It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 6, 2013

Sebab aku dah stuck, so aku tulih belog jap.

Dulu aku kemain marah kalau ada orang hantar game request kat FB aku. Tak kesah la game apa sekali pun, memang aku hangin satu badan. Siap buat status minta kawan-kawan jangan send game request kat aku. Tapi bak kata orang-orang tua, kalau benci kena berpada-pada. Nanti benci tu boleh jadi sayang. Macam aku dengan En Zul la. Dulu kemain benci kat dia. Alih-alih dia jadi laki aku. Haaa, siapa boleh pertikai takdir Allah? Dulu benci sampai tak boleh pandang muka, sekarang kau hadap la muka dia hari-hari. Nasib baik dia chenta hati aku khennn, tak de la berbulu mata ni nak tengok muka dia. Makin hari makin sayang uollsssss.. Kah~

Berbalik pada game request kat FB tu, sekarang aku dah join geng-geng send request Candy Crush (CC) Saga. Hahaha.. Macam bangang je buat pengakuan ni kan? Hihiii.. Mulanya dulu masa mula-mula En Zul belikan S3 ni, aku duk download segala macam tok nenek apps kat Play Store tu. Almaklum la, orang baru nak try pakai Androids phone, batak la jadinya. Sampaikan game Gangnam Style kejadaharam tu pun aku download. Pastu bila tak reti main, mula la memaki hamun segala benda yang ada. Padahal boleh je uninstall balik benda tu. Motif kau nak maki hamun semua benda apehal?

Bila dah seronok main CC ni, start la jadi ketagih kan? Kau jangan nak tipu la kalau dah start main game tak jadi ketagih. Dulu aku main game dengan housemate aku sampai berkampung depan pc aku sampai ke Subuh. Apa ntah nama game tu. Kalau tak silap aku diorang rename game tu as 'Tak Ada Makna'. Masing-masing duk save game tu dalam pendrive. Kat rumah tu aku sorang ada komputer, so semua pakat parking bontot kat depan pc. Sorang tukang klik mouse, yang lain tukang cari gambar. Level ketagih main game tu mengalahkan drug addict. Same goes to CC. Hari-hari main sampai, konon-konon this is the best ever game~ Puiiiii!

CC tu pulak ada part yang kena request life atau nak up level. Macam cibsss je kan? Ntah apa motif nak suruh minta-minta kat orang aku pun tak paham? So aku pun terpaksa la menebalkan kulit muka yang dah sedia tebal ni buat request kat kawan-kawan. Cissss.. Akhirnya aku kecundang dengan CC. Ai hate u miss candy!! Benci-benci pun, miss candy ni jugak yang kau hadap hari-hari.. Aiyyyoooo....

Sebab hari ni aku stuck dari malam tadi, maka tercipta la entri ni (bukan hari ni je stuck, tapi hari-hari stuck!) Sebabnya aku dah lenguh nak main. Pastu aku dah penat nak tukar date untuk refill live. Pastu nak layan blog gosip pun dah rasa bosan sampai nak muntah berdarah. Sejak semalam aku follow thread kat Cari Forum pasal Adi Putra dengan scandal dia. Hari ni masih berlarutan thread tu. Kat blog gosip lain pun aku dah khatam. So, what to do now? Haha.. Mari update blog!

Semalam aku sakit hati dengan jiran baru aku. Baru pindah seminggu aku dah rasa terbakar hati. Actually sejak beli rumah tu aku dah hangin dengan jiran-jiran aku. Tapi apakan daya, aku belum ada bukti kukuh nak buat pencetus carutan dan makian aku kat diorang. Rumah aku rumah tepi. Jiran sebelah kiri aku ni chinese. Dah tua dah uncle tu. Mesra jugak la. Walaupun dia agak-agak blurr. Sebelah kanan kosong la kan sebab rumah aku rumah tepi. Tapi sebelah lorong tu rumah malay. Kira rumah dia pun rumah tepi la. Masa kitorang baru beli rumah tu, dia ada offer anak lelaki dia untuk jadi kontraktor untuk renovate rumah kitorang. Tapi bila En Zul cakap berapa budget kitorang, pekerja dia cakap nak sms dulu bos dia (bos dia tu  kira anak jiran aku tu la). Sekali pekerja dia tersalah hantar mesej. Dia cakap, "Bos, budget dia ciput. Dalam RM40k. So macamana?" Sekali En Zul baca, terus dia balas sms budak tu. "Awak salah hantar ni. Awak patut hantar kat bos awak, bukan kat saya." Apa lagi, gelabah la budak tu. Dia balas sms minta maaf, tapi En Zul tak respon. Dia siap call balik semata-mata nak minta maaf. Tapi sudah terlambat bro! En Zul agak bengang terus ambil kontraktor lain. Ngagaga!!

Kalau ikutkan bukan banyak pun yang kitorang reno. Setakat extend laman belakang rumah, tambah bilik, tambah bilik air & buat pagar batu keliling rumah. Tapi kitorang malas nak panjang-panjang cerita, kitorang decide ambil kontraktor lain. Tapi kontraktor tu pulak haprak! Malas nak cerita pasal dia kat sini. Back to the story pasal jiran aku tu. Diorang ni suka benor buang sampah kat depan laman aku. Cisssss! Walaupun di luar rumah, tapi still kawasan depan rumah aku. Kot iye pun aku tak duduk situ lagi, jangan la ambil kesempatan buang sampah kat depan pagar aku. Cuba guna sikit akal tu. Kalau orang lain buang sampah depan rumah diorang, agaknya terus report polis agaknya!

Dari hari tu macam-macam diorang buang. Yang uncle chinese tu buang meja mahjong. Yang pakcik melayu ni buang segala pokok & daun yang dia cantas. Eeeee... Kang sorang-sorang aku cantas pelir kang! Malam tadi En Zul dah bakar semua sampah kat depan tu. En Zul cakap lepas ni kalau diorang buang lagi sampah, memang kena sound la. Siapa lagi yang buang kalau bukan diorang? Dah sah-sah sebelum ni meja tu ada kat luar rumah uncle tu. Dan pokok-pokok tu pakcik tu tanam tepi rumah dia. Hujung-hujung kat depan rumah aku jugak yang dia lempor. Dasar manusia tak de sivik!

Dah la, aku nak masuk meeting. Doa-doa semoga mood Prof Datuk baik hari ni. Aminnnn...



*hari ni ada jamuan raya kat PPUKM, tapi aku tak pegi. Now rasa lapar, rasa menyesal pulak tak pegi. Huhuu..


Monday, September 2, 2013

New house 01/09/13

Syukur Alhamdulillah, kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru di Taman Bangi Jaya. Kalau ikutkan kitorang ni dah setahun plan nak pindah, tapi baru sekarang tergerak kudrat nak angkut semua barang. Ikutkan awal tahun hari tu kitorang dah angkut sikit barang. Kira first trip la. Elok masuk bulan puasa aku angkut balik oven ke rumah Cheras sebab nak baking kuih raya. Gila mengangkut barang je la aku ni. Tapi tak pindah-pindah pun. Hahaa.. Rumah kat Cheras ni kitorang akan sewakan. Insya Allah Raya Haji nanti kitorang buat housewarming. Nanti aku jemput eh? Boleh korang tolong aminkan doa ustaz masa bacaan doa selamat nanti :)

Hari Sabtu kitorang start packing barang. Bermula dengan baju. Omaigoddddd... Banyak nya baju! Tapi tak pakai pun. Balik-balik baju yang sama je aku pakai. Almaklum la, badan dah makin menggajah ni, banyak baju dah tak muat. Hehe.. Habis semua bag tarik, bag balik kampung, bag pack, semua kitorang guna nak simpan baju. Tak cukup dengan bag, aku siap guna plastik hitam tu buat simpan baju. Ada la dalam 7 bag plastik semua nya. Plastik pulak mana boleh guna saiz M, badan aku je dah macam badak ni harus la guna plastic bag saiz XXL.

