It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 1, 2013

Araso?

Minggu lepas anak-anak aku menggila layan movie Korea.
Balik je rumah, benda yang pertama diorang cari adalah laptop & hardisc aku.
Dalam bilik diorang senyap je. Aku ingat diorang buat kerja sekolah.
Rupanya duk melayan movie Full House.

Bila aku pekik, bergelimpangan masing-masing cari kerja sekolah.
Haaa.. Baru kau tahu penangan mulut aku.
Last week kan musim jerebu. 2 hari budak-budak ni tak pergi sekolah.
Seronok la diorang dapat tengok movie FH tu.
Siap menari-menari lagu 3 beruang tu.
Yang aku pelik, diorang tu cakap tengok movie.
Tapi bila aku tanya beberapa scene yang kelakar, diorang macam blurr je...



Kakak dengan adik tengok tak nenek Yeung Zhi menari 3 beruang?

Ada ke Mummy? Yang mana eh?

Korang tengok tak masa Yeung Zhi pujuk Ji En, dia menari 3 beruang versi English?

Kat episode mana Mummy?

Tengok tak Yeung Zhi suruh Ji En pura-pura berlakon mengandung masa Abg Min Nyuk datang rumah diorang?


*krik..krik..krik...*
senyap je... kau pandang aku, aku pandang kau...




Hadoiiiii laaa... Budak-budak ni faham ke tidak cerita Full House ni?
Aku tanya, haram diorang tak tau scene yang aku tanya tu.
Tapi kat dalam bilik diorang, kemain lagi diorang gelak-gelak.
Siap bagi komen macam-macam kat cerita tu.




Punya la suka layan movie ni sampai terikut-ikut nyanyi lagu dia.

Sha la la la la la la laaa~



Haha... Comel tak suara Ika?
Ni aku record senyap-senyap. Kalau diorang tau aku rakam,
mesti keluar semua aksi-aksi gedik diorang semua. 


Yang kat bawah ni Aleeya yang tulis.
Siap taruk ARASO lagi. Hehe..






Malam tu masa aku jenguk diorang tidur dalam bilik, sekali terpandang tulisan ni kat white board dalam bilik diorang.
White board ni aku guna untuk ajar diorang math untuk kira-kira.
Dulu aku kan cikgu, harus la mengajar pakai white board.
Nak ajar guna note En Zul, saiznya cuma 10.1' je. Tak muat nak tengok beramai-ramai.
Maka white board la paling praktical nak ajar diorang.

Dah lama-lama tu, aku malas nak ajar dah. So white board ni jadi tukun untuk diorang conteng-conteng je.
Sebab terpengaruh dengan Full House, tu yang siap ber'araso bagai tu.


Alahaiiii.. Aleeya.. Kau buat Mummy syahdu nak...


Minggu lepas kan KL teruk dilanda jerebu.
2 hari anak-anak aku tak pergi sekolah.
Hari Isnin tu memang sekolah diisytiharkan cuti.
Yang hari Selasa tu pulak En Zul yang out station kat Perlis yang isytihar cuti untuk anak-anak.
Wahhh.. Seronok la anak-anak aku.
Hari Isnin budak-budak ni tak nak pergi rumah babysitter diorang.
So terpaksa la aku angkut diorang ni pergi ofis.



Ape lagiiii... Macam biasa la aktiviti budak-budak ni.
Conteng sana-sini. Buat kepoh & haru biru kat ofis aku.




So demi menyelamatkan suasana kecoh kat ofis ni, maka aku angkut budak-budak ni pergi Gombak.
Saja nak buat lawatan kat tempat rekrutmen di Gombak.
Macam-macam masalah katanya!!!
So aku pun pergi la ke sana. Nanti masuk meeting cakap Ketua Unit tak turun padang pulak..
Hahaa...




Dalam jerebu yang menebal, terpaksa la pakai topeng ni.
Tak nampak la wajah aku yang cantik tu kononnya!!
Hahaha..
Aleeya yang tengah sedap membuta tu, aku paksa dia bangun & ambil gambar.
Gila punya kuyu mata Aleeya. Hahaha!!
Maaf nak, mummy memang dengki tengok kau tidur. Lalalalala~~~


Tapi dalam keadaan jerebu yang teruk macam tu, aku pelik dengan sesetengah orang.
(Sebenarnya nak cakap pasal jiran-jiran kat rumah aku tu)
Ada beberapa orang ni memang suka melepak kat parking lot.
Dalam duk jerebu ni, diorang gigih melepak jugak.
Melepak siap pakai face mask tu. Aku pun tak paham kegigihan jenis apakah sebegitu gayanya?
Kalau aku la, bila dah berasap-asap ni, baik duduk rumah layan cerita Hawai Five-O je.
Sedap sikit mata aku tengok boipren aku tu berlakon.
Alang-alang mata sakit sebab asap jerebu masuk mata, maka dengan menonton H5O adalah penawar pada kesakitan mata itu. Hahahaa...



Hey darling, there's a bad haze out there.
Please stay indoor, ok?

Araso? :p







2 comments :

Unknown said...

:) FH.. citer masa sy kat U dlu.. comel waktu nyanyi lagu 3 bruang tu.. :)

Chempaka Merah said...

Best kan cite ni? Sy paling suka cite FH ni :)