It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 11, 2012

Tabah

# entri ni bukan untuk menghina atau mengaibkan orang, tapi sekadar untuk memberi semangat kepada aku.


Tadi aku layan FB. Tetiba aku ternampak profile budak ni. Nama dia Hafiz. Actually, dia ni ex-student aku. Dulu aku mengajar kat SMK Seri Selayang. Masa tu dia form 5 kalau tak silap aku, dan aku mengajar subjek Math & English untuk kelas dia. Dia ni seorang OKU. Dia menggunakan kerusi roda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tapi aku tak sure dia sakit apa?

Masa aku mengajar dulu, dia antara student aku yang boleh berfikir secara matang dan rasional (dulu aku mengajar kelas pendidikan khas kat SMKSS, so jangan expect pemikiran student Form 5 untuk pendidikan khas sama level dengan student inclusive-kelas biasa). So dalam ramai-ramai student aku, dia antara yang boleh berfikir secara matang. Lepas habis sekolah, aku selalu bersembang dengan dia kat kantin sekolah, sementara dia menunggu keluarga dia datang ambil. Kadang-kadang dia tunggu dengan Salehuddin (hanya mereka berdua yang pakai wheelchair). Masa tu Hafiz selalu cerita pasal dia diri.

Bapa Hafiz seorang anggota polis. Setiap bulan bapa dia akan bawa dia ke hospital untuk buat check up. Mak dia seorang suri rumah (kalau tak silap aku). Kalau ikutkan, Hafiz ni muda setahun je dari aku. Tapi disebabkan keistimewaannya (kekurangannya), dia mengambil SPM pada umur 19 tahun (masa tu aku umur 20tahun). Sambil-sambil aku borak dengan dia, aku selalu perhatikan kerlipan mata dia, pandangan mata dia, riak mukanya. Tersembunyi seribu persoalan...

Antara soalan yang pernah diutarakan pada aku :

- cikgu pernah tak guna wheelchair?
- cikgu ada tak sedara mara yang macam saya?
- cikgu, nanti lepas habis sekolah saya boleh belajar lagi ke?


Di saat persoalan tu sampai ke telinga aku, aku seolah-olah dapat rasakan apa yang bermain dalam fikiran dia. Mungkin dia dah banyak kali muhasabah diri, tapi sedikit sebanyak pasti dia masih sedih dengan keadaan dirinya. Bukan niat aku nak mempersoalkan takdir Tuhan. Malah aku bersyukur sebab Tuhan masih sayangkan dia dengan memberikan keluarga yang penyayang, kawan-kawan yang mengambil berat. Malah keluarganya amat beruntung memiliki anak seperti nya. Dia tak pernah putus-putus mendoakan kesejahteraan ahli keluarga dan kenalannya. Dan seingat aku, sejak aku mengajarnya dan sehingga hari ini, dia tak pernah putus menghantar ucapan sms sempena hari lahir aku dan juga hari-hari istimewa lain seperti bulan berpuasa, hari raya, tahun baru dan lain-lain.

Kadang-kadang aku rasa malu dengan Hafiz. Dia selalu meninggalkan komen dia status FB aku. Bila aku rasa sedih, dia banyak memberikan kata-kata semangat pada aku. Dia seolah-olah mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan hidup. Terima kasih, Hafiz. Tak macam aku, lemah! Cepat putus asa! Orang macam aku ni patut campak je kat kolam ternak buaya kat Samarahan tu. Biar cepat sikit buaya tu membesar.

Lepas aku mengajar kat SMKSS, aku terima offer kerja kat PPUKM ni. Kali kedua aku outstation adalah kat Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi. PLPP ni tempat untuk golongan OKU belajar skill-skill perindustrian untuk persediaan di alam pekerjaan. Selama 3 minggu aku merekrut peserta Cohort kat sana, aku secara tak sengaja terserempak dengan Hafiz kat sana. Masa tu dia happy sangat bila tengok aku kerja kat tempat dia. Boleh dikatakan hari-hari selepas dia lunch, dia akan datang melawat tempat kerja aku. Hampir semua staff aku kenal dengan dia. Dia seorang yang peramah, sopan santun dan pandai mengambil hati.

Masa kat PLPP, aku sempat meluangkan masa dengan dia selepas rekrutmen. Satu hari, dia baru selesai menjalani kursus perkahwinan.



Hafiz : Tadi saya ada kursus kahwin. Best ceramah ustaz tu, dia suka buat lawak.