Dalam tengahari tu kitorang stop packing baju. Kitorang siap-siap gi open house rumah Faridzul. Ehem..Ehem... Sekarang mak dah bff tau dengan Faridzul. Bff sampai ke syurga hokehhhh.. Wahh.. Statement!!! Hihihiiii.. Sebab malas nak masak, so kena la penuhi jemputan open house. Aku just bawak biskut raya je gi rumah dia. Kat sana aku pulun makan kaw-kaw punya. Ye la, orang malas nak masak breakfast & lunch. So harus la pulun makan banyak-banyak macam membela hantu raya.

Balik dari rumah Faridzul, kitorang singgah beli plastic bag & musking tape. Sampai rumah kitorang sambung packing barang. Sehari suntuk spend masa untuk wrapping perabot je. Gila penat wehhh!! Dulu masa pindah masuk rumah Cheras, barang-barang perabot & elektrik semua datang dari kedai. So aku masuk bawak beg baju & cuci kaki je la. Bila dah nak pindah rumah baru, kena la berpenat & berlendir badan nak angkut barang, dengan harapan turun la berat aku 5 kg. Kalau betul turun berat aku 5 kg, tak sia-sia la aku berpenat lelah khennnn...

Lepas maghrib aku tertidur. Malam tu kitorang keluar makan. Serius tak lalu nak telan makanan sebab terlalu penat. Aku order nasi goreng kampung, makan separuh je. Last-last En Zul yang perabihkan. Balik rumah kitorang just lepak-lepak je. Plan nak angkut barang malam tu. Tapi sebab kawan-kawan tak ada yang free untuk tolong, so kitorang angkut esok je la.

Pagi esok aku sambung packing barang. Serius aku pelik mana datang semua barang-barang dalam rumah aku ni? Selama ni nampak macam tak banyak je. Ye la, rumah aku kecik je. Masih ada ruang kat rumah aku tu. Tapi bila mengemas sumpah belambak sampah dalam rumah aku. Aku panggil sampah sebab aku rasa semua barang tu tak digunakan pun. Tapi beriya duk simpan buat pekasam. Konon-konon dengan harapan sampah-sampah ni semua boleh bertukar jadi emas lepas disimpan berabad-abad lama. Ok, teruskan berangan.

Dalam duk pening-pening mana nak buang sampah ni semua, aku angkutttttt jugak semua pindah rumah baru. Hahaha.. Masih terus berangan nak kumpul sampah jadi emas tu!!! Aku cadang masa nak kemas rumah baru, masa tu baru aku nak separate barang-barang yang tak diguna tu. Kalau buang awal-awal, kang barang tu masih diperlukan, menyesal pulak sebab dah buang. So, play save aku simpan dulu barang tu semua.

Dalam pukul 11 lebih kawan En Zul si Azmi tu datang tolong angkat barang yang besar-besar. Sebelum tu En Zul dah mula angkut barang-barang kecil masuk lori. Aku masih duk mempacking barang-barang. Masa nak angkut perabot, masa tu terbit rasa menyesal beli perabot kayu yang berat-berat tu. Harga dah la mahal, berat macam nak angkut bapak gajah! Baik aku beli perabot yang murah-murah tu. Ringan pun ringan. Memang la tak tahan lama. Kalau kena air kompem kembang. Tapi tak ada la menyusahkan aku nak mengangkat barang-barang tu. Kalau rosak, beli je la yang baru. Barang murah kalau rosak tak ada la aku sakit hati sangat nak menukar baru. Ni barang mahal-mahal kalau rosak masa angkut masuk lori memang terbakar hati aku.

Dalam pukul 2pm kitorang gerak ke rumah baru. En Zul drive lori, aku follow belakang. Dalam kereta penuh dengan barang dalam kotak & aircond. Tu pun kitorang tinggalkan dulu stove, meja makan (kerusi dah bawak masuk lori), tv ruang tamu (tv bilik dah bawak), akuarium udang aku tu, set pinggan mangkuk yang orang bagi masa kawin dulu & barang-barang kecil yang kurang penting. Cadang nak angkut tv naik kereta je. Tapi kereta tak muat nak sumbat tv gabak tu. Tu pun ada hati nak tukar tv 60inch! Yg 50 ni pun tak termuat nak masuk kereta. Temanya bukan tukar tv, tapi kena tukar kereta! Huhuhuu... Otw ke sana aku singgah beli nasi beriyani nak makan lunch. Azmi pulak tak ikut sebab dia nak pergi open house. Sampai rumah sana, kitorang lunch dulu. Dalam duk lapar tu masih tak habis makanan sebab penat sangat. Elok jugak badan penat-penat ni. Kurang sikit selera makan aku ni. Hahaha..

Kitorang start angkut barang turun lori, then kemas bilik tidur kitorang. Bilik Ika dah siap kemas awal-awal aritu. Masa first trip kitorang sempat kemas bilik Ika & Aleeya. Tapi bilik Aleeya kitorang tak sempat nak pasang katil. So semalam setelkan bilik kitorang. Pasang perabot & katil. Dalam pukul 7.30pm setel semua barang kitorang bawak masuk rumah. Alhamdulillah.. Lega sebab semua barang masih dalam keadaan baik. Lepas maghrib aku selongkar semua plastic & bag yang simpan baju untuk pakai malam tu. Habis berselerak bilik Aleeya macam orang jual baju bundle. Malam tu kitorang keluar ke Mydin & singgah makan. Baru aku berselera nak makan. Habis sepinggan bihun ladna aku. Hahaha... Balik makan, En Zul pasang langsir bilik kitorang. Aku pulak cari baju nak iron untuk pakai kerja esok.

Malam tadi adalah malam pertama kami di rumah baru. Auuuu.. Malu-malu pulak rasa! Hahaha.. Rasa macam lain sangat perasaan ni. Mungkin faktor kurang selesa rumah berselerak. Selain dari faktor baru tengok cerita The Conjuring minggu lepas. Muahahaha!!! Gila seram pindah rumah ni. Tapi sebab jiran-jiran semua dah ada, aku cuba sedapkan hati sikit. Rumah baru ni rumah tepi, so a bit seram nak pandang tingkap-tingkap kat tepi dinding tu. Risau jugak aku bila rumah banyak tingkap ni. Takut orang pecah masuk je. Harap-harap tak jadi la macam tu. Aku harap juga tak ada la entiti halus yang akan duduk berdiri kat luar tingkap tu sambil memandang aku tengah main candy crush kat dalam rumah. Choiiiiiiii... *tampar-tampar mulut sendiri!*

Pagi tadi aku mula pergi kerja dari rumah baru. Bangun pagi pukul 5.45am. Dalam pukul 6.30am kitorang keluar rumah. Sampai kat PPUKM dalam pukul 7.20am. Walaupun penat 2 hari berhempas pulas mengemas barang, tapi pagi tadi tak ada masalah liat nak bangun pagi. Badan pun tak ada la penat sangat. Cuma pagi tadi air sejuk gila! Macam mandi air ais. Lagipun water heater tak install lagi. Terpaksa la mandi sejuk-sejuk pagi tadi. Redhoooo! So pagi ni terpaksa keluar rumah awal, setelah bertahun-tahun aku keluar rumah lewat sebab jarak rumah dengan PPUKM cuma ambil masa 10min je perjalanan dan jumpa 2 kali traffic light. Tapi hari ini, jumpa banyakkkkkk kereta.

