bestttt!!
Sesuai sangat untuk anak-anak mak bergelimpangan atas rumput tu.
Ok, jom kenali rumput & harganya.
Semua sampel yang aku tunjuk ni adalah bersaiz 2 x 1 kaki untuk setiap keping.
So lepas ni jangan tanya lagi dah berapa saiz.
Ni rumput Jepun.
Harga RM3.50/keping.
Rumput ni sangat halus dan lebat.
Rumput jenis Jepun adalah rumput yang terbaik diantara rumput yang dijual.
Antara kriteria nya adalah, ia agak sukar dijaga.
Tapi jangan risau... Maksud sukar dijaga ni adalah, rumput ini perlu kena cahaya matahari 100%.
Kena selalu dibaja. Kalau tak baja, dia lambat tumbuh.
Tapi... (ada tapinya jugak). Hehee...
Rumput ni memang lambat nak panjang. Kau tak perlu nak susah-susah untuk trim rumput ni setiap bulan.
Selalunya dalam setahun hanya 1-2 kali saja kena trim.
Sesuai la untuk aku yang pemalas ni kan? Hahaha..
Rumput ni jenis memanjang ke kiri dan ke kanan.
Maksud aku, dia akan melebar ke tepi.
Bukan memanjang ke atas. Sebab tu dia tak perlu selalu trim.
Kalau pandai jaga, dia akan menebal dan lebat.
Dengan struktur nya yang halus berbanding rumput jenis lain, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk melepak dan boleh baring dengan selesa kat atasnya.
Nama komersial : Rumput karpet =)
Ok, next!
Ni rumput Philipine.
Harga nya RM1.20 sekeping.
Strukturnya kasar, panjang & besar sedikit dari rumput Jepun.
Dia juga memerlukan baja untuk tumbesaran.
Perlu di trim setiap bulan kerana ia cepat memanjang.
Dan ia memanjang ke atas, bukan ke tepi seperti rumput Jepun.
Tapi kalau pandai jaga, rumput ni akan menebal dan cantik macam rumput Jepun.
Rumput Pearl.
Harganya RM1.20 sekeping.
Rumput ni kecil sedikit dari Cow Grass.
Selalunya kat padang sekolah atau padang bola sepak menggunakan rumput ni.
Kalau cow grass (rumput lembu) saiznya panjang sedikit dari Pearl Grass.
Sesuai la untuk lembu meragut. Hehehe..
Rumput ni senang dijaga.
Sama seperti rumput Philipine, ia perlu ditrim sebulan sekali sebab ia cepat memanjang ke atas.
Strukturnya agak kasar dan besar.
Jadi, nama komersialnya bukan la rumput karpet =)
Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat, orang pemalas macam aku perlu membeli rumput Jepun.
Supaya aku hanya perlu merajinkan diri setahun 2 kali untuk trim rumput tu.
Dasarrrrr pemalas!
Setelah berbincang dengan En Zul, kitorang sepakat amik rumput Jepun.
Terpaksa membeli 30keping dahulu sebab tak cukup duit nak membayarnya.
Takkan nak gadai jam tangan kan? Sebab jam aku pun bukan mahal sampai boleh dijadikan barang gadaian!
Total harga rumput 30 keping x RM3.50 = RM 105.
Lepas aku kelip-kelip mata sambil buat muka comel gwiyomi, maka dapat la diskaun RM5.
Hahahaaa...
Bulan depan beli lagi 30 keping, boleh dapat diskaun RM5 lagi.
So total diskaun RM10 laa..
Kalau aku beli 60 keping terus, dia tak nak bagi diskaun walaupun hanya RM10.
So menjadi jugak trick kecomelan aku tu.
RM10 tu mahal wehhhh sejak subsidi minyak diturunkan 20sen!!!
Motippp? Nak jugak sebut kannnnn....
Petang semalam En Zul memulakan projek menanam rumput beliau.
Ratakan tanah dulu, buang batu-batu then kasi siram supaya tanah menjadi lembap.
Mulakan menanam rumput.
Bismillah......
Tanam keliling laman.
Kecik je laman kami. Tu pun kedekut nak beli terus 60 keping.
Hahahaha...
Aku suruh En Zul tanam kat tengah-tengah dulu.
Then lepas sebulan rumput tu akan memanjang ke tepi & sekitar laman.
Tapi En Zul kan degil.
Nak jugak tanam keliling laman.
Lantak kau la banggggg... Malas nak bertekak.
Malu kek jiran je tengok laki bini gaduh pasal rumput je punnnn...
