It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 22, 2013

Saya budak darjah 3

Alhamdulillah, syukur aku dan Nadia dah selamat sampai ke Penang.
Tahun ni tahun ke tiga datang Kursus Intensif.
Dalam portal & program pengajian aku tahun 3.
Tapi dalam penempatan dan daftar kursus intensif nama aku kat tahun 2.
Sebab tak cukup mata kredit hour (alaaa... tak cukup 3 mata kredit je....)
Macam tahun lepas, kitorang stay rumah Kak Lin.
Thanks Kak Lin, atas budi baik menumpangkan kami tidur dan kemudahan untuk kami.
Pagi Isnin bertolak pukul 8.30am dari rumah Kak Lin.
Alaaaa.. Jalan jammed meh!
Sampai USM lewat, kereta dah penuh masuk ke kampus.
Tahun ni aku stay kat Saujana.
Sape-sape yang pernah belajar kat sini, diorang tahu la betapa BEST nya duduk Saujana!!!

Rasa nak mati!!!!!!!!!!!!!!!!

Huhuhuuu.. Sangat penat memanjat bukit kat kolej ni.
Sangat tinggi hokeh!!
Aku sampai kolej dalam pukul 9 lebih.
Terus daftar amik kunci. Nasib baik ada parking.
So menyiput la aku memanjat bukit kat situ.
Lepas ambil kunci, terus masuk bilik untuk berehat.
Dapat tingkat 5. Bagus jugak sebab angin masuk bilik.
Sejuk la jugak compared bilik kat Aman Damai tu.

Tapi aku rasa nak carut je kat makcik yang uruskan pendaftaran bilik kat Saujana ni.
Pompuan tu bukannya tua pun, tapi kalut dia mengalahkan makcik.
Dalam surat dah terang-terang cakap boleh ambilkan kunci untuk rakan sebilik.
So Adah dah beratur elok-elok untuk ambil kunci aku sekali, tapi makcik tu tak bagi.
Katanya kawan sebilik tu kena ada kat SEBELAH SISI baru boleh ambil.

Kepala hotak waklu!!
Kalau kawan tu ada kat sebelah, tu bukan nama tolong ambilkan sekali.
Tu namanya beratur sama-sama ambil sekali.
Bang nganggg!!!!

Padahal dalam surat dah nyatakan boleh ambilkan sekali untuk kawan asalkan bawa salinan kad matrik kawan tu.
Takpun juz MMS je gambar kad matrik.
Tahun lepas lagi senang. Asalkan nama kawan ada dalam senarai, juz tick nama dan ambil kunci.
Tak payah nak check kad matrik bagai.

Jahat la makcik tu.
Aku rasa nak bagi tapak kaki je kat muka dia tu!
Dah la tapak kaki aku ni panas sebab memanjat bukit, agaknya dia memang teringin kot nak rasa sauna tapak kaki aku ni.

Kesian Adah, tak pasal-pasal je kena keluar baris ambil kunci tu sebab aku tak ada kat sebelah dia masa nak collect kunci.
Eeeee... Aku rasa makcik tu memang otak bodoh tahap jenis otak burung.
Sampai bangang tahap macam tu.

Nasib baik ada sorang untie India ni (bahagian pengurusan) ni boleh consider dengan kitorang.
Bagi cadangan untuk tukar kolej.
Cakap pun berhemah. Tak macam makcik yang berotak burung tu.
Dia sorang je yang bangang, pengurusan kolej lain ok je.
Macam kolej Restu ok je masa Nadia nak amik kunci.
Tak payah nak tunjuk kad matrik or kawan kena beratur sebelah.
Tick nama, amik kunci dan sila blah!
Tak payah duduk situ lama-lama buat sesak je, sambil bercampur baur bau peluh kepam tu.

So aku naik la bukit Saujana M04 tu.
Sangat tinggi... Macam naik tangga Batu Caves.
Thaipusam tahun ni aku daki tangga Kolej Saujana je laaa...
Pastu beli kelapa sebiji, campak dari tingkat 5 ke bawah terus kena kepala makcik otak burung tu.
Biar kasi bijak sikit.
Agak-agak aku beli kelapa busuk, terus jadi bijaksana-sini makcik tu sebab minum santan masam!





Can see the view nicely =)
From my room. Hehee... Gayat mak!



From this site we can see the precious Bridge.
Tapi dalam gambar tak nampak pulak. Kabus kot... Sebab ni gambar lepas Subuh hari Selasa.