Aku : Ye ke? Oh, lepas ni awak dah boleh kawin la.

Hafiz : Siapa yang sudi orang macam saya? Saya kan....... (tunduk)

Aku : Jangan risau Hafiz, Tuhan Maha Adil. Setiap hamba-Nya sudah ditetapkan rezeki dan jodoh masing-masing.

Hafiz : (senyum)


Ya Allah... Masa tu aku rasa macam nak nangis. Aku bukan sengaja nak sakitkan hati dia, apatah lagi nak menghina dia.

Sebelum aku balik ke Cheras (selesai rekrutmen kat PLPP) dia sempat berjumpa dengan aku.


Hafiz : Cikgu, saya happy sangat cikgu datang sini. Hari-hari cikgu gembirakan saya. Saya tak ada benda yang mahal-mahal nak bagi kat cikgu. Saya cuma mampu bagi ni je (sambil hulurkan seutas tasbih kayu kat aku) Ni tasbih kesayangan saya. Saya harap cikgu suka.

Aku : Terima kasih. Saya suka sangat, belum pernah ada orang yang bagi saya tasbih. Tapi saya tak ada apa-apa nak bagi kat awak...

Hafiz : Tak apa cikgu. Saya harap cikgu dapat doakan kesejahteraan saya dan doakan saya happy selalu.


Masa tu menitis air mata aku. Sucinya jiwa dia. Tabah dan kuat hatinya menempuh liku-liku kehidupan.
Satu hari dia sms aku dan kawan-kawannya. Dia mohon kami doakan kesejahteraan ayahnya kerana mengalami sakit jantung, dan dimasukkan ke wad. Merayu-rayu dia mohon kami memanjatkan doa pada Yang Maha Esa. Ya Allah, betapa besarnya dugaan-Mu untuk Hafiz. Semestinya bukan kehendaknya memilih keadaan sebegitu. Dan aku percaya, Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan ujian yang besar jika hamba-Nya itu tidak mampu menghadapinya. Insya Allah Hafiz juga mampu untuk menghadapi ujian dari Allah.




Mohd Hafiz Sulaiman
(credit to Hafiz's FB)




Hafiz bersama keluarga



Selepas aku kenang balik ingatan aku pada Hafiz (selama aku kenali beliau), aku rasakan dia adalah seorang hamba Allah yang mempunyai hati cekal dan tabah. Dia diberikan ujian sejak lahir, namun dia tabah mengharungi hidupnya sehingga hari ini. Sedangkan aku, Tuhan baru memberi ujian kecil sudah mula lemah semangat dan berputus asa! Apatah lagi kalau Tuhan mahu menguji aku sepanjang hayat, pasti awal-awal lagi aku sudah kecundang. (memang patut aku ni dijadikan santapan minum petang untuk buaya-buaya kat taman buaya samarahan tu). Aku patut rasa malu terhadap Hafiz! Bila aku teringatkan dia, aku terfikir, kenapa aku tidak setabah dia? Kenapa aku tidak mempunyai semangat hidup seperti dia? Masih jauh lagi perjalanan aku untuk mendapatkan hati setabah Hafiz.....

Doa aku agar Hafiz sentiasa happy dan sihat sejahtera. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi mendengar luahan hati cikgu (dulu aku selalu sms dia "Hafiz, cikgu sedih laaaa..."), terima kasih kerana tidak pernah lupa hari lahir cikgu, dan paling cikgu berterima kasih, kamu selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan cikgu. Terima kasih banyak-banyak!



Semoga awak terus dirahmati Allah. Amin...

Wednesday, May 9, 2012

Down

Aku rasa down sejak ku berada di USM bulan Jan lepas.








Sampai sekarang aku rasa down. Malah makin teruk.









Dah cuba buat aktiviti yang boleh menggembirakan aku.









Shopping.....












                        Karaoke.....








                                                                        Holiday......














Tapi masih tak boleh selesaikan masalah tu.








Menangis?
Hmmm.... Dah kering air mata!










Dah puas berdoa........











Doa........












                                                         Doa.........















                                                                                                    Doa......................................












Sekarang, aku berserah sepenuhnya pada yang Maha Esa.















Semoga semuanya baik-baik sahaja.















Kalau aku kalah ditangan TAKDIR, aku redha........








Tuesday, May 8, 2012

Another half way... Chaiyokk!!

