It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 19, 2012

Aku dan Dirimu

Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari - Aku dan Dirimu


Hmmm.. Another song from 'someone'.....
Masa tu aku outstation kat Serting Hilir.
Pagi-pagi buta masa aku otw nak ke tempat rekrutmen, dia called.

Then dia bagi lagu ni.
Dia highlightkan pada lirik :

"Meleburkan semua batas antara kau dan aku......"

Katanya...
Itu simbolik bagi ikatan 'PERNIKAHAN'.
Hanya dengan pernikahan yang mampu menghalalkan batas dan pergaulan antara seorang lelaki dan wanita...
Dan hanya sebaris lirik tu, memberi sejuta makna padanya...

Pada aku?
Hmmm.. It's just a song...

Maafin dongggg..
Gue ngakkkk minat sama BCL~
Hahahaa!


Mengintai Langit

Coco - Mengintai Langit


Lagu ni aku mula layan tahun 2008. Masa tu aku kat Cameron Highland.
Ada 'someone' yang bagi lagu ni kat aku.
Malam-malam kat Cameron memang syahdu bila layan lagu ni.

Yessss....
'Someone' yang pernah aku mengharap untuk bersama dengan nya.
Aku tak tahu la kalau lagu ni ada membawa apa-apa maksud pada dia.
Tapi sayang....
Kitorang masing-masing 'tarik tali'..
Hujung-hujung aku dapat 'tali' lain, kau dapat 'tali' lain.

Tak pe la. Janji aku dapat 'tali' aku dulu.
Hekkk~~




Love,

Sunday, March 18, 2012

Happy Birthday to Me!

Selamat Hari Ulang Tahun ke 26!

Alhamdulillah, syukur ku pada Allah swt atas lindungan dan rahmat-Nya... Aku masih dapat meneruskan hidup bersama insan-insan yang tersayang, rakan-rakan yang menyokong ku dan juga semua yang mengenaliku. Terima kasih atas kasih sayang dan kepercayaan kalian terhadap diri ku. Syukur juga kepada Tuhan sekalian alam yang memberi limpah kurnia dan rezeki yang tidak terhingga pada ku dan juga keluarga ku... Syukur Ya Rabb!


17-03-1986, aku dilahirkan pada jam 3.06pm di HBKL. Terima kasih mak, kerana menjagaku selama 9 bulan 10 hari di dalam kandungan mu. Penat lelah mak dan abah membesarkan ku sehingga aku dewasa, malah sehingga aku di'serah'kan kepada suamiku... Pada saat itu, jatuh air mata mak untuk melepaskan aku kepada seorang insan yang akan memikul segala amanah terhadap diri ku. Malah Syurga dan Neraka ku terletak pada telapak kaki nya... Terima kasih untuk segala-galanya, MAK...ABAH....

17-03-2012... Aku sudah berusia 26 tahun. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidupku. Syukur aku dikurniakan seorang suami yang penyayang, anak-anak yang comel dan manja (read : GEDIKSSS) dan keluarga yang pengasih dan rakan-rakan menyokong aku selama ini. Kalian sungguh bermakna pada ku.

Ok, back to normal. Aku tak reti la nak taip ayat-ayat serius dan bermadah ni. Hahaha..

Semalam En Zul ke Melaka. Ada kursus untuk unit kenderaan. Katanya nak launch sistem baru, so kena la berkursus dulu sebelum launch. Ok la, aku redha laki aku tak ada sempena besday aku kali ni. Sambut sorang-sorang je laaaa...

Bangun pagi tadi aku tengok ada miscall dari En Zul. Nak wish untuk aku kot. Tapi aku malas nak return call. Takut dia ada program waktu tu. Aku tunggu je la dia call aku balik. Lepas kemas rumah, aku layan TV sambil buat lab report. Sumpah aku tak buat apa-apa pun lagi. Lagi 2 minggu dah nak kena submit. Assigment pun minggu depan kena hantar. Mati la aku kali ni...

