Haaa.. Tu dia motto aku untuk entri kali ni. Sejak dua menjak aku sakit mata ni, memang berturutan la entri pasal mata. Jangan terkejut kalau lepas ni aku dilantik jadi model untuk produk mata. Hahaha.. Verangannn!!!
Semalam aku ke Wangsa Walk (WW) dengan Leen. Saja jalan-jalan cari hadiah untuk besday Maklang. Sebelum ni cadang nak beli barang kemas. Tapi memandangkan idea menghadiahkan barang kemas very old fashion, maka aku cadang nak beli mesin urut. Lepas survey kat internet, kitorang cadang nak survey barang Osim. Tapi sampai WW, terus masuk Gintel.
Ok, cerita Gintel aku simpan dulu.
Now nak story pasal produk dari Korea.
(mentang-mentang gaya Gwiyomi yang kiut miut tu tengah meletop, terus nak beli barang produk K-pop)
Hari tu aku baca gosip kat Beautifulnara pasa Jojo pelakon 29 Feb tu jadi duta produk Shizens. Tak ada yang special pun. Tapi sumpah tak sangka bila aku sampai WW, aku boleh jatuh hati dengan produk Shizens ni (habis la punah harapan aku nak beli compact powder Victoria Jackson.. Huhuu...)
Mulanya kitorang just try lipstick dia je. Lipstick tu kaler putih, tapi bila kena bibir dia bertukar kaler ikut warna darah kita. Alaaa... Product Nutrimetics pun ada. Even lipstic ikut kaler darah ni berlambak jual kat pasar malam. Tapi product Shizens ni mesti la ada specialnya kan? Lipstic yang ala-ala cream tu boleh buat blusher!
Wahhhhh.. Gila best!!!! Kaler dia pinkish-pinkish gitu. Nice je kalau sapu kat pipi. Kalau tersapu lebih sikit tak de la pelik sangat macam pipi badut. Hahahaa...
Ni tester dari product Shizens. Aku try semua ni. Memang best.
Harga pun best jugakkkkk... Beribu riban!!!
Let me introduce... From the left :
1. Scrub kaler biru
(ni macam jelly, bila gosok kat muka, kulit kering/sel mati akan tanggal macam tisu basah)
2. Toner Aqua Mist
3. Liposome (untuk menegangkan kulit)
4. Lip Tattoo (lipstick ikut kaler darah)
5. Eye liner
6. Eye Charm (untuk memanjangkan bulu mata)
7. Mascara
8. Moisturizer (extract Madu dan rose)
9. Compact powder (mengandungi alo vera)
Leen selepas make over. Muka dia kurang gelap & kurang berminyak.
Patut ambik gambar sebelum make over. Baru la nampak perbezaannya.
Berpeluh-peluh aku kat kaunter Shizens. Semua kerana make over punya pasal.
Haaa.. Sila lihat ke mata saya. Nampak tak bulu mata saya sedikit lentik?
Tak nampak? Tak pe.. Nanti saya tunjukkan yang lain.
(Ni mesti ada yang nak keji gambar aku. Silakannnn.. Aku tak main sentap-sentap. Hahah!)
Lepas hati berbelah bagi nak membeli product Shizens di tengah bulan, maka aku tegarkan hati untuk menyambar sebarang dua product ni. Leen ambik 3 products (bedak, liposome fair & eyeliner) campur dengan barang aku kat atas tu, harganya RM800++. Boleh bikin sawan aku nak membayarnya. Lepas bayar baru teringat nak tengok kalender gaji bulan ni. Huhuuuuu....
Tu pun bedak & liposome fair aku ambil set kecik. Kalau ambil set besar kompem mencecah ribu raban. Duit nak membayar harga kerusi urut Gintel mak lagi. Hadoiiiiii... Kalau la bulu-bulu kat badan aku ni laku, dan-dan tu jugak aku cabut satu persatu bulu aku ni pegi jual. Untung-untung boleh dapat RM3-4 ribu sedap jugak aku yang berbelanja. Hahaha!!