Hello, traffic jammed! Nice to meet u :(


P/s : Lepas 2 hari angkat barang, aku lost 3++ kg. Hahaha!!! Walaupun tak sampai 5kg, tapi kat rumah tu agenda mengemas masih diteruskan. So mission nak capai 5kg masih dalam impian. Hahahaa...



Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya 2013

Insya Allah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Itu pun kalau anak bulan tak menyorok la. Alhamdulillah persiapan raya dah siap 80%. Kelengkapan anak-anak & En Zul dah siap. Kelengkapan aku cuma nak beli tudung je. Kalau tudung tak sempat nak beli, pakai je la tudung yang mana ada dalam lemari tu. Semalam En Zul ajak aku turun KL malam ni. Nak beli baju untuk aku & anak-anak lagi sepasang. Wahhh.. Baik nya hati Mr Babyboop aku ni. Hahaha...

Kelmarin aku dah siapkan kuih cornflakes madu, dapat dalam 2 balang. Tu pun separuh balang Keera dah mentekedarah. Nasib baik Ilaika & Keera nak menolong buat kuih tu. Oh ya.. Lupa nak bagitau. Sekarang ni aku panggil anak-anak aku nama baru. Ngehngehngehhhh... Ika aku panggil Ilaika. Aleeya pulak aku panggil Keera. Saja nak buat kelainan. Budak-budak tu pun ok je dengan nama tu. Sebab memang nama diorang pun, cuma sebelum ni tak pernah panggil nama tu je.

Malam tadi aku buat chocolate chip. Dapat la dalam 2 balang jugak. Keera dah melantak cookies ni dalam 20 keping. Hadoiiiii anak aku. Kuat makan betul. Pagi tadi masa anak-anak & En Zul sahur, aku sempat buat kek kurma dengan topping cream cheese. Alhamdulillah menjadi kek aku tu. First trial kek tu. Hehehe.. Thanks la pada Salsabila yang sudi share resepi. Nanti aku share resepi tu kat blog eh?

Hari ni aku masih bekerja. Kat ofis ni ada la dalam 10 orang yang masih bekerja. Bekerja ke? Memang tak, la kan? Hehehe.. Guest what? Prof Datuk bagi kitorang balik awal! Pukul 1pm dah boleh cabut! Yeayyyy!!!! Bestnya!!! So pukul 1pm nanti aku nak ke Tesco membeli barang sikit. Cadang nak buat Nesty Fruity Cheese. Dessert tu nak bawa balik ke rumah Maklang. Selain dari Cornflakes Madu, Choc Chip & kek kurma tu, aku bawa sekali Nesty Fruity Cheese. Temanya raya tahun ni rumah aku tak ada kuih. Sebab semua kuih yang aku buat aku angkut pergi rumah Maklang dan rumah mentua aku. Siapa-siapa nak datang raya rumah aku, sila maklumkan awal-awal. Boleh aku masak apa-apa yang patut. Nak harapkan kuih raya atas meja memang tak ada la. Kalau datang tak maklum awal, aku hidang air je ye. Jangan marah kalau tak ada juadah atas meja. Muahaha!

Plan kitorang esok pagi beraya kat rumah Maklang. Wahhh.. Rindunya nak beraya kat rumah Maklang! Malam esok baru kitorang bergerak balik kampung En Zul kat Kedah. Teringat masa bujang dulu, sehari sebelum raya mesti sibuk nak buat persiapan raya. Masak rendang, nasi impit, ketupat palas, sayur lodeh & laksa. Masa dulu aku rasa letih nak buat semua tu. Tapi bila dah berkeluarga & berjauhan dengan Maklang, rasa rindu sangat waktu-waktu tu *sebak* Aku tak dapat bayangkan kalau sampai masa, andai kata Maklang 'pergi' dulu dari aku, mungkin aku akan rindu gila-gila kat Maklang dan saat-saat aku bersama dengan dia. Sebab tu aku selalu cakap kat Maklang & En Zul, kalau boleh kita tentukan takdir sendiri, aku nak biar aku yang 'pergi' dulu dari diorang. Bukan sebab aku banyak amalan baik yang boleh 'selamatkan' aku kat 'sana' nanti. Amalan aku tersangat la kurang... Tapi sebabkan aku takut aku tak mampu nak teruskan hidup ni tanpa diorang. Mungkin diorang boleh hidup seperti biasa tanpa aku, tapi tidak bagi aku. Jadi biar la aku yang pergi dulu *double sebak*

Pernah satu tahun tu, sehari sebelum raya, lepas sahur Maklang pesan kat aku jangan tidur lepas subuh sebab dia nak ajak aku pergi ke Pasar Selayang beli barang basah. Tapi aku degil, aku tidur jugak. Banyak kali Maklang kejutkan aku, tapi aku tetap tidur jugak. Tetiba Maklang naik hangin terus keluar dari rumah! Dia keluar sehelai sepinggang & tunggu kat bus stop nak tunggu bas untuk balik ke kampung melawat kubur arwah nenek aku!! Masa tu aku terus bangun dari tidur, cuci muka terus start enjin keta & cari Maklang. Nasib baik jumpa. Masa tu aku nampak dia duduk sorang-sorang kat bus stop sambil menangis. Ya Allah.. Kejamnya aku sebagai anak... Tergamak buat mak aku menangis sehari sebelum raya. Masa tu aku tak dapat gambarkan perasaan aku. Terus aku keluar dari kereta & jumpa Maklang. Bila dia nampak aku, dia terus tolehkan muka dia dari aku. Langsung dia tak nak pandang wajah aku. Terhiris hati aku. Ya, hati Maklang lagi terluka atas perbuatan aku. Aku memang zalim! Aku kejam!!! Aku jumpa Maklang, aku minta maaf & ajak Maklang balik. Mulanya dia tak nak balik, tapi bila aku mula menangis tepi dia, dia mengalah. Dia cakap dia nak ke kubur mak dia. Dia rasa sunyi.. Dia rasa tak ada siapa yang sayangkan dia. Dia rasa hanya pada arwah nenek tempat untuk Maklang mengadu. Ya Allah... Tergamaknya aku... Berkali-kali aku sakitkan hati dia. Malah ini bukan kali pertama aku buat dia menangis. Paling aku kesal bila mak nak cari arwah nenek yang dah lama tiada untuk dia mengadu. Masa tu aku terfikir, macamana keadaan aku kalau Maklang dah tiada? Kat siapa aku nak mengadu? Selagi dia masih ada, aku cuba untuk jaga dia, jaga hati dia. Cukup la aku buat dia menangis selama hidup dia. Cukup laaa.... *nangis.. Huwaaa!!*

Aku harapkan syawal kali ini memberikan seribu makna buat aku. Malah aku mengharapkan lebaran kali ini aku dapat membahagiakan semua orang. Terutamanya pada En Zul & mak ayah aku. Kepada semua kenalan aku, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir & batin. Halalkan makan & minum, maafkan salah silap aku. Semoga korang semua bergembira di hari lebaran yang bakal menjelang tiba. Apa-apapun, kalau makan juadah hari raya, jangan makan lebih-lebih. Kurangkan makanan yang manis, elakkan diabetes. Khidmat nasihat bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Hahaha...