Tengah syok-syok buat lab report, Leen masuk chat. Dia nak ajak aku keluar. Yeayyyyyy.. Nak pergi celebrate besday aku!!! Tapi sebenarnya dia nak ajak aku cari kanvas untuk cover kereta masa parking. Ye la, orang dah beli kereta baru, kena la jaga betul-betul kan?? Sampai kan nak beli syampu kereta pun nak yang branded punya. Haktuihhh~ Hahahahahaha!!!!!

So Leen ajak aku ke IKEA. Ok la, aku malas nak fikir banyak, aku pun layan je la. Tu pun sempat lagi dia order kek coklat lembap aku 2 bekas. Alhamdulillah, ada rezeki aku lagi =)

Sambil-sambil aku layan balas komen kawan-kawan kat FB yang wish besday aku, aku buat la sikit-sikit lab report aku tu. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi yang jadi bukit bukan hasil kerja aku, tapi lemak dalam badan aku. Sebab buat kerja nya ciputttttt je, tapi tidur yang banyak! Hahahaa...

Pukul 5.30pm Leen sampai rumah dengan 'siput' barunya tu. Perghhhh.. Stylo beb! Sekali plastik seat pun tak bukak lagi. Hadoiiiiii la Leeen! Tak pe la, feeling-feeling kereta baru kan? Mesti la nak bau plastik kan? Hehe...

Kitorang terus ke IKEA. Nak cari kanvas yang sesuai. Sampaikan aku suruh dia amik kain kanvas yang dalam toilet sebagai penghadang pintu tu. Tu kan kalis air. Tapi lepas jalan-jalan kat bahagian lampu hiasan, ternampak plastik biru (macam beg plastik IKEA tu), saiz agak besar, so boleh digunakan untuk jadi cover kereta. Pas bayar, kitorang terus keluar dari IKEA untuk pergi dinner.






Langsir ni bukan kalis air. So bukan pilihan hati Leen!



Yang ni memang kalis air. Tapi pendek. Tak muat nak cover 'siput' Leen tu...
Last-last ambil yang murah punya, kaler sebijik macam beg plastik IKEA.


Dah beli plastik cover kereta tu, kitorang menghala ke Petaling Jaya SS2. Nak pergi makan kat kedai Uncle William. Leen cakap Nasi Goreng Ketam dia sedap. Ok, jom kita try! Sambil-sambil celebrate besday mak, nokkkk~~

Lepas masuk simpang SS2, Leen tersalah masuk simpang! Means kitorang SESAT!!! Uwaaaaaa... Bengangnya makkkkkk.... Again, aku terpaksa jadi GPS lagi. Apa la nasib aku, asal keluar dengan dia ni mesti sesat. Huhuhu.. Demi perut yang lapar ni, aku redhooooo je la... Lepas hampir sejam kitorang sesat, dengan bantuan GPS kat henfon aku akhirnya jumpa balik jalan asal. Jalan ke IKEA! So patah balik ikut jalan asal.. Perut aku dah makin perit ni, siap sendawa angin banyak kali. Takpe perut, sabar ye.. Nanti sampai kedai Uncle William, mak order macam-macam makanan yeeeeee....


Bila sampai kat kedai, perghhhhh! Punya la ramai!!!! Ada la dalam 500 orang dalam satu-satu masa. Parking lot lagi susah la nak cari. Hujung-hujung kami parked je kereta kat belakang blok kedai makan tu. Tapi tak la jauh sangat. Nama pun belakang blok je kan.

Sampai kedai, nasib baik ada meja kosong. Tapi tu pun belum dikemaskan lagi. Lepas kitorang mintak bersihkan meja, kami order minuman dan makanan. Nampak gayanya, lambat la makanan kitorang sampai. Ye la, sebab memang ramai sangat orang makan kat kedai tu. Tapi Alhamdulillah order kami cuma mengambil masa 10 minit je.. Best gila!!!!