Alhamdulillah.. Semua assignments dan lab report dah submit.
Tinggal nak berjuang untuk final exam je.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Insya Allah bulan depan (Jun 2012) aku akan menghadapi final exam untuk sidang 2011/2012.
Doakan aku berjaya ye.. =)



Love,

Monday, May 7, 2012

Kehilangan - Firman



Kehilangan by Firman


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkan mu meninggalkan ku

Ku merasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkan ku pada dirimu
Gelora mengingatkan ku
Bahwa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi






Hari itu...
Ada 'seseorang' bagi aku lagu.
Maaf, aku tak ingat apa tajuk lagu, mahupun penyanyinya.

Hari itu...
Aku terdengar Ain Hazrin mainkan lagu itu berulang-ulang kali di dalam bilik server.
Lalu aku tanyakan pada dia siapa yang nyanyi dan apakah tajuk lagunya.

Semalam...
Baru aku teringat tentang lagu itu.
Aku confirmkan semula dengan Ain Hazrin.

Maka, hari ini...
Baru aku faham maksud lagu itu....
Buat aku menangis mendengarkan melodi dan bait-baik liriknya.




**Terasa macam nak pergi karaoke lagu ni berulang-ulang kali.. Huhuhuuu...!!



Sunday, May 6, 2012

Kembali tanpa diundang

Jumaat (kelmarin) aku datang ofis awal. Dalam pukul 7.10am aku dah sampai ofis. Pagi-pagi tu tak de mood nak berjimba-jimba sebab demam & selsema aku makin teruk. So aku layan dulu FB sementara nak tunggu kawan-kawan datang untuk pergi ke Royale Bintang Seremban (Bengkel Diet).

Buka je FB tengok ada 2 orang yang request nak jadi fren aku. Salah seorang nya adalah Teman Tapi Mesra (TTM) aku! Bukan yang nama Z tu, tapi yang nama A. Tetiba perasaan marah tu sampai!

Sebenarnya aku kenal dia sejak umur 15. Masa tu dia baru pindah ke sekolah aku. That time kitorang tak pernah tegur pun. Just pandang-pandang dari jauh. Bila naik form 4, kitorang mula bertegur sapa sebab sama-sama join sukan. Walaupun kitorang dah kenal, tapi tak rapat sangat. Kitorang mula jadi rapat since form 5. Masa tu memang rapat, sampai ada kawan-kawan aku yang ingat kitorang serius couple. Eh, mana adaaaaa.. Kitorang kawan biasa-biasa jeeeeeee.. Hihihiiii.. Aku ada kenalkan dia pada Maklang. Maklang ok je, dia berkenan jugak dengan A ni. Cuma masa tu aku masih belajar, so dia tak ada la beriya sangat bila aku kenalkan someone pada dia. Konon-konon cinta monyet, padahal tak bercinta sangat pun!

Lepas aku habis SPM, aku terus lost contact dengan A. Masa aku SPM dalam bulan puasa. Last paper adalah 5 hari sebelum raya! Memang mencabar jiwa raga la masa tu. Dia ada datang jumpa aku (tapi tak masuk rumah, just jumpa tepi block rumah aku). Dia datang semata-mata nak rasa kuih raya yang aku buat. Sebab masa raya dia tak ada kat KL, beraya kat kampung. So aku bekalkan kuih raya untuk dia, dan dia datang amik kat tepi block rumah aku. Kalau datang rumah pun bukan boleh minum or makan-makan pun. Kan tengah bulan pose :)

Habis je SPM, kitorang terus lost contact. Walaupun kitorang dekat, tapi tak pernah pulak nak contact. Aku pun tak tau kenapa jadi macam tu. Memang rindu gila kat dia masa tu. Masa nak tunggu result SPM, aku kerja kilang. Bila aku nak pergi kerja, aku tunggu bas kilang kat bus stop Pinggiran Batu Caves. Kadang-kadang dia datang tunggu aku kat bus stop tu. Tapi bila dia nampak aku, dia just pandang then blah!

Ok, dia tak nak jumpa aku. Fine.