Lepas rehat dalam bilik, kitorang ke Dewan Peperiksaan untuk daftar kursus pulak.
Nasib baik tak kena beratur panjang.
Mungkin sebab aku dah lambat so line pun kosong....kosong...kosonggggg (nyanyi lagu Najwa Latif)

Jumpa la Su & Fakhrul.
Then lepak kejap dalam bilik ekon tu teman Adah siapkan assignment dia.
Terjumpa pulak Shila budak ofis aku.
Selamat datang dan menjadi warga USM ye... Sila tabahkan diri anda selama 3 minggu di sini.
Hehehee....
Cuma Mimi & Kak Ros je yang aku tak nampak bayang nya. Lantak la korang.
Janji masing-masing bahagia...
Sori ye, aku tak bahagia duduk sini melainkan ada Alex O'Loughlin jadi rumet aku. Wallaaaa!!!!!



Alex :   Hye MJ, are u ready to be my rumet??

Mak Jemah (MJ):   Ya..ya..yaaaa!!! I'm ready!! Hahaha....
(buat mata buntang)




Tetibe teringat kat En Zul kat KL...
Opsss.. Ampun bangggg!!!!


Then jumpa Zulfadli.
Haaaa, memang malang la kau sebab terjumpa aku yang tengah penat berjalan ni.
Zul, sila bawa kami pusing USM untuk setelkan semua urusan kami di sini.
Bawa kami naik kereta Zul ye. Hahahah!
Senang hidup aku kat sini. Thanks la Zul sebab melayan karenah kami wanita-wanita gojes ni.
Uweekkk muntah!

Lepas lunch kat Aman Damai (Zul check in bilik, sekali dengan Fakhrul), kitorang ke QueensBay Mall.
Yeayyyyyy!! It's shopping time!!!!



First, cari ice box ni.
Sebab kat Penang cuaca sangat panas. Sebab mak tak mampu nak beli portable ekon yang beribu harga nya tu, so mak beli ice box ni je. Harga cuma RM7.90. Nanti singgah 7E beli ice je lagi.
Wahhhh.. Bahagianya mak dapat minum air sejuk....

Pastu beli makanan (ini benda wajib dibeli), beli extension dan head fon.
Sebab semua barang ni mak tertinggal kat rumah!
Bengang gilaaaaaa!!! Masa Jiah sms aku tanya mana headfon dia, aku cakap aku bawa ke USM.
Then malam tu baru aku perasan head fon tu tertinggal kat rumah. So beli la terus yang baru.
Aku ada bawa ear fon, tapi aku tak suka pakai.



Balik dari QBM, kitorang mintak Zul pergi ke kereta aku untuk ambil barang-barang dalam kereta.
Pastu nak suruh dia hantar kitorang loading barang kat lobi kolej.
Perghhh...Penuh kot kereta Zul. Nasib baik dia bawak MPV. Hehehe...



Kiri Adah, kanan Nadia.
Masing-masing malu sebab dah macam pendatang asing tanpa izin gayanya tu.
Nampak tilam pink kat belakang tu?
Nadia siap beli tilam baru... Wooooo.. Bestnya tido kat tilam baru.
Pas gaji nak beli tilam lain yang tebal sikit katanya!
Hamboi...hamboi.. hamboiiiiiii...
Kau rasa macam dalam syurga ye duduk kat Saujana ni sampai beli tilam baru? Hahahaha...
Sebenarnya Nadia tumpang tido bilik aku & Adah.
Sebab rumet dia hilang kena telan dek hantu raya kat restu tu.
Tu yang duduk dengan kitorang. Ok jugak, boleh aku rembat makanan kau.
Hehehe..




Adah, chakkkk!!!!
Tahun ni Adah tak preggy, so dia dengan murah hati tolong angkat barang aku & barang Nadia.
Nadia pun yang sakit tulang belakang tu angkat kan sekali barang aku.
Thanks ye korang. Jasamu dikenang. Muahhhh!!!

Tahun depan I bawak troli. 
So tak payah la korang susah-susah nak angkat barang. Juz tolak je troli tu.

Hape? Ingat i bawak troli ualls tak payah tolong ke?
Tolonggggg sikit ye... Ualls tetapppp kena tolong.
Tolong angkat barang naik atas troli & tolak ke bilik.
Hehehehe....




Nadia malu-malu sebab duduk menyempit dalam kereta Zul ni.




Nasib baik ada Zul yang baik hati, budiman, gentel-man, dan gagah perkosa!
Hahaha! Thanks ye Zul, nanti mak belanja kamu makan ye...




Lepas angkat barang, rehat-rehat dan get ready ke Lab pulak.