Suasana kedai Uncle William
Susunan meja sehingga hujung blok! Gila panjanggggg..




Ni la Uncle William. Sangat peramah.
Beliau seorang chinese muslim berasal dari Kelantan.
Bahasa melayu beliau sangat fluent!



Sila abaikan gambar Leen.
Objek sebenar yang difokuskan adalah lelaki di belakang Leen (bertanda anak panah)
Siapakah beliau?



Dapat teka tak? Pic pun blurrrrrr (gerak-gerak)



Chakkkk!!
Ni pelakon Arash Mohammad. Macam tahu-tahu je aku nak snap pic dia...



Ni minuman aku. Nak order jus mangga, tapi dah habis.
So aku minta tembikai. Cantik kan cawan dia? Macam balang Nescafe'.
Harga RM8.00



Kalau ada penutup dia, boleh tutup dan terus bawa balik =)



Ni minuman jumbo Leen. Air Ribena Laici. Sedapppppp.. Cuma kurang manis.
Harga RM8.00. So aku rugi sebab cawan aku tak sebesar JUMBO GLASS ni.



Panjang gelas ni dari leher Leen sampai ke dada.
Besar kan cawan ni? Boleh share minum 3 orang...



Laici yang sangattttttt banyak! Macam
dia taruk 1 tin laici!



Lamb chop.
Dihidang dengan kentang lenyek, black pepper sause dan wasabi.
Sedappppp.. Ada 5 slices. Saiz setiap size pun besarrrrr... Kentang lenyek pun banyak!
Harga RM30.00. Boleh makan untuk 3 orang.
Selalunya harga lamb chop dalam RM18 ke atas. Itu pun paling banyak dia bagi 2 slices yang nipis dan kecik. Taruk fries pun ciput je. Yang ni memang berbaloiiiii!!!!



Besar kan pinggan dia???



Tuuuuu dia!!!!
Nasi goreng ketam.
Agak pedas (bagi tekak aku la), ada sotong, ada udang 6 ekor...
Ketam dia guna soft shell crab. Ada la dalam 6-7 ekor..
Nasi untuk sepinggan memang banyak, boleh makan untuk 2 orang.
Harga RM25 sepinggan.



Nasi goreng ketam.
Sedap, cuma ketam dia banyak minyak. Sebab dia goreng ketam celup tepung dan guna minyak yang banyak.
Bila makan sikit dah rasa muak. But not bad... Kalau share 2 orang makan untuk sepinggan, memang kenyang gileeeee!
Ni kan pulak makan sorang untuk sepinggan. Sangat sesuai dimakan dengan saka-saka yang di bela!
Hahahahhaa!!!!



Lamb chop



Total = RM96.00
Tidak termasuk harga HP Leen dan purse aku. Hahaha..
Thanks my dear sis sebab sudi open table untuk besday aku.
(sumpah makanan ni boleh dimakan untuk 5 orang!)



Alhamdulillah kenyang......
Masih berbaki makanan kitorang.



Lamb chop berbaki 3 slices.
Soft shell crab berbaki dalam 5 ketul.
Semua ni bungkussss bawak balik!! Siap mintak extra blackpepper sauce. Hehee..



Ni la 'siput' baru Leen..
Sama kaler dan sama model dengan siput aku & En Zul...
Pasni boleh konvoi sama-sama =)




Di kesempatan ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi wish for my besday. Terima kasih atas doa-doa kalian untuk aku dan keluarga. Hanya Tuhan yang Maha Esa yang mampu membalas jasa baik kalian.

Thanks again Leen sebab sudi belanja makan. Tahun depan belanja lagi eh? Kita gi bercuti pulak ke. Hehehe..