Lepas aku dapat result SPM, aku tak nak belajar kat U. Aku langsung tak apply mana-mana program pun. Aku sekadar terima offer untuk STPM kat Darul Ehsan (DE). Itupun sebab Maklang beriya-iya nak suruh aku study dan berhenti kerja kilang. Satu hari kawan aku dari sekolah SPM yang sama-sama study kat DE tu cakap, "Yati, A kirim salam". Terkejut la aku! Masih ingat lagi dia kat aku. Ingatkan dia dah hilang ingatan. Pernah ada satu hari tu, aku balik sekolah lewat, dalam pukul 3pm aku baru habis lab. Then aku call Maklang minta dia fetch aku kat sekolah. Kebetulan masa tu hujan lebat. Dalam perjalanan balik ke rumah, kereta kitorang diekori oleh sebuah kereta Wira sedan kaler biru. Then Maklang cakap, "kenapa la kereta belakang ni. Sekejap macam nak himpit belakang kereta mak, bila mak bagi laluan untuk dia potong, dia jauhhhhh pulak dari kereta mak". Bila aku toleh kat belakang, rupa-rupanya kereta A! Aku tanya la kat Maklang, "sejak bila dia kat belakang kita mak?"

Maklang : Sejak dari sekolah hang.. Sampai la sekarang ni. (masa tu dah sampai depan rumah!)

Eh, dia follow aku ke?
Kenapa la dia jadi macam tu? Kalau nak jumpa aku, datang la jumpa elok-elok. Kalau nak sambung ikatan yang terputus tu, aku boleh je pertimbangkan. Tapi dia tak ada contact aku, datang rumah pun tak. Then macamana la aku nak tahu apa niat kau?

Lepas dari hari tu, aku langsung tak pernah jumpa dia. Call pun tak. Nak cari dia, aku tak tahu alamat kampung dia. Aku cuma tahu nama daerah je. Apa no rumah, apa nama jalan, semua aku tak tahu. Dia pun senyap je. Tak de pun terasa nak cari aku. Dan paling sedih masa tu dia dah tak pakai no hp dia yang lama. Dia dah tukar no baru. Dan aku dengar cerita dari kawan-kawan rapat, dia dah pindah ke kampung nya.

So aku anggap kitorang tak ada jodoh untuk jumpa, apatah lagi nak kekal bersama.

Sejak dari tahun 2004 sampai 2010, aku memang tak pernah contact dia. Masa aku start kerja kat PPUKM pada tahun 2007, aku nekad nak lupakan dia. Ntah la, masa tu hati aku kuat sangat menyuruh untuk aku lupakan dia. So aku cuba. Walaupun aku tak berjaya nak lupakan dia, tapi Alhamdulillah aku berjaya untuk lupakan kenangan kitorang... Aku bebas berkawan dengan sesiapa saje tanpa ada bayangan dia.

Tapi sepanjang tempoh aku berpisah dengan dia, aku pernah juga cari nama dia dalam Friendster (masa tu Friendster tengah glamer dowh!). Tapi aku tak jumpa bila search result nama dia. Bila dah ada FB, masa tu tahun 2010 aku saje-saje gatal search nama dia, sekali pop-up nama dia! Most probably itu bukan akaun dia, kebetulan nama orang lain. Tapi bila aku tengok gambar-gambar kat akaun tu, memang sah dia!

Dan lebih gatal bijik bila aku add dia sebagai fren aku dan dia aprroved! Masa tu mula la kitorang berkawan semula (kawan je, no more TTM). That time aku banyak online FB time lunch hour. Dia pulak memang jarang bukak FB. Tapi sejak dia dah approved aku, tetiba dia rajin online time lunch, sampai sanggup tak keluar makan. Bila dia online, dan nampak aku pun online, mesti dia masuk chat box aku. Dan kitorang pun borak-borak bertanya khabar. Tapi yang peliknya dia suka ungkit cerita dan kenangan lama.

Yati, awak ingat tak saya dulu suka kacau awak kat padang sekolah? -ingat!
Awak ingat tak kita selalu lepak kat bilik seni, buat banner sama-sama, buat mural sama-sama? -ingat!
Awak ingat tak kita ada pergi camping sama-sama? -ingat!
Awak ingat tak yang awak pernah tulis surat kat saya dan cakap awak suka saya? Siap panggil saya 'abang'. Saya masih simpan surat tu dalam laci kat bilik ofis saya... -ok, ni sumpah aku tak ingat!

Satu hari, macam biasa aku online time lunch. Then dia masuk chat box aku.

A : Hai, wat apa?
Aku : Tak ada apa-apa, juz layan FB sekejap.
A : Saya nak jumpa awak boleh?
Aku : Hahahha.. Ye la tuuuuu...
A : Ye la, saya nak jumpa. Jumaat depan ye?
Aku : Biar betul? Hmm.. Ok la.
A : Betul... Jumaat depan, awak amik saya kat Putrajaya. Saya turun sana. Ni no tel saya 013*******. Jangan lupa misscall no awak. Apa-apahal bagitau tau. Ok, bye.