XOXO   =)


Love,

Saturday, August 3, 2013

Persiapan Raya 2013

Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari kita akan meyambut raya. Aku tak buat apa-apa persediaan uolls. Mati laaa... Baru-baru ni aku beli baju raya anak-anak. Ika pilih baju warna merah. Aleeya pulak warna biru. Tahun ni tak plan pun nak guna tema warna apa. Main sauk je apa yang diorang berkenan.

Selasa lepas kitorang pergi Mines. Niat nak beli henfon untuk buat hadiah cabutan bertuah dinner lepas raya nanti. Aku beli Samsung Galaxy S Plus kaler hitam. Mulanya nak beli Samsung Grand. Tapi lebih budget pulak. So beli je la Samsung Galaxy S Plus. Tak de la cokia sangat kan? Still updated lagi. Nak amik Samsung S3 Mini macam tak best sebab kecik sangat. Tapi harga lebih kurang je. Mungkin apps dia kot yang ada beza.

Lepas beli henfon aku pergi ke Peace Collection. Almaklum laa.. Aku kan saiz gajah. Kena la pergi butik yang besar-besar. Tapi problem jugak nak cari saiz kat situ. Ikut saiz lebar dah ok dah, tapi saiz panjang pulak masalah. Sebab baju yang muat bahu aku, mesti senteng. Kalau ambil yang panjang/labuh, bahu pulak besar gedabak. Meleret je jatuh bahu tu. Cisss.. Susah benorrr nak cari saiz badak ni. Geram tau!!

Cadang nak beli jubah, tapi terpaksa ambil baju kurung moden sebab jubah senteng sangat. Aku ni tinggi 170cm. Tu belum pakai kasut. Kalau pakai heel makin senteng la baju aku. So aku rembat baju kurung moden kaler coklat. Gila lari tema baju dengan anak-anak. Hahaha!!

Lepas beli baju, kitorang nak cari kasut anak-anak. Dah la masa tu Mines dah nak tutup. Berkejar-kejar kitorang nak cari kasut. Untuk Ika senang je nak cari saiz. Cuma pattern & design yang aku suka macam kurang je. Tapi saiz untuk Aleeya agak susah nak cari. Sampaikan kena test saiz orang dewasa (saiz paling kecil). Nak buat macamana, dah kaki macam kaki gajah kan??? Macam aku jugak laaa.. Hahahaa...

Malam tu kitorang cuma beli kasut Ika je. Kasut Aleeya tak ada saiz. Lagipun nak survey semua kedai dah tak sempat dah. Mines dah nak tutup. So esoknya aku bawa diorang ke Jusco Cheras Selatan. Kitorang pergi bertiga je sebab En Zul kerja. Alamak, kat Jusco ada kasut yang cantik laaa.. Menyesal beli kasut Ika kat Mines. Mungkin ada yang cantik kat Mines, cuma masa dah suntuk. Kat Jusco aku beli kasut Aleeya warna biru. Itu pun selepas try kasut saiz dewasa, tapi Aleeya tak berkenan, maka aku beli jugak kasut biru tu untuk Aleeya. Kasut tu mahal laaaa.. Mengalahkan harga kasut orang dewasa!!! Huwaaaa... Mati la nak membayar!! Kasut Aleeya tu 2x ganda mahal dari kasut Ika. Hampir beratus harga dia!! Kau memang sengaja nak rabakkan poket Mummy, nakk....

So malam tu kansel beli kasut aku. Huhuu...

Alhamdulillah, kelengkapan raya untuk anak-anak dah siap. Tinggal nak cari kasut & tudung aku je. Pagi tadi aku blogwalking nak cari kedai kasut yang jual saiz besar. Sebelum ni aku beli kat kedai Princess kat jalan TAR. Memang ada saiz besar. Design pun not bad. Tapi harga pun 'besar' jugak la. Memandangkan kitorang tak nak masuk KL, so aku menghala ke Shah Alam.

Alang-alang aku nak pergi ambil VIP Kad Peace kat Shah Alam, aku singgah kedai kasut saiz besar tu. Kedai tu sebelah Peace Collection kat Plaza Alam Shah je. Lepas ambil VIP Kad & beli baju melayu En Zul, kitorang ke kedai kasut NIP. Nasib baik ada saiz besar. Design pun updated la. Saiz paling besar sampai saiz 13 kalau tak silap aku. Mulanya nak ambil 2 pasang (untuk raya & kerja). Tapi harga kasut raya pun dah makan beratus, so kasut kerja hold dulu. Mencik betul la kaki gajah ni, banyak pakai duit betul! Setakat sandal memang la harga RM10-15 je. Tapi kekadang nak jugak pakai kasut cantik sikit. Cuma harga dia buat aku sesak nafas nak membayorrr nya!!

Lepas bayar kasut, baru perasan cawangan NIP ni ada kat Wangsa Walk! Cis, jauh aku berjalan sampai ke Shah Alam. Dengan tol & jammed lagi. Dah la masa nak pergi tu kena speed trap! Sial. Kalau tahu ada kat WW je, tak payah susah-susah nak ke Shah Alam tu. Dah la kat WW pun ada Peace Collection. Tapi sebab nak ambil VIP Kad tu, terpaksa jugak laa..

So sekarang semua dah ada. Tinggal cari tudung je lagi. Tudung tak de masalah sebab baju aku coklat plain. So cari tudung corak-corak je. Cadang aku nak cari tudung bawal. Cuma belum jumpa yang berkenan je lagi. Kuih raya dah beli 7 balang semua dah habis kitorang makan time puasa! Gila mentekedarah anak-beranak! Hahaha.. Tadi ingat nak beli kuih, tapi sebab dah tak larat nak jalan, so kitorang balik la dulu. Esok-esok pulak la berjalan.

Tahun ni raya pertama kitorang raya kat Gombak je. Malam tu baru pecut balik ke Kedah. So malam raya tu boleh la aku jalan-jalan ke Jalan TAR cari kuih raya. Mana tau kot-kot jumpa baru lain, boleh kelebet duit En Zul beli baju baru! Hehehe..

XOXO


Thursday, August 1, 2013

Sapi punya susu, lembu yang dapat nama

Hah, ni nak cerita sikit.

Hari tu ada sorang tu kat FB kemain jual produk slimming. Konon-konon produk terhangat di pasaran.
Baru pakai sehari dua dah nampak hasil. Ok fineeee...