Now, aku nak tunggu En Zul balik dari kursus dan 'paw' poket dia pulak! =)

Love,

Saturday, March 17, 2012

Kreatif

Last week En Zul kerja malam. So anak-anak akan tidur dengan aku dalam bilik. Aku pun tak faham kenapa kalau En Zul tak ada, Ika bermati-matian nak tidur dengan aku. Selagi aku tak tidur, selagi tu dia akan berjaga semata-mata nak pastikan dapat tidur dengan aku. Si Aleeya pulak jenis mengekor. Kalau Ika tidur sendiri, dia pun tidur sendiri. Tapi kalau Ika dah mula menggedik nak tidur dengan aku, dia pun mengikut jejak gedik yang sama.

Bila dah Ika nak tidur sangat dengan aku, so aku kena jadi kreatif untuk memastikan kutu kat kepala anak-anak aku tidak berpindah ke kepala aku pulak. Kalau nak diikutkan, aku dah cari kutu+telur kutu kat kepala diorang tu. Masa aku cari tu, tak jumpa pulak kutunya. Telur pulak banyak dah kosong. Mungkin ada yang dah menetas. Kalau yang dah menetas tu, ntah mana hilangnya kutu tu..

Tapi demi menjaga kepala aku dari dijangkiti, maka aku kena fikirkan sesuatu. Nak selubung dengan selimut, kang aku mati lepas pulak. Nak pakai shower cap, shower cap anak-anak aku dah buat main. Nak tidurkan anak-anak, then lepas diorang tidur, aku tidur sorang-sorang.. Hish, tak nak la aku.....

So, aku terfikirkan sesuatu.....








Jeng... Jeng.... Jeng.......!!!!!






Kau mampu tidur sambil lilit kepala dengan towel besar macam ni?
Kompem kutu tak boleh menginap kat kepala aku. Hehehe....
Haaaa.. Ape pandang-pandang?


Love,

Tuesday, March 13, 2012

Main sorok-sorok

Last weekend aku, En Zul dan anak-anak just spend masa kat rumah je. Sabtu lepas dah pergi naik Genting, so Ahad just lepak kat rumah. Dapat jimat duit sikit kan. Haha..

Si Ika dah bising-bising nak main lappy aku. Nak main fb la tu. Tak payah! Exam kau dah menurun markahnya! Paper Penulisan dapat 65 je. Last year paling rendah pun markah 85. So selagi tak naik sampai 90 dan ke atas, kamu jangan mimpi nak sentuh lappy aku.

Bila aku dah bising-bising tak bagi main lappy aku, temanya diorang dua beradik main la benda lain. Like main lukis-lukis (read : perabihkan paper aku), main gunting-gunting kertas buat origami, main masak-masak dan main kemas-kemas rumah (haaa.. bab main kemas-kemas rumah ni memang mummy sokong 200%. Kalau nak main hari-hari pun takpe.)

Then petang tu aku nak tidur. En Zul tengah layan tv kat depan. Aku baru nak lelapkan mata, sekali Ika masuk. Arghhh.. Mula la tu nak kacau kenikmatan tidur petang aku.


Aku : Kakak nak ape? Mummy nak tidur la sayang....

Ika : Kakak nak temankan mummy.

Aku : Tak pe la. Mummy tidur sorang je. Gi main kat depan dengan adik.


Sekali datang pulak si Aleeya. Ok, makin ramai kaum kerabat datang bertandang atas katil aku.


Aleeya : Mummyyyy!! (lompat atas aku. Dah macam bom atom jatuh atas badan aku) Mummy nak tido eh?

Aku : Aah.. Adik dengan kakak pergi main kat luar eh, sayang.

Aleeya : Tak nak. Adik nak duduk sini dengan kakak, dengan Mummy.


Okkkkkkk... Aku dah malas nak layan diorang! Sebelum aku naik hantu, baik aku cari ikhtiar untuk keluarkan diorang ni.


Aku : Ok-ok, jom kita main nyorok-nyorok nak?

Aleeya : Jom. Sape nak kira?

Aku : Mummy kira. Kakak dengan adik pergi nyorok. Mummy kira sampai 20, pastu mummy cari eh?