Aku ni tak ada la beriya sangat nak jumpa dia. Aku rasa dia gurau-gurau je kot. Tapi bila sampai pagi Jumaat depan tu, dia sms aku....

A : Hai sayang. Jadi tak malam ni nak jumpa? <--- Ok, dia dah mula buat aku takut!
Aku : Hmmm.. Ntah la. Tak tahu lagi.
A : Laaa.. Kenapa? Abang nak jumpa syg. Sekejap pun jadi la. Ok ye? Dalam pukul 5 lebih abang sampai. Lepas Maghrib syg datang amik abang. Abang tunggu.
Aku : Ok


Malam tu aku keluar lepas Maghrib. Aku pergi ke Putrajaya dengan hati yang teruja, tapi sedikit risau. Ye la, nak jumpa dengan buah hati yang aku sayang selama 6 tahun, mesti la aku excited. Tapi aku risau jugak, dalam masa 6 tahun ni dah macam-macam yang terjadi. Dia pun sedikit sebanyak dah berubah. Nampak lebih 'berani' nak panggil aku sayang, siap ber'abang-abang' dengan aku.

Dalam pukul 8.30pm aku sampai Putrajaya. Aku call dia dan tunggu kat tempat yang dia cakap. Bila aku nampak kelibat dia, hati aku jadi bergelora. Demi Tuhan, susuk badan dia masih macam dulu. Kurus, handsome, putih... Dia masuk je ke dalam kereta, dia pandang muka aku sambil senyum, then dia cakap "hai, jumpa jugak kan? Dapat tengok muka ni...."

Arghhhhhh.. Rasa nak gugur jantung aku!!!!!

Malam tu kitorang pusing-pusing Putrajaya. Lepas lepak-lepak kitorang ke Kajang makan Sate Hj Samuri. Sepanjang malam ni kitorang banyak berbual pasal diri masing-masing. Masa tu dia cerita pasal diri dia. Sejak aku habis SPM dan dia ambik keputusan untuk balik ke kampung tanpa sempat bercakap apa-apa dengan aku. Selama dia kat kampung dia memang tak ada berkawan dengan mana-mana perempuan. Sehingga la adik lelaki dia nak kawin. Memandangkan umur dia semakin meningkat, mak dia bagi kata putus kat dia. Dia diberi masa selama 2 bulan sebelum adik dia bernikah, dan dia perlu kawin dalam masa 2 bulan tu. Kalau dia tak jumpa gadis untuk berkawin, mak dia akan kawinkan dia dengan sepupu dia.

Ok, cerita ni macam cerita hindustan petang Sabtu kat TV3 kan?
Lantak!

Dalam masa 2 bulan dia berjaya berkenalan dan berkawan dengan seorang guru yang berasal dari Perak. Memandangkan pada waktu itu kewangan dia sudah stabil, mak dia pun seolah-olah merestui hubungan diorang, dah semua yang dirancang berjalan dengan lancar, maka diorang selamat bergelar suami isteri pada tahun 2007. Iaitu pada tahun tu hati aku tekad nak lupakan dia. Memang satu petanda dari Tuhan.

Walaupun perkahwinan diorang masih mentah dah perasaan cinta tu masih menipis, tapi dia berjaya membina mahligai dia dengan bahagia. Dikurniakan seorang isteri yang cantik, berasal dari Perak, berkerjaya sebagai seorang pendidik dan melahirkan sepasang zuriat yang sungguh comel!

Sekarang ni dia dah hidup senang. Dia dah ada kereta mewah, rumah mewah yang besar, isteri yang cantik dan sepasang anak yang comel. Walaupun aku tak ditakdirkan untuk bersatu dengan dia, bila aku mendengar cerita dia, aku dapat rasakan kebahagiaan yang dia lalui.

Tapi ada beberapa perkara yang aku tak suka sepanjang malam tu.

Pertama, dia masih menganggap aku seperti gadis yang 'dulu', yang masih menyukai dirinya.
Kedua, dia seolah-olah cuba membangkitkan nostalgia lama antara kami. Malah dia mula meluahkan rasa rindu pada aku. Gila! Dia jugak cuba menyakinkan aku bahawa selama kitorang terputus hubungan, dia berusaha mencari dan menghubungi aku. Sehingga la mak nya memberi kata putus pada nya. Dia selalu datang KL untuk berjumpa kawan-kawan lama dan mencari aku. Ok, bab ni aku malas nak percaya!