Sekali minggu lepas aku terjumpa screenshot testimonial orang guna satu produk slimming ni. Nama orang tu sama macam nama minah sorang ni. Aku fikir mungkin kebetulan sama nama. Tapi hati jahat ni terfikir jugak, ntah-ntah testimonial ni belongs to minah tu kot? Hahaha...

Pagi tadi saja-saja blogwalking. Ntah macamana mata aku ni tertangkap satu gambar sorang perempuan ni. Haaaa... Memang gambar minah tu la!!!!! Kan dah kantoiiiiiiiiii....

Pakai produk A, tapi beriya jual produk B. Pastu claim konon-konon hasil slimming tu dari produk B yang dia jual tu. Dalam FB kemain lagi pung-pang pung-pang puji kehebatan produk B.

Puiiiiiiii!

Kesian gila kat customer dia sebab kena tipu hidup-hidup!
Tapi sebenarnya aku lagi kesian kat minah tu. Sebab dalam dia duk gigih nak jual produk, hakikatnya orang lain duk tersenyum sinis memandang penipuan dia. *geleng kepala*






Monday, July 22, 2013

Iron Girl

Jumaat lepas masa En Zul tolong aku masak juadah berbuka puasa, dia tanya something kat aku.


Mummy, Ika cakap kat abang dia nak pegi camping dengan sekolah. Boleh ker?

*Diam*

Sekolah dia buat camping kat Kepong. Agaknya kat FRIM la kot. Boleh ker?

Kenapa tanya mummy? Abang ketua keluarga, abang la buat keputusan.

Tak de la, nak tanya mummy la jugak. Kot-kot mummy tak nak bagi pegi.

Alaa.. Selama ni dia ikut Aunty Leen dia pegi jalan-jalan, pernah ke Mummy halang? Pergi je la. Dah masanya dia ikut program dengan kawan-kawan dia. Ni asyik dengan family je. Dah besar pun budak tu, mesti dia pun teringin nak hang out dengan kawan-kawan dia pulak. Hmmm.. Dah besar dia kan, bang?


*sebak*


Ok, memang sebak sikit aku masa tu. Seyes macam tak caya dia dah besar. Sepatutnya dah pandai uruskan diri dengan lebih baik. Walaupun Ika tu manja (malah dah mula terbit aksi gedik-gedik tu sikit), ada masa dia memang jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang kakak.

Dia la yang uruskan baju & kasut sekolah Aleeya, dia yang tunggu Aleeya balik dari sekolah. Tambah pulak bulan puasa ni, Ika balik sekolah agama pukul 4.30pm & Aleeya habis sekolah kebangsaan pukul 5.30pm. So dia kena tunggu sejam kat luar pagar sekolah dalam keadaan panas, lapar dan dahaga. Tapi dia buat jugak tiap-tiap hari. Dia jugak yang kemas katil lepas tidur, dia yang uruskan keperluan sekolah adik dia yang sorang tu.

Selama anak-anak hadir dalam hidup aku, aku perhatikan Ika memang banyak mengalah dengan Aleeya. Masa diorang belum sekolah, Aleeya yang banyak mengalah dengan Ika. Mungkin sebab faktor manja Ika yang melampau. Dan Aleeya pulak yang kasar tu, memang nampak dia sayangkan kakak dia dengan mengalah atas apa jua permintaan Ika. Lagipun Aleeya tu budak kecik, kalau aku pujuk dia dengan janji nak bagi coklat, laju je dia mengalah dengan Ika. Senang kan?

Tapi bila masing-masing dah mula sekolah, situasi bertukar. Aleeya yang brutal tu makin susah nak berlembut. Nak mengalah lagi la hazab. Mungkin Ika dah mula rasa bertanggungjawab, so dalam keadaan terpaksa dia mengalah jugak, asalkan mummy dia tak naik hantu! Aku ni pantang sikit dengar bunyi bising-bising bergaduh tak tentu pasal. Asal diorang gaduh je, mula la aku bertempik sekali. Kalau En Zul dia jenis penyabar, setakat anak-anak gaduh ni dia tutup telinga je. So demi tak nak dengar bunyi ngauman naga tasik chini mummy diorang, better Ika mengalah je laaaa...

Sekarang ni, cuma satu benda je yang anak-anak masih belum pandai nak uruskan.





Gosok baju.







Semalam aku panggil Ika & Aleeya belajar gosok baju. Selama ni memang diorang tak pernah iron baju sendiri. So bila Ika kata nak pergi camping dengan sekolah, aku mula risau. Tu baru camping, sah-sah la pakai t-shirt je kan? Macamana kalau dia masuk boarding school? Tak ke mati aku last minute nak ajar diorang iron baju?

So semalam dalam bilik menggosok, aku duduk dengan diorang, ajar satu-persatu cara nak iron baju. Untuk permulaan aku suruh diorang gosok kat bawah je. Tak payah guna iron board. Dah la iron board tu sama tinggi dengan kau. Kang iron board terbalik ada pulak yang tersentil kat bawah iron board tu. Mulanya diorang agak kekok, lebih-lebih lagi diorang takut nak pegang iron yang panas tu. Tapi bila aku guna heat yang paling rendah, diorang berani sikit nak iron baju. Untuk permulaan aku suruh diorang iron 2 pasang baju setiap seorang. Alhamdulillah diorang boleh buat. Tu pun lepas naga tasik chini ni melepaskan api dari mulutnya. Hik..hik..hikk.. Biasa la, kalau tak marah memang bukan aku la kan?








Alhamdulillah..
Kemas rumah dah pandai.
Basuh kasut sekolah dah bersih.
Sidai dan lipat baju dah reti.
Iron baju pun dah boleh harap.

Cuma nak ajar memasak je lagi.
Harap dipermudahkan. Amin... :)



From My Kitchen : Puding Oreo

Semalam aku terlebih rajin masak macam-macam untuk berbuka. Ikan kembung sweet sour, udang goreng tepung, kailan ikan masin, sambal belacan, puding oreo, karipap sardin & air longan. Start pukul 2pm aku dah bersiap berpencak silat kat dapur tu. Gila awal nak masak untuk berbuka. Padahal yang nak makan tu 4 tekak je pun. Tapi beriya masak macam 4 kampung yang nak mentekedarah.

Ok la, aku nak share resepi puding oreo. Puding ni masa kali pertama aku buat untuk potluck menyambut ramdhan kat ofis aku 2 minggu yang lepas. Masa tu agak busy sikit, so tak sempat nak snap gambar. Memandangkan semalam aku 'terlebih masa', so aku sempat la nak snap gambar untuk share dengan kawan-kawan.


Dessert semalam : Puding oreo & air longan



Memandangkan penyukat bahan aku dah berpindah ke rumah baru, so aku guna cawan je sebagai penyukat. Kebanyakkan barang-barang rumah semua dah angkut pindah ke rumah baru. Tinggal tuan dia je yang masih bermastautin kat rumah lama. Alahai En Zul.... Bila nak pindah ni? Aku dah tak sabar nak sewakan rumah ni. Dapat duit sewa sedap sikit nak buat joli. Huhuuuu...