Ika : Mummy jangan tipuuuuu...

Aku : Tak laaa.. Ok, cepat sorok. Satu... Dua... Tiga...... Bla.. Blaa.. Blaaa... Dua puluh! Dah ke??



Senyap.

Bagus! Sekarang baru aku boleh lelap. Nasib korang la gi menyorok. Tak kuasa aku nak cari. Hahaha..


5minit kemudian...


Ika : Mummy tipu! Mummy tak cari pun!! (terus naik atas badan aku)

Gila terkejut bila dia datang himpap aku!
Aku ingatkan hantu mana datang himpap. Baru je nak baca mana-mana ayat Quran yang aku hafal untuk halau hantu tu. Rupanya anak aku yang himpap. Nasib baik bukan bapaknya yang himpap. Kang doa lain pulak yang aku baca! Hekk~

Kesian anak-anak aku. Bulat-bulat je kena tipu. Hehehee... Tak pe la, korang main la nyorok-nyorok berdua. Mummy tolong tunjukkan tempat untuk menyorok je la erk.

So temanya bila Ika kira, Aleeya akan pergi menyorok. And vice versa. Kalau Ika yang menyorok, lamaaaaaa sikit baru Aleeya jumpa. Tapi kalau Aleeya yang menyorok, tak sampai seminit Ika dah jumpa dah. Aku tak faham la, adakah kerana Aleeya ni tak pandai menyorok atau dia tu gemuk sangat sampai tak boleh nak sorokkan diri?

Konpius.

Takpe la nak. Janji kamu hepi main berdua dan tak ganggu mummy =)





Si motek feeling-feeling mempunyai badan yang slim dan cuba menyorok di dalam bakul baju

 

Ika di dalam closet aku. Nasib baik kamu slim wahai anak ku.
Kalau si Motek ni yang nyorok dalam lemari tu... Alamatnya roboh la lemari mak, nakkkk~
(baru aku perasan baju Aleeya kotor. Comot betul kamu ni Aleeya)



Tang Ika menyorok dalam closet aku ni, sumpah aku gelak terbahak-bahak...


Aleeya : Mummy, mana kakak. Adik cari tak jumpa pun.


Aku : Adik berdiri kat situ. meh mummy amik gambar. (Then aku tunjuk pic kat Aleeya). Tuuuuu, kakak kat belakang adik.


Aleeya : Manaaaaa?? Tak ada punnnnn..... *nangis*





Love,

From My Kitchen : Kimchi

Hari tu kawan aku si Zulfadzli Teh tu ada cerita pasal kimchi, makanan orang Korea. Katanya dia buat sendiri benda tu. Wahhh, hebat! Siap bawak bekal ke ofis. Feeling K-Pop mamat muka cina ni. Hahaha.. Kalau nak tahu, kimchi ni antara 5 makanan yang sihat di dunia! Zul ni siap bagi link kat aku cara-cara nak buat kimchi ni. Tapi macam leceh je. Sebab kena sediakan bancuhan tepung beras la, masuk sotong la.. Leceh! Bukan konsep aku la kalau nak masak benda-benda leceh ni.

Anyway, thanks ye Zul sebab bagi link tu. Membantu jugak la walaupun aku tak ikut cara yang kau bagi tu.
Kalau nak tengok, boleh klik kat SINI.

So kali ni aku nak buat entry resepi dengan cara lain sikit. But still ada gambar dan ayat, cuma tang resepi tu aku gabungkan ayat 'di dalam' gambar. Haaaa.. Macamana erkkkk??

Jom tengok!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kasi intro dulu.....
.
.
.
.
.
.
.


Agak-agak aku nak buat apa la dengan pen ni erk?