Ni persoalan aku: Kenapa kau tak pernah datang ke rumah aku, sedangkan kau tahu kat mana rumah aku! Kalaupun kau dah lupa no rumah aku, atleast kau tahu jalan nak ke rumah aku. Kenapa sebelum kau pindah ke kampung, kau cuma perhatikan aku dari jauh? Kenapa sanggup ikut aku ke mana-mana sahaja secara senyap-senyap, tapi langsung tak cuba tegur dan dekati aku semula? Sedangkan kau tahu aku sayangkan kau?

"Sebab abang takut sayang marahkan abang..."

Itu je? Bullshit! Kalau sayang, tak mungkin aku akan marah. Selama 6 tahun aku tunggu kau. Selama tu jugak aku tak bukak hati aku pada sesapa. Bagai nak gila aku cari no tel kau. Tapi nasib tak menyebelahi aku. Aku dapat jumpa kau pun sebab aku tergerak hati nak cari kau kat FB. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan berjumpa dengan kau!

Sekarang kau dah kawin. Hidup kau dah lengkap. Kenapa kau datang cari aku untuk ungkit kisah lama? Kalau nak kongsi kebahagiaan kau dengan aku, cerita la... Aku sudi mendengarnya. Tapi jangan panggil aku SAYANG, sebab panggilan itu hanya untuk isteri dan anak-anak kau. Jangan sebut pasal RINDU, sebab rindu tu dah lama berlalu! Kau nak tahu kisah hidup aku selama pemergian kau? Kisah aku biasa je.. Kau nak tahu, aku cerita. Kau percaya atau tak, terpulang....

Sebelum aku hantar dia balik ke Putrajaya, dia cakap dia masih sayangkan aku. Tapi semua tu dah tak ada makna. Aku sekadar senyum.... Susah nak memberi sebarang komen. Pada saat sebelum dia turun dari kereta, dia cakap akan tetap tunggu aku. Masa tu memang aku rasa nak menangis. Bukan sebab terharu, tapi sebab aku rasa menyesal atas tindakan bodoh aku pergi jumpa dia malam tu! Kalau aku tak berani-berani pergi jumpa dia, aku tak perlu tahu kisah hidup dia, dan paling penting aku tak payah dengar kata-kata sayang, cinta dan rindu dari mulut dia! Aku benci!

Lepas seminggu dari pertemuan kitorang, aku ada pm inbox FB dia. Aku luahkan apa perasaan aku pada malam tu. Mungkin pada mulanya aku gembira. Sebab dapat jumpa dia selepas bertahun kitorang berpisah. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai anak, aku tak ada niat nak hancurkan rumah tangga dia. Sebab pada aku, hubungan aku dengan dia sekadar kawan. Apa yang berlaku pada zaman persekolahan, aku anggap ianya cinta monyet dan dah menjadi kenangan. Tapi dengan layanan dia pada malam tu, buat aku jadi tak selesa. Mungkin kita dah melalui fasa kedewasaan, tapi aku masih tak dapat ikut 'rentak' dia. Aku sedih bila dia cakap dia sayangkan aku, dia rindukan aku. Dia betul-betul kecewakan aku. Aku tak mengharap semua tu, sebab aku dah buang jauh-jauh perasaan tu lama dah! Kenapa tetiba dia nak ungkit balik semua tu? KENAPA???????


*amik nafas*


Lepas aku pm dia, aku remove dia dari frenlist aku. Aku siap blocked dia supaya dia takkan dapat cari aku lagi. Tapi silap aku adalah bila aku blocked dia, dia tak boleh baca message yang aku hantar pada dia. Then satu hari aku unblocked balik dia. Aku tak tahu message tu masih ada dalam inbox dia atau sudah terpadam. Selama itu jugak la dia tak pernah sms or call aku. Mungkin dia dah baca message aku kot.

Tapi bila aku tengok friend request, itu adalah dari dia!



52 mutual friends dari SMKSK.
Gambar dan nama terpaksa diblurr kan supaya kawan-kawan SMKSK tak tahu siapa empunya diri.
Hekkk~




Maaf, saya terpaksa delete request kamu.