Tahun ni aku tengok nama aku sekali dengan 'PakkuPakis' tu.
Eeee... Stressnya aku!!!
Dia tu ok je, tapi nakal sangat sebab suka nyakat orang.
Salah sorang mangsanya aku la.
Kadang-kadang ada je ayat yang keluar dari mulut dia yang menyakitkan pundi kencing aku.
Rasa nak gigit-gigittttt je telinga dia kasi putus!
Bila nama dia satu kumpulan dengan aku, rasa gelap dunia aku.
Owh, tidakkkkkkkk....

Terus aku nekad nak tukar kumpulan.
Cadang nak sama kumpulan dengan Kak Lin, Su & Fakhrul.
Kitorang kan BFF.. 
(sebenarnya diorang tu bff aku, bukan aku bff diorang. sebab aku mulut jahat. haha!)
Tapi sebab Kak Lin lambat datang, so Kamala masuk group kitorang.
Lagi pun Kamala dah jadi supplier 'barang' untuk kitorang, maka dia di terima masuk ke group kami.
Bukan barang haram, tapi contoh lab report!
Hahahahah...




Kamala dan pasangan suami isteri yang comel --> Su & Fakhrul.
Ni kitorang buat Hall Effect Exp.





Ni kumpulan Wanita Gojes..
Haliza, Nasz & Kak Lin.
(nasz tu bukan nampak tu, sebab tu mata macam tu. bila aku dah snap gambar baru dia nak senyum)

Masing-masing nampak tough kan??
Sebab diorang selalu nyanyi lagu Tamparan Wanita sama-sama.
Hahahaha...



Lepas habis lab, kitorang lepak Subaidah.
Pukul 11.30 baru nak dinner kauuuuuu...
Sebab sebelum gi lab tak sempat nak makan.
Haishhhh... Duduk saujana konon-konon boleh kurus sebab hari-hari menonggek naik bukit.
Rupanya angan-angan je laaa...
Macamana nak kurus kalau asal makan kat Subaidah asyik melantak Nasi Lemak ayam special, mee goreng mamak campur ayam goreng & roti nan set ayam tandoori???

Semua nya ayam...ayam...ayam....
Nampaknya aku pun dah jadi spesis burung - sebab suka makan ayam!


Sunday, January 20, 2013

Semoga selamat hendaknya..

Sekarang dah pukul 1am. Tak terasa nak tido pun.
Ntah la, nak kata eksited, tak jugak..
Mungkin rasa sayu nak berjauhan dengan En Zul kottt.

Tahun pertama 3 minggu kat sana, masa tu baru nak start study.
Semangat tu membara-bara (kononnya!)
Tak terasa rindu sangat dengan En Zul. Sebab masa banyak digunakan untuk hafal rumus & berdating dengan buku.

Tahun kedua sekejap je.
2 minggu je kat sana. Macam tak cukup pulak.
Tambah bila bawak kete ke sana.
Panjang langkah, memang seronok la kan?
Bila jalan-jalan cari makan, memang lupa laki kat KL. Hahaha!

Tahun ke tiga dah start balik 3 minggu.
Sebab Kementerian Pelajaran Tinggi dah selaraskan cuti sem sama untuk semua U.
So tahun ni kena 3 minggu berjauhan dengan En Zul.

Redhooo kan je la..


Minggu ni En Zul tak berapa sihat.
Tambah lak dia keje malam minggu ni.
So aku jarang sembang dengan dia.
Jumaat (kelmarin) masa En Zul nak pergi keje, aku cakap kat dia, "ayah, malam esok tak payah la keje ye.. temankan mummy malam esok"

Punya baik la laki aku sampai tak gi keje malam semalam. Mendengar kata sungguh.. Hehe..


So semalam kitorang spent masa sama-sama.
Terasa lain sangat dating kali ni.
Mungkin sebab niat dating untuk berjauhan selama 3 minggu, so feeling tu lain sikit.

Pagi semalam aku tak sedap badan.
Walaupun dah bangun tapi minda aku masih lemah.
Tidoooo je keje aku. Hahaha!
(Kalau badan sihat pun keje aku tido jugak!)


Lunch semalam kitorang ke Fullhouse.
Temanya nak celebrate besday En Zul.
Besday dia 1 Feb, tapi time tu aku tak ada kat KL. So kena celebrate awal la..
Aku cadang nak ke Leisure Mall je.
Nak makan cake eskrem Baskin Robin, then tengok wayang.
Pastu nak beli jam tangan untuk En Zul.
Sebab kat situ ada kedai jam yang selalu En Zul beli jam.
Kiranya sekali jalan laaa..