Ini Liposome Fair Refining Essence 7.5ml
Mengandungi esen mutiara, Vit E & Vit A untuk menegangkan kulit.
Sapukan sedikit pada muka, dan urut ke arah atas secara perlahan. Lepas sapu je dah nampak hasil.
Kulit serius jadi tegang!!! Masa staff tu sapu sebelah kiri, compared dengan sebelah kanan, memang nampak kulit sebelah kiri tegang! Ni bukan tipu ok. Kalau tak caya, sila la ke kaunter Shizens & try this product.
Memang boleh nampak kesannya serta merta.
Can u see the bubbles? Dulu aku pernah nampak benda ni kat somewhere.
Masa tu aku terfikir, "cantiknya krim tu bentuk bulat-bulat"
Tapi masa tu tak ingat pulak product apa? Mungkin product Shizens ni la kot....
Natural Pore Nutrient Foundation 3g.
Harga RM168. Kalau ambil set besar 12g harga RM200++, lagi untung la. Tapi tak ada casing bag baldu tu.
This foundation very differ from others. So far aku belum pernah jumpa foundation macam ni.
Selalunya kalau bedak foundation, tekstur dia memang macam bedak. Bezanya cuma kasar atau halus.
But this one tak macam bedak yang lain. Tekstur dia macam cream. Bukan macam bedak.
Errr... Faham tak maksud aku?
Line putih tu adalah aloe vera extract. Bedak ni jenis macam moouse.
Lembut je. Bila pakai tak berminyak. Nampak shining macam kulit gadis Korea.
Haaa.... Tak tipu tau!
Ni la punca kegilaan aku pada product Shizens ni.
Eye Charm 1g, harganya RM128.
Benda ni sebenarnya fibre hitam yang berfungsi untuk memanjangkan bulu mata.
Dan product ini sangat-sangat berkesan!!!
Staff tu hanya memakai pada sebelah mata, dan menampakkan hasil yang sangat ketara!
Dan aku pun mencubanya.. Buat pertama kali aku sangat-sangat berpuas hati.
Boleh nampak tak fibre tu? Sangat halus dan ringan.
Product ni boleh tahan sampai 1-3 tahun, bergantung kepada kekerapan penggunaannya.
Mascara 7g, harga RM69
Lip Tattoo 8ml,
Ni la dia lipstick yang ikut kaler darah tu.
Kaler asal dia putih, bila sapu ke bibir bertukar mengikut kaler darah.
Paling best, boleh sapu kat pipi jadi blusher. Pinkish tau!!
Sangat cantik kaler dia, neutral je..
Ok, sekarang nak tunjuk impak Eye Charm.
Jeng.. Jeng... Jengggggg!!!
(korang jangan gelak tau.. Aku belasah je ni..)
Ni mata aku. Bulu mata sangat nipis. Boleh kira je ada berapa kat situ.
Hahahahaha.....
Hmmm... Mata aku masih belum pulih sepenuhnya dari viral.
Tak pe la, Shizens punya pasal, belasah je la ye....
Mula-mula sapukan mascara. Sapu biar rata. Aku sapu atas je.
Sebab nak nampak bulu mata atas yang panjang.
Sapu... Sapu... Sapu....
Haaa... Nampak tak? Nampak tak??
Ni ha dah sapu mascara. Hitam kan??
Mintak maaf la. Aku tak berapa pandai pakai mascara.
Serabut je kan?? Hahahaha...
Now, sentuhkan Eye Charm pada bulu mata.
Peringatan : Cuma SENTUH kan sahaja ye... Jangan sapu pulak..
Touch sikit-sikit je...
(nampak tak fibre hitam tu jatuh kat hidung aku?)
Lepas sentuh Eye Charm, sapukan semula mascara untuk lekatkan fibre tu pada bulu mata.