Bulan depan nak beli lagi rumput untuk topup kawasan yang togel tu.
Harap-harap rumput yang ada ni tak mati la ye...
Bila dah lebat rumput ni, aku upload pic baru eh? =)
Now operasi membanjirkan laman rumah.
Aku jadi pelik. Ni rumput ke, sawah padi?
Beriya orang tua ni menyiram rumput sampai banjir laman aku.
Dah la bang oiiiiii... Maghrib dah ni.
Jap lagi azan, gi la mandi.
Alhamdulillah.. Rumput selesai ditanam sebelum laungan azan berkumandang.
Sebelum masuk rumah, meh ahkak snap gambar lembayung merah di kala senja menjelma.
Love,
30 comments :
nice selection.
kalau berminat pasang automatik sprinkler system boleh contact saya
http://www.sprinklerhouz.com/
nice selection.
kalau berminat pasang automatik sprinkler system boleh contact saya
http://www.sprinklerhouz.com/
nice selection.
kalau berminat pasang automatik sprinkler system boleh contact saya
http://www.sprinklerhouz.com/
hmm baru tau byk jenis rumput ni ye..tq utk detail explanation!!
http://idanas.blogspot.com/
hmm baru tau byk jenis rumput ni ye..tq utk detail explanation!!
http://idanas.blogspot.com/
baru tau ade byk jenis rumput hiasan ni..tq for detail explanation!!
http://idanas.blogspot.com
boleh sy tau kat mana beli rumput jepun yg rm3.5 tu?sbb sg buloh ni byk sgt kedai nursery..yg dkt lembaga getah pon byk.tp nk cari yg murah..
nak tanya kat mana cari rumput jepun tu. sbb kat sg buloh ni byk sgt kedai nursery tp sy nk cari yg murah. kalo rmpt jepun rm3.5 tu murah jgk..kalo sudi kongsi.tq
@asmahani
kedai yg sy beli ni berdekatan dengan Klinik Kesihatan Sg Buloh. lepas masuk simpang klinik kesihatan tu, akan jumpa rumah penduduk. selepas kwsn perumahan boleh nmpak kawasan rumput ni. berhadapan dengan hiway..
Good info
Hie, nak tau dah jadi aper la kat rumput carpet tu?? heheh
@jamesben
Hi =)
selepas sebulan tanam rumput tu, dia dah membiak dgn jayanya. rumput cepat menebal dan jadi ohsem! hehe
suka tengok laman yang simple macam ni...
tq @mama =)
Murh ny rumput philipine...kt jb ni sy jumpe sume hrge rm 3 ke atas...mgu depn nk g sne la...nk tny, lepas msok simpng klinik ksitan tu,jumpe perumhan...jln straight je ea...??jaoh x dr simpg klink tu ??
Hy...nk tny, msok smpng klinik ksihatan tu jumpe perumahan...jln straight je eh?? Jaoh x dr simpang tuh?? Sy org jb...nk beli kt tmpt tu la...sbb kt cni mhal sgt...lg pn sy nk bli bnyak...
@shakila
lepas perumahan tu dah tak jauh dah.. btul2 slepas rumah2 kg tu, terus jumpa tmpat ni. betul2 setentang dgn highway. senang je nak cari.
thanks for sharing! mmg tgh survey rumput utk laman sekangkang kera ni hehe
Kalau nak tahu cara nak tanam macam mana sila layar ihttp://smartgarden2me.blogspot.com/2013/08/saya-nak-kongsi-sikit-macam-mana-nak.html?m=1 tq cempaka merah
boleh upload gambar rumput yg terbaru x? really appreciated. tqvm
Tq kak bg info!
Tq kak bg info!
Tq kak bg info!
info yg sangat berguna..terima kasih..xsabar nak tanam rumput kat laman rumah :) :)
Kalau beli rm berapa penghantaran percuma
Minggu lepas sy beli rm3.00 rumput jepun. Tp dia punya rumput x penuh lagi la. Nursery yang ujung. Yg belah depan semua mahal2. Deal dgn indon yg tengah semai rumput tu.
cuba post pic terbaru rumput ni jadi macam mana dah..4 tahun kemudian kan..2017
Tankz kak info....ade pic terbaru dh.2018 dh ni.pm pn dah bertukar baru.madey.haha...kalo ade masa up pic ye.tankzz
Steady kak. Bab siram rumput sampai jadi sawah tu memang betul. Saya pun buat. Macamlah rumput tu terus tumbuh banyak esok pagi...kekekek
Salam..sbelum tanam rumput, ade letak pasir halusx?
Post a Comment