Sepanjang 3 hari aku kat Royale Bintang Seremban duk pening memikirkan samada nak accept or delete request tu.

Kalau aku bersangka buruk : Tak baik buat macam tu, dia kan niat baik.. Nak berkawan dengan aku..
Kalau aku bersangka baik : Kenapa dengan kau ni? Dah jadi bini orang pun masih nak menggatal dengan kali orang? Jentik biji kau tu kanggggg!


Kenapa la kau hadir dalam hidup aku balikkkkkkk????
Benci!

Saturday, May 5, 2012

Berus gigi

Tadi aku baru selesai perbincangan dengan kumpulan untuk susulan peserta Cohort.
Sebelum aku keluar dari bilik untuk ke bilik perbincangan, aku minta staff housekeeping untuk bersihkan bilik aku.
Sampai bilik, aku tengok bilik dah berkemas. Then aku terus ke toilet untuk amik wudhu' nak solat Asar.
Lepas aku keluar dari toilet, Kak Saly pulak masuk.
Elok tak sampai seminit, dia keluar. Masa tu aku tengah nak pakai telekung.
Then dia tanya aku.

Kak Saly : Eh Yati, cerita ni kau yang cerita ke, atau aku baca kat FB ye? Pasal housekeeping.


Aku : Hmm, ntah. Macam aku tak pernah cite je pasal housekeeping. Nape?


Kak Saly : Tak ada la. Aku pernah dengar cerita. Kalau kita tidur hotel, kita jangan tinggalkan barang-barang toiletries kita kat toilet. Kena sorokkan dalam beg. Sebab nanti staff tu pedajalkan kita, dia guna berus gigi kita untuk cuci tandas.


Aku : Bukan aku yang cita kat kau. Tapi aku pernah la dengar cita tu sebelum ni. Tapi budak tu buat ke kat kita macam tu?


Aku dan Kak Saly terus masuk tandas cari bekas toiletries aku.


Ni berus gigi yang aku beli kat Tesco masa nak pergi kursus intensif kat USM.
Aku bawa je yang ni untuk guna kat Royale Bintang. Walaupun hotel ada sediakan berus gigi, aku lebih suka guna yang sendiri punya.



Bila aku tengok berus gigi aku, berus gigi tu basah.
Siap keluar air yang banyak bila aku goyang dan renjis kan berus tu!
Macam baru dibasuh.

Padahal last aku guna berus gigi tu hari ni masa mandi pagi tadi jam 7am.
Masa solat Zohor aku tak sempat nak gosok gigi sebab nak kejar perbincangan jam 2.45pm.
Masa tu aku baru balik dari Asiatique. So agak kelam-kabut nak kejarkan Zohor dan perbincangan tu.

Bayangkan la berus gigi aku tu last guna jam 7am, tapi bila aku check balik kondisinya pada jam 5.45pm, berus tu masih basah seolah-olah baru saja digunakan!
Masa tu aku pandang Kak Saly, dia pandang aku.

Terus rasa nak maki pekerja tu!
Tapi aku cuba berfikir positif, mungkin diorang rajin nak tolong cucikan berus gigi aku tu.
Tapiiiii.... Apa motif?
Tak geli ke nak gentel-gentel berus gigi aku tu?

Yang berus Kak Saly pun basah jugak.
Tapi sebab Zohor tadi dia sempat gosok gigi. So memang la ada sedikit basah. Susah pulak nak bersangka buruk.
Cuma yang berus gigi aku ni hah!
Terang-terang masih basah. Aku siap renjis-renjis berus tu!

Huh, diorang ni memang dasar nak kena rendam kepala dalam mangkuk jamban gamaknya!

Nasib baik hotel ada sediakan berus gigi.
Bila aku check, masih ber'seal' lagi berus gigi tu.
Yang Kak Saly terpaksa mintak berus gigi kat Nazihah - bilik sebelah.

Berus gigi Tecso aku tu, dah selamat masuk dalam Cik Tom Sam.
Esok beli berus baru.



Terengganu (Hari 3)

Hari ni hari terakhir kat Terengganu - 30 April 2012.
Sebelum balik KL, haruslah memperhabiskan duit kat sini kan?
So pagi-pagi buta kami dah merayap ke Pasar Payang.
Maklang sampai membeli segala kuali belanga.
Punya la excited orang tua ni.