Tadaaaa.. Here the recipe!
Haaa.. Lain kan persembahan mak kali ni? =)


Huduh kan tulisan mak? Tak pe la nakkkk.. Biar tulisan buruk, asalkan muka mak cantikkkk!
Hahahahha!!! Sila kutuk aku ramai-ramai~~

So, itu la resepi nya. Sila klik pada gambar untuk pembesaran imej.
Sekian.






Panggggggggggggg!!!!!!!
Dapat pelempang sedas!

Macam tu je update blog? Sumpah dah makin terserlah kemalasan aku ni. Taip ayat tak seberapa kerat, upload pic pun beberapa keping je, tup-tup dah siap satu entry resepi. Hadoiiiiiiiii.. Teruk betul la aku ni.

Ok-ok.. Let's start from beginning.

Kimchi ni mudah je, tak payah nak masak bahan-bahan dia. Cuma menggunakan kaedah penapaian (eh, betul ke perkataan tu?) So tak payah la nak hidupkan api, nak kawal suhu api, nak berkampung depan periuk berjam-jam. Caranya amat simple, dan bahan pun mudah nak cari.




Kobis panjang.
Some people call it Kobis Cina or Kobis Jepun. (ada yang guna kobis panjang yang hijau daunnya)
Tak kesah la. Janji kobis. Kalau nak guna kobis bulat ke, kobis bunga ke, lantak korang la.
Tapi kalau tak menjadi kimchi korang, jangan nak merempan pulak kat aku.



Potong bahagian bawah kobis. Bersihkan setiap helai daun kobis tu.


Tapis air basuhan. Potong kecik-kecik (mudah nak gaul kemudian). Tabur garam.
Garam tu agak-agak je la. Tak payah la tabur sampai sepeket garam. Kang tak pasal-pasal je dapat hipertension.



Lepas tabur garam, tutup dalam bekas dan simpan semalaman. Esoknya, kobis akan jadi lembik sedikit dan air garam akan keluar. Buang air garam tu. Basuh kobis semula untuk kurangkan rasa masin garam.
(aku basuh sikit-sikit je. Tak pasal je kobis aku masin yang teramat sangat! Nyesal... Hahaha)



Ok, sediakan bahan sos.
Bawang besar, bawang putih, halia, udang kering (optional),
gula perang, garam (sikit je. tak taruk pun tak pe)
*udang kering tu tak payah banyak sangat, kang terlebih masin*



Jangan lupa taruk cili kering (rendam dalam air panas). Kalau ikut resepi asal,guna serbuk cili korea tu.
Aku rasa guna serbuk cili Baba's ke, Alagapas ke, Adabi ke, boleh jerrrrr..
Tapi aku guna cili kering, dah alang-alang cili kering ada stock. Lagipun rasa lebih kurang je kot.



Blend cili kering dengan bahan-bahan di atas. Blend sampai lumat. Masukkan je sekali dengan gula perang tu dalam blender. Gula perang untuk kurangkan rasa pedas. Nak guna gula pasir pun boleh, tapi gula perang lagi sodapppp!
Kalau nak taruk sos ikan pun boleh (ikut resepi asal), tapi aku tak taruk. Nak taruk seasoning macam yang aku tulis pun boleh. Ikut sukati la ye.... 



Campurkan kobis yang dah di basuh air garam tadi ke dalam bahan yang sudah di blend. Gaul sampai rata menggunakan sarung tangan.
Aku pakai penyepit je.
Gaul... Gaul... Gaul.........



Oppss.. Jangan lupa campurkan daun bawang. Ada sesetengah resepi yang taruk carrot dan sengkuang cina. Tapi aku tak masukkan. Dan mengikut resepi yang Zulfadzli bagi, diorang masukkan sotong masin (diawetkan dengan garam).
Ok, bab sotong ni aku tak ikut sebab tekak aku kembang bila terbayangkan sotong mentah. Bluwekkk!
Kalau sayur mentah tak pe. Itu ulam. Hekkk~

(simpan dalam airtight container dan simpan dalam esbok)



Ok, ni la kimchi. Bila makan ni, terasa macam cerita Full House pulak.
Han Ji Ean : Aja-aja fighting!!