Last-last makan kat Fullhouse je.
Bukan makan western, tapi makan mee kari.
Hahaha! Aku suka mee kari dia.
Order skali dengan baby octopus.




Happy birthday in advanced darling!!
I loveeee u soooo much!!
*kiss both of ur cheeks, sayang~ muah! muah!*





Faverate aku ni - baby octopus ;)





Lepas lunch kitorang tengok wayang The Last Stand. As usual, aku tido je dalam cinema.
Malas nak tengok. Siap berdengkooo lagi.
Haha!

*comel kan aku?*
Pitammm..


Lepas tengok wayang, jalan-jalan cari jam.
Tahun ni En Zul demand sikit.
Nak jam tangan baru & electric shaver.
Hadoiiii... Paling tak best dia asyik ajak aku beli kereta baru. Yang Vios ni dia bayar, kereta baru aku yang bayar.

Kalau aku yang keluar duit, kena fikir panjangggg sikit!

Lepas survey jam, tak ada yang berkenan.
So terus balik Gombak jumpa Maklang & Paklang.

Aku belikan purse baru untuk Maklang.
Kemain suka lagi orang tua tu.
Alhamdulillah.. semoga Mak sentiasa hepi.

Paklang? Dia tengokkkk je la.
Aku tak beli apa-apa pun.
Jahatkan aku?

Hahahaa..

Cadang nak beli lepas habis kursus.
Sebab dah plan nak holiday.
Boleh beli presen sekali.

Kat rumah Maklang makan laksa.
So jimat la duit kitorang unuk dinner malam tu.

Balik rumah dalam pukul 9 lebih.
Call Wazli sekejap. Dengar kata mamat Kpop tu dah sampai USM.
Wahhhh.. lajunya!

Pas sembang-sembang aku start packing barang.
Sumpah penattttt!
Tahun lepas pun macam tu jugak.
Tapi tak de rasa beringat pun nak kemas dari awal. Semua nak buat last minute!

Well, that's me!
Hahaha..

Aku packed sekali baju En Zul.
Senang nanti dia datang USM lepas 3 minggu, dia bawak baju sikit je la..
Sebab aku dah bawak siap-siap.
Kitorang plan nak ke Langkawi.
Saja nak honeymoon kali ke..?
Ntah, lupaaa...

Lepas honeymoon kitorang nak balik kampung En Zul. Pastu nak singgah Cameron.
Wah, bestnya!!!!

Tapi...
Tadi masa tengah kemas-kemas barang,
En Zul tarik tangan aku..
"Mummy, jangan la pergi.. Ayah demam ni. Jangan tinggalkan ayah sorang-sorang...."


Alahai banggg..
Kau saja je nak sentapkan hati aku ni kannn...
Saje je nak buat aku sayu..
Jahat laaaaa....

Sabar la..
Mummy pun tak nak jauh dengan ayah lama-lama... Sabar eh!

(Sape-sape rasa nak muntah, silakan..)

So tahun ni buat kali pertama aku buat jadual intensif 2 copy.
Satu untuk aku, satu untuk En Zul.
Pastu aku siap highlight kelas, exam & lab aku.
Senang En Zul tahu time bila aku free.
Tahun-tahun sebelum ni aku tak bagi pun jadual kat dia. Pandai-pandai la dia nak call aku.
Tapi bila dia dah sayu-sayu tu, aku tunjuk la prihatin kat dia.
Isteri mithali la katakan..
Penghuni syurga la aku...

Kahhhhh~




Lepas aku siap kemas barang (total 6 bags semuanya) aku pun masuk bilik.
Tengok En Zul dah tido.
Siap pakai cool fever baki aku & anak-anak demam aritu.

Halah.. Halah.. Halahhhhh...
Siannya laki aku...

Sabar ye banggg..
Seperti yang dijanjikan, abang kena call mummy setiap hari, atleast 30min untuk setiap panggilan.
Insya Allah boleh kebah demam tu.. 






Sayang, nanti kita beli hadiah besday ye.. =)

Semoga perjalanan mummy selamat.
Semoga abang baik-baik sepanjang mummy tak ada. Jaga diri, jaga makan minum eh?

Sayangggggg Abang... ♥♥♥










Saturday, January 19, 2013

Semua masuk dalam satu entry. Jimat.

Salam Kemenangan Jozan!!