Aku tak membeli banyak pun kat Pasar Payang.
Sekadar 30kg buah mangga (untuk Maklang 10kg, bakinya untuk makan sendiri).
Then aku & En Zul terpaksa membeli satu benda untuk melemahkan vitamin H anak-anak aku.

Vitamin HYPERACTIVE!

Kitorang terpaksa membeli BUBBLE GUN!

Beli benda ni semata-mata tak nak bagi anak-anak aku meroyan sepanjang perjalanan. Kalau dapat sorang satu, setel segala masalah. Siap belikan sabun refill. Bubble yang lama pun diorang dah tak pandang bila dapat yang baru.



Kitorang cadang nak beli kopok lekor kat area Seberang Takir.
Orang cakap kat situ sedap-sedap kopok lekor.
Tapi memandangkan kitorang dah masuk bandar, rasa malas nak patah balik ke Seberang Takir.
So En Zul bawak kitorang kat Kedai 008 kat depan Pantai Kelulut - otw balik ke KL



Telur masin moden. Rendam je dalam air garam. Tak payah salut serbuk hitam bagai.








Memang banyak En Zul memborong kat sini. Lantak la, duit dia. Hahaha!




Maklang sibuk dengan ikan masin nya




Ni la sign board kedai tu.




Pastu kitorang terus balik. Anak-anak dah bising nak mandi laut.
Sabar ye anak-anakkkk~




Rantau Abang




Sotong dan udang goreng tepung at Pantai Kemasik.
Stop sebentar untuk solat dan lunch.
Sepinggan RM10. Sedapppp..
Tapi yang kat Seberang Takir lagiiiiiii sedap!




Kemasik beach.








Lepas tu kami singgah di Kuala Kemaman. Nak cari satar.
Singgah pulak kat kedai ni. Kawan Leen last minit nak order kopok lekor.
So dapat la tengok cara-cara membuat kopok lekor =)




Sementara tunggu kopok masak, layan jelly kelapa untuk hilangkan dahaga dan panas badan.








Sedapnyaaaaaa!!




Ni la kedainya.




Kopok baru direbus.





Lepas beli kopok lekor, kitorang singgah makan sata dan otak-otak.




Kedai otak-otak tu bersebelah dengan kedai sea shell ni.









Semangat makan otak-otak dan satar. Ketupat pulut dan pulut panggang pun ada.
Sepinggan RM5. Kalau tak habis, jangan risau... Dia akn charge pada bilangan yang habis je. Yang tak habis dia tak kira.




Bersepah!




Warung PAK AZIZ SATAR




Otak-otak ni yang paling digemari oleh anak-anak aku.








Ni la rupanya otak-otak dia. Siap ada sos sekali.




Isi ikan dalam otak-otak.





Aleeya pun suka makan otak-otak.
Siap order sampai 2 pinggan!








Tengah tunggu turn Untie Leen buka kan untuk dia dan Ika.





Nasib baik ada Untie Leen. Sabar melayan karenah diorang.
Hihihiii..




Sebab tak sabar nak tunggu Untie Leen bukakan otak-otak ni, dia terus bukak sendiri!




Tapi masih fail! Terpaksa Untie Leen ajarkan.




Dah puas makan, Maklang beli untuk bawak balik KL.




Sebab anak-anak dah dapat bubble gun, diorang lupa pasal nak mandi laut.
Selamattttt!
Berhenti kat Petronas Gambang, then main sekejap bubble gun sampai bateri jadi week.
Untie Leen yang beriya, kan??




Aleeya berjaya merampas semula bubble gun nya dari Untie Leen.
Melopong la Untie oooooiiiiiii~~




Dalam kereta, diorang main patung je. Sebab bubble gun dah habis bateri.
Ika siap suruh beli bateri baru. Memang takkan dilayan la request tu kan?
Hahaha...








Ini adalah aksi biasa yang terjadi didalam kereta. Kalau seat sebelah driver kosong, diorang akan melompat-lompat dari seat depan sampai ke seat belakang untuk membuat acara larian berganti-ganti (pass baton).
*sungguh tabah aku menjalani kehidupan seharian macam ni. Huhuhuuu*






Ini adalah aksi selepas penat melakukan aksi tomoi. Ini lah aksi palinggggg sopan yang pernah diorang buat.




Alhamdulillah, kitorang selamat sampai KL pada jam 5pm.
Then aku mintak En Zul singgah kedai lampu. Nak beli lampu dan kipas untuk rumah baru.
Hmmm... Habis lagi duit aku! Huhuhu!!!