Bahan-bahan (loyang 8") :
  • 1 paket agar-agar tali (kalau nak guna agar-agar serbuk pun boleh -10g agar-agar serbuk)
  • 3 cawan air
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • milo (ikut la nak pekat macamana pun. Nak guna serbuk koko pun ok)
  • oreo (ikut berapa banyak yang korang suka. Patah-patahkan)

Cara-cara :
  • Masak agar-agar bersama air. Kacau sampai agar-agar cair.
  • Masukkan gula dan kacau sampai gula larut.
  • Masukkan susu dan kacau sampai mendidih.
  • Asingkan 2 cawan aduanan dan panaskan dalam periuk lain.
  • Masukkan milo dalam aduanan yang kecil. Kacau sampai sebati.
  • Masukkan 1 cawan adunan agar-agar milo. Biar sejuk dan keras.
  • Susun oreo atas aduanan milo dan masukkan aduanan agar-agar susu.
  • Lepas aduanan agar-agar susu mengeras, masukkan pula aduanan agar-agar milo.
  • Sejukkan dalam esbok.







Ok, next time aku share resepi lain pulak. Kbai.



Love,

Wednesday, July 17, 2013

Selamat Berpuasa

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 8 berpuasa.
Huk alohhhh.. Dah lebih seminggu puasa baru ingat nak wish.

Selamat menyambut Ramadhan semuaaaaa!! ^_^

Hahaha..
Lama tak update blog. Biasa la, blog sendu ni bukan ada permintaan pun orang nak baca.
Aku update ke, tak update ke.. Tak de sape pun yang peduli.
Aku ni je mengada-ngada nak cinetron sesangat pasal blog ni.
Very de bangang kan??

Ramadhan kali ni macam ramadhan yang lepas-lepas.
Sahur makan nasi membumbung 2-3 pinggan... Penat.. Lapar... Pastu berbuka macam bela hantu raya.
Sama je tiap-tiap tahun.
Cuma tahun ni ada peningkatan.. Bukan sikit, tapi banyakkkkk!

Peningkatan kemalasan aku!

Haaa... Kau hado?
Gila tahap tenuk pemalas aku ni. Beli barang-barang basah kat market macam nak bukak restoran.
Tapi hujung-hujung menyental beli makanan kat bazar.
Kalau hasil pembelian tak  sampai RM20, jangan mimpi boleh balik rumah dengan senang hati.
Silap hari bulan lepas satu bazar, satu bazar yang lain aku redah.
Dasar sakai.

Semalam je aku beli nasi berlauk, hati goreng 2 cucuk, air limau kasturi 1 bungkus.
Total spending aku sorang RM14.
Pastu En Zul beli bihun sup & roti goreng. Total En Zul RM7.
Maka semuanya RM21.
Tu untuk 2 orang makan je. Belum campur kalau anak-anak nak dessert.
Nak itu ini. So memang akan lebih dari RM20.

Mungkin orang lain boleh jimat.
Tapi aku terus terang cakap susah nak berjimat kalau dah jejak kaki kat bazar.
Tambah kalau dah berkeluarga ni.
Masa bujang boleh la nak catu-catu makan.
Fefeling nak ikat perut, diet tak tentu hala.
Tapi bila dah berkeluarga, mampu ke aku nak hadap anak-anak aku makan macam-macam.
Pastu yang aku just pandang dengan lelehan air liur?
Memang tak la kan?!!

So disebabkan aku penat (sebenarnya malas) nak masak, so aku beli je lauk kat bazar.
Setakat 4 perut je nak makan, beli la 2-3 jenis lauk. Anggaran harga semua lauk dalam RM10-RM12.
Pastu balik rumah masak nasi. Pastu bancuh air.
Kalau agak-agak air pun malas nak bancuh, beli je la air kat bazar.
Jimat la sikit kalau dibandingkan membeli makanan untuk sorang satu.

Sekarang ni kalau hari bekerja, aku akan beli lauk untuk berbuka.
Malam tu pulak aku masak lauk untuk sahur. Esok paginya baru masak nasi.
Nasi harus panas ok.. Kalau lauk sejuk aku boleh tutup sebelah mata lagi.
Tapi nasi tak boleh sejuk. Wajib panas. Kang ada yang menangis ala-ala telenovela filipina kang.
Kalau rajin, aku panaskan lauk sekali. Tapi memandangkan microwave aku dah berpindah ke rumah baru,
maka sila la panaskan lauk guna stove je.
Kalau hari cuti baru aku masak lauk untuk berbuka.
Tapi harus bijak sikit. Alang-alang dah masak lauk berbuka, kena la masak lebih sikit.
Boleh buat ulang makan time sahur. So malam tu tak payah masak 2-3kali dah!

Bijak kan mak tonnnn?
Hahaha...

Hari pertama berpuasa, malam tu aku masak lauk ikan bilis goreng.
Kena la ada 'booster' untuk memulakan perjalanan puasa tahun ni.
Lauk tu simple je, tapi nikmatnya ibarat sorgaaaaaa...
Waahahahaa!!




Makan dengan nasi panas memang lena tidur aku pas sahur tu.
Hahahaa..
(nampak sangat tak beribadah lepas sahur kan?)



Demi mengurangkan belanja untuk dessert di bazar Ramadhan,
maka harus la pasang strategi untuk dessert pulak.
Seharusnya kena la buat kuih sendiri kan?


Walaupun kelim nya sangat la mesin kan.. (bak kata Leen)
Tapi usaha menguli doh dan membuatnya sehingga menjadi kuih harus mendapat kredit jugak!
Lebih-lebih lagi anak-anak aku menolong dalam penghasilan karipap sardin ni.
So kena la puji-puji sikit anak-anak aku tu.
Kalau tak aku yang puji, siapa lagi kan?

Buat karipap banyak-banyak, pastu simpan dalam esbok.
Bila nak makan, kau lempor je dalam kuali.
Jimat duit aku beli kuih kat bazar tu.
Dah la mahal, tak sedap pulak tu.

Ni aku jujur ni.
Memanggggg tak sedap.



Monday, July 8, 2013

From My Kitchen : Nesty Fruity Cheese

Jumaat lepas ada jamuan potluck sempena menyambut Ramadhan di ofis mak.
So mak pun pasang angan-angan nak masak puding oreo & puding Nesty Fruity Cheese (NFC).
Hari Khamis tu mak buat blogwalking dengan Kak Maya & Kak Saly.
Punya la sakan melihat resepi-resepi kat blog orang, kemain lagi kitorang gelak macam tengok raja lawak.
Ntah apa yang kelakar mak pun tak tahu.

Eh, sejak bila raja lawak ada yang kelakar?
Aku tengok macam majlis tahlil je hambarnya!

Petang khamis tu, mak pergi beli barang dengan Kak Saly.
Menu mak untuk potluck adalah puding oreo, puding NFC dan sambal udang.
Sambal udang tu mak tolong masakkan je.
Bukan duit mak yang sponsor pun. Hehehe..

Malam tu mak nak prepare buat semua menu tu.
Alhamdulillah puding oreo setel mak buat.
Then mak nak sambung buat puding NFC.
Lepas mak buat based puding & mix cheese, mak masak agar-agar kat dapur.
Dek sebab leka tengok tv, maka hangus la agar-agar mak.
Cibs.
Habis semua bahan mak lemporrrr ke sinki.