Kimchi ni boleh makan dengan nasi putih, mee segera or bubur nasi (pastikan bubur tu plain @ tawar). Sebab kimchi ni dah masin. Kimchi ni juga sangat sesuai untuk orang pemalas macam aku. So pasni tak payah susah-susah nak masak sayur. Bukak tupperware, hidang je terus. Hehehe...



Love,

Sunday, March 11, 2012

Genting Highland

Tak ada story panjang-panjang. Cuma gambar dan caption je. Aku dah mengantuk.





OTW ke puncak!






3 of V



Si motek dengan jaket ayahnya.



Excited nya!



My LOVE....



Breakfast + Lunch = BRUNCH



Geramnya tengok lengan si budak debab ni.



Our first rides.



Ika feeling-feeling princess.



Nak naik Spinner.



Beraninya anak-anak aku.



Laki aku ni just jadi tukang amik gamborrrr je laaaa...



Yessss..! Berjaya mengepaw clown Genting!



Eh, Untie Leen pun nak paw jugakkk?



Yeayyy! Untie Leen dapat ballons!



Muka pasrah kena bergambar dengan clown.



Apsal monyokkkk je ni?



Over hokeh minah ni!



Three princess with three balloons.



Hujung-hujung kau jadi tukang pegang balloons anak-anak aku je la.



Jumbo rides



En Zul kena paksa anak-anak masuk rumah hantu ni.
Aku tak sanggup.



En Zul muka pasrah



Untie Leen on The Ship
Masa ni la kami berjumpa dengan pelakon Diana Amir. Wahhh... Comelnya Diana Amir.
No picture with her. Sad!



Ika nak naik Junior Bumper Car. Line up untuk ukur ketinggian



Ika terlebih tinggi. Tak lepas untuk Junior Bumper Car.
Kat sini aku dah mula nak amukan puaka. Kalau dah mainan untuk kanak-kanak, perlu ke nak ukur-ukur tinggi bagai ni?
Dah sah-sah mainan dewasa dia tak boleh main, takkan mainan untuk kanak-kanak pun ada had tinggi.
Dah tu dia nak main apa? Pok amai-amai? Teng-teng??



Rides yang ini pun Ika tak boleh main. Hujung-hujung Aleeya main sorang-sorang dia.
Baik aku bayar mainan per rides. Tak payah bayar untuk per entry kalau semua benda tak boleh nak main.



Ika takut pada Dino.



LOVE



Kabus. Cerianya anak-anak mummy!



Again! Takut dengan T-Rex pulak!



Hot n Roll aku. Kalau Aleeya dah pegang, memang takkan lepas punya.



Untie Leen with her Hot n Roll



Hiking to the top of Dino Park



Titian gantung. Ika takut-takut nak lalu.



Smileeee!



Chocolate house.



Giant clock



Otw balik KL. Kabus tebal



Kepenatan. Kesian..



zzzzzzz~



Kami pergi hari Sabtu, 10 Mac 2012 (selepas kena paksa dek Ika.. Memujuk-mujuk mummy dan ayah untuk bawak dia ke Genting). Bertolak pukul 10.40am, sampai Gombak untuk ambil untie Leen pukul 12 tghari. Jalan jammed! Nyesal bertolak lewat.

*sebenarnya pagi tu aku ada kelas JIF211, JIF212. Dan petang pulak ada kelas JIF216 dan JIF217. Tapi pagi tu kelas tak bukak. Punya la lama aku tunggu, tapi penjaga kelas masih tak datang. So aku balik la. Bila dah sampai rumah, Ika mengajak ke Genting pulak. Nyesal aku balik rumah. Kalau tahu bakal kena paksa ke Genting, dari kelas baik aku lencong ke Jusco ke, Tesco ke. Shopping lagi baik. Terapi jiwa!!! Hehehe...




Love,