Ulang sentuh Eye Charm & mascara sehingga mendapat panjang bulu mata yang dikehendaki.
*1 layer Eye Charm pun dah boleh nampak hasil
Aku buat 2x Eye Charm (2 layers) dan ini hasilnya :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Panjang & lentik kan?
Tak perlu pakai penyepit bulu mata or bulu mata palsu.
Ni kalau Rozita Che Wan nampak mata aku, kompem dia menangis!!
Hahahaha.........
(kalau muka berminyak, dia takkan comot. Nak bersihkan senang je, sila la ambil wudhu, insya Allah boleh tanggal. Hehehehee... Maksud aku basuh dengan air je)
Milik siapakah mata ini....??
Ini la rahsia kecantikkan gadis Kpop!
Hehehehe....
Apa lagi, jom la beli Eye Charm...
p/s : aku bukan duta Shizens, tapi Jojo. Dan aku tak dapat komisyen pun buat entri ni. Sekadar nak kongsi benda best je.. Kalau ada sesapa tak suka, ADA AKU KESAHHHHH??
Hahahaa.......
Sebelum aku tido, nak tunjuk satu benda pasal mata.
Aku sakit mata sejak Selasa lepas.
Aku ke Klinik Warga untuk minta ubat mata.
Sekali doktor bagi ubat ni.
Lepas aku kelebet-kelebet botol normal saline tu, aku tengok logo ubat titis tu macam familiar.
Lebih-lebih lagi masa musim PRU13 ni.
p/s : nama aku mengundi kat rumah Maklang. Tapi rasa malas nak pi buang undi. Hehee...
9 comments :
Dulu ada beli eye charm ni. Pastu ada terbaca memanjangkan bulu mata ni berdosa, terus campak buang. But i really like lip tattoo. Dulu masa baru keluar kena beli lip painter. Now dah ada separate as lip tattoo. Cuma yg baru first time menggunakan lip tattoo ni, product ni akan ada reaction bila lama pakai the mixture akan separated antara air dengan bhn cream tu. but don't worry give a good shake n still boleh guna hingga titisan terakhir. Cream compact dia pun is the best. I switched to MAC tapi rasa Shizens punya lagi ok. Ermmm habis MAC ni nak beli balik Shizens.
Tumpang tanya... Boleh tak kita guna lip tattoo tu untuk solat sebab sy try tester dia and agak lama juga dia stay.... Mcm susah nak bersihkan....
@Bibilui
Not sure la.. sebab i pakai tak de la susah nak bersihkan pun..
kak sy bru beli foundation compact tu.? dia ckp after guna tu no need to pakai bedak ke ape ke sbb mmg serious la gorgeos gila . tp akk guna x ape ape after pkai foundation ni
@lyana
Yes, lepas pakai foundation compact tu akk tak pakai bedak lain. cukup pakai foundation tu je.. lepas sapu tu, akk apply lip tattoo kat pipi sbg blusher.
semalam baru try dekat mid valley…promoter tu cakap boleh bwk solat. memang da aim nak beli lip tatoo tu coz my lip sgt kering n very sensitif. next time i beli, i share kt my blog ya…btw, promoter tu ckp lip tatoo blh jgk sapu kt nipple..memang teruja nk try coz , i BF my baby.eh, jemput singgah kt my blog, ryean-is-story.blogspot.com
lip tatoo mmg best laa..lps beli tu terus x nak pkai lipstik kecuali klu gi majlis2 je.. lps ni mcm nak try die punya compact tu... rasenye produk2 shizens ni mmg khas utk org yg suka make up tp x nak look berlebihan kan..
@SallynaSanusee
Yup, lip tattoo mmg best! product ni mmg ssuai utk org yg suka make up nampak natural..
hai, assalamualaikum. saya staff baru dekat shizens. :) yaa, lips tattoo boleh di pkai masa solat. actually TATTOO tuu nama dia je, hehe. kandungan dalam dia tak de alkohol lgsg. :)
Post a Comment