Maka dah pukul 11pm lebih.
Laki mak pulak tak balik-balik lagi dari KLIA.
So mak cadang nak pegi beli bahan-bahan kat NSK.
Elok laki mak balik pukul 1am, dia ajak gi beli bahan.
Huk alohhhh.. Dah pukul 1am, ape kejadah nak beli barang lagi banggg??
Memang la NSK bukak 24jam, tapi aku pun kena berjaga 24jam jugak ke?

So malam tu aku setelkan sambal udang, then aku masuk tidur.
Nak menunggu laki mak balik memang sampai berembun la jawabnya.

So esok time potluck mak bawak puding oreo & sambal udang je la.
Puding NFC mak hold dulu, cadang nak bawak hari Isnin.
Ye la, cheese dah pukul kan. Takkan nak buang jugak?
So cheese mak simpan dalam esbok, then hari sabtu mak beli bahan-bahannya.
Tadi mak balik dari show house dengan Leen, mak terus masak puding ni.

Eh, nanti mak nak story pasal rumah banglo yang mak tengok dengan Leen tadi.
Murah sangat uolls... Banglo pulak tu.
Memang la jauh sikit, tapi diorang akan buat jalan shortcut.
So tak jauh la dah. Hehehe.. Nanti mak story eh.


Meh la kita tengok resepi.
Sebab mak dah lama tak update entri From My Kitchen, so kali ni mak jadi nebes pulakkkk..

Huh, ape motif nak rasa nebes??



Resepi asal : SINI








Bahan A : 

30 g marjerin (aku guna 3 sudu)
3 cawan nestum

- cairkan marjerin, dan masukkan nestum. Goreng hingga garing.
- Masukkan nestum ke dalam bekas dan tekan sehingga mampat.
- Sejukkan ke dalam peti sejuk (aku simpan 30min, lebih kurang menunggu puding masak)


Bahan B :
250g cream cheese
1 sudu jus lemon

- pukul cream cheese sampai kembang.
- masukkan jus lemon dan pukul sampai sebati


Bahan C :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1/2 tin air
20g serbuk agar-agar (aku guna 1 bungkus agar-agar tali)
* 1 tin buah cocktail.

- masukkan semua bahan ke dalam periuk (kecuali buah cocktail).
- masak sehingga agar-agar larut.
- campurkan cream cheese yang dah dipukul ke dalam aduan agar-agar.
- kacau sampai sebati.
- tuang adunan ke atas based nestum.
- taburkan buah cocktail atas adunan dan simpan sampai puding mengeras.










Jemput makan :)



Monday, July 1, 2013

Araso?

Minggu lepas anak-anak aku menggila layan movie Korea.
Balik je rumah, benda yang pertama diorang cari adalah laptop & hardisc aku.
Dalam bilik diorang senyap je. Aku ingat diorang buat kerja sekolah.
Rupanya duk melayan movie Full House.

Bila aku pekik, bergelimpangan masing-masing cari kerja sekolah.
Haaa.. Baru kau tahu penangan mulut aku.
Last week kan musim jerebu. 2 hari budak-budak ni tak pergi sekolah.
Seronok la diorang dapat tengok movie FH tu.
Siap menari-menari lagu 3 beruang tu.
Yang aku pelik, diorang tu cakap tengok movie.
Tapi bila aku tanya beberapa scene yang kelakar, diorang macam blurr je...



Kakak dengan adik tengok tak nenek Yeung Zhi menari 3 beruang?

Ada ke Mummy? Yang mana eh?

Korang tengok tak masa Yeung Zhi pujuk Ji En, dia menari 3 beruang versi English?

Kat episode mana Mummy?

Tengok tak Yeung Zhi suruh Ji En pura-pura berlakon mengandung masa Abg Min Nyuk datang rumah diorang?


*krik..krik..krik...*
senyap je... kau pandang aku, aku pandang kau...




Hadoiiiii laaa... Budak-budak ni faham ke tidak cerita Full House ni?
Aku tanya, haram diorang tak tau scene yang aku tanya tu.
Tapi kat dalam bilik diorang, kemain lagi diorang gelak-gelak.
Siap bagi komen macam-macam kat cerita tu.




Punya la suka layan movie ni sampai terikut-ikut nyanyi lagu dia.

Sha la la la la la la laaa~



Haha... Comel tak suara Ika?
Ni aku record senyap-senyap. Kalau diorang tau aku rakam,
mesti keluar semua aksi-aksi gedik diorang semua. 


Yang kat bawah ni Aleeya yang tulis.
Siap taruk ARASO lagi. Hehe..






Malam tu masa aku jenguk diorang tidur dalam bilik, sekali terpandang tulisan ni kat white board dalam bilik diorang.
White board ni aku guna untuk ajar diorang math untuk kira-kira.
Dulu aku kan cikgu, harus la mengajar pakai white board.
Nak ajar guna note En Zul, saiznya cuma 10.1' je. Tak muat nak tengok beramai-ramai.
Maka white board la paling praktical nak ajar diorang.

Dah lama-lama tu, aku malas nak ajar dah. So white board ni jadi tukun untuk diorang conteng-conteng je.
Sebab terpengaruh dengan Full House, tu yang siap ber'araso bagai tu.


Alahaiiii.. Aleeya.. Kau buat Mummy syahdu nak...


Minggu lepas kan KL teruk dilanda jerebu.
2 hari anak-anak aku tak pergi sekolah.
Hari Isnin tu memang sekolah diisytiharkan cuti.
Yang hari Selasa tu pulak En Zul yang out station kat Perlis yang isytihar cuti untuk anak-anak.
Wahhh.. Seronok la anak-anak aku.
Hari Isnin budak-budak ni tak nak pergi rumah babysitter diorang.
So terpaksa la aku angkut diorang ni pergi ofis.



Ape lagiiii... Macam biasa la aktiviti budak-budak ni.
Conteng sana-sini. Buat kepoh & haru biru kat ofis aku.




So demi menyelamatkan suasana kecoh kat ofis ni, maka aku angkut budak-budak ni pergi Gombak.
Saja nak buat lawatan kat tempat rekrutmen di Gombak.
Macam-macam masalah katanya!!!
So aku pun pergi la ke sana. Nanti masuk meeting cakap Ketua Unit tak turun padang pulak..
Hahaa...




Dalam jerebu yang menebal, terpaksa la pakai topeng ni.
Tak nampak la wajah aku yang cantik tu kononnya!!
Hahaha..
Aleeya yang tengah sedap membuta tu, aku paksa dia bangun & ambil gambar.
Gila punya kuyu mata Aleeya. Hahaha!!
Maaf nak, mummy memang dengki tengok kau tidur. Lalalalala~~~


Tapi dalam keadaan jerebu yang teruk macam tu, aku pelik dengan sesetengah orang.
(Sebenarnya nak cakap pasal jiran-jiran kat rumah aku tu)
Ada beberapa orang ni memang suka melepak kat parking lot.
Dalam duk jerebu ni, diorang gigih melepak jugak.
Melepak siap pakai face mask tu. Aku pun tak paham kegigihan jenis apakah sebegitu gayanya?
Kalau aku la, bila dah berasap-asap ni, baik duduk rumah layan cerita Hawai Five-O je.
Sedap sikit mata aku tengok boipren aku tu berlakon.
Alang-alang mata sakit sebab asap jerebu masuk mata, maka dengan menonton H5O adalah penawar pada kesakitan mata itu. Hahahaa...