Yes, aura kemenangan Jozan masih membara. Mak suka sangat bila Jozan menang.
Walaupun Mak tak minat Zizan, takpe.. Diorang kan satu team.
Zizan pun banyak membantu Jozan untuk kekal di no 1 semasa Johan admit ward.
Khennnnn??

Ok, stop cerita pasal MLM.
Nak sembang-sembang pasal aktiviti aku sepanjang minggu ni.
Sebenarnya aku malas nak update satu aktiviti untuk satu entry.
Penat la nak taip banyak-banyak.
Karang bengkok jugak jari runcing Mak ni.
Eh?

Ahad lepas aku, En Zul, Maklang & Princess pergi Nilai 3.
Nak beli langsir untuk rumah baru.
Hm, hampir setahun renovate rumah tu. Baru boleh pindah.
Agak bengang la dengan kontraktor rumah kitorang tu. Lembab!

So insya Allah bulan 2 or bulan 3 kitorang move in.
Sebab tu kena buat langsir dari sekarang.
Aku mintak Maklang je buatkan untuk aku. Murah sikit bayar upah jahit.
Kira dalam bil harga jahit langsir & baju kurung aku 4 pasang.
Hahaha!

Lepas kitorang ukur tingkap rumah baru, kitorang ke Nilai.
Belum beli apa-apa barang kereta dah penuh.
Dengan anak-anak aku yang duk terlompat-lompat.
Haisshhh.... Maafkan kami, Maklang.
Agaknya terkejut orang tua tu nengok cucu dia perangai macam ni.

Sampai je Nilai, kitorang tak pergi survey dah.
Nampak je kedai, terus masuk.
Then kira jumlah kain yang diperlukan dan terus pilih material.
Haaa... Apa motif pergi Nilai yang banyak kedai dan banyak pilihan, tapi tak buat survey pun?
Baik aku pergi Nagoya je.
Dekat je, pastu tak payah pening-pening nak masuk banyak kedai.
Huhuuuuuu...


*gambar kat bawah ni Aleeya yang snap. Gila buruk!*


Pink is a must!




Ni bukan contoh langsir yang aku beli.
Contoh kain langsir yang aku beli si Aleeya langsung tak snap pic.
Bertuah punya budak. Hm, tunggu la langsir siap baru aku tunjuk ok.




Aku tak sure apa nama kedai ni.
Tapi kedai ni betul-betul depan surau.
Ok jugak la harga yang dia bagi
(eh, kalau dah tak buat survey, mana aci nak cakap ok kan??)

Contoh :
Harga asal RM15.90 semeter, dia bagi RM9.00 semeter.
Kain yang kitorang beli 7.5m, dia bagi harga diskaun.
Lepas dia bagi diskaun, dia potong kain 7.5m tapi masuk bil dengan harga 7m je.
Untung la 0.5m kat situ....


Total harga kain sahaja RM800.00++
Pengsan!!!!!

Tu belum harga harga pad langsir, reel 2 panels (sebab kitorang buat night curtain & day curtain, so kena pakai 2 reels la), belum masuk harga kayu penyangkut, harga hook, harga manik juntai-juntai, harga clamp/cekak langsir. Dan tak lupa, harga upah jahit! Nasib baik mak kesayangan sendiri yang tolong jahit. Jimatttttttt duit aku. Tenkiu, mommy!!!! Luv yu so muchhhhh... 
*cium pipi kiri & kanan*

Ok la, ni pendapat aku pasal Nilai 3.

Terus terang aku rasa aku tak sesuai datang sini.
Sebab TERLALU BANYAK sangat kedai.
Dan kebanyakkan barang jualan pun lebih kurang sama je dengan kedai lain.
Sebab aku ni jenis tak suka nak menapak dari satu kedai ke kedai lain, better tak payah pegi la Nilai 3 ni.
Cuma apa yang aku rasa, kat sini kalau kau pandai cakap dan pandai convince orang,
mungkin kau boleh dapat beli dengan harga yang murahhhhh sangat!

Bila terlalu banyak kedai, kalau aku survey pun, belum tentu aku puas hati beli barang tu.
Contoh la masa sebelum aku kawin dulu, aku datang dengan En Zul nak beli set cadar pengantin.
Mula-mula masuk kedai ni, harga satu set RM650. Macam mahal je? Pergi kedai lain.
Kedai kedua harga satu set RM450, tapi plain. Tak de corak. Pergi kedai lain.
Kedai ketiga harga RM380, tapi kaler yang aku nak tu tak ada. Pergi kedai lain.
Kedai keempat, kaler yang aku nak ada, harga RM500 lebih boleh nego. Tapi saiz King tak de.

Pergi kedai lain!

(untuk makluman, kat Nilai memang SUSAH nak cari cadar saiz KING! Tak tipu ni.)

Jumpa kedai ke lima, saiz ada, kaler ada, corak pun cantik, tapi harga RM799!
So nak cari balik kedai first tadi yang harga RM650 dah tak jumpa dah!
Lupa nama dan lokasi kedai. Takkan nak buat survey balik setiap kedai???

Kan buang masa? Pastu kasi bikin hati panas.
Sebelum balik kitorang beli set cadar harga RM480. So aku mintak 2 bantal & bolster free. Lantak!
Nak mintak bantal pun siap rayu-rayu. Sebab tak nak rasa rugi punya pasal.
Beli mahal-mahal, tapi guna cadar tu sekadar 1-2malam je!
Ye la, tak nak la aku pakai cadar pengantin untuk malam-malam biasa.
Rugi je beli mahal-mahal, tapi hujung-hujung simpan dalam lemari.

Eeeee... Geram! Last-last balik KL singgah SOGO sebab ada SOGO CARD Sale.
Harga set cadar yang harga RM700 lebih dapat diskaun 70% jadi harga RM150 je!
Terus aku sambar 2 set, saiz king untuk aku, saiz queen untuk Maklang.
Siap dapat free bantal 4 biji. Dapat, ok! Bukan mintak.
Masa tu aku angkut set cadar sambil jalan mendongak ala-ala model.
Sangat puas hati!!

So next time, kalau benda yang mudah dapat kat KL, baik beli je kat KL.
Walaupun terpaksa beli secara online. Janji kau tak penat, tak buang masa dan tak sakit hati.

Agaknya sebab tu la aku tak suka bersesak-sesak shopping kat downton/uptown.
Sakit hati bergesel-gesel bahu dan bontot dengan orang ramai, last-last balik tak membeli apa-apa pun!


Setel cerita pasal langsir. Phewww.. Penat!

Now nak sembang pasal lauk kemalasan.
Tahu apa maksud lauk kemalasan? Lauk yang dimasak masa malas.
Ok la kan? Malas pun still masak. Kira tahap bagus la.
Kalau tahap dah malas nak mampus tu, jangankan nak masak, tapi nak MAKAN je pun aku malas!
Haaa.. Itu betul-betul malas!

Minggu ni En Zul demam.
Kesian my Babyboop.. Keje malam, so siang terlantar je kat rumah.
So hari Selasa Isnin lepas aku masak lauk kemalasan.

Ikan bilis goreng!

Mudah je, tak payah update dalam From My Kitchen la..
Sebab simple sangat, so agak segan nak tepek dalam ruangan FMK tu.
Aku story kat sini je eh?


Mula-mula ikan bili di bersihkan dan dicuci. Toskan air basuhan.
Panaskan minyak dalam kuali (guna api kuat)
Then slowkan sedikit api, dan masukkan ikan bilis. Pastikan tak hangus.
Masak sampai garing. Toskan ikan dan kurangkan sedikit minyak.
Tumis bawang merah/besar, bawang putih, cili api dan tomato belah.
Dah naik bau, masukkan ikan bilis. Nak masukkan asam jawa sikit pun takpe.
Tak payah masuk garam sebab ikan bilis dah ada rasa masin.


Tadaaaa!!
Ni la ikan bilis goreng versi Malas.
Ngehhh.. Ngehhh.. Ngehhhhh....
Sesuai dimakan dengan nasi panas. Sodappp!!





Semalam aku naik hangin dengan anak-anak.
Aku belikan hadiah pensel khat mekanikal (jenis tekan) kat diorang, boleh pulak diorang hilangkan.
Kot la nak rasa bersalah & mintak maaf. Bertuahhhhh!!!
Bila aku tanya, "mana pensel khat tu??"
Boleh diorang jawab, "ntah, hilang. Hahahahah!!"

Boleh dia gelak?
Berani dia gelak?
Pas gelak-gelak, dia sambung main dengan kakak dia.

Pffffttttt!
Sia-sia je aku membebel tadi.
Dah aku pulak meroyan nak merajuk.
Bila aku merajuk, anak-anak pun turut merajuk.Alahahiiiiiii....
Hujung-hujung En Zul yang kena pujuk permaisuri & princess.
En Zul belanja kitorang makanTutti Fruitty. Kahhh!

Next time kalau teringin nak makan TF, boleh guna idea yang sama. Hehe....!!






Monday, January 7, 2013

Hidung jugak jadi bahan

Kelmarin aku pakai mask.
Konon nak feeling ala-ala Kpop.
Padahal muka kematu macam kerak bumi, pakai la apapun muka tetap tak mulus pun.
Lagi mahu berangan macam Han Ji En.
Puiiiiii...












Lepas cuci muka, siap baca doa bagai, aku tepek la mask ke muka yang berkerak ni...








Ni bukan mumia ye anak-anak...






En Zul : apa ni?

Aku : ni namanya mask. Nak kasi kulit cantik, mulus macam artis korea...

En Zul : memang macam ni ke pakainya?

Aku : Aah.. Tepek je kat muka. Biar 20minit.

En Zul : Maksudnya..... Memang pakai benda ni sampai hidung terkeluar eh? Macam hidung zizangggggg....






Kenapa mesi hidung aku? Kenapaaaaaa???






Sunday, January 6, 2013

Alarm

Aku tak paham kenapa ada orang set alarm (henfon) keluar bunyi lagu pelik-pelik.
Kan kat henfon tu memang dah ada sound kat dalam tu (default)
Selain dari sound tu, kita boleh guna lagu kita sendiri.
Macam aku, aku prefer lagu yang rancak-rancak.
Kalau setakat sound kat henfon like 'wave', 'beep', 'beach', 'forest' dan lain-lain berkenaan alam sekitar ni, memang aku tak berkenan betul.

So aku suka set lagu yang rancak-rancak.
Kenapa mesti rancak?
Sebab aku ni bangsa manusia yang liat nak bangun kalau dengar bunyi yang slow-slow.
Rasa macam makin terbuai-buai pulak.
Jadi ia membuatkan aku lagi susah nak bangun.

Tapi kalau lagu rancak, memang aku boleh melompat terjun dari katil masa nak bangun tu.

So aku set alarm aku lagu Girlfriend - Avril Lavigne.

Dah bertahun ni, alarm En Zul set lagu yang default dalam henfon dia.
Aku pun tak tahu apa title alarm tu.
Tapi bunyi dia memang buat aku rasa nak pijak-pijak je henfon tu.

Dan paling membuatkan aku hangin bila En Zul akan set kesemua henfon dia, tapi bila alarm berbunyi, dia snooze sebanyak 3x!

Gila tak???

Dah la bunyi alarm macam nak mintak kaki.
Kau pulak jenis bangsa suka snooze mengesnooze!
Eeeee... Bikin aku panas hati je pagi-pagi buta!

Bukan apa, kadang-kadang time masuk kerja kitorang ni berbeza.
Kalau dia kena masuk kerja awal, kompem memang neraka la pagi aku tu.
Dia set jam 5.30am. Dah 3-4 kali alarm berbunyik still tak bangun-bangun.
Kalau satu henfon yang berbunyik tak pe la jugak.
Tapi kalau dah 3 bijik henfon? Muntah berdarah la aku pepagi tu!

Memula, henfon Nokia hijau bunyi. Dia tekan snooze.
Then Note 10.1 dia pulak bunyik. Punnnn dia snooze.
Elok dah senyap, henfon Nokia putih lak bunyi. Again dia snooze.
Pastu henfon Nokia hijau bunyik untuk kali kedua. Snooze again!!!
Berurutan la cerita ni sampai aku pekik, "bangun la banggggggg!!!"

Haaa, itu adalah alarm yang memang dia tak boleh nak snooze langsung.

Hadoiiiiiiii...... Dah la sound tak sedap langsung, tak de feeling nak bangun pagi dengan ceria!
Macam sumpahan je bila dengar lagu yang sumbang tu.

Minggu ni aku kena food poisoning.
Memang hazab la seminggu ni asyik muntah & mencirittttt memanjang.
Malam yang start kena sakit perut tu, aku langsung tak boleh nak tidur.
Sekejap-sekejap aku terjaga.
Sampai pukul 4 pagi baru boleh lena sikit.
Tapi elok je aku nak terlelap, alarm En Zul dah berbunyi.

Dia bangun, tekan snooze.
Bunyi lagi...
Dia bangun, tekan snooze.

(sila ulang sebanyak 3x)

Aku ni dah la macam ada anakonda kat dalam perut.
Lubang bontot dah rasa pedih-pedih melecet.
Baru nak lelap, alarm En Zul pulak mengganggu.
Yang En Zul ni macam tak de hati perut langsung.
Dah tahu aku ni tak boleh nak tidur, concern la sikit.
Ni dia sedappppp je dia membuta!

Eeeee... Aku rasa macam nak terajang je kasi dia jatuh katil.
Masa tu kompem dia akan terjaga terus.

Aku tengok lepas je dia snooze, sekejap je dia dah terlelap.
Mak aihhhhh... Mata apa dia ni? Mata robot je?
Macam dah di setting pulak.

Pagi tu aku memang stress tahap neraka jahanam dah rasa!
Dengan alarm sekejap-sekejap snooze, sekejap berbunyi.
Dengan perut aku memulas macam nak mintak dirodok dengan backhoe.

Huhuuuu.. Bila la hazab ni nak tamat??

*nangis*


Wednesday, January 2, 2013

Selamat Tahun Baru 2013, peeps!

Alhamdulillah, sampai juga kita di Tahun Baru 2013.
Sebelum terlupa, aku nak wish SELAMAT TAHUN BARU kepada semua kawan-kawan dan jugak kepada diri sendiri.
Diri sendiri kena la wish jugak kan, sebab kalau nak harap orang lain wish kat aku, mimpi la!
Kalau ada pun, berapa orang je pun.. Haha!

Semalam aku keluar dengan Nadia.
Biasa la, girls-hang-out.
Kali ni Wazli tak ikut, busy nak buat preparation nak masuk sekolah katanya. (eh, Wazli tu GIRL ke?)
Oh, lupa.. Semalam adalah hari tersibuk bagi para guru kan?
Hahaha..

Nak cerita pasal durian creepe (DC) ni.
Benda ni dah lama dah orang tahu. Tapi aku baru sekarang nak cerita.
Aku kan lambat sikit, biasa la.. Dasar malas kan? Hihiii..

Masa kali pertama makan DC ni, aku dapat free sekotak dari kawan aku.
Dia order dari kawan dia kat Bukit Jelutong.
Dia jual sekotak RM10. Ada 6 biji sekotak.
Rasa dia sedappppp!!

Balik rumah, terus nekad nak buat.
Siap shopping ke Giant nak beli durian yang siap dikopek.
Nak harap beli sebijik-sebijik durian memang tak la kan?
So balik rumah terus buat. Kulit DC tu siap buat kaler kuning, merah dan hijau.
Hahaha.. Kalerful gila DC aku.
Aku ada snap pic, tapi ntah mana aku simpan ntah? Dalam laptop ni tak jumpa pulak gambarnya.
Tapi sempat la aku tunjuk hasil tangan aku tu kat kawan-kawan aku, terutama nya kak Amy.
Dia memang hantu DC!



Ni dia DC pertama yang aku makan.
Gila gebu dia buat. Bila nak makan memang kena bukak mulut seluas-luasnya.
Tapi comel-comel la.. Tak la lebar sangat saiz dia.



Ok, semalam aku pegi jumpa kawan lama seofis.
Nama dia Kak Fazi. Atau lebih glamer Juju (Jusa A JUnior) Haha!
Dia pun ada buat jugak DC ni.
Dia jual sekotak RM10 tapi ada 5 biji.
Tapi sebijik pun dah besar gila hokeh!
Rasa pun sedapppppp.... Sama macam yang kat atas tu.
Aku order 6 kotak, tapi dia bagi 7 kotak!
Alhamdulillah... Murah rezeki. Terima kasih Kak Fazi.
Semoga u murah rezeki jugak ok? :)




Ni dia rupa DC yang Kak Fazi jual.
Jangan terkejut tengok rupanya sebegini. Ni bukan salah Kak Fazi.
Ni semuanya salah aku. Ye, AKU!
Sebab aku duk tekan-tekan DC ni. Geram! Hahaha...
(tambah lak DC ni sudah 'bermandi peluh' sekejap kena panas, sekejap kena sejuk sepanjang hari)




Bite them!
Sedappppp!!!



Ni komen dari kakak aku.
Dia pun puas hati dengan DC Kak Fazi.
(sila abaikan gambar wallpaper message aku tu)



Ok, to be fair, aku cedok gambar DC yang lebih cantik dari FB Kak Fazi.
Hehee... Kak Fazi, jangan marah ye I amik gambar kat FB u..


Ini gambar sebenar hasil tangan Kak Fazi.
Tak cukup jelas?
Betul tak jelas???
Ok, tengok ni :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







Siap dengan gambar durian sebenar aku cedok!
Hahaha..


Sesapa berminat, boleh pm Kak Fazi di facebook dia :

http://www.facebook.com/faziatun



Facebook untuk DC yang first tu, aku tak ada. Sebab aku tak kenal pun siapa dia. Harap maklum.