Hey darling, there's a bad haze out there.
Please stay indoor, ok?

Araso? :p







Friday, June 21, 2013

Mengigau

Kejadian : Rabu (19/06/13), 11.30pm

Lepas maghrib, Aleeya tertidur kat ruang tamu masa tengok TV. Dia punya lena sampai tak gerak-gerak dari tidur. Dah pukul 11 lebih, aku kejutkan Aleeya.

Aleeya, bangun. Pergi masuk bilik tidur.


Aleeya bangun, duduk, pastu termenung. Lepas 2 minit, dia sambung balik tidur kat ruang tamu.


Aleeya!! Bangun!!! Pergi masuk bilik tu!


Aleeya bangun, masuk bilik. Then dia keluar bawa tuala. Terus dia masuk toilet. Dalam hati aku, mungkin dia  panas, so dia nak mandi sebelum tidur. Aku yang tengah angkat baju kat penyidai terus buat kerja. Tapi dalam hati aku dapat rasa ada something wrong dengan Aleeya.

Lepas Aleeya siap mandi, dengan masih berkemban dia datang kat aku.


Mummy, mana nak letak baju ni? Bakul baju kotor tak ada dalam bilik.

Kan adik baru pakai baju tu petang tadi. Kenapa nak tukar baju?

*diam*

Kenapa adik nak tukar baju ni? Kenapa adik mandi?

*diam*

Adik nak pergi sekolah ye?

*angguk-angguk*

Adik.... Sekarang baru pukul 11 lebih. Nak pergi sekolah tu lambat lagi, pukul 6am esok baru siap-siap pergi sekolah. Ni kau mengigau ni! Dah-dah, pergi pakai balik baju tu. Pastu tido!


Terus aku & Ika gelakkan Aleeya kaw-kaw!!



Teringat masa aku darjah 3, aku pun pernah mengigau macam Aleeya ni. Tidur lepas Maghrib, pastu bangun pukul 11pm siap-siap mandi nak pergi sekolah. Bila tengok barang-barang yang nak kena bawa ke sekolah tak ada, melalak la aku. Sebab hari esok nya ada jamuan hari raya, kena bawa makanan ringan. So minta Maklang belikan jajan malam tu. Bila tengok jajan tak ada, terus melalak macam orang gila. Padahal malam tu Maklang pun tak balik kerja lagi. Memang la jajan tu tak ada kan... Tak pasal-pasal Leen & Paklang gelakkan aku. Eeee... Macam sakai.



Siap nyanyi lagu Gummy Bear kauuuu!
Jangan pandang rendah dengan ngigau anak aku ni.
Even Siti Nurhaliza pun tak pernah tidur ngigau sambil nyanyi, hokeh!





Mari kita nyanyi lagu Gummy Bear sama-sama.
Mari kita selami hati Aleeya yang suka nyanyi lagu GB ni.
Agak-agak apa yang best ek?





Wednesday, June 19, 2013

Last paaaaperrrrrr (sila baca guna intonasi Jozan - Lawak Ke Der 1)

Cak!

Isnin (kelmarin) kitorang ada last paper JUE 300.
Paper start pukul 2pm - 3pm.
So pagi-pagi lagi aku, Nadia & Wazli dah keluar berjimba-jimba.
Almaklum la kan.. Paper akhir la katakan.. Paper English pulak tu.
So paper ni kira halal je la ye...


Pagi tu kitorang ke Paradigm Mall.
Lepas pusing-pusing, kitorang terus lunch kat sana.
Si Wazli tu dah kelaparan sangat dah. Sampai dah bertukar jadi naga tasik chini.
Tunggu masa je nak bertukar jadi puaka niyang rapik.

Lepas makan, kitorang terus pecut ke Intec, Shah Alam.
Sampai sana pukul 1pm, solat Zohor dan terus masuk dewan exam.

Punya la seronok berjimba-jimba, sekali paper English kali ni susah!
Essay pertama je yang buntang-buntang mata aku nak baca.
Haaa, padan muka aku.


Habis exam kitorang berjimba-jimba lagi.
Kitorang ke Mines, cadang nak karok.
Tapi sebab harga per hour mahal, so kitorang cancel karok.

Kitorang turun dan lepak & makan tepi sungai je la.



With dearest Nadia :)




Kitorang lepak kat Sweet Chat.
(sebelah kedai The Loaf)



Ni beverages Nadia. Siap ada nata de coco cocktail kat dalam.




Aku macam biasa, mesti la Mojito.
Aku kan pantang sikit nampak air berlayer-layer ni.
Asal ada air ni, mesti aku sawan.




Wazli order dessert - Durian Pancake
(durian crepe - RM9.90)




Ni makanan Wazli yang sudah sedia kurus kering.
Salad. Kuah dia sedappppp!!! Isi ayam pun banyak.




Ni Curry Laksa aku. Kuah dia pekat dan sedap.
Memang berbaloi dengan harganya. Siap ada prawn dumpling




Bake macaroni cheese Nadia. Punnn sedap gak!
Senang cite semua yang kitorang order, semuanya sedap-sedap belaka.

Ke, sebab kitorang ni lapar sangat?





Puas hati makan kat sini.




Jemput makan semua ye.... :)




To our beloved HERO

Entry : Special for my babyboop.. En Zul





Ahad lepas kitorang ke Leisure Mall, nak tengok movie Superman : Man of Steel.
Konon-konon movie ni nak dedicate untuk ayah, so nak dedicate untuk En Zul la.
Tapi baru start 20min cerita ni, aku dah lena dalam wayang - as usual.
(note : Tak payah la tengok cerita ni. Bosan.)



Lepas habis tengok wayang, aku beli kek ais krim Baskin Robbins.
Aku ambil kek vanila candy sweet (aku lupa nama kek tu.. Harharharrr!!)




Surprise!!!
Happy Father's Day, sayang.. We love u so much!!!




Harga kek RM55.00 + 6% GVT.
Total RM58++




Tak pasang lilin sebab tak ada lighter.
Laki mak kan tak merokok. Hehe..

Kitorang celebrate kat Roti Boy.
Siap order makan macam-macam.



Harus la kokak kan kek tu pakai pisau kan? Bior nampak sakai sikit. Huhuuu..




Menunggu makanan yang di order tak kunjung-kunjung tiba.

Punya la lama aku menunggu, sampai 2 orang staff asyik datang meja aku..

"meja ni menu apa yang belum dapat?"

"nasi lemak, wegdes, kuew teow, toasted bread peanut butter, milo dinasour, tea 4 layers, hot white coffee"

Datang lagi sorang staff tanya benda yang sama.

"meja ni menu apa yang belum dapat?"

"Dah 2 orang tanya. Tapi 1 benda pun tak sampai-sampai!!!"



Haaaa... Kau! Memang silap masa, silap tempat, silap orang la kau tanya kan?
Dah tau aku tengah lapor bak naga tasik chini, lagi nak tanya macam-macam.
Memang mendapat la...




Lapar punya pasal, kek yang manis deting tu pun boleh setel.
Tinggal kek yang keras bak batu tu je yang tinggal.
So dry ice tu menjadi mainan anak-anak aku.


Happy Father's Day, sayang!!!


P/s : Ika & Aleeya pakai baju baru. Auntie Leen yang hadiahkan.
Thanks Auntie